klik2

Selasa, 23 Februari 2010

Album kenangan guru smkpn dari Tahun 1991- sekarang











































































































































































































































































































































































































































KENANGAN LAMA BERSAMA GURU-GURU YANG TELAH BERPINDAH SEKOLAH, ADA YANG TELAH PULANG KE RAHMATULLAH
























































album kenangan



































































































































Khamis, 18 Februari 2010

EPAL, EPAL, EPAL

Aku seonok tengok blog agrohias dan puakajoran. Blog ni penuh berwarna-warni. Seronok tengok pokok-pokok yang ditanam oleh penulisnya iaitu Tokan. Tak tau nama penuhnya tapi aku tau Tokan sebab dia jd follower blog F6, mungkin silap follow blog atau memang dia pilh untuk jd follower di situ. Hari-hari aku tengok gambar dalam blog tu. Aku ada bagi bagi tau kat suami ttg betapa cantiknya pokok-pokok dalam blog tu, suami aku marahkan aku. Katanya dok tengok pokok orang cantik, pokok kita sampai tak larat nak buang tak mau tngok. Aku tak berani nak kata apa. Memang betul kata suami aku. Dah berapa hari dia dok proses menebang pokok epal yang aku tanam depan rumah. Aku tak sangka pokok epal yang tanam akan tumbuh sebesar pokok balak. Rapat dengan bumbung. Ni, dah umur 5 tahun masih tak berbuah. Kita tebang jelah. Bukan aku fikir sebab tak berbuah tapi aku bimbang suatu hari nanti pokok itu akan terbalik atas bumbung rumah. Masa tu dengan orang dalam rumah pi sama. Memang rajin aku tengok suami aku ni. Tak reti duduk diam kalau hari tak bekrja. Kalau duduk diam tu aku tau dia tak sihat. Dia tebang pokok. dia angkut ranting. Kalau ranting kecik-kecik tak apalah juga, ni terlalu besaq sampai aku nak tarik pun tak jalan. Epal jenis apa tak taulah sampai tak mau berbuah. Dulu ada juga buah dua biji. Aku tunggu juga nak tengok dia besaq, tengok-tengok tupai dah sapu dulu. Benih pokok epal ni adik ipar aku beli di Ipoh masa dia mengajar SM Sri uteri Ipoh. Tuan nuseri tu kata, pokok tu epal merah. Ada 2 pokok adik ipar aku beli. Yang sepokok lagi dia kata epal hijau. Punyalah ingat aku ni bengap sangat, toke cina tu bohong pokok
bidara dia kata pokok epal. Aku pun tanamlah tepi rumah sebab selalunya pokok epal bukannya besaq sangat tambah-tambah tak sesuai dengan cuaca di sini. Tapi aku tengok pokok epal ni lain betui mengalahkan pokok epal di negeri mat saleh. Hari-hari aku kena raih daun lebih kurang 4 kilo sehari. Mana taknya asyik luruh daun saja. Kalau luruh buah tak pa la juga. Ada juga aktiviti boleh juga senaman pasai dok sapu sampah. Tapi tak apalah juga ada pokok tu , rumah jadi sejuk sangat. kawan-awan anak-anakku suka study bawah pokok tu sebab depa kata rumah aku sejuk. Memang pun tak payah pakai aircond, kipas. Semua kena angin. Anak aku kata pasai apa kakak-kakak pandai, salah satu sebabnya ialah pokok banyak. Pokok mengluarkan oksigen dan oksigen yang banyak tu akan sampai ke otak. Memang betul juga tapi kalau pokok terlalu besaq sampai nak luruh atas kepala buat apa pokok banyak.; kata aku. Hari ni, kira dah last pokok epal suami ku tebang. Panas sangat. Mungkin lepas ni aku kena design bumbung gazebo pula untuk ganti bumbung semulajadi. Kalau dulu kawan-kawan anakku kata rumahku berkonsepkan hutan, mungkin akan diganti dengan konsep moden temporary pulak.

Selasa, 16 Februari 2010

jengah blog ke blog

aku selalu menjengah blog kawan-kawan seluruh Malaysia, kot-kot boleh cari dan curi idea kawan-kawan yang kreatif dan inovatif , boleh aku tiru ka. Ada la aku masuk blog ni, seronok juga tengok blog ni. Blog ni tentang perhubungan kekeluargaan yang akrab kerana selalu ada pertemuan antara keluarga.Aku tak tau pulak, tuan dia sedar ke tidak aku masuk blog depa, atau depa tahan perangkap tikus nak tengok, sapa yang selalu curi masuk blog depa. Dalam blog tu, memang aktiviti terlalu banyak. Perjumpaan demi perjumpaan antara ahli keluarga menyebabkan hubungan mereka semakin akrab. Walaupun tinggal jauh, ada keluarga sanggup meluangkan masa untuk berkumpul. Bila tengok blog ni aku, aku pun tumpang seronok kot-kotlah aku boleh himpun adik beradik jauh dan dekat dok ramai-ramai. Aku rasa saat paling gembira bagi kami adik beradik ialah dapat berhimpun , makan-makan, sembang-sembang, bercerita dan macam-macam lagi. Saat tu dah hilang, kalau ada pun bila adik beradik buat keduri kawin anak masing-masing. Tu baru boleh berhimpun. Dulu pak anjang Jid(Malek) rajin juga buat barbeque kat rumah tok, semua pakat sponser, ada yang sponser ayam, ada yang sponser ayaq, ada yang sponser pinggan dan gelas polisterin dan macam-macam lagi selepas pak andak nawi(nawam ) meninggal semua jadi tak seronok. Semua rasa hilang semangat, dah tak syok macam dulu. Sepatutnya masa depa pakat pencen ni lah tak sibuk. Ni dah pencen mengalahkan doktor Mahathir pulak. Langsung tak nampak batang hidung.Dulu bang nawi selalu bawa keluarga mai makan nasii rumah aku bila balik kedah. Ingat lagi last sekali bang nawi sekeluarga makan nasi kat rumah aku, waktu kami sembelih itik nila 3 ekor. Bang Nawi sampai-sampai saja terus capai itik yang baru sembelih. Dia lapah itik tu dengan adik keri. Sat saja depa proses.Mak buat kurma itik nila. Aku pula buat sup ayam kampung. Semua pakat-pakat makan kata sedap. Tu yang aku seronok bela ayam itik seronok bila adik beradik berhimpun boleh makan bersama. Lepas makan bang nawi naik pulak pokok setul siam. Itulah kenangan terakhir bang nawi mai rumah. Bang nawi walaupun berpangkat tinggi tak pernah sombong. Aku pun tak tau bang nawi kerja apa sebab aku malu sungguh-sunguh dengan bang nawi. Nak angkat suara pun malu kalau depan bang nawi. Last aku tau bila fizah kata bang nawi berpangkat besar dalam Kementerian Kesihatan bila nama dia depa letak depan pintu bilik wad kat Putrajaya dan HKL masa dia tengah sakit supaya senang pelawat melawat dia. Masa tu baru kami semua tau bang nawi kerja jd apa dalam jabatan dia. Punyalah tawaduk hidup bang nawi.Perginya bang nawi, hidup kami sunyi tak semeriah dulu, bukan keluarga dia saja yang merasa, habis semua merasa tempiasnya. Tak sempat pencen baru umur 52 tahun dah pun meninggal. Moga-moga keceriaan sama seperti adanya arwah akan kembali........Semua akan kembali ceria. Kepada tuan punya blog tu, terima kasih banyak kerana melalui idea yang ada dalam blog boleh juga kami tiru. Semoga hubungan akrab antara keluarga terus berpanjangan. Rajin-rajinlah update blog

TUISYEN, TUISYEN, TUISYEN

Tadi pagi aku telah menghantar anak yang belajar di SR Al-Azhar setelah diminta oleh suamiku. Masih sunyi sepi, kerana masih terlalu awal. Tiada orang di jalanan. Terasa bosan pula bila terlalu lama bercuti. Kenapalah sekolah aku cuti hampir seminggu. Sepatutnya dua ,tiga hari sudahlah. Nanti kena ganti hari sabtu. Awanis minta kebenaran untuk tak mau pergi ke sekolah kerana tengok aku dan kakak yana dan kak zati ada di rumah. Aku minta juga dia pergi ke sekolah, akhirnya dia akur juga. Wanis akan balik jam 5.30 petang, nanti mak ambil. Pesan wanis selepas menutup pintu kereta. Kesian budak-budak sekarang masa lapang mereka habis begitu saja. Habis dengan aktiviti di sekolah. Ada setengah keluarga lepas saja anak balik dari sekolah, hantar pula anak belajar tuisyen. Tapi aku tak mau buat macamtu. Aku tak pernah hantar anak pergi tuisyen. Kalau ada pun hanya kelas al-buqari di sekolah. Bukan aku kedekut duit, aku tak mau anak aku sepanjang masa belajar hanya untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Aku biar mereka isi masa lapang mengikut kehendak mereka tanpa dipaksa. Masa aku belajar psikologi di UM dulu , pensyarah aku selalu berpesan, budak-budak akan belajar sewaktu aktiviti bermain dengan kawan-kawan. Tapi sekarang aku tengok dah lain. Fokus ibu bapa sekarang ialah cemerlang dalam peperiksaan, mesti dapat semua A dalam subjek. Tak semestinya tak hantar tuisyen, anak-anak tak boleh berjaya. Dalam pada tu aku selalu berpesan pada anak-anak agar jangan mewarisi kemiskinan keluarga kepada anak-anak. Kesian kepada orang yang berada di sekitar kita. Selain tidak bernasib baik, mungkin ibubapa hantar belajar, mereka ponteng kelas tak mau belajar masa dulu-dulu. Sekarang nasib malang mereka diturunkan kepada anak-anak. Setakat ni alhamdulillah anak-anak dengar cakap. Tak perlu berhabis duit banyk untuk hantar tuisyen, anak-anak kita sama dengan anak orang lain boleh juga berjaya

Khamis, 11 Februari 2010

persahabatan

" Sayangilah Sebuah Perkenalan
Kerana Disitu Terciptanya Kemesraan..
Kenangilah Sebuah Perhubungan
Kerana Disitu Terciptanya Kerinduan...
Hargailah Sebuah Persahabatan
Kerana Disitu Terciptanya Kejujuran Dan Keikhlasan..." =)

Isnin, 8 Februari 2010

Anak pertama, kedua dan ke tiga


zati bergambar di Pusat Sains Gunung Keriang
Faziana masa ambik result 2008 stpm













anak no. 2 nurul azhani sedang belajar di KMPP














kakak Faziana anakku yang pertama dalam majlis grand dinner anjuran Kolej Undang-undang UUM

Sabtu, 6 Februari 2010

seloka aku dan saudaraku


abdul latif abangku yang sulung
tempat tinggalnya di pantai dalam
tempat aku meminta tolong
walaupun siang dan juga malam

Kakak iparku bernama Hasma
sangatlah baik bukan nak puji
aku boleh tumpang dok lama
di Universiti Malaya masa dok mengaji

Ustaz Wahab panggilan diberi
Abang ke dua dalam keluarga
pekerti baik adab terpuji
anak kesayangan ayah dan bonda

Ustazah Rahmah kakak ipar ke dua
Tempat tinggal pula di Jitra
masa aku belajar di kolej Utara
Di situlah kutumpang rumahnya dia

kakakku yang ke tiga bernama syaleha
perempuan pertama dalam keluarga
tempat aku menumpang manja
mengadu nasib ketika lara

Abang mail iparku yang ketiga
nama sebenarnya ialah othman
Tinggallah mak aku dia dok jaga
sebab mak kesorangan tidak berteman

Abdul Malek nama diberi
Abangku dalam susunan ke empat
punyalah garang menakutkan kami
Idea diberi habis dia lipat

Kak Salbiah iparku ke empat
asal tempatnya ialah Kuantan
busnes kuih raya sangatlah ligat
sampai kami nak jadi ikutan

Kakak Salasiah anak ke lima
Tempat tinggal di Sri Serdang
Dok dengan keluarga tidaklah lama
umur enambelas tahun dah pun dipinang

Arwah Bang Nawam iparku ke lima
Pekerti terpuji tak boleh nak lawan
Keluarga kami jadikan dia Idola
Perginya arwah ditangisi sekawan

Aku pula anak ke enam
pantang ditegur suka nak lawan
berbadan bulat malas bersenam
Akal sihat jangan tak ketahuan

Basir suami ku orang Kuala Nerang
Sifatnya memang amat pendiam
Idea bernas berterus terang
Salah cakap kena hentam

Ahmad Supri adikku yang ketujuh
Tauke Kilang Di Puchong Perdana
Nampak garang sedikit gelojoh
Tapi ramai kawan suka kat dia

Norhafizah adik iparku yang ke tujuh
asal kawanku di Universiti Malaya
Tak sangka pula bertemu jodoh
kini aku pula jadi kak ipar dia

Mohd Nor adikku yang bongsu
Kahwin pula orang gelung rambai
balik jauh-jauh kelihatan lesu
tambahan pula anaknya ramai

Adik iparku bernama maksu Husna
asal tempatnya gelung rambai
anak dok teriak tak dan nak lena
tu lah akibatnya kalau anak ramai

Rabu, 3 Februari 2010

minat jadi interior designer tapi hias tak pernah jadi








ruang tamu ke 2
bawah ruang tamu pertama. Minat Interior design tapi tak pernah nak elok
tak kreatif, tak inovatif

Selasa, 2 Februari 2010

kenangan dulu penuh nostalgia



1.. sungai MADA nilah tempat aku berkubang dengan kawan-kawan sewaktu aku kecil. Aku pernah lemas ketika menyelamatkan Nurul anak guru besar SK Pdg Lumat yang tergelincir dalam air sungai yang penuh. Nasiblah Et anak Pak tam Mat Saman menyelamatkan aku. TK PakEt, kalau kamu tak selamatkan saya dah lama saya arwah. Dari situ juga saya belajar berenang.




2. Di rumah inilah aku, abang-abang kakak-kakak dan adik-adikku dibesarkan. Sebelum ayah berpindah ke Padang Lumat kami menetap di kampung Permatang Pasir, Bandar Bahru, Kedah. Banyak suka duka di rumah ni. Kami 8 beradik.









3. lama tak jalan di bendang- yang banyak menimbulkan nostalgia waktu kecil dulu. Aku di depan sekali, belakang sepupu dan kakakku(kak liah)


2. Titi buruk di sungai nilah tempat aku mandi manda dan basuh pakaian waktu susah dulu. Aku teringat lagi waktu tu aku sedang basuh pakaian dengan anak saudaraku atas jambatan. Air sungai masa tu memang deras dan penuh kerana dilepaskan oleh MADA. Yin anak saudaraku sedang mencedok air dgn tiba-tiba terjatuh ke dalam sungai. Aku bila tengok Yin jatuh tanpa berfikir panjang terus terjun mengikut tali timba. Air pula terlalu deras dan tandop pula ada di depan. Aku berenang lalu mencapai tengkok Yin lalu aku bawa ke tepi sungai. Masa tu Yin pula tenggelam timbul.Nasiblah Yin dapat diselamatkan.

sajak : Dulu lain sekarang lain

kalau dulu
nun jauh di tepian bendang
Gunung Jerai berdiri gagah
aku meniti jambatan usang yang seringbergoyang
Di situlah kukejar belalang, kukejar pepatung
kini jambatan batu pula berganti
gagah berdiri

kalau dulu
waktu menuai padi
orang berduyun-duyun ke bendang menyabit padi
ramai yang ambil upah memukul jerami
kini, jentera-jentera padi dan lori-lori mengganti
sarat muatan menuju destinasi

kalau dulu
waktu kecil kami main masak-masak
main pondok-pondok
main kawin-kawin
kini pondok telah berganti mahligai
kawin-kawin menjadi realiti bukan lagi fantasi

kalau dulu
riuh rendah hingar bingar suara-suara kami
berebut bilik air, berebut nak mandi
kini tak payah berebut lagi
kerna hidup sendiri-sendiri membawa diri

kalau dulu
terdengar suara ayah
meminta kami bangun sembahyang subuh di waktu pagi
kini sunyi sepi
suara ayah tiada lagi
hanya kubur ayah kukunjungi
dengan doa pada Ilahi
agar roh ayah diberkati

kalau dulu di pagi aidilfitri
semua berkumpul riuh sekali
dengan ketupat rendang penuh berhidang
dengan baju baru sedap mata memandang
kini sunyi dengan semuanya sibuk dengan hal sendiri
Balik pun sekali-sekali
entah bila dapat berkumpul lagi

kalau dulu
aku bergaduh dengan abang-abang
mengusikku hingga aku berang
merajuk membawa hati yang walang
di waktu senja tanpa bulan purnama
aku menangis di tengah bendang
menyebabkan keluarga keluar mencari
tapi kini
tiada suara-suara usikan lagi
tinggallah aku sendiri-sendiri
kini kurindui suasana yang dulu
entah sampai mati sukar kutemui

Sabtu, 30 Januari 2010

Dunia gila atau gila dunia


Israel di Haiti BAITULMAQDIS -

Israel akhirnya mengakui bahawa dalam tahun 1990-an, anggota-anggota forensiknya mengambil organ manusia termasuk jenazah penduduk Palestin tanpa kebenaran keluarga mereka.
Isu kontroversi tersebut ditimbulkan berikutan pendedahan media berhubung satu wawancara dengan bekas ketua Institut Forensik Abu Kabir di Israel, Dr. Jehuda Hiss.
Wawancara itu dilakukan pada 2000 oleh seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS) yang kemudian mendedahkannya kepada media.
Dia berbuat demikian untuk menyokong dakwaan sebuah akhbar Sweden yang melaporkan pada musim panas lalu bahawa tentera Israel membunuh penduduk Palestin untuk mengambil organ mereka.
Israel sebelum ini bermati-matian menafikan melakukan pembunuhan tidak berperikemanusiaan itu.
"Kami bermula dengan mengambil kornea mata mereka. Apa yang kami lakukan tidak didedahkan dan tanpa kebenaran keluarga mereka (penduduk Palestin)," kata Hiss.
Laporan sebuah stesen penyiaran Internet, Channel 2 menyatakan, pakar-pakar forensik di Abu Kabir mengambil kulit, kornea, injap jantung dan tulang mayat askar Israel, warga Israel dan jenazah penduduk Palestin dan mayat pekerja asing tanpa kebenaran saudara mara mereka.
Dalam maklum balas mengenai laporan saluran berita itu, tentera Israel mengaku perbuatan tersebut berlaku.
"Aktiviti itu berakhir sedekad lalu dan ia tidak diteruskan," kata satu kenyataan tentera Yahudi. - AP
KINI TELAH BERULANG

Relawan AS di Haiti: Israel Curi Organ Tubuh Korban Gempa Haiti

Kamis, 21/01/2010 11:57 WIB

KNRP - Di tengah kubangan kesedihan dan derita para korban gempa bumi di Haiti, Israel disinyalir melakukan aksi memancing di air keruh. Relawan Amerika di Haiti mengendus kejahatan kemanusiaan yang dilakukan oleh sejumlah tim medis asal Israel, yakni terkait pencurian organ tubuh para korban.

Gempa Haiti yang diperkirakan memakan korban lebih dari 200 ribu orang itu tak menjadikan Israel tersentuh untuk sekedar tidak melakukan aksi kejahatannya. Harian Yodiot Aharonot terbitan Israel tanggal 20 Januari mengulas pernyataan relawan AS yang menyebutkan kejahatan tim medis Israel di Haiti. Seorang relawan AS bernama T. West berhasil mengambil rekaman gambar terkait aksi trafficking atau pencurian organ tubuh korban bencana Haiti oleh tim medis Israel. Hasil rekaman itu lalu dipublikasikan melalui youtube.

Menurut T. West, dalam rekaman gambar yang diambilnya itu, para pelaku pencurian organ tubuh adalah tim medis Israel yang memiliki peralatan canggih. T. West mengatakan dirinya bekerjasama dengan CNN dalam peliputan ini, dan menyebutkan bahwa teknologi medis yang dimiliki tim Israel mengungguli teknologi medis yang dimiliki AS. “Ada beberapa orang yang tanpa nurani menggunakan kesempatan untuk mencuri anggota tubuh para korban, antara lain tentara Israel, yang juga hadir di Haiti sekarang,” ujar T. West seperti dikutip harian Yodiot Aharonot.

Ia menambahkan, “Saya tidak membenci orang Israel, dan saya tak punya kepentingan apapun untuk menentang mereka. Saya hanya benci Zionisme dan apa yang mereka lakukan . Kami menyaksikan apa yang mereka lakukan di Selatan Afrika dan di Palestina, ujar T. West. (iol/mln)

Khamis, 28 Januari 2010

Dekatnya Kiamat







Antara tanda-tanda kiamat kecil berdasarkan hadis:* Penaklukan Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari* Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim* Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah* Menghias masjid dan membanggakannya."Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.* Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik."Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim* Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahuiyang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad* Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh duaorang mulia" - Riwayat Thabrani* Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad* Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."* Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidakmenyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad* Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

kelebihan ayat kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"Sabda Rasulullah s.a.w., " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.

Jumaat, 22 Januari 2010

Menabung cerah masa depan

zaman sekarang, kalau tak ada duit apa pun tak jadi. Semua main pakai duit. Nak bagi anak masuk U pun pakai duit. Nak harap pinjaman PTPTN jangan harap nak cukup. Anak orang yang bekerja macam kita dapatlah RM12000 untuk 4 tahun. Jatuh setahun RM3000. Yuran pengajian saja pun RM3400 setahun. Yuran pun kena tambah kalau nak harap PTPTN, tak cukup, tu tak masuk belanja lain lagi, belanja makan harian, belanja beli alat tulis, tambang bas, minyak kereta pi mai, pi mai. Tu baru sorang, ni tahun ni, kalau yang matrik dapat elok, pun nak pakai duit juga kalau masuk U, yang tunggu SPM pun sama manalah nak tau dapat masuk mana-mana semua main duit. Itulah orang tua-tua selalu berpesan menabunglah dari awal, kalau tidak masalah nanti. Nasib baiklah aku dengar cakap ayah aku, nasiblah dengan dividen hasil tabungan dapatlah aku sara anak-anak belajar.................
Belanja anak yang sulung sebulan RM500 kena bagiX 12=RM6000+yuran RM3400 setahun

Jd RM9400 X 4 tahun=RM37600 seorang X 3 orang=RM128000 kos pengajian.
golongan sederhana macam kita pun payah, nak kata miskin sangat pun dak, nak kata kaya sangat pun dak...........nak minta bantuan, orang kata kita kaya, nak hidup lebih sikit tak boleh sebab rasa macam kita miskin. Apa-apa pun beringat masa muda menyimpan agar tidak susah di hari tua
......

Jumaat, 15 Januari 2010

santai minda

Tersebut la kisah ade satu tempat ajaib yg dinamakan awan biru.. kisah awan biru ni camni..kat dalam ni ade la benda yang menarik…. orang cakap kat awan biru ni ade lelaki handsome n pompuan cantik… sape2 yg masuk ke tempat ajaib ni akan dapat nengok lelaki/pompuan idaman diorang..

tapi masalahnya dah masuk kita tak boleh pegang awan biru ni.. sape2 yg terpegang awan biru.. akan dapat jodoh yg hodoh.. suatu hari tu ade tiga org budak pompuan ni gi tempat awan biru tu.. katekan la yg tiga org tu aku, leha dan ko yg tengah baca cite ni.. mula2 leha masuk.. pastu aku masuk.. kemudian ko yg masuk.. masa leha jalan2 dia nak terjatuh.. lalu terpegang awan biru.. aku pun gelak la pasal leha akan kawin ngan lelaki hodoh..

masa time aku gelak tu.. aku pun nak terjatuh jugak.. aku pun terus berpaut kat awan biru.. ah! sudah! aku ngan leha akan dapat lelaki hodoh la nampaknye.. kemudian giliran ko pulak yg lalu kat area tu.. tapi suma ok.. ko selamat.. ko tak pegang pun awan biru.. ok abis cite pasal awan biru..

seminggu lepas tu.. kite pun berpakat utk berkumpul kat kfc.. aku ngan leha pun bawak hubby masing2.. hubby yg hodoh.. nak buat camne.. dah memang kena kawin ngan org hodoh.. tiba2 ko datang.. bawak hubby meletop pop pop pop..

fulamak!! ko kawin ngan david beckham!!!!! perrghh!!! aku pun tanya la ko camne ko bleh kawin ngan david beckham.. tak sempat ko jawab.. david beckham bagitau yg dia pun pegi kat tempat awan biru tu.. dan dia pun terpegang awan biru.. pasal tu dia dapat ko! hehehehee…

Hodoh betul …. ko ni yek??

Rabu, 13 Januari 2010

luahan hati


Hari ini kawanku begitu seronok tak pegang jawatan yang berat-berat. Dia kesian tengok aku kena jadi setiausaha la, ketua unit akademik la, ketua kelab pidato la. Aku jawab apa!!!!!aku boleh belajar takkan kita nak duduk bawah sampai bila-bila. Lagi satu aku kata alhamdulillah sebab orang menaruh kepercayaan kepada kita, sebab itu depa lantik kita dan satu lagi sebab depa tau kita boleh buat kerja!!!!!!!!

Khamis, 7 Januari 2010

ANAK-ANAK SAUDARAKU(ANAK KAKAKKU)




kakakku Salasiah
Tempat tinggal di Taman Sri Serdang Ibu Mithali. Abang iparku meninggal 3 tahun dah sama dengan umur Khairul Ariffin, anakku. Mendidik anak seramai 12 orang . Berjaya mendidik anak-anak untuk dunia dan akhirat walaupun bersendirian. ......syabas


Anak saudaraku
kak ngah Fathiyah(jurutera kimia) dan Firdaus suaminya


Bawah Doktor Nurudin dan adiknya
Nadhirah(menuntut di IMU dalam bidang farmasi)

syamila(guru), Doktor gigi norainyah,bakal doktor Adilah Universiti Of Cairo),Bergambar bersama kakakku Nurul Huda (eksekutif petronas)

Gambar bawah sekali, ini mesti rumah keluarga firdaus suami kak ngah di Penang. Betul kan sebab mak tam biasa pergi dah


Selasa, 5 Januari 2010

keindahan taman negara kuala tahan







  1. Taman Negara Kuala Tahan keindahannya masih tersemat di sanubariku. Walaupun tempat itu kulawati 5 tahun yang lalu, setiap kenangan manis tidak pernah lekang dari ingatan. Nanti akan bersambung
  2. -rombongan antara JPN Kedah, Pengetua, Guru-guru . PPD Kubang Pasu dan Kota Setar
  3. -kenangan indah, keindahan Taman Negara yang tak tergambar oleh kata-kata, tenang, damai , jauh dari kesibukan.
  4. - Berjumpa dengan Orang Asli suku kaum Batek, belajar cara menyumpit- dapat ilmu penggunaan pokok lemba untuk perempuan bersalin. Orang Asli lepas bersalin 3 hari sudah berjalan berpindah randah dalam hutan. Petuanya ialah minum air pokok lemba sebagai tonik. Mujarab

-menolak sampan di kawasan jeram -mandi -manda dalam air yang tersangat jernih dan sejuk

-bermain dengan seekor burung enggang yang sangat jinak. Bergambar dengan memegang burung enggang. Teringat lagi burung itu merenung tajam menyebabkan aku naik seram sejuk. Akhirnya kena marah dengan cikgu Zamri, sebab tak berani bergambar dengan burung tu.

-Kagum dengan PPD Kubang Pasu sekarang, masa tu jadi pengetua Changlun, bersemangat waja

dan bersahabat baik dengan cikgu Yusof pengetua SMKSM .Aku dan cikgu Zabedah SMKTB sentiasa bersaing untuk mendapat tempat pertama .Tapi cikgu Yusof dan PPD Kubang Pasu (La ni) tetap nombor satu -Teringat Cikgu Zul dan Cikgu Jasmi selalu buat lawak menyebabkan kami tak kering gusi. -Seronok memancing pada waktu malam. Ada ke patut orang kat Taman Negara ajar kami memancing ikan kelah guna ayam goreng. Mana nak dapat ikan . - Teringat kak Wan Husna takut naik jambatan gantung dan dia kagum tengok aku naik tak rasa gayat. Mana nak rasa gayat, tak tengok bawah langsung. Kak Wan bagi tau dia takut, kalau jatuh tinggal anak ramai. Aku tak fikir apa-apa pun janji aku nak cuba. - Tengok batu kat Taman Negara, cantik-cantik hasil dari proses lelasan.Terkilan sebab sampai sekarang aku masih tercari-cari dengan siapa aku berbual semasa memancing pada malam gelap gelita. Aku tau dia seorang chef berdasarkan topi yang dia pakai masa turun bot di jeti, dia menafikan. Dia kata dia bertugas sebagai Tukang cuci sampah , dia bohong aku tau. -Masa balik insiden yang tak menyeronokkan bila cikgu Rahman cuba buat lawak, tapi ada yang tak tahan, ada hati yang terguris. Suasana yang tadi menyeronokkan habis sunyi sepi. ............itu sebahagian kenangan yang dapat kucatatkan

KETENANGAN DI PULAU PAYAR


Pulau Payar-An island to the south of langkawi which can be reach in about an hour by speedboat, Pulau Payar lies between the smaller islands of Pulau Kaca,Pulau Lembu and Pulau Segantang.It is the only island off the west coast of Peningsular Malaysia that has marine and coral reef like similar to that of the Indian Ocean.Having recently been developed into a marine park, it boasts some of the finest marine life, including the horse-eyed jack,moray eel,clown fish,2 meter long groupers,black-tipped reef shark and black-spotted puffer.Pulau Payar also has the largest number of coral species is Malaysia, among them the Tubastrea micrantha and the semi-precious Antipanthes.The Langkawi Coral Pontoon is moored very near the island where the adventurous can find scuba and snorkelling equipment for hire.For those who prefer to explore the underwater world without getting wet, there is an underwater observertory.Overnight accommodation is not available but camping is allowed with prior approval from Fisheries Department in Alor Setar or from the Head Office in Kuala Lumpur

pulau payar kukunjungi pada tahun 2005. Sebuah Taman Laut yang indah. Sebelum pergi ke situ aku beli 6 bungkus roti kering di Pekan Kuala Kedah. Tujuan ku ialah untuk memberi makan ikan-ikan di Pulau Payar. Lawatan ku ialah bersama guru-guru Kubang Pasu dan Kuala Muda Yan, Jabatan Alam Sekitar dan JPN Kedah. Banyak aktiviti yang dilakukan di Taman itu.
Peristiwa di Pulau Payar yang tak dapat aku lupakan ialah aku dapat ajar Kak Salmah Ahmad berenang. Walaupun pada masa tu ada jurulatih pantai mengajar kak Salmah berenang, tapi kak salmah Ahmad tak juga boleh berenang. Habis putus kasut jurulatih tu diruntun oleh Kak Salmah. Aku minta kepada jurulatih tu untuk ajar kak salmah berenang. Dia membenarkan. Mungkin teknik yang kugunakan lebih mudah dalam masa beberapa minit saja kak salmah boleh berenang ala kupu-kupu, kuak lentang. Kak Salmah seronok kerana katanya sepanjang umur 48 tahun itu kali pertama dia boleh berenang. Aku pun tumpang gembira juga sebab kawan aku berjaya dan boleh berenang. Peristiwa lain di Pulau itu yang aku tidak boleh lupakan juga ialah kami kena buat persembahan. Kami diberi kepada beberapa kumpulan,Dalam kumpulan aku, aku ditugaskan untuk mengetuai persembahan. Aku mereka lirik lagu Ong Kedek-kedek yang menceritakan tentang keindahan alam sekitar dan masalah yang melanda Pulau Payar. Tak sangka pula persembahan kami dan lagu yang kucipta mendapat pujian daripada Timbalan Pengarah Alam Sekitar Kedah . dan Pegawai-pegawai JPN Kedah. Depa kata tak biasa dengar lirik seindah itu. ,Memang jenis aku, kalau aku rasa seronok atau pun rasa terlalu marah, aku dapat mencipta sesuatu dengan baik . Sebabnya aku mencipta sesuatu dengan hati dan perasaan. Satu lagi peristiwa yang tak dapat kulupakan ialah semasa memanjat dan menuruni
bukit. Kumpulan kami kena tutup mata menuruni bukit macam orang buta. Cikgu Hasan ketua kumpulan kami. Aku berjalan belakang cikgu Hasan. Dia minta aku memegang kemas-kemas tali pinggangnya agar tidak terlepas. Yang aku nak tergelak, Cikgu Zul menghulur seekor gamat hidup yang besar. Aku terkejut, lalu cikgu Zul tau ikatan kain di mataku tak kemas menyebabkan aku nampak bayang gamat tu.Akhirnya kumpulan kami berjaya menuruni bukit dan sampai ke destinasi. Di bawah setelah semua berkumpul , aku terkejut bila nama aku diumumkan melalui mikrofon oleh pegawai JPN. Rupa-rupanya pegawai JPN mengucapkan
tahniah di atas kejayaanku membuat latihan yang agak berat sedangkan aku sedang mengalami
masalah kesihatan yang agak serius.Katanya"Tahniah kepada Puan Salmah bt Jamaludin kerana
walaupun Pn salmah mempunyai masalah kesihatan, dia dapat menjayakan program kita pada hari ini;"
Peristiwa lain yang menyeronokkan aku memberi makan ikan-ikan di Pulau payar.Aku buka bungkusan roti dan beribu-ribu ikan termasuk anak ikan jaws mengelilingi aku. Seronok macam syurga dunia.

Jumaat, 1 Januari 2010

pinjaman kata-kata hikmah sebagai renungan




masyarakat

Dalam masyarakat nampaknya segenggam wang lebih kuat n bernilai dari puluhan genggam kebenaran..kejujuran..keikhlasan kerna bila wang bersuara kadangkala kebenaran menjadi diam..bila usaha seseorang itu hanya untuk perutnya..maka harga hidupnya sama seperti apa yang dikeluarkan dari perutnya itu...bila seseorang manusia tidak dapat menguasai nafsunya akhirnya nafsu itu akan merendahkan dan menghinakan dirinya..walaupun pada mulanya dia seorang yang terhormat dan berkedudukan...

moga hidayah,rahmat,barakah..kesejahteraan..kebahgiaan..limpahan rezeki sentiasa mendampingi kita di sepanjang waktu





Doa

Selagigi ada sekelumit iman di dada selagi itu jua kita jangan putus harap berdoa agar kehidupan kita sentiasa mendapat rahmat dari allah

Ya allah bersihkan, terangkan, tenang, tenteramkan, tajamkan hati, jiwa, fikiran dan perasaan kami hanya tunduk padamu ya allah. Sentiasa beri petunjuk, rahmat, hidayah dan inayah pada kami, kurniakan kesihatan, kesejahteraan, kebahgiaan, kejayaan kami dunia dan akhirat. Murahkan rezeki dan berkatkan hidup kami dengan rezeki yang halal, Kabul dan makbulkan apa yang di minta dan takkan mengurangi kekayaanmu. Mustajabkan segala hajat kami ya allah

kebahagiaan



Kebahagian adalah satu perkara yang abstrak, yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, di timbang atau dibeli dengan wang dan harta. Tapi kebahgiaan adalah satu anugerah allah dan rahmat allah. Kebahgiaan adalah satu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya iaitu ketenangan hati, kelapangan dada, kerehatan otak dan keselesaan perasaan”

islam



manusia yang beragama islam pabila berkata dia beriman kemudian diikutinya dengan banyak bersabar walaupun segetir mana, sepahit mana pun laluan itu lalu dia beristiqamah dan bertawakal akhirnya dia menjadi manusia yang Berjaya, bahagia dan ceria.”

Bongkok



Ada 3 macam bongkoknya manusia :

Bongkok ubi – pabila diluruskan dia patah

Bongkok rotan – dapat diluruskan selama masih kita pegang, setelah dilepaskan ia akan bongkok

Bongkok besi – setelah diluruskan ia akan lurus selama-lamanya

Ada 3 macam jatuhnya manusia :

Jatuh tupai – jatuh yang menguntungkan kerana semakin jatuh ia semakin kuat untuk melatih dirinya

Jatuh petai – jatuh yang tak merugikan

Jatuh tapai – jatuh yang buruk yang berselerak di lantai

Hawa nafsu



Janganlah membunuh hawa nafsu sebab jika tanpa nafsu bagaikan orang mati. Tapi belajarlah menahan nafsu dan menguasai diri sebab nafsu itu bagaikan api. Kalau kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Dengan perkataan terbuka pintu syurga, dengan perkataan juga terbuka pintu neraka. Yang paling manis bukannya gula tapi lidah. Yang paling pahit bukannya hempedu tapi juga lidah.

Penderitaan



Boleh jadi di sebalik penderitaan yang dihadapi terletak kebahgiaan yang diimpikan sebab semakin besar penderitaan seseorang dalam berjuang untuk mendapatkan sesuatu semakin tinggi pula tingkat kebahgiaannya. Jika sesuatu yang diinginkannya itu ia dapat dimiliki. Bagi orang yang berbahgia dan damai di hati, dia menganggap istana bukanlah pada rumah yang besar,bagus serta mewah tapi hanya terletak dalam hati yang telah dapat sinar ilahi.

Kelebihan hati



Kelehihan burung pada kepaknya, kelebihan gajah pada kekuatannya, kelebihan manusia pada akalnya.’

‘kebahagian itu letak nya di hati, oleh kerana itu kalau kita kaya, senangkanlah hati kita. Kerana dengan kekayaan kita itu terbentang kesempatan di hadapan kita untuk mengeluarkan orang dari kesusahan. Perbuatan kita di senangi orang. Kitamendapat pujian di penjuru dunia. Kita menjadi mulia.tegak kita mulia. Di depan kita terbentang permaidani kepujian sebab kita beroleh kebebasab dan kemerdekaan.akan tetapi jika kita miskin senangkanlah hati kita. Kerana kita telah terlepas dari satu penyaki jiwa. Penyakit kesombongan yang selalu menimpa diri orang-orang kaya. Senangkanlah hati kita kerana tiada orang yang hasad dengki pada kita. Disebabkan kemiskinan kita, kemiskinan juga adalah nikmat. Kerana dengannya tiada jalan bagi orang lain untuk berkecil hatidan tiada pula pintu kebencian. Yang paling utama dan afdal ialah meringankan timbangan di padang masyar.’

Gelap



‘gelap ada 5 macam :

1. Gelap kerana malam

2. Gelap kerana buta

3. Gelap otak kerana tak berilmu

4. Gelap hati kerana tak beragama

5. Gelap kehidupan kerana lemah rezeki

Dunia



‘Dunia itu kampong bagi orang yang tiada kampong. harta bagi orang yang tidak mempunyai harta. Untuk dunia dikumpulkan bagi orang yang tidak berakal. Kepada dunia bermusuh-musuhan pada orang yang tiada ilmu. Kepada dunia saling dengki mengdengki kepada orang yang tiada agama. Dan untuk dunia berusaha orang yang tiada mempunyai keyakinan.barangsiapa yang menyintai dunia keterlaluan nescaya membawa melarat kepada akhiratnya. Dan barang siapa yang menyintai akhiratnya nescaya membawa melarat kepada dunianya. Maka utamakanlah yang kekal yakni akhirat. Moga rahmat,barakah,bahagia,ceria,murah rezeki sentiasa mendampingi kita.’

Sikap jujur dan benar



Biasakanlah kita bersikap jujur dan benar walaupun di hadapan kita itu adalah bahaya. Yakinlah bahawa itu bukan bahaya tapi bahagia. Jauhilah dengan sikap dan sifat pendusta walaupun kita melihat di depan kita bahagia. Sebab itu bukan bahagia tapi celaka. Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya dan menjadi nakhoda untuk bahtera hidupnya.’

Anugerah Allah



‘Apa yang dianugerahkan oleh allah kepada seorang hamba akan satu nikmat, kemudian dicabutnya nikmat itu dari hambanya tersebut kemudian digantikannya dengan sabar. Maka apa yang digantikannya adalah lebih baik daripada yang dicabutnya. Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung. Sabar itu adalah satu gudang dari gedung-gedung syurga.’

manusia



manusia terbahagi kepada 4 golongan :

1. Orang pandai mengaku pandai

2. Orang bodoh mengaku pandai

3. Orang bodoh mengaku bodoh

4. Orang pandai mengaku bodoh

Justeru itu orang yang tahu dengan dirinya dia akan tahu pula dengan kesalahannya dan tahu pula untuk merubahnya. DEngan demikian dia akan di hormati oleh orang lain.’

ketawa



‘Tertawa dan senyumlah pada segala cubaan kerna dunia ini hanya kosong belaka. Terimalah sepuluh kekalahan sebelum menerima satu kemenangan. Kebencian tidak akan dapat dimusnahkan dengan kebencian. Melainkan dengan kasih sayang.’

kata-kata indah



Orang yang bersifat IKHLAS itu akan tahu :

''Menahan perasaan adalah satu pengorbanan, tidak terlalu sukacita pada waktu tertawa, tidak berduka pada waktu menangis, orang yang bersifat ikhlas dia sentiasa tahu bagaimana jua pun kejadian sesuatu akhirnya kebenaran tetap menang sedangkan kebathilan menunggu ajalnya kerana alam ini tidak mahu mengandung kotoran...''






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar