klik2

Khamis, 31 Disember 2009

antara roselle dan asam paya



anda tentu dapat membezakan mana satu roselle, mana satu asam paya. Ada yang berpendapat asam paya dan roselle ialah benda yang sama. Bila sebut asam paya dan roselle, ni aku teringatlah kisah dulu-dulu. Suatu hari aku berbuallah dengan rakanku tentang roselle. Kebetulan di rumahku memang banyak aku tanam buah roselle. Jadi aku pun tanyalah kepada kawanku nama buah yang aku bawa ke sekolah. Dia kata asam paya. Aku pun bagitaulah dia yang aku bawa tu buah roselle. Dia tetap mempertahankan pendapat dia bahawa buah tu ialah asam paya. Kata dia"aku taulah, ni buah asam paya.Percayalah cakap aku"Jadi di sini jelaslah bahawa walaupun umur kita hampir separuh abad tapi masih ramai yang tidak mengenali nama pokok. Sebenarnya banyak perbezaan antara asam paya dan roselle.Saja aku letak gambar supaya ramai kenal pokok ni. Asam paya daunnya tirus . Daunnya sedap dibuat gulai. Buahnya kecil berwarna merah tapi bulat. Pokoknya lebih tinggi. Roselle daunnya lebih lebar, pokoknya rendah, bunganya panjang-panjang dan sedap dibuat jus, jem ataupun halwa.(gambar kiri ialah asam paya dan gambar kanan ialah roselle).

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar