klik2

Isnin, 21 Disember 2009

keberkatan doa. di tengah malam






Hari tu sedang aku mencari fail minit mesyuarat untuk diberi kepada nazir, Ustazah Aida datang. Dia menyerahkan satu senarai jawatankuasa Majlis Solat Hajat dan bacaan Yasin serta Bengkel Bahasa Melayu SPM yang akan dihadiri oleh seribu orang yang akan diadakan pada 1 oktober 2009. Ustazah cuba untuk terangkan sesuatu, tapi bila tengok aku dalam keadaan sibuk kerana didatangi nazir, dia akan cuba terangkan tugas aku pada hari lain. Selepas aku diobserve, aku terlupa langsung apa yang ustazah serahkan pagi tadi. Esoknya aku ke UUM bersama cikgu zakiah membawa 40 pelajar. Di sana kami belajar cara mengarang puisi. Memang seronok cara penyampaian puisi oleh Puzi Hadi. Memang Puzi Hadi mempunyai bakat yang besar dalam dunia puisi. Sehingga jam 6 petang, barulah tamat kursus tersebut. Selepas solat Maghrib barulah aku teringat apa yang ustazah Aida serah kelmarin. Alangkah terkejutnya aku bila aku baca senarai jawatankuasa tersebut. Aku adalah Ketua Guru Jamuan Waris dan Pelajar yang akan dihadiri oleh seribu orang. Aku tidak kisah kalau jamuan tu seminggu atau dua minggu lagi, tapi aku dapat tanggungjawab pada 28 september iaitu dua tiga hari saja lagi majlis tu akan berlangsung. Malam tu aku tak dapat tidur. Mana nak dapat tidur, jamuan seribu orang, Makanan belum ditempah, entah orang mahu ataupun tidak kalau dalam masa yang singkat. Tekanan jantungku memuncak. Aku seakan sakit jantung tambahan dalam keadaan terkejut. Selalunya majlis yang dibuat memerlukan perancangan awal, tapi ini tidak. Tergesa-gesa....... Aku bingkas bangun lalu aku menuju ke komputer untuk membentuk jawatankuasa kecil jamuan. Aku bahagikan tugas agar semua orang boleh bekerjasama. Di tengah malam sedangkan orang lain dibuai mimpi, aku menaip nama jk jamuan. Aku tak putus-putus berdoa"Ya Allah, engkau permudahkanlah kerja aku", beberapa kali aku menyebut benda yang sama. Aku terlalu tertekan dengan tugas secara tergesa-gesa. Bukan aku tidak boleh buat benda tu, tapi biarlah ada perancangan rapi. Selesai menaip kerja aku, aku ke tempat tidur. Entah pukul berapa aku terlelap. Esoknya jam 5.30 pagi aku bangun pula untuk masak sebelum pergi ke sekolah. memang rutin harianku setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Setelah selesai menulis nama di buku kedatangan guru, aku pun pergilah kepada PK iaitu Kak Piah untuk berbincang tentang jamuan, iaitu berapa ringgit satu kepala , bentuk makanan bufet atau bungkus, jenis makanan dan sebagainya. Kak Piah kata tak payah susah sebab ada orang sanggup sponser seribu pek makanan dan minuman. Alangkah seronoknya aku kerana apa yang kudoakan malam tadi telah menjadi kenyataan. Allah telah memberkati doaku. Allah telahpun mempermudahkan kerja aku. Cuma aku dan ajk lain perlu siapkan tempat dan pembahagian tugas sahaja. Kuserahkan tugas jk yang aku bentuk semalam kepada ahli-ahli di bawahku. Zakiah yang tidak dapat bertugas malam, memang aku telah letak namanya keesokan paginya untuk bengkel SPM, Aini pula memberitahu bahawa dia tidak boleh bertugas siang, memang dari awal aku letakkan pada waktu malam.
Seperti dirancang saja senarai tugas yang kuagihkan. Semua berjalan dengan sempurna sekali hasil keberkatan doa di malam hari. Sejak hari tu, bila pelajar memberitahu apa yang dipelajari payah nak masuk, aku sering menasihati mereka supaya berjaga malam dan berdoa agar Allah permudahkan tugas kita.

Amin...........

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar