klik2

Sabtu, 24 Mac 2012

cara nak buat minyak masak drpd buah kelapa

40 biji kelapa
kupas dan mesin
masukkan dalam blender kelapa parut dan blend sampai hancur
masuk ke dalam besen dan perah sampai habis
peram satu malam atau peram dalam 3 jam sampai pati santan timbul
kaup pati santan dan masukkan dalam periuk./ berhati2 nanti santan meruap dan mesti kacau selalu.
masak sampai kerak minyak garing/ jgn terlalu garing
sejukkan dan masukkan ke dalam bekas atau botol minyak.....selamat mencuba

Hampas kelapa gaul dgn dedak untuk diberi makan kepada haiwan ternakan,
air mendapan santan yang telah diambil patinya disapu ke kepala untuk mencegah rambut drpd cepat beruban
Air kelapa hasil drpd belahan tadi disimpan untuk dijadikan penawar kepada racun....

Buktinya air kelapa penawar racun ialah apabila hb telah membasuh botol racun paraquat di dalam longkang. Masa tu kucing ada kat rumah dalam 5 ekor. Kucing2 tu minum air longkang....menyebabkan urat perut kucing2 tu hampir putus dan meraung kesakitan....tinggal nyawa2 ikan..aku tak sampai hati tengok kucing2 kesakitan dan menggelupur lalu aku mengupas buah kelapa tua 2 tiga biji. Aku belah dan ambil air lalu aku suap semua kucing2 tu.....Petangnya aku tengok kucing2 tu dah tak ada di tempat tu..kusangkakan tentu kucing2 aku mati kesemuanya.......rupa2nya semuanya kembali cergas dan berlari2...sebab tulah sampai hari ni aku bila proses buat minyak..aku simpan air kelapa tua dalam peti ais.......



sempatlah aku mengarang ni.....dok tunggu minyak dok atas dapur tak kering lagi......nak tido takut hangus pulak periuk.......inilah yg dikatakan cikgu yg berketrampilan......cikgu yg serba boleh kah..kah ..kah...puji diri sendiri pulak.....masuk bakul angkat sendiri


keseronokan bekerja(kursus ldp)

tak seronok bekerja lebih baik letak jawatan dan jangan kianat kepada kerja buat kita
mengapa kerja perlu cemerlang
1. kepuasan(wajah ceria)
2. mendapat pengiktirafan dan penghargaan spt t/kasih, surat penghargaan, terpilih dalam lawatan pi mana2
3. kenaikan pangkat
4. rezeki yg halal kerana bg komitment kepada kerja buat kita
5.keredhaan Allah
6. bekerja sebagai satu ibadah
7. ketenangan jiwa bila cemerlang
8. mendapat penghormatan cnth guru cemerlang

cam mana nak cemerlang
1. kena jaga pemakanan minda ioaut halalan toyyiba
2.banyakkan riadah jasmani dan rohani
3. menjaga persekitaran yg menghijau
4. menjaga akhlak terpuji
5. rajin beribadah

20 ciri org cemerlang
1. berilmu..kena rajin belajar
2. tekun berusaha
3. rajin
4. berdisiplin. dtg sekolah ke balik sekolah tepati masa cam tu jugak masuk kelas
5. ikhlas
6. sabar
7. bertanggungjawab dan beramanah terhadap kerjaya
8. tegas dan berdedikasi
9. ceria
10berfikiran positif
11. berfikiran terbuka- ibarat jari di tangan cnthnya pengetua jari telunjuk, PK2 jari kelingking,
12. sentiasa senyum
13. tolong menolong
14. yakin boleh
15. berlemah lembut dgn client
16. tepati masa
17. berbudi bahasa
18.peramah dgn pelajar ikutg kesesuaian
19.bertimbangrasa
20. sentiasa berdoa kepada Allah

Penyakit2 yang menghalang kecemerlangan
1.malas
2. hasad dengki
3. sombong dan angkuh
4. panas baran
5.mengampu sana sini
6. dendam
pentingkan diri sendiri
7. menunjuk2
8. tidak berdidiplin
9. suka menangguh kerja

kepuasan bekerja bila kita lakukan secara bersungguh2

seharian kami berkursus di sekolah...pada awal paginya mendengar ceramah intergiti dalam pekerjaan..oleh Tuan Syeikh Fisol Hj Omar .lepas tu kami rehat sebentar dan lepas tu sambung dgn mesyuarat guru.....mesyuarat tamat jam 3 petang.....balik rumah tengok hb mesin kelapa lebih kurang 30 biji yang aku kumpul belakang rumah kelmarin.....aku perah kelapa lalu aku simpan untuk aku buat minyak tanak esok lepas balik sekolah........habis perah kelapa aku bagi hampas kelapa itu kepada ayam2 haiwan ternakan aku..aku gaul dgn dedak....habis semua makan termasuk dgn burung2 mala kerbau..burung chak rumah.....selesai yg tu....kemas sangkar arnab.....dah jd empat sangkar.....penuh dgn arnab yang gebu2.....selesai bg makan arnab...aku bg kucing makan frieskies .....digaul dgn nasi..kucing2 aku tabiatnya macam org melayu..tak boleh makan burger kena makan nasi juga..aku gaul nasi dgn fireskies...mata2 kucing aku bersinar menunjukkan mereka cukup vitamin dan garam galian......aktiviti penuh seharian tanpa rehat..tapi aku puas sangat bila tengok semua haiwan ternakan sihat2 belaka...petangnya aku dgn hb mengambil 2 tandan kelapa pandan..mungkin esok baru nak kupas......letih memanglah letih dr pagi tak rehat.......tapi aku seronok sebab hasil kerja menjadi......inilah yang dikatakan kepuasan bekerja.....puas dgn hasil usaha yang kita dapat bila kita berusaha bersungguh2....macam ceramah ustaz fisol........kita puas bila kita usahakan sesuatu secara bersungguh2....

Isnin, 19 Mac 2012

kisah buah limau




kelmarin hb bawak balik buah limau nipis...buah limau yang pertama kalinya aku tengok...mungkin spesis limau susu ataupun limau pagar. Besarnya limau i tu lebih besar drpd bola tennis.....Kawan hb yang bagi....nanti aku akan semai biji limau tersebut....menurut kawan hb...asalnya pokok limau tu diperolehi drpd seorang cina yang berasal dr singapura....buah limau tu diguna untuk mengubat penyakit jantung....caranya ialah dgn memotong bulat seperti buah oren kemudian dicelup ke dalam air panas..kemudian air tu diminum....nanti aku upload gambar dalam blog.....memang buahnya terlalu besar...dan dalam setangkai ada 6 atau 7 biji

Khamis, 1 Mac 2012

apa nak jadi

sudah puas keluarga ku memujukku supaya pergi operation...begitu juga dgn kawan2ku memujukku untuk cepat2 pergi ke hospital....maafkan aku....aku tak sekuat seperti aku menasihati orang...mungkin bila suatu masa aku dah tak boleh bangun...mungkin pada masa tu...aku tak boleh menghalang apa yg hospital akan buat padaku.....aku ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada yg sudi mengambil berat ttg kesihatanku....selagi aku mampu berjalan...selagi aku boleh memberi tumpuan kepada kerjaku....tiada lain yg kufikirkan....biarlah kesihatan ku , kutepikan dulu......kepada Pn. Latifah dan Pn. Sofiah terima kasih kerana selalu memerhatikan kelainan pada diriku.....Terima kasih kerana banyak menasihatiku agar menjalani operation....tapi hari ini...aku tak tahu sama ada aku boleh bertahan ataupun tidak.......sakitku makin menjadi2........aku bimbang bila usus perutku bersimpul.....mungkin maut yang menungguku......pesan Dr Idrus masih terngiang2 di telingaku......kalau boleh operate awal...kami boleh atur doktor pakar....tapi kalau sudah imegency...ikut suka doktor nak buat apa pun....nak potong ke.....apa yg boleh dibuat untuk menyelamatkan nyawaku..........makin teruk aku tengok.......mungkin suatu hari aku terpaksa juga mengambil keputusan walaupun keadaan di hospital yg sesak menyebabkan aku malaas untuk ke sana......................entah bila.......................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar