klik2

Jumaat, 1 Februari 2013

kanser/ kanker/ barah dan penawarnya herba



kunyitmerah



kunyit merah selalunya arwah maklong dalam kampungku memasak umbinya untuk dijadikan minyak urut disamping campuran kunyit putih, kunyit hitam dan lain-lain ramuan.Di rumahku terdapat pokok kunyit merah yang aku tanam berapa tahun yang lalu dan masih sihat bugar sehingga sekar




khasiat kunyit putih

Kunyit putih banyak ditanam dalam kawasan laman rumahku. aku cuba cari informasi untuk khasiat perubatan. aku suka mencari maklumat dr laman web indonesia kerana banyak kajian telah dilakukan. disini aku cuba kongsikan khasiat kunyit putih

khasiat kunyit putih

a.) Diabetes Melitus 


Bahan:
- 3ketul kunyit
- 1/2 sudu  garam
- 1 liter air

Cara Membuat:
1. Campukan ketiga bahan diatas.

2. Rebus sampai mendidih
3. Kemudian minum.

- Diminum 2 kali seminggu 1/2 gelas.

DAUN

  TUJUH BILAH

Daun herba Tujuh Bilah ini boleh dimakan begitu sahaja dengan mengambil setiap hari 3 atau 4 helai atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama 15 minit. Dahulukan dengan bacaan AL Fatihah dan selawat Syifa, kemudian minum hingga habis dan dimakan sekali daunnya. Selepas pengambilan daun ini elakkan mengambil minuman lain selama 1 jam...  amalan daun herba2 seperti SSG @ daun belalai gajah + keladi tikus + Jarum tujuh bilah dan sebagainya, pastikan kita juga amalkan solat2 sunat hajat + taubat + doa2 dan amalan ayat Quran

POKOK BELALAI GAJAH

Kami ada menjual 
benih pokok belali gajah
1 polibag RM15.00
sms kepada Pn salmah 0125769091
Untuk kesan yang lebih baik tambah 2 helai daun Jarum Tujuh Bilah ke dalam blender bersama 50 daun belalai gajah, sebiji epal hijau dan jus daripada 1/2 biji lemon (pilihan). 
  1.  Basuh 100 helai Daun Belalai Gajah
   2.  Cuci dan belah sebiji epal hijau dan buang bijinya.
    3.  Perahkan 1/2 buah lemon dan ambil jusnya (pilihan). Masukkan semuanya ke dalam sebuah mesin pengisar (blender)
Bagi pesakit yang telah makan daun Belalai Gajah tetapi masih tidak dapat kesan yang baik, mungkin mereka makan sekali sahaja dalam sehari. Digalakkan untuk makan 2 kali sehari. Respon daripada orang yang makan 2 kali sehari adalah lebih baik daripada orang yang makan sekali sahaja. 50 helai daun belalai gajah untuk minum 2 kali sehari sudah mencukupi.  

MELADA PAHIT


Tumbuhan herba yang dikenali sebagai MELADA PAHIT atau nama saintifiknya Brucea amarissina merupakan tumbuhan herba jenis pokok renek dan berkayu. Paling tinggi ia boleh membesar antara lima sehingga enam kaki. Habitatnya pula adalah kawasan yang menerima cabaya matahari secara terus. Daun melada pahit berbentuk halus dan bergerigi di bahagian tepi. Daun ini berwarna hijau muda dan berbulu halus tetapi bila sudah matang, warnanya berubah menjadi kekuningan.

Bagaimanapun, menurut Ketua Institut Sains Biologi Universiti Malaya, Prof. Mohamed Abdul Majid, pokok ini sememangnya mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan herba, khususnya dalam merawat cirit-birit, demam, penyakit kulit, sakit sendi dan gigitan serangga berbisa. Kata beliau, tumbuhan ini digunakan secara meluas oleh masyarakat Cina khususnya untuk merawat penyakit cirit-birit. Caranya ialah dengan mengambil beberapa biji melada pahit yang sudah dikeningkan dan tumbuk sehingga lumat. Bahan itu dibancuh dengan segelas air masak dan kemudian diminum. Tetapi rasanya amat pahit. Penggunaan itu cukup berkesan sebagaimana yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dilakukan oleh sebuah syarikat Jerman, Merck pada tahun 1901.

Kajian di Institut Penyelidikan Perubatan di Taiwan menunjukkan bahawa terdapat beberapa bahan yang membunuh kuman yang menyebabkan cirit-birit (amoebic dysenteiy). “Mereka menemui beberapa bahan yang boleh merawat penyakit cirit-birit pada biji dan kulit kayu,” kata Prof. Mohamed. Terbaru sekali, beliau menambah, kajian sedang dijalankan di Hong Kong dan Thailand untuk mengekstrak bahan antikanser dan melada pahit.

Bagi merawat penyakit kulit dan gigitan serangga berbisa, Prof. Mohamed berkata, kaedah rawatan ini yang menggunakan daunnya banyak, dilakukan oleh masyarakat Melayu dan Jawa. “Ambil beberapa helai daun melada pahit yang segar dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan sedikit kapur dan sapu di tempat yang terkena penyakit kulit atau gigitan serangga berbisa itu,” katanya.

dipetik dari keratan akhbar Mingguan Malaysia

KEMUNTING CINA

Kemunting cina ni juga dikenali sebagai vinca, periwinkle,Rumput Jalang, Tapak Dara, Kembang Sari cina, Ros Pantai, madagascar periwinkle,capeperiwinkle, kihapai(hawaii),old-maid, rose periwinkle, rosy periwinkle dan macam-macam nama lagi yang tak tersenarai di sini. sekarang ni banyak betul spesis hibrid periwinkle ni yang di jual sebagai tumbuhan hiasan, terutamanya dalam pasu gantung. cantik betul , berbagai warna dan lebih tahan dari petunia. Pokoknya membiak dengan 2 cara iaitu keratan batang dan biji benih.pokok ni asalnya dari madagascar tapi sekarang ni telah tumbuh meliar dan membiak dengan jayanya di semua kawasan tropika.batangnya separuh berkayu dan ketinggiannya boleh mencapai hingga 60cm.


Nama saintifik bagi kemunting cina ialah Catharanthus roseus/Synonymy: Lochnera rosea. Walaupun terdapat spesis yang dibezakan oleh warna bunganya namun untuk kegunaan perubatan hanya spesies yang berbunga ungu dan putih (spesis liar) dikatakan mempunya nilai perubatan yang tinggi. keseluruhan tumbuhan ini mengandungi alkaloid vinblastine dan vincristine yang telah terbukti berkesan digunakan untuk merawat penyakit leukaemia. Pokok ini juga boleh digunakan untuk merawat penyakit kencing manis dengan cara merebus lebih kurang 20g keseluruhan pokok ini yang telah dikeringkan dengan 1 liter air dan diminum 2 kali sehari. kaedah yang sama digunakan untuk merawat penyakit leukaemia.Perlu diingatkan tumbuhan ini di klafikasikan sebagai tumbuhan beracun, bermakna ianya hanya boleh diambil dalam dos yang telah ditentukan. Wanita hamil dan sedang menyusukan bayi di minta mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba.




DURIAN BELANDA 

   

Penawar Kanser - Merawat Kanser Dengan Durian Belanda - Lebih Baik Daripada Kemoterapi

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

KUNYIT PUTIH


Famili : Zingiberacea. Nama Saintifik : Curcuma Zadoaria. Nama lain :(Latin) Curcuma Alba, (indonesia) Kunci pepet, Temu rapet, Ardong, Kunir Putih (Sunda), Naduna, Konre pet, Simplisia Kaempfenea Rotundae Rhizome, Temu Putih dan Didymocarpus Crinta.

Kunyit biasanya berwarna kuning. Terdapat juga kunyit yang berwarna putih dan hitam tetapi ia sangat kurang dan sukar kita temui. Kunyit Putih adalah sejenis tumbuhan yang sama bentuknya seperti kunyit yang biasa kita gunakan untuk masakan. Ia mempunyai nilai perubatan yang sangat berguna dan telah digunakan sejak turun temurun oleh pelbagai masyarakat didunia terutama India dan Asia Tenggara khususnya Melayu atau Jawa.
Bentuk dan rupa pokoknya sama seperti kunyit biasa. Buah dan rizomnya juga sama tetapi ia berwarna putih. Kunyit Putih mempunyai buah biji di hujung akar disamping rizom sediada. Ia mempunyai persamaan dengan Temu Mangga mahupun Kunyit Puteri yang berbuah berwarna putih serta buah biji dihujung akarnya. Kunyit Putih mempunyai bau yang agak masam dan rasanya pahit seperti Lempuyang.


KUNYIT KUNING
Info Kunyit


Apa itu Kunyit ?

    Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.

Khasiat

   Suatu kajian telah dilakukan oleh saintis penyelidik dari Universiti Tel Aviv  mendapati kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin . Dalam dos yang tinggi, unsur itu mampu memberikan kesan terapeutik  untuk menentang keradangan. Menurut Dr. Shahar Lev-Ari dari Fakulti Kesihatan Awam, Perubatan Sackler Univeristi Tel Aviv, kajian yang dilakukan bersama para penyelidik lain mendapati Curcumin mampu melawan kanser  apabila digabungkan dengan sejenis ubat antiradang yang lain. Curcumin bertindak meneutralkan radikal bebas selain mampu menjadiantioksidan  bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser. (Kosmo 17 Jun 2011)

Kegunaan kunyit dalam perubatan tradisional

Kunyit, apabila dicampur dengan minyak bijan dan madu, telah digunakan sebagai tonik herba. Apabila disapu pada payudara, tuam yang diperbuat daripada ubinya merangsang pengaliran susu. Kunyit juga digunakan untuk merangsang penghasilan sel darah merah serta melarutkan darah beku dan apabila dicampur dengan minyak, digunakan untuk melicinkan kulit kasar. Rebusan kunyit boleh digunakan sebagai pencuci mata yang menyegarkan.

Sifat-Sifat perubatan kunyit
antelmintik untuk menghapuskan atau menyingkirkan cacing usus;
antibakteria untuk membunuh atau memperlahankan pertumbuhan bakteria;
antiedema yang mencegah atau melegakan edema yang merupakan pengumpulan air yang tidak normal di dalam tisu;
antihepatotoksisiti yang mencegah keracunan dan kerosakan hati;
antihipertensi yang menurunkan tekanan darah;
antikarsinogen atau antimutagen yang bertindak terhadap barah;
antikeradangan yang mengurangkan keradangan;
antikulat yang merawat jangkitan kulat;
antimalaria yang merawat atau mencegah penyakit malaria;
antikesitotoksikan yang mencegah keracunan sel;
antioksidan yang menghalang pengoksidaan dan degan itu, mencegah sesetengah jenis penyakit;
antipenggumpulan yang menyekat, memperlahankan atau menghalang penggumpalan darah;
emenagog yang menggalakkan haid atau memulihkan kitaran haid;
karminatif yang menyingkirkan gas dari saluran makanan supaya dapat melegakan kolik (sakit perut yang memulas-mulas) atau sakit perut;
kolagog yang merangsangkan pengaliran hempedu ke dalam duodenum.

KELADI TIKUS

PROF. DR. CHRISTOPHER TEO KH, PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN SAINS KAJIHAYAT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA TELAH MULA MENGKAJI KEBERKESANAN KELADI TIKUS DALAM MERAWAT KANSER DAN KAJIAN BELIAU TELAH BERMULA SEJAK 1995. BELIAU MENDAPATI ESTRAK TF KELADI TIKUS MENGANDUNGI :-
  • RIBOSOME INACTING PROTEIN (RIP) - Menghalang pertumbuhan sel-sel kanser, melemahkan perkembangan sel kanser dan menentang sel kanser.
  • ZAT ANTIOKSIDEN -mencegah kerosakan gen (genetic) yang boleh menyebabkan kanser.
  • ZAT ANTI KURKUMIN - anti inflamasi dan anti peradangan.
MENURUT PROF, KOMBINASI KETIGA-TIGA ZAT INI DAPAT MENGHASILKAN MEATOR YANG DAPAT MERANGSANG DAN MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN UNTUK MELAWAN SEL KANSER. 

"...SEHINGGA KINI (OGOS 1998), HERBA TF TERBUKTI MEMBANTU MERAWAT SERAMAI 800 PESAKIT TEMPATAN DAN LUAR NEGARA TERMASUK NEW ZEALAND, USA, INDIA, INDONESIA DAN AUSTRALIA..."   

PROF. CHRISTOPHER TEO/USM
 AKHBAR UTUSAN OGOS 1998
HARING....


Apakah itu kanser?
Badan manusia terbentuk daripada berjuta-juta sel. Kanser adalah sejenis penyakit sel iaitu sel-sel tubuh membiak secara berterusan dalam keadaan yang tidak boleh dikawal dan boleh mengakibatkan pemusnahan sel-sel berdekatan atau merebak ke organ-organ. Sebagai contohnya kanser paru-paru jika tidak dirawat dengan sempurna boleh merebak ke organ-organ lain seperti otak, hati, perut dan tulang belakang dan ia membentuk pertumbuhan kanser yang baru dan lain pula.
Keladi Tikus merupakan sejenis tumbuhan meliar. Nama saintifik keladi tikus adalah Typhonium flagelliforme (Lodd) BL.Keladi tikus ialah sejenis keladi dengan ketinggian antara 20-30 cm.Antara khasiat herba ini banyak berkaitan dengan penyakit barah seperti penyakit barah payu dara, paru-paru, rektum, hati, prostat, pangkal rahim dan buah pinggang. Keladi tikus dapat membunuh sel-sel barah ini dan membaiki semula sel yang telah rosak akibat kemotrafi. Herba ini bersifat antivirus dan antibakteria.
Super Typhonium
Sebagai suplemen membantu melawan pertumbuhan kanser/ tumor dan memelihara daya tahan tubuh. Super Typhonium dapat membantu menyembuhkan kanser payudara, usus besar, rektum, hati, prostat, leukemia dan pangkal rahim. Kanser merupakan penyakit pertumbuhan sel-sel jaringan tubuh yang tidak normal. Pertumbuhan sel yang tidak normal ini akan berlaku dengan cepat dan tidak terkawal. Sel-sel tersebut akan terus membahagi dan terus menyusup ke jaringan sekitarnya (invasive) lalu terus menyebar melalui jaringan ikat dan darah serta menyerang organ-organ penting serta saraf tulang belakang.
Bagaimana Super Typhonium efektif untuk tubuh kita ?
Typhonium Flagelliforme (Keladi Tikus) mengandungi bahan yang membantu menyahkan toksid dalam sistem peredaran darah. Herba ini mengandungi 2.ribosome inacting protein(RIP), zat anti oksida dan zat anti kurkumin. RIP berfungsi melemahkan perkembangan sel kanser, mematikan sel kanser tanpa menggangu sistem sekitarnya dan menghalang pertumbuhan sel kanser. Zat anti oksida berfungsi mencegah berlakunya kerosakan gen. Sementara zat anti kurkumin berfungsi sebagai anti inflamasi/ anti peradangan. Kombinasi kandungan ini mengaktifkan dengan menghasilkan mediator yang meransang untuk menguatkan sel dari sistem pertahanan tubuh untuk bersama-sama melawan sel kanser.
Super Typhonium merupakan 100% Typhonium Flagelliforme (Keladi Tikus)
Perhatian: - Dua hari pertama pengambilan akan mual, sedikit loya, najis berwarna hitam dan badan lesu.- Kadang-kadang pesakit muntah atau mual setelah pengambilan yang lama, hentikan seketika sampai gejala hilang dan ambil lagi dengan mengurangkan dos atau penggunaan berdasarkan nasihat doktor.- Wanita hamil tidak digalakkan mengambil kapsul ini.
Dihasilkan dan diedarkan oleh: Golden Herbs Ent, Melaka, Malaysia. Jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan, sila hubungi kami di 82 Lorong Indah 1, Taman Perkota, 75150 Bukit Sebukor, Melaka, Malaysia atau Email ke : cancer_fight@yahoo.com.my
"...Sehingga kini (Ogos, 1998) herba ini telah berjaya menolong 800 orang pesakit tempatan dan luar negara termasuklah New Zealand, Amerika, India, Indonesia dan Australia."- Prof. C. Teo K.H., USM, Pulau Pinang.
KELADI TIKUS MERAWAT KANSER
Dalam bahasa Cina, Keladi Tikus dikenali dengan nama Tu Ban Xia atau Lao Shu Yu, pernah disalah kenali dengan nama Typhonium Divaricatum, sebenarnya Typhonium Flagelliforme. Dari satu artikel tulisan cina bertarikh 28 Mac 1989, menyatakan bahawa ianya boleh menghilangkan keracunan, mengurangkan bengkak, menyembuhkan bisul dan menghilangkan nanah, menghentikan pendarahan, mengurangkan rasa sakit dan sangat berkesan untuk merawat penyakit limpa. Penggunaannya dalam rawatan berbagai penyakit kanser amatlah menakjubkan. Ianya boleh digunakan walaupun semasa pesakit sedang menjalani rawatan kimoterafi atau radioterafi. Dalam tahun 1988, seorang pesakit Hypertitis B yang sedang mengidap kanser limpa dan sedang menjalani rawatan kimoterafi di Hospital Mount Elezabert Singapura, telah telah mengambil herba ini setiap hari selama 1 bulan dan mendapati penyakitnya telah sembuh setelah diperiksa oleh doktor dan tidak mengalami keguguran rambut. Seorang jurutera wanita dari ibu pejabat JKR Kuala Lumpur mengidap kanser saraf dan telah beberapa kali menjalani rawatan kimoterafi, badannya sangat lemah, kurus dan rambutnya telah gugur seluruhnya. Beliau mengambil herba ini untuk beberapa bulan, akhirnya beliau sembuh, badannya naik semula, rambutnya tumbuh semula dan beliau kembali bekerja seperti biasa. Anak seorang penghulu di kampung saya telah menjalani 3 kali pembedahan kanser di bahagian kepala. Saya memperkenalkan herba ini, di peringkat awal kanak-kanak ini menjadi lebih bertenaga dan setelah 3 bulan mengambil kapsul "Keladi Tikus" ini, tiba masa bagi pembedahan seterusnya, doktor di Hospital Kota Bharu mengatakan ianya telah sembuh sepenuhnya. Suatu hari sebelum bulan Ramadhan tahun 2007, saya berkebetulan pergi ke rumah seorang tukang kayu di kampung saya dan dia mengadu sudah lama tidak dapat menjalankan kerja kerana kudis di bahagian buku lalinya telah berbulan-bulan tidak sembuh-sembuh. Saya memberi sebotol kapsul "Keladi Tikus" untuk dimakan. Pada hari raya ke 3 berikutnya, saya berjumpa dengannya di sebuah kedai kopi dengan berpakaian kerja dan dia menunjukkan parut kudisnya yang telah sembuh. Kes terkini, seorang guru wanita telah mendapati dirinya sekian lama tidak bermaya dan setelah menjalani pemeriksaan doktor, didapati satu bonjolan kecil kecil di bahagian payudaranya dan doktor mengesyaki ianya satu permulaan bagi kanser payudara. Beliau mengambil 2 botol kapsul "Keladi Tikus" untuk cubaan pertama. Belum pun habis kapsul itu dimakan, dia sudah merasai kesegaran badan. Paling menakjubkan dalam masa rawatan itu, tumor kanser itu mengecil dan kini dia kembali ceria dan sudah boleh mengajar seperti biasa. Insya-Allah, setiap penyakit ada ubatnya. Kita jangan berputus asa dalam meniti hari-hari berikutnya. Kuatkan semangat dan terus berusaha, berikhtiar dan mencuba, Allah akan bersama-sama orang yang berusaha dan mencuba dengan penuh keyakinan bahawa DIAlah yang Maha Penyembuh.
Kanser merupakan masalah kesihatan yang kian meningkat di seluruh dunia. Penyakit ini melibatkan kira-kira 9 juta penduduk dunia dan membunuh 5 juta yang lain. Dalam kontek Malaysia, penyakit kanser merupakan salah satu daripada 10 penyebab utama kematian. Di sini jelas menunjukkan bahawa kanser juga merupakan satu masalah kesihatan yang serius dan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.Kejadian sebenar kanser di Malaysia tidak diketahui dan dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan adalah dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun. Masalah kanser di Malaysia mungkin akan meningkat pada masa akan datang mengikut perubahan dalam gaya hidup dan persekitaran serta pertambahan pendudukan yang meningkat usianya.
BEBERAPA FAEDAH SEKIRANYA ANDA MENGAMBIL~Super Typhonium ~
· adalah herba dan kesihatan anda akan lebih terjamin· Tiada kesan sampingan untuk masa akan datang.· Membantu Produk alternatif yang selamat bagi membina masyarakat sedunia yang lebih baik· Kehidupan akan lebih yakin, tenteram dan dapat menikmati suasana yang jauh lebih tenang· Khasiat keladi tikus diguna pakai di kalangan masyarakat Kaum Cina yang terkenal dengan warisan ilmu perubatan. Jangan takut untuk mencuba produk herba yang selamat. Tiada kesan sampingan terhadap kesihatan dan anda mesti mencubanya.
Siapakah mereka yang HARUS mendapatkan Super Typhonium?
Pesakit kanser, barah, tumor, luekemia dll.Pengidap kanser peringkat iii dan ke atas.Pengamal perubatan alternatif.Pakar-pakar kanser.Mereka yang mempunyai kenalan atau saudara yang mengidap kanser.Doktor-doktor yang berkesedaran dan bertanggungjawab untuk membantu pesakit kanser.Pemilik stokis barangan kesihatan.Tauke-tauke kedai sen seh.
"Semua orang tidak kira pesakit kanser atau tidak seharusnya memilih dan menggunakan Produk herba untuk kesihatan mereka kerana bahan makanan yang ada sekarang kebanyakkannya mengandungi bahan pengawet dan kimia yang tidak baik untuk kesihatan kita pada masa sekarang dan lebih-lebih lagi pada masa akan datang.Seluruh masyarakat di dunia bertungkus lumus untuk mencari penawar kanser, bersusah payah mencari dan bertanya ke sana-sini dengan penuh harapan agar dapat berjumpa jawapan kepada masalah mereka dan belum ada lagi yang benar-benar menjumpai penawar kanser yang benar-benar 'menyembuhkan'. Kini, pencarian itu berhenti di sini, anda sudah tidak perlu mencari lagi. Pencarian anda berhenti sekarang juga!!!
Kerana......sudah ada pengeluar Keladi Tikus di Malaysia iaitu GOLDEN HERBS!
Syarikat Golden Herbs (M)Sdn.Bhd. yang telah ditubuhkan pada 13 November 2006 adalah satu alternatif bagi persoalan anda. Syarikat Golden Herbs telah berusaha keras dalam mencari penyelesaian terhadap penyakit kanser untuk kebaikan dan kesihatan anda. Herba sebagai penawar penyakit masa kini. Sejajar dengan misi syarikat, Menjadi Perintis Serta Menawarkan Kesihatan Dan Kebaikan Yang Menyeluruh Berasaskan Herba!Mengapa SUPER TYPHONIUM? HERBA?
Kami telah menguji keladi tikus telah secara klinikal di makmal Universiti Putra Malaysia (UPM).Terbukti mengandungi bahan anti kanser dan anti bakteria.Dijamin selamat tanpa bahan pengawet dan unsur-unsur kimia.Keladi tikus ditanam secara semula jadi menggunakan baja organik.Kami hanya menggunakan daun-daun yang segar sahaja.Keladi tikus sukar ditemui dan dipercayai hampir pupus dari habitat semula jadinya.
Pemeriksaan ke kilang memproses kapsul keladi tikus dilakukan setiap tahun bagi memastikan kualiti dan keselamatan produk yang dihasilkan terjamin.

SERAI

Serai merupakan tumbuhan herba tradisional di mana kadar keberkesanannya adalah perlahan jika dibandingkan dengan ubatan moden. Minuman Serai Citralife telah dikategorikan sebagai makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah diiktiraf status halalnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
3.0    PESAKIT KANSER / BARAH

Kajian universiti di Timur Tengah telah mendapati bahawa citral di dalam serai mampu membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain. Citral adalah komponen yang memberikan aroma dan rasa pada serai.

Kajian mendapati bahawa citral boleh menyebabkan sel-sel kanser ‘membunuh diri’ atau apoptosi iaitu mekanisme yang dikenali sebagai program mematikan sel barah. Dengan hanya meminum 1g serai , kuantiti citral sudah mencukupi untuk menyebabkan sel-sel barah ‘membunuh diri’ di dalam tabung uji. Sesetengah doktor yang mengetahui khasiat dan kebaikan serai telah mencadangkan pesakit kanser untuk mengambil minuman serai. Pesakit kanser digalakkan untuk mengambil 5 hingga 10 cawan sehari untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

Bilangan Neutrophil Mutlak -Absolute Neutrophil Count (ANC) digunakan untuk menilai dan menentukan tahap sistem imunisasi selepas menjalanikan rawatan kemoterapi. ANC menunjukkan bilangan sel darah putih pesakit di mana sel-sel ini penting untuk melawan penyakit. ANC yang normal adalah melebihi 2 500 sel per microliter (2500 sel/µL) dan sekurang-kurangnya 1000 sel/µL diperlukan untuk melawan penyakit. Selepas menjalani rawatan kemoterapi, BMT dan radiasi, bacaan ANC pesakit boleh mencecah 0 sel/µL. Apabila ANC bawah daripada 500 sel/µL, pesakit akan diasingkan daripada orang ramai bagi mengelakkan diri daripada jangkitan kuman.

Kebanyakkan pesakit kanser yang mengambil minuman serai selepas rawatan kemoterapi telah menunjukkan kadar baik pulih yang lebih cepat dalam bacaan ANC masing-masing (3 kali lebih cepat). Oleh itu, serai memecutkan kadar pemulihan dalam sistem imun selepas rawatan kemoterapi. Peningkatan  dalam bacaan ANC yang normal adalah 2 hingga 3 bulan untuk pesakit-pesakit kanser. Manakala pesakit-pesakit kanser yang meminum teh serai hanya  mengambil 3 minggu untuk baik pulih berdasarkan kepada testimoni-testimoni yang banyak dari pesakit-pesakit kanser.

4.0    KISAH BENAR PESAKIT LEUKEMIA

Seorang remaja yang berumur 16 tahun disahkan menghidap leukimia 2 tahun lalu, ayahnya telah berhenti kerja demi memberi penjagaan yang terbaik dan sokongan untuk anaknya yang  perlu menjalani rawatan kemoterapi selama 3 tahun. Pesakit-pesakit kanser yang lain telah mencadangkan pengambilan serai untuk membantu rawatan kanser. Maka, ayahnya membuat kajian mengenai kebaikan serai dalam merawat kanser. Beliau mengambil masa yang lama membuat penyelidikan terhadap khasiat serai. Belau bertanya dengan pakar kanser dan profesor institusi perubatan berkenaan serai sebagai rawatan herba untuk leukimia.

Apabila doktor-doktor tidak membantah ideanya menggunakan serai sebagai ubat herba untuk anaknya, beliau membeli serai segar dari pasar, membersihkannya, memotongnya, mencincangnyai dan memasukannya ke dalam air panas. Kemudian beliau merebus serai dalam periuk besar dan menghidangkan minuman serai kepada anaknya untuk diminum setiap hari.

Semasa rawatan kemoterapi, dia minum beberapa cawan serai dan selepas kemoterapi dia minum lebih untuk meningkatkan kadarnya pemulihan sistem imunnya. Laporan ANCnya menunjukkan pemulihan lebih cepat  iaitu 3 minggu berbanding dengan tempoh biasa selama 2 hingga 3 bulan. Doktornya  terkejut dengan laporan ANCnya dan doktor  bertanya pada bapanya, “Adakah anda  memberi anak perempuan anda minuman serai?” dan jawapan bapa ialah “YA”. Semenjak itu, dia telah pada rumusan  serai ini bersama dengan rawatan kemoterapinya dalam  2 tahun yang lalu. Protokolnya ialah 3 tahun rawatan kemoterapi.

Sesetengah pakar kanser menasihati pesakit-pesakit kanser supaya tidak ,mengambil ubat cina semasa menjalani rawatan kemoterapi bagi mengelakkan gangguan rawatan yang diberikan oleh doktor. Sesetengah ubatan cina mengandungi ramuan yang sifat  serupa dengan ubatan kimia.

Oleh kerana serai merupakan sejenis sayuran, serai tidak mengganggu rawatan kemoterapi anaknya yang kini menjalani rawatan di hospital untuk tahun yang ke 3.

Dengan kajian yang dijalankan di Timur tengah dan testimoni pesakit-pesakit kanser mengenai bacaan ANC mereka, kami percaya bahawa serai mempu membina sistem pertahanan badan dengan lebih cepat selepas menjalani rawatan kemoterapi.

5.0    BAGAIMANA SERAI BERTINDAK?
Lemongrass memperbaiki peredaran darah dalam badan-badan kita dan ini membawa kepada  peningkatan penjanaan sel dalam semua bahagian dan organ-organ yang mustahak (hati, jantung, buah pinggang dan lain-lain) di dalam badan kita. Penjanaan lebih sel baru dan organ-organ yang sihat meningkatkan sistem imun kita  untuk menentang penyakit dan pelbagai jangkitan.

5.1    DETOKSIFIKASI
Herba serai Citralife mengandungi Citral yang dapat menyahtoksinkan badan dengan meningkatkan kekerapan membuang air kecil. Serai Citralife membantu membersihkan buah pinggang, hati, pankreas, saluran pencernaan, hempedu dan membuang toksik yang tidak diperlukan melalui air kencing.
Pembuangan asid urik dan toksik daripada badan membantu mencegah radang sendi. Kekerapan membuang air kecil juga membuang air dan lemak yang berlebihan dari badan dan dengan itu serai Citralife juga membantu menurunkan berat badan.

5.2    PENGHADAMAN

Serai Citralife membantu proses pencernaan makanan dan memberikan kelegaan akibat gastrik. Ia juga merupakan minuman yang bagus bagi mereka yang menghadapi masalah kembung perut. Ia membolehkan otot-otot sekitar perut berehat dan membuang angin.

5.3    PENGURANGAN TEKANAN DARAH 
Sebagai penyahtoksik, serai mengandungi Citral yang dapat membuang lebihan kolesterol, asid urik, toksin dan lemak daripada badan. Hal ini merangsang pengaliran darah ke seluruh tubuh. Minum segelas teh herba seraiCitralife setiap hari membantu mengurangkan tekanan darah.

6.0    KRISIS PENYEMBUHAN, TINDAK BALAS PEMBERSIHAN ATAU TINDAK BALAS PENYAHTOKSIKAN

Setelah mengambil minuman herba serai Citralife, sesetengah orang (kira-kira 10% daripada pengguna Citralife) mungkin mengalami Krisis Penyembuhan, Tindak Balas Pembersihan atau Tindak Balas Penyahtoksikan. Krisis Penyembuhan berlaku apabila badan kita cuba membuang toksik pada kadar yang lebih cepat berbanding pada badan anda mampu terima. Sesetengah orang berasa sakit semasa proses pembersihan berlaku kerana badan membuang toksin ke saluran darah untuk dibuang keluar daripada badan.

Semasa proses ini berlaku, anda mungkin mengalami sakit (sakit tekak, cirit-cirit, sakit dan sengal sendi, demam, kerap membuang air kecil) yang lebih teruk dari yang sedia ada dan anggap bahawa rawatan ini tidak berkesan. Tetapi sebaliknya, ini menunjukkan keberkesanan rawatan dan menunjukkan badan anda sedang menjalani proses pembersihan dan penyahtoksikan. Sakit- sakit yang dialami ini hanya bersifat sementara dan akan hilang dalam masa 1 hingga 3 hari setelah mengambil Citralife.

Krisis penyembuhan adalah salah satu hasil daripada sistem badan yang berfungsi untuk membuang toxin dan bahan buangan daripada badan dan memperbaiki semula sistem badan. Kesannya, tisu-tisu lama digantikan dengan yang baru. Penyaktoksikan berlaku menyebabkan organ di dalam badan (terutamanya hati, yang menyimpan lebihan sisa dadah dan racun) untuk membuang lebihan sisa racun dan dadah yang tersimpan. Selepas krisis penyembuhan dan pembersihan toxin dari dalam badan. anda akan merasa lebih segar dan muda.

7.0     BAGAIMANA MEMAKSIMAKAN KHASIAT CITRALIFE?

Testimoni adalah penunjuk yang baik dan ia harus seiring dengan perubatan professional diagnosis dan rawatan. Jangan tangguh atau mengabaikan nasihat doktor bagi penyakit-penyakit ringan dan berat. Gunakan maklumat yang di dapati daripada Citralife sebagai penunjuk dan dapatkan nasihat doktor jika anda ada sebarang keraguan. Jika anda dalam rawatan tertentu atau mempunyai gejala-gelaja penyakit berterusan, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil minuman serai Citralife.
Atau dengan cara lain, minum Citralife selama 4 hari berterusan dan berhenti mengambilnya selama 3 hari mengikut kitaran 1 minggu.

8.0    PERHATIAN

Testimoni adalah petunjuk yang baik dan seharusnya seiring dengan perubatan moden. Jangan tangguh atau mengabaikan nasihat doktor bagi penyakit-penyakit utama. Gunakan maklumat yang di dapati daripada Citralifesebagai petunjuk dan dapatkan nasihat doktor jika anda ragu-ragu. Jika anda dalam rawatan tertentu atau mempunyai gejala-gelaja penyakit, sila dapatkan nasihat doctor sebelum mengambil minuman serai Citralife.

9.0    MOTIVASI

Hidup adalah hadiah yang berharga daripada Tuhan. Kualiti kehidupan kita bergantung kepada kesihatan fizikal kita. Kesihatan adalah satu asset yang tidak ternilai. Kesihatan kita bergantung pada gaya hidup  seimbang seperti pemakanan, tabiat tidur, senaman, aktiviti harian dan lain-lain. Serai merupakan salah satu Minuman terapeutik yang ringkas atau mudah untuk mengekalkan kesihatan, menyembuhkan pelbagai penyakit dan kembali kan kesihatan normal.

POKOK SARANG SEMUT


Khasiat “Sarang Semut”:

Secara tradisional digunakan untuk membantu mengubati:

1. Berbagai jenis kanser dan tumor seperti kanser otak, hidung, payudara, lever,

    paru-paru, usus, rahim, kulit, prostate, kanker darah, dan lain-lain.

2. Penyakit ganguan jantung.

3. Stroke ringan dan berat.

4.  Menghilangkan benjolan-benjolan pada payudara.

5.  TBC / Paru-paru.
6.  Ganguan ginjal dan prostate.
7.  Alergi hidung, bersin-bersin dipagi hari dan juga mimisan.
8.  Sakit maag dan mual-mual.
9.  Buasir (baru atau lama.
10. Migrain (sakit kepala sebelah).
11. Reumatik.
12. Melancarkan dan meningkatkan Air Susu Ibu
13. Melancarkan peredaran darah, bisa-bisa dan ngilu badan dan sakit otot.
14. Memperbaiki dan meningkatkan Stamina tubuh.
15. Meningkatkan tenaga vital.

CARA PENGAMBILAN

Tuangkan satu sudu makan penuh serbuk “sarang semut” kedalam bekas berisi air
± 500 ml. (2 gelas), lalu masak sampai mendidih. Kecilkan api sambil dikacau  sesekali selama ± 15 minit (2 gelas menjadi 1 gelas).  Biarkan sejuk atau suam kemudian ditapis  dan diminum (hampasnya dibuang).

Untuk pengubatan:  minumlah secara teratur 2-3 gelas sehari.
- Untuk pencegahan dan meningkatkan stamina: minumlah 1-2 kali sehari.
- Dos  untuk kanak-kanak (5-12 tahun), setengah dari sukatan orang  dewasa.

Setiap sukatan hanya untuk sekali penggunaan sahaja
GUNAKAN PERIUK TANAH ATAU STAINLES STEEL. JANGAN GUNA PERIUK steel

TERUNG SUSU KAMBING


i terung susu kambing. Pertama kali saya melihat dan mendengar tentang terung susu kambing ini semasa menziarahi seorang takan di Kg pandan , Kuantan (dekat airport) pada akhir buan Mei 2008.Daun dan rupa pukok macam pokok terung pipit, berduri batangnya. buahnya pelik, macam gambar tu lah bentuknya. 

Kuning oren warnanya, menarik sungguh ciptaan Allah s.w.t ini.Bila saya bawa dan tunjuk kepada saudara mara dan rakan taulan, semua kata plastik.Apbang ipar saya sampai menggigit buah ni untuk pastikan buah ni betul ke atau buah plastik. Nak tergelak pun ada.

Saya telah memotong, buah ini. saya buangkan bijinya dan rebus. Sebelum direbus , rasa buah ini macam buah pear, wangi sedikit tetapi ada rasa gatal . Mungkin saya memang alergy kepada terung, lidah jadi gatal sikit. Rasa airnya agak payau tapi boleh ditelan . Tidak pahit.Khasiat terung susu kambing antaranya ialah untuk menyembuhkan barah payu dara. Terung ini setelah dibuang bijinya ,direbus sehingga mendidih, Minum 2x sehari sehingga sakit berkurangan



HERBATUSSAUDA(JINTAN HITAM

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")

Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)



Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma)

.
i bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

~ polysaccharide

~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

~ amino acid yang membentuk protein

~ karotene iaitu sumber vitamin A

~ kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impo



TAPAK LEMAN(TUTUP BUMI)



Kami juga menjual benih tapak lema/ tutup bumi
1 polibag RM15.00
sms pn salmah 0125769091
Nama Lain: Tutup bumi rimba, Tapak sulaiman, Tapak tangan, Tapak Leman, Tapak gajah, Meroyan Punai Tanah, Punai Tunggal, Punai Tanah, Elephant's foot, Solomon's seal, Prickly leaved(Inggris), Do mairuu lom, kee fain ok khuun (Thailand), Yaanaichhuvadi (India), Dila-dila, tabatabakohan (Filipina), Tapak tangan,talpak lana, tampak liman (Madura), Tutup bumi (Sumatera)Pengenalan

Kerana bentuk daunnya  yang terbaring rata di permukaan tanah dan mengambil kawasan yang luas dari sepatutnya, Orang Melayu menyamakan ia dengan mohor (pentacle seal) Nabi Sulaiman dimana terbelenggu Jin - jin bawah tanah, oleh itu, secara adatnya dikatakan, ia mujarab untuk semua jenis penyakit. Sekarang ini, tanaman ini masih tidak begitu terkenal di Malaysia, sebaliknya dikutip secara liar oleh pengamal – pengamal perubatan tradisional untuk membuat ubat-ubatan herba. Di India ia dinamakan sebagai “Yaanaichhuvadi” bermakna Tapak kaki Gajah kerana bentuk tumbuhan ini kelihatan seperti tapak kaki gajah. Pokok ini jenis tegang, kaku, herba semulajadi, membesar hingga ketinggian 50cm.

Daunnya, tertumpu pada bahagian bawah batang dan disusun dalam cara rosette (Se kelompok daun yang tumbuh dalam bulatan sesak dari pusat yang sama atau mahkota (biasanya pada atau dekat dengan tanah). Daun sedikit bergerigi, diliputi dengan bulu putih, berubah-ubah dalam bentuk dan saiz, lonjong atau bulat pada hujung dan sempit di pangkal. Batang pemegang daun (petioles) adalah sangat pendek dan berbulu. Kepala –kepala bunga tumbuh di hujung hujung tangkai bercabang (dichotomously branched)tunggal, yang dilindungi dengan bulu putih.

Bunganya banyak, terkaku pada  pangkal (sessile), terbungkus rapat membentuk  sejambak permukaan-rata yang besar. Tiga daun hijau luas seperti  daun palsu (bracts) yang mengelilingi setiap kelompok bunga. Cuping (lobes) kelopak (Corolla) berwarna ungu manakala tiub nya putih. Garis kelopak amat juram pada salah satu sisinya. Organ pembiakan bunga jantan (stamen) terujud secara semulajadi (appendicular) dan disusun mengelilingi pusat tunggal.

   
Strawberry "seeds" seen up close, are clearly achenes. cypsela of Cynara (Satu achene (Yunani , satu, menandakan kekuranganprivative + χαίνειν, chainein, terngangah; juga kadang-kadang dirujuk sebagai akene dan kadang-kadang achenium atau achenocarp) adalah sejenis buah kering yang dihasilkan oleh kebanyakan spesis tumbuhan berbunga)

Buahnya  atau  achnes dipendekan disebabkan oleh rabung halus yang  dikelilingi dengan sisik (pappus) dari  bulu keras.

Habitat Tumbuhan

Tumbuhan ini boleh ditemui tumbuh liar di tepi-tepi jalan, kawasan berumput, semak-samun  dan sempadan hutan. Herba ini boleh dibiakkan dengan mudah melalui benih.

Kegunaan dalam perubatan tradisional










Bahagian Tumbuhan yang digunakan: Daun, batang dan akar.
Tumbuhan ini terutamanya digunakan sebagai diuretik,menurunkan suhu panas badan (febrifuge) dan untuk memudahkan kencing (anuria) dan lelehan lendir dari faraj (blennorrhea). Pengunaan lain termasuk sebagai ejen antibiotik, anti pembengkakan (antiswelling), menghalang demam (antipiretik), anti radang (antiinflammatory), ubat batuk (bechic) dan minyak urut (emolien). Adalah dipercayai ia amat baik sebagai ubat  untuk penyakit keputihan (leucorrhea), anemia lukoria, dan berfaedah semasa melahirkan anak.

 Di Malaysia, Tutup bumi diminum untuk faedah diuretik, untuk menurunkan panas badan (febrifuge) dan untuk sebagai ubat cacing (anthelmintic), juga digunakan secara luaran sebagai tuam untuk sakit perut dan aduan – aduan lain. Rebusan dari daun atau akar digunakan sebagai tonik menghapus cacing gelang dan merawat batuk dan penyakit kelamin (venereal diseases). Akar dan daunnya diguna-pakai selepas bersalin sebagai ubat pelindung. Air rebusan dari akar segar dan sirih diberi untuk meredakan muntah manakala daunnya disyorkan untuk merawat bengkak-bengkak (dropsy).
ü  Di Indo-China, Thailand, Indonesia dan Filipina. Tumbuhan ini digunakan sebagai diuretik dan meredahkan demam. Akarnya, ditumbuk untuk jus nya atau direbus;
ü  Di Indonesia digunakan sebagai ubat penyakit keputihan (leucorrhea), kurang darah (anemia) bagi wanita dan kanak-kanak, disentri, amandel, demam, influensa, cacar air, kesakitan semasa haid, radang tenggorok, peradangan ginjal dan batuk.
ü  Di Filipina, Air rebusan atau rendaman (infusion) akar dan daun digunakan sebagai pelembab kulit (emollient), sebagai  ubat cirit-birit, disentri, penyakit paru-paru, kudis gatal (scabies), pelepasan urethral dan untuk memudahkan kencing (anuria) dan pengeluaran lendir dari alat kelamin (belnnorrhea).
ü  Di Indo-China, rebusan dari tumbuhan ini digunakan sebagai diuretik, tonik, pengeluar peluh (diaphoretic),  sebagai agen penggalak haid (emmenagogue), dan diambil secara dalaman untuk gangguan pencernaan, demam berulang kali dan ketidak tetapan haid.
ü  Dalam perubatan tradisional Cina, tumbuhan ini digunakan untuk merawat konjunktivitis, wabak ensefalitis B (epidemic encephalitis B) , Lendir dalam paru-paru (pertussis), hepatitis akut, sirosis (cirrhosis), ascitis, hepatitis akut dan kronik, penyakit kulit (ferunculosis) dan radang kulit (eczema).  
ü  Orang Taiwan menggunakan akar ini untuk melegakan sakit dada. Ubat 'Teng-Khia-U' dari Taiwan adalah ubat terdiri daripada keseluruhan tumbuhan Tutup bumi Elephantopus scaber, E. Mollis dan Pseudoelephantopus spicatus. Telah terbukti ekstrak air dari tiga tumbuhan ini mempunyai kesan perlindungan kepada hati dari kesan karbon tetraklorida (CC14) penyebab kerosakan hati akut.
ü  Di India, air rebusan akar digunakan dalam merawat penyakit cecair yang keluar dari kemaluan (urethral discharges), cirit-birit, disentri, kesakitan membuang air kecil (dysuria) dan sebagai tonik untuk jantung.
ü  Di Seri Langka, pepejal yang disediakan daripada daun tumbuhan Tutup bumi, air dan madu digunakan untuk merawat penyakit kuku dan luka-luka yang disebabkan oleh gigitan haiwan liar.
ü  Di Madagascar, ia dianggap diuretik dan menyejukkan dan di Hindia Barat sebagai tonik, pengeluar peluh (diaphoretic), dan sebagai penggalak haid (emmenagogue) dan diberikan untuk gangguan pencernaan berserta pedih ulu hati dan mual (dyspepsia), demam tidak menentu dan tekanan perasaan disebabkan haid (menstrual derangements).
ü  Tumbuhan ini juga digunakan secara tradisional di Brazil untuk mengeluarkan batu karang.
ü  Bagi masyarakat Cina di Malaysia, herba ini digunakan untuk merawat sakit tulang belakang di mana urat-urat dan saraf-saraf dapat diperkuatkan selepas mengalami kecederaan. Caranya adalah dengan mengukusnya dengan ayam betina tua tanpa kulit selama 4 jam dan di minum sebagai sup, lebih pekat, lebih mujarab.
ü  Di Thailand daun tutup bumi digunakan untuk mencegah kehamilan, melancarkan air kencing dan afrodisiak. Daun dan akarnya digunakan untuk meningkat stamina.

 Kegunaan





Tutup bumi digunakan sebagai Viagra semulajadi kerana mengandungi stigmasteol yang berfungsi membentuk hotmon progesterone. Hormon ini diperlukan dalam biosintesis dengan androgen (hormone lelaki). Hormon ini di hasilkan di kelenjar testis dan berfungsi memelihara watak kejantanan dan kelaki-lakian. Pada kaum wanita progesterone bersama estrogen dan prolaktin merangsang pertumbuhan kelenja susu. Stigmasterol juga merupakan turunan steroid yang salah satu aktivitinya memacu gairah seksual.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semulajadi, MARDI, Serdang, Selangor Dr. Ahmah Zamzam Mohamed, tumbuhan ini senang tumbuh di kawasan padang rumput, tepi jalan ataupun tanah terbuka. Malah ia juga sering ditemui di kawasan tempat letak kereta,”
Menurut beliau berdasarkan rujukan ethnobotani dan temubual dengan pengamal perubatan tradisional, tumbuhan ini mempunyai khasiat yang istemewa. “Walaupun ia mudah ditemui tetapi tumbuhan tutup bumi ini sememangnya mempunyai khasiat yang sesuai untuk penjagaan kesihatan diri,” ujarnya.

Katanya, diantara khasiat yang agak ketara adalah merawat selsema, sakit tekak, batuk, anemia (wanita dan kanak-kanak) dan juga haid tidak teratur. Tambah beliau lagi, rawatan tersebut bergantung pada bahagian tertentu tumbuhan itu sendiri. “Contohnya, kalau untuk merawat selsema dan sakit tekak, kita perlu merebus kesemua bahagian tumbuhan tersebut sehingga mendidih. “Bagi pesakit anemia pula, hanya akarnya diperlukan. Cara menggunakannya adalah dengan merebusnya sehingga mendidih dan minumlah perlahan-lahan. Untuk batuk pula daunnya perlu disalai diatas api dan digosok keleher, manakala haid tidak teratur pula, hanya batang dan daun direbus sehingga mendidih dan minumlah perlahan-lahan,” ujarnya. 

Bagaimanapun, beliau turut menegaskan sebelum menggunakan tumbuhan tutup bumi ini perlu dibersihkan dahulu. Selain itu, beliau memberitahu, pihak MARDI akan mengeluarkan sebuah buku tentang herba di Malaysia tidak lama lagi.

Untuk mengubat anaemia, batuk, selsema dan serak tekak, radang rahim, hepatitis, bisul, penyakit kulit, cirit birit, keputihan, radang mata dan juga dikatakan dapat mempermudahkan proses kelahiran dan digunakan selepas bersalin untuk mengembalikan kecergasan badan.

Bahagian yang digunakan :








Seluruh bahagian tumbuhan termasuk akarnya dibersih dan dikeringkan. Untuk penyakit hepatitis (sakit kuning), 120-180g akar yang masih segar direbus bersama daging dan jus nya (supnya) diminum selama 4-5 hari. Untuk perut kembung  60g batangnya yang masih segar direbus dan diminum airnya. Untuk penyakit lain rebus 15-50 gram pokoknya yang telah dikeringkan dan minum airnya. Pucuk dan akarnya direbus bersama daun inai dan daun jambu batu dapat mengecutkan rahim.

Herba ini berunsur diuretik, julap, analgesik, kemampuan menyembuh (alterative),  menurunkan suhu panas (ferbrifuge), tonik jantung dan otak, yang digunakan dalam radang, kesakitan perut akut terutama anak-anak (griping inflammations) dan Keradangan membran lapisan tiub bronkial (bronchitis). Pes dari keseluruhan herba bersama Scoparia dulcis (Satu dari genus tumbuhan keluarga SCROPHULARIACEAE. mengandungi thyrsiflorin dan lain-lain scopadulane jenis (labdane) DITERPENES).dijadikan pil dan diberikan untuk rawatan menorrhagia ( Haid luar biasa berat atau haid berpanjangan; boleh menjadi gejala tumor rahim dan boleh membawa kepada anemia jika berpanjangan).

Akar tumbuhan ini digunakan untuk demam dan untuk menahan muntah.
Daun digunakan dalam Piles (Kesakitan disebabkan oleh vena bengkak pada atau di dalam gulongan kedutan otot yang mengelilingi pembukaan (sphincter) dubur). Daun Lebam direbus dalam minyak kelapa digunakan untuk ulser dan ekzema.

Bunganya memiliki sifat afrodisiak, tonik dan expectorant (Mengeluarkan (kahak atau lendir) dari paru-paru melalui mulut); merawat biliousness (Keresahan gastrik yang disebabkan oleh gangguan pundi hati atau hempedu), masalah hati dan batuk.

Rebusan air akar dan daun adalah untuk emolien (Melembut atau mendatangkan kesan tenang pada  kulit), untuk kencing yang sakit (dysuria), cirit-birit dan disenteri.

Pes yang disediakan dari akar digunakan untuk reumatisme, dan dicampurkan dengan minyak sawi diberikan untuk penyakit  amoebic disentri (Keradangan usus yang disebabkan oleh Endamoeba histolytica; biasanya berpunca dari meminum  air atau memakan dari yang tercemar dengan najis; dicirikan dengan cirit-birit yang amat teruk) (Yusuf et al 2009). EtOH (50%) ekstrak tumbuhan menunjukkan aktiviti antikanser (Asolkar et al., 1992).
Dalam perubatan tradisional, ia digunakan untuk;

* Mmerawat penyakit Demam kepialu
* Untuk merawat selesema dan sakit tekak, kesemua bahagian tumbuhan tersebut perlu direbus sehingga mendidih.
* Bagi pesakit anemia, hanya bahagian akarnya perlu direbus sehingga mendidih dan diminum perlahan-lahan.
* Untuk merawat batuk, daunnya perlu disalai di atas api dan digosok/dilekatkan ke leher.
* Untuk merawat haid tidak teratur, batang dan daunnya direbus sehingga mendidih dan diminum perlahan-lahan.
* Untuk penyakit hepatitis (sakit kuning), 120-180g akar yang masih segar direbus bersama daging dan air(supnya) diminum selama 4-5 hari.
* Untuk perut kembung, 60g batangnya yang masih segar direbus dan diminum airnya.
* Untuk memulihkan wanita yang baru lepas bersalin, ditumbuk bersama melukut dan mata kunyit dan dimakan selama tujuh hari berturut-turut bermula pada hari ketiga selepas bersalin.
* Untuk mengecutkan rahim, pucuk dan akarnya yang direbus bersama daun inai dan daun jambu batu.
* Untuk mengubati batuk kering, cuci dengan air panas dan lumatkan dahulu daunnya, sebelum dimakan bersama nasi (seperti ulam).
* Air rebusan akarnya diminum oleh kaum lelaki untuk merawat sakit pinggang.
* Air rebusan akarnya diminum oleh kaum wanita untuk merawat haid tidak terator.
* Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini diminum untuk mengelakkan meroyan di kalangan wanita selepas bersalin.
* Resip untuk Cacar air:

Bahan:

Daun tutup bumi         2-3 helai
Temulawak                         2 ruas
Kencur                               1 jari diparut
Asam jawa                 1 sudu the
Gual merah                        1 sudu makan

Cara membuat:
Semua bahan kecuali gula merah direbus dalam 4 gelas air sehingga baki 2 gelas. Di angkat, tapis, dan campurkan dengan gula merah. Minum 2 kali sehari.
*Resip untuk Keputihan:

Bahan:

3 pokok tutup bumi termasuk daun, batang, dan akar dicuci bersih, kemudian direbus dalam 3 gelas air sehingga terbaki 2 gelas. Di angkat, tapis, dan disejukkan. Minum 2 kali sehari.

Dalam rawatan Siddha dari India pokok tutup bumi digunakan:
1. Untuk sebarang gigitan beracun tumbuhan ini di kisar dan ditampalkan kekawasan gigitan. Ini adalah terapi Siddha sangat berkesan.
2. Daun tumbuhan ini digunakan sebagai pengikat rambut dalam masalah rambut gugur.
3. Daun dikisar dan dijadikan pes dan digunakan keatas ulser dan ekzema sebagai kegunaan luaran.
4. Akarnya dihancurkan dan dibuat rebusan,  di sediakan sebagai minuman untuk penyakit jantung, penyakit hati dan artritis.
5. Tumbuhan ini ditumbuk  kemudian direbus. Air rebusan ini diberi sebanyak 20-30 ml dan diberi minum dua kali sehari. Ini adalah diuretik yang amat berkesan, mengawal demam tinggi dan turut membantu mengeluarkan batu pundi hempedu.
6. Rebusan tumbuhan ini amat berkesan menyembuh ulser peptik atau apa-apa kesakitan atau gangguan perut.
























Juzuk Kimia
























                                 
Elephantopin                                       germacranolide lactone

Daun mengandungi lupeol, isodeoxyelephantopin, 11,13, dihydrodeoxyelephantopine, sesquiterpenoidlactone, epifriedelinol, stigmasterol, triacontan-1-ol, dotria-contan-1-ol, lupeol acetate, deoxyelephantopin, asid amino. Bunga mengandungi luteolin-7-glucoside.
Tutup Bumi dikenali sebagai ubat tradisional, mengandungielephantopin  yang merupakan bahantara germacranolidesesquiterpene lactone , m engandungi dua cincin lactone dan kumpulan berfungsi epoksida, dan menunjuk keupayaan aktiviti antitumor.

Tumbuhan tutup bumi mengandungi germancranolide, elephantopin dan dua ester asid quinic (4,5-dicaffeoyl quinic acid and 3,5-dicaffeoyl quinic acid) yang mana melambatkan atau menghentikan aktiviti enzim yang menjadi pemangkin pengurangan beberapa bahan biokimia gula monosakarida hemiacetal  [aldose reductase inhibitor (Ghani, 2003)].

Epifriedelinol, lupeol, stigmasterol dan campuran triacontan-1-ol dan dotriacontan-1-ol  diasingkan daripada tumbuhan. Ia juga mengandungi bahantara dilactone-isodeoxyelephantopin (Rastogi & Mehrotra, 1990 & 93).
Bahan kimia dengan potensi komersial: Deoxyelephantopin, molephantinin, phantomolin.

Bahan kimia lain: amyrin-p asetat, crepiside E. deacylcynaropicrin, 11,13-dihydrodeoxy-elephantopin, dihydroelephantopin, elephantin, elephantopin, epifriedelanol, glucozaluzanin-C, isodeoxyelephantopin, lupeol, lupeol asetat, molephantin, nudaphantin, stigmasterol, stigmasteryl 3 -p-glucopyranoside.

Farmakologi
Herba ini dilaporkan mempunyai aktiviti antibakteria. Ekstrak akuas dari tutup bumi (Elephantopus scaber) menambah baik luka di hati (hepatic lesions) yang disebabkan oleh p-D-galaktosamina (D-GalN) - dan acetaminophen (APAP)- yang menyebabkan kerosakan teruk di hati pada tikus. Dalam kajian lain, didapati bahawa lemak metamorfosis hati dan pusat lobul nekrosis (necrosis) berubah dengan ketara selepas diberi  rawatan ekstrak tutup bumi.
Akueus dan hydroalcoholic ekstrak dari Tutup bumi di tadbirkan pada 0.3-6g/kg i.p. menyebabkan berlaku kekejangan bengkang bengkok (induced writhing), kehilangan nada otot, Ketidakupayaan untuk menyelaras pergerakan otot sukarela, pergerakan tak mantap dan gaya pergerakan  mengejutkan (ataxia), Satu kegagalan fungsi secara mendadak atau keletihan fizikal sepenuh (prostration) dan kematian pada tikus. Walau bagaimanapun, tidak terdapat kesan melegakan kesakitan (analgesice) dari ekstrak  tutup bumi apabila digunakan plat panas  dan ujian asetik asid keatas tikus. Kedua-dua ekstrak juga gagal mengubah suai Peningkatan rembesan air kencing (diuresis) atau penggunaan carrageenan yang menyebabkan pembengkakan tapak kaki tikus. Peningkatan suhu badan yang tinggi  disebabkan oleh yis keatas tikus telah dikurangkan melalui pemberian ekstrak pada dos lOOmg / kg i.p. tetapi  tidak terdapat kesan selepas pentadbiran lisan (300 atau 600mg/kg). Selain itu, ekstrak akueus mengurangkan masa transit usus pada tikus manakala ekstrak hydroalcoholic meningkatkan nya. Ekstrak Tutup bumi pada 25-100mg/kg (iv) mengurangkan tekanan darah dan kadar jantung pada tikus.

Tutup bumi melihatkan aktiviti antibakteria yang besar (MIC = 7.8-23.4mg/ml) terhadap bakteria kariogenik dan Streptococcus mutans. Satu ekstrak dari daun Tutup bumi turut menunjukkan aktiviti antibiotik (1/5) terhadap Staphylococcus.

Cubaan Klinikal : Tiada terdapat maklumat.Siasatan Pharmacognostic dan fitokimia Tutup Bumi (Elephantopus scaber L.)



Siasatan Pharmacognostic bahagian anatomi daun, petiol (Batang langsing yang menyokong bilah daun), batang, gagang bunga dan akar Tutup Bumi telah dijalankan untuk menentu ciri-ciri keupayaan anatomi. Fiziko-kimia malar seperti abu dan penghasilan nilai darinya (extractive values) telah ditentukan. Jumlah kandungan abu dari daun Tutup Bumi adalah 6,32% dan 10,53% dari  rhizome nya. Analisis fitokimia dari semua ekstrak menunjukan kehadiran sebatian steroid. Hasil kajian boleh digunakan untuk mengenal pasti dan pada penyediaan monograf tumbuhan.


Tutup Bumi (Elephantopus scaber (Asteraceae)) telah digunakan untuk meningkatkan pengeluaran air kencing (dieresis) dan menghalang demam panas (antipyresis) dan untuk mengeluarkan batu karang. Genus ini telah dilaporkan mengandungi germacranolides hydroxylated molephantin dan molephantinin, yang juga mempunyai sitotoksik dan cirri-ciri antitumor. Kajian Kimia yang telah dimulakan semenjak tahun 1960-an menunjukkan kandungan dalam tutup bumi termasuk flavonoid, triterpenoids, ester flavonoid dan sesquiterpene lactones. Sesquiterpene lactones adalah yang paling penting kerana aktiviti antitumor nya. Juzuk utama Fitokimia dari tumbuhan tutup bumi adalah elephantopin, triterpenes, stigmasterol epifriedelinol dan lupeol.
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pelbagai standard pharmacognostic seperti mikroskopi daun, petiol, batang, gagang bunga dan akar; abu dan nilai ekstraktif, analisis pendarfluor dan analisis awal fitokimia daun Tutup bumi dan rhizome nya.







Floem berlaku sebagai sarung nipis luar xilem; ketidak seragaman gentian pericyclic dapat dilihat di luar floem. Tangkai bunga dibahagian tengah mempunyai silinder vaskular yang nipis dan kekurangan jumlah perisiklik gentian.

Semua tiga ekstrak mempunyai sebatian steroid. Laporan yang sama telah diperolehi untuk rhizome E. scaber (Jadual 4). Terapeutik terpenoid mengenakan spektrum aktiviti luas seperti antiseptik, perangsang, diuretik, anthelmintic, analgesik dan tindak balas gatalan (counter-irritant).

Secara perubatan digunakan sebagai ejen penyembuhan pada keradangan, jirian, gonorea, terbakar, buasir dan sebagai penawar. Kajian mencadangkan bahawa E. scaber mampu menjadi sumber potensi sebatian steroid dan berguna untuk pengenalpasti dan penyediaan monograf tumbuhan. Walaupun manafaat kesihatan dari Tutup bumi itu besar, terdapat amat sedikit usaha untuk mengkomersilkan produk dari tumbuhan ini. Hanya terdapat beberapa produk herba seperti Shanggan Tablet, yang berasaskan dari Tutup bumi kini boleh didapati di China dan di beberapa kedai perubatan tradisional Cina di Asia Tenggara di mana ia dipasarkan sebagai Perubatan yang di Patenkan dari negeri Cina. Secara tempatan, penggunaan tutup bumi terhad kepada pengamal perubatan tradisional dalam penyediaan tempatan seperti ‘jamu '

Elephantopus scaber mendorong cytotoxicity dalam MCF-7 sel-sel kanser payudara manusia melalui pendorong - p53 Sel pembunuh diri (apoptosis).



Dari Department of Cell and Molecular Biology, Faculty of Biotechnology and Biomolecular Sciences, Universiti Putra Malaysia, Serdang 43300 Selangor, Malaysia., Institute of Bioscience, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Malaysia., Department of Bioprocess Technology, Faculty of Biotechnology and Biomolecular Sciences, Universiti Putra Malaysia, Serdang 43300 Selangor, Malaysia. 

Tumbuhan ini bukan sahaja digunakan sebagai masakan bahkan juga digunapakai dalam perubatan selama berabad-abad lamanya. Elephantopus scaber Linn, herba dari keluarga Asteraceae, secara tradisinya telah diambil secarai rebusan atau secara teh untuk mengubati pelbagai jenis penyakit dan sakit di seluruh dunia. Kajian terbaru juga telah mencadangkan bahawa tumbuhan ini memiliki pelbagai bioactivities seperti anti-bakteria, anti-radang, hepatoprotective serta sifat anti kanser.

Dalam kajian ini, kesan sitotoksik ethanolic dari ekstrak tutup bumi keatas sel garis kanser payudara, MCF-7 dan asas mekanisma kematian sel  diperiksa.  Tutup bumi menunjukkan kesan sitotoksik terhadap sel MCF-7 dengan nilai IC50 dari 15 μg / mL. berbanding dengan kawalan tidak ber- rawat, ekstrak mencetuskan kematian sel dengan  meningkatkan phosphatidylserine (adalah komponen phospholipid, biasanya tersimpan bahagian dalaman daun (sebelah cytosolic) dari membran sel oleh enzim yang dipanggil flippase. Apabila sel mengalami apoptosis, phosphatidylserine tidak lagi terhad kepada bahagian cytosolic membran, tetapi menjadi terdedah pada permukaan sel) luaran (externalization), pemecahan DNA dan ciri penting  kematian sel (apoptotic) dari tumbuhan (morphological) dalam sel-MCF. Tambahan lagi, kita turut mendapati tekanan pada tumor protein p53 di-selia kepada tindak balas rawatan.

Kesimpulannya, keputusan ini mencadangkan bahawa ekstrak ethanolic Tutup Bumi (E. scaber) berpotensi menjadi agen anti kanser untuk sel-sel kanser payudara manusia melalui pengenalan (induction) p53-bergantung apoptosis.


Kesimpulan: Kajian ini menyimpulkan bahawa aktiviti antiasmatik dari ekstrak ethanolic daun E. scaber mungkin disebabkan oleh kehadiran flavonoid atau steroid. Tindak-balas antiasmatik dari Tutup Bumi (E.scaber) disebabkan ciri keseimbangan sifat  antihistaminic, anticholinergic dan mast-cell.
Asma adalah salah satu penyakit yang paling biasa dicirikan dengan keradangan salur pernafasan. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bahan alahan (allergens), dadah, jangkitan pernafasan, habuk, udara sejuk, senaman, emosi, rangsangan pekerjaan, bahan kimia, histamin, dan lain-lain.

Aktiviti Penyembuhan Luka Dari Ekstrak Daun Dan Pengasingan Deoxyelephantopin Daripada Elephantopus Scaber Linn.

Tutup Bumi (Elephantopus scaber Linn.) Lebih dikenali sebagai tapak Gajah, (Asteraceae) adalah pokok herba beraromatik scabrescent tersebar di hutan lembap. Sebagai satu tuntutan tradisional, akarnya digunakan sebagai tonik jantung (cardiotonic), menurunkan panas badan (antipyretic), dan diuretik.  Rebusan dari akar dan daun digunakan sebagai pelembut kulit (emolient) dan diambil untuk kesakitan membuang air kecil (dysuria), cirit-birit, disentri, dan masalah sakit perut. Ekstrak akuas dari daun digunakan secara luaran untuk merawat ekzema dan ulser. Secara fitokimia tumbuhan ini telah dilaporkan mengandungi sesquiterpenes lactones deoxyelephantopin, isodeoxy-elephantopin dan scabertopin. Ia juga mengandungi epifriedelinol, lupeol dan stigmasterol.  Ciri farmakologi ekstrak daun telah dinilai untuk diuretik, anti-radang, dan ciri-ciri hepatoprotective. Pada asas bukti saintifik yang disebut di atas, kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan ekstrak daun E. scaber L. untuk aktiviti antiasmatik



Mereka Yang Berjaya Melawan Kanser

Mereka Yang Berjaya Melawan Kanser
Sedikit saja antara pesakit kanser yang berjaya melawan kanser atau sekurang-kurangnya dapat menikmati kualiti kehidupan yang baik atau memuaskan selepas didiagnosa oleh Doktor. Antara mereka yang sedikit itu termasuklah :
  1. Seniwati Dato Sarimah Ahmad : Beliau didiagnosa kanser tekak tahap 4 dan Doktor beritau bahawa beliau tak dapat hidup lama melainkan buat radikal operation. Dato Sarimah enggan dan memilih rawatan herba. Dato Sarimah hidup sampai ke hari ini serta tahap tenaga, keyakinan diri dan kualiti hidup beliau bertambah baik. Malangnya Dato Sarimah belum lagi sedia berkongsi rahsia mengenai perincian rawatan yang diambilnya bagi manfaat insan lain. Cuba baca cacatan ini: Seniwati Datuk Sarimah Ahmad tidak menyangka dapat menyambut hari lahirnya ke 69 pada 28 April lalu ketika disahkan menghidap kanser otak, hidung dan lidah sejak setahun lalu. Menurut Sarimah, dia berjuang untuk hidup selepas diberitahu hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja.“Penderitaan tersebut bermula pada 2008 sehinggalah pada 20 April tahun lalu doktor mengesahkan saya menghidap kanser dan hanya mampu bertahan selama tiga bulan.“Saya reda dan percaya dengan ketentuan Allah SWT dan dalam pada itu saya berusaha juga untuk berubat,”  katanya ketika ditemui pada sambutan ulang tahunnya, di Restoran Warisan, di sini, Jumaat lalu. Katanya, dia juga merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga kecuali anak bongsunya, Yusarima Puteri. “Bukan niat saya untuk merahsiakan perkara ini tapi saya tidak mahu anak-anak saya turut berasa sedih dengan keadaan tersebut. “Hanya anak kelima saya sahaja yang tahu tentang perkara ini kerana hanya dia yang ada berada bersama saya. “Ketika itu juga saya banyak menolak permintaan fotografi media dan undangan ceramah kerana tidak mahu mereka lihat keadaan saya yang ketika itu hanya tinggal kulit dan tulang sahaja,” ujarnya. Tambah Sarimah, dia tidak pernah mengalah melawan penyakit tersebut. Biarpun menolak untuk melakukan sebarang pembedahan pada tubuhnya, beliau memilih untuk mendekati Allah dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan memastikan amalan solat sunat digandakan. “Saya tidak mahu melakukan sebarang pembedahan, saya mahu kembali kepada-Nya dalam keadaan tanpa cacat seperti mana saya dilahirkan. “Saya memilih untuk melakukan rawatan alternatif dan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran serta air Zam Zam sebagai penawar,” katanya. Bagaimanapun, Sarimah mengakui mengambil makanan tambahan B17 diimport dari Mexico yang diperkenalkan oleh seorang doktor. “Doktor tersebut yang mengesahkan saya mengidap kanser tersebut berada di tahap empat. Beliau juga menyarankan agar saya mengambil pil tambahan ini. “Alhamdulillah ia bagaikan serasi dengan saya tapi berbalik kepada ketentuan Allah SWT, jika niat kita untuk berubat air kosong pun boleh jadi penawar,” katanya. Ketika ditanya tahap kesihatannya kini, Sarimah memberitahu dia semakin pulih daripada penyakit tersebut. “Saya tidak tahu ia pulih sepenuhnya atau tidak, jika Allah ingin mengambil nyawa saya bila-bila masa sahaja.“Tapi Alhamdulillah derita yang saya alami sejak beberapa tahun lalu semakin kurang,” katanya. Mudah-mudahan Seniwati Datuk Sarimah segera sembuh.. ( Rujuk Majalah Info Sihat Bil 44 Julai 2011 ms 17 - 23 ).
  2. Seniman Zainal Abidin. Beliau berumur 53 tahun dan didiagnosa Doktor menghidapi kanser kolon tahap 3 dua tahun yang lalu. Pada saat itu juga dia sedang menjalani rawatan bagi penyakit jantung, buah pinggang dan darah tinggi. Penyanyi ini terkenal dengan lagu Hijau pada satu masa lalu. Ironinya sayuran Hijau adalah makanan bersifat alkali yang boleh menjauhkan penyakit kanser. Seniman Zainal Abidin berubat herba di Kelang dengan disiplin tinggi disamping mendapat sokongan dan perhatian keluarga yang kuat. Buah pinggang yang rosak juga telah berfungsi kembali sedangkan ubat tahan sakit NSAIDs (cth Ponstan, Ibuprofen, Ketotifen, diclofenac Sodium/Voltaren mefenamic acid, aspirin dsbnya), ubat darah tinggi seperti Captopril, Lisinopril, Enalapril dan ubat Kolesterol Lovastatin/Simvastatin boleh merosakkan buah pinggang. Namun FDA dan doktor banyak yang tutup mata, pekakkan telinga pasal hal kesan sampingan ubat. Tahukah anda sedikit saja doktor amanah yang sanggup pantau siasatan Renal Profile bagi melihat buah pinggang anda masih elok atau beransur rosak semasa anda pergi follow up rawatan kencing manis dan darah tinggi! Malangnya Seniman Zainal Abidin belum lagi bersedia berkongsi rahsia mengenai perincian rawatan yang diambilnya bagi manfaat insan lain. (Rujukan Kosmo H2 9 Mac 2012)

3.   Datin Rahmah Mahmood -  Adik Ipar kepada Mantan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Beliau seperti dua orang kakak kembarnya (Datin Endon dan Datin Noraini) menghidapi kanser payudara. Pembedahan dilakukan bagi membuang ketulan tumor di Amerika Syarikat. Kedua-dua kakak kembar kesayangannya menghembus nafas terakhir selepas kimoterapi. Datin Rahmah Mahmood memilih herba NuvaPine A yang mengandungi bioeffective dan nekad berkeras menolak rawatan kimoterapi yang ditawarkan doktor pakar ( Rujuk Majalah Info Sihat Bil 45 Ogos 2011 ms 26-28 ).
4.   Professor Susumu Sekine – seorang professor Jepun menghidapi kanser lower 1/3 esophagus (Sila rujuk buku : Panjangkan Usia Pesakit Kanser – Sekine Susumu 2010 – Tombo Enterprise Sdn Bhd, 8.05 Wisma Zelan, No 1, Jln Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur – boleh beli buku ini di SDMC PJ) .





POKOK KARI


Nama botani: Murraya koenigii

Famili: Rutaceae

Pengenalan

Daun pokok ini terkenal untuk perisa dalam kari dan lain-lain masakan.

Ia mempunyai kira-kira 1,600 spesies. Bunganya berwarna putih berbentuk

seperti loceng. Buahnya bujur berwarna hijau semasa muda dan menjadi merah apabila masak.

Daun majmuk berpasangan pada tangkai antara 14 - 18 helai.

Daunnya mengandungi unsur-unsur kariofilena, elemena, osimena, kadinena,

selinena, bisabolena dan felandrena. Minyak dari daun kari boleh bertindak

sebagai antibakteria.

Khasiat dan kegunaan
Daun yang dilumatkan boleh digunakan untuk merawat bengkak-bengkak
dengan memupukkan dibahagian yang bermasalah. Daun kari juga digunakan
untuk merawat sakit perut, sembelit, cirit-birit, muntah-muntah dan dipatuk ular.
Selain dari itu ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan ruam di kulit,
masalah rambut beruban dan meghilangkan loya bagi wanita yang mengandung.
Selain daun, kulit batang dan akarnya juga mengandungi sebatian alkaloid
yang boleh bertindak mematikan sel-sel kanser serta menghalang pertumbuhan
sejenis ameba yang menyerang mata manusia. Air perahan dari akarnya
juga dikatakan boleh menyebuhkan sakit buah pinggang
Dengan demikian pokok kari bukan saja dijadikan sebagai bahan perisa kari
dan makanan tetapi merupakan sumber bahan mentah untuk penyediaan sebatian-sebatian
dalam bidang farmaseutikal.

MISAI KUCING




M, UniMAP hasilkan ekstrak herba halang sel kanser merebak

KUALA LUMPUR: Penghidap kanser kini tidak perlu lagi bimbang dengan kos rawatan penyakit yang tinggi selepas kajian mendapati tumbuhan misai kucing dan kemunting Cina mampu merawat penyakit berkenaan. 
Kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 2007 mendapati ekstrak dua tumbuhan berkenaan mampu menghalang sel kanser daripada terus merebak, seterusnya menyembuhkan penyakit berkenaan. 


Kita akan melihat potensi tumbuhan ini serta maklum balas daripada orang ramai mengenai keberkesanannya selepas kajian selesai dijalankan. - Mahamad Noor Jaafar, Pengarah Unit Pembangunan Agrotekteknologi UniMAP

Pengarah Unit Pembangunan Agrotekteknologi UniMAP, Prof Madya Mahamad Noor Jaafar, kajian lanjut mengenainya termasuk keberkesanan ekstrak itu terhadap tahap penyakit kanser sedang giat dijalankan.

“Seramai 10 penyelidik USM terbabit dalam penyelidikan yang menelan kos RM1 juta ini pada peringkat makmal serta menghasilkan produk akhir, sementara UniMAP membekalkan sumber misai kucing dan kamunting Cina membabitkan proses penanaman, pengeringan dan pengekstrakan.

“Produk hasil kajian termasuk dalam bentuk kapsul, teh dan minuman dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat dan kita juga akan mendapatkan kelulusan piawaian daripada badan berkaitan,” katanya kepada Berita Minggu.

Mahamad Noor berkata, pihaknya akan terus menjalankan kajian mengenai keberkesanan tumbuhan herba dalam menyembuhkan penyakit termasuk tumbuhan yang jarang diteroka khasiatnya. 
“Tumbuhan seperti misai kucing, kacip fatimah dan tongkat ali sememangnya dikenali mempunyai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai penyakit, namun kamunting Cina tidak begitu popular di negara ini.

“Kita akan melihat potensi tumbuhan ini serta maklum balas daripada orang ramai mengenai keberkesanannya selepas kajian selesai dijalankan,” katanya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar