klik2

Ahad, 20 Disember 2009

aku dalam dilema









Nak isi borang ke tidak!!!!!. Kalau aku tak isi, nanti orang hantar aku jauh dari rumah , aku juga yang ada masalah. Suamiku pula baru saja bertukar ke Pejabat Tanah Pokok Sena. Sebelum ni bekerja di Pejabat Tanah Kubang Pasu selama 20 tahun. Itulah dilema yang menghantui aku sekarang. Dilema sejak aku cuti sekolah hinggalah sekarang yang tak habis-habis aku memikirkannya. Aku terfikirkan masalah ni, bila aku bersama-sama pengetua dan beberapa rakanku pergi ke rumah cikgu zamzuri untuk menghadiri kenduri anaknya. Pengetua serba salah untuk memberitahu bahawa guru-guru yang tinggal di satu sekolah sejak 1994 perlu isi borang tukar. Pengetua bertanya sejak tahun berapa aku bertugas di SMKPN dan aku menyatakan sejak tahun 1991 lagi. Pengetua memang tidak mahu guru-guru di SMKPN bertukar kerana baginya guru-guru SMKPN ialah guru berdedikasi. tapi apakan daya ini adalah arahan JPN. Nazir pun ada tanya kenapa aku tidak bertukar sekolah walaupun telah bertugas lama di situ. Bagiku buat apa aku bertukar sekolah. kalau guru tu bermasalah ke, bolehlah ditukarkan untuk meningkatkan motivasi diri. Aku rasa aku tidak ada masalah langsung dengan sekolah. Aku pening antara arahan jabatan dengan arahan Kementerian. Jabatan minta guru bertukar untuk ubah angin, tapi kementerian minta guru tingkatan enam kekal di satu sekolah dalam tempoh lima tahun..........Pening, !!!!!!!!!yang mana satu aku nak ikut. Kalaulah aku ditukarkan, aku nak sekolah yang jauh dalam hutan, yang belum membangun, yang jauh ketinggalan........................aku akan majukan sekolah tu. Tapi anakku tak mahu kerana tiada kemudahan internet, Aku pening................Suamiku pergi pagi balik petang, esok-esok aku pun pergi pagi balik petang. Nak didik anak orang , anak sendiri pun tak terdidik.

4 ulasan:

MALEQUE SELAMAT berkata...

Salam.. inilah antara perkara2 pelik tapi benar... nampaknya kalau macam tu, saya pun kena isi borang pindah tahun depan nih.. sebab saya mengajar di khir JOe sejak 1995...
Saya mencadangkan agar cikgu berhubung dengan pihak Bahagian Sumber Manusia dulu untuk memaklumkan perkembangan terbaru ini.. mungkin pihak BSM ada maklumat yang belum sampai ke JPN... Sebab setahu saya memang betul cikgu yg mengajar di tingkatan 6, tidak boleh digerakkan selama 5 tahun kecuali pihak BSM yang menggerakkan mungkin disebabkan faktor perjawatan..

salmahj berkata...

Terima kasih kerana baca dan bagi pendapat. Nantilah buka sekolah nanti, kalau pengetua minta isi borang saya akan isi. Kalau boleh nak sekolah yang bilangan pelajarnya sikit tapi ada Tingkatan 6. Cikgu tahun 1995 tak terlibat lagi. Guru Tingkaatan 6 yang dinaikkan pangkat saja yang boleh ditukarkan. kalau tak naik pangkat GT6, saya jatuh junior balik bila tukar sekolah.Nak buat cammana dah nasib.....

MALEQUE SELAMAT berkata...

Maksudnya cikgu ni dalam kes penempatan semula GAT6 yang tidak boleh dinaikkan pangkat di sekolah sekarang lah.. contoh atau memang sebanrnya.. cikgu layak utk DG48 tp disebabkan kuota di sekolah sekarang ni cukup.. tak dpt jawatan tu.. jd kena pindah sekolah yang ada kosong.. macam tu ker?

salmahj berkata...

Saya mana layak lagi DG48, maksudnya di sini kenaikan pangkat disekolah adalah secara dalaman dan tak usah bincang dah isu ni Nanti ada yang tersentuh pula

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar