klik2

Rabu, 20 Februari 2013

herba-herba yang boleh digunauntuk sauna

Kami juga ada menjual 
benih limau purut 1 polibag RM15.00
benih serai wangi 1 pilibag RM15.00
benih kunyit putih 1 polibag RM15.00
benih kunyit merah 1 polibag RM15.00
benih limau nipis 1 polibag RM15.00
sms Pn salmah 0125769091


Pengenalan : Tanaman saka ini berasal dari Asia dan telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Habitatnya ialah di kawasan subur yang bersaliran baik dan banyak ditanam disekitar rumah sahaja. Kulit buah limau purut adalah berkedut, tebal, dan isinya tidak berapa berair. Tumbesaran  pokok adalah perlahan berbanding dengan spesies limau lain. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 30 m. Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung.
Khasiat dan Kegunaan : Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga berupaya merawat luka,  lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
http://mykebunherba.files.wordpress.com/2011/06/limau-purut.jpg Di musim cuaca sejuk seperti sekarang ini begini memang selesa kalau dapat mandi dengan air panas lebih2 lagi jika air panas yang direbus bersama daun duunan herba yang biasanya digunakan oleh ibu2 lepas bersalin. Hai takkan ibu2 sahaja yg perlukan badan yg sehat dan segar, orang lain yang penat hadap komputer pun boleh merasa kesegaran daun2 herba ini.Saya biasa memandikan mak saya dengan air daun2 herba sejak dia sakit akibat jatuh tangga pada awal Ogos 2009. Hampir setiap pagi dia mandi air rebusan daun2 herba,selama 2 bulan.Katanya terasa segar sedikit maklumlah seharian berbaring sakit akibat jatuh. Selain urut tradisional, mandi air herba dapat membantu menyegarkan badan dan menguatkan semula sistem badan yang lemah lesu dan sakit. Pesakit akan mudah dan cepat sembuh dari kesakitan badan akibat jatuh.

Sebenarnya tak susah nak mandi air rebusan herba ni. Mengikut kata bapa kawan saya , apa2 daun yang buahnya boleh dimakan boleh dijadikan air rebusan mandi. Contohnya daun mengkudu,daun belimbing buluh, daun pisang yg kering, daun kunyit, daun belimbing,daun lengkuas hatta daun ubi sekali pun.Gambar disebelah ini adalah daun lengkuas. Jenis2 daun yg dipilih terpulang apa yg ada, itulah untungnya jika kita rajin bertanam. Tak ada tanah , tanam dalam pasu pun boleh.

Ini kunyit hidup/kunyit basah. basanya diguna dalam masakan gulai lemak cili api.Jusnya baik untuk orang lepas bersalin,kata mak saya.Setengah cawan seminggu sekali memdai selama dalam pantang sahaja.Jus ini dimendapkan ambil air yg jernih shj untuk minum.

Ini pula serai wangi.Daunnya boleh dibuat rebusan mandi herba, ramuan minyak urut dan bahan kosmetik.Boleh diguna untuk halau serangga seperti lipas dan mewangikan persekitaran.Jangan masak tomyam dengan serai wangi dah la...takut mabuk pula.

Daun2 lain yang sering dipilih untuk mandian adalah daun serai wangi,daun gandarusa,daun mambu,daun pandan dan daun bonglai. Mengikut petua tukang urut pula selain daun, halba, kunyit hidup dan halia jua elok ditambahkan dalam air rebusan herba. Masukkan sahaja sesudu halba, sebutir kunyit dibelah dua, dua inci halia dihiris kasar. Bukan sahaja aromanya semakin menyengat malah khasiatnya juga semakin manthop.Kununnya kunyit baik untuk perjalanan darah, halia untuk buang angin dalam badan dan halba untuk melegakan urat2 yg penat. Wah , kiranya mandi air herba ini memang betul2 kaw. Tak caya cubalah. Berbaloi baloi khasiatnya.
Gambar di atas ini pula daun mambu yg biasa dibuat ramuan untuk menghilangkan gatal dan parut demam campak.Mengikut petua seorang tukang rumah,air rebusan daun mambu jika diamalkan memandikan kanak2 sejak usia bayi 3 bulan, insyaAllah dia tak akan kena sakit kulit/kudis. Boleh dimandikan sekerap mungkin dan hendaklah istiqomah sehingga kanak2 itu mencapai usia 6-7 tahun.

Sauna adalah merupakan proses. Proses penghabaan badan dengan wap air panas bercampur herba semulajadi. Proses perkumuhan atau pengeluaran peluh kotor dan garam serta membawa toksid dari dalam air. Mengendurkan otot yang tegang dan menghilangkan stress serta migraine. Rawatan melalui mandi wap herba semulajadi dapat menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk penyakit kronik antaranya:

• Lumpuh
• Darah Tinggi.
• Kencing Manis.
• Gaout.
• Lelah.
• Gatal Kulit.
• Lemah Tenaga Batin.
• Perjalanan Haid Tidak Teratur.
• Keputihan.
• Kebas Kaki atau Tangan.
• Demam.
• Menyehat dan melicinkan kulit.
• Memecahkan Lemak
• Mengurangkan Berat Badan.

P




Khasiat Dan Kelebihan Mandi Sauna

- Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin
- Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar
- Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury
- Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll.
- Meningkatkan sistem kardiovascula
- Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
- Melancarkan peredaran darah
- Meningkatkan sistem immunisasi badan
- Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki
- Meningkatkan tahap metabolisma

* Sesuai untuk para ibu yang sedang berpantang dan selepas pantang. Menggantikan tangas dan ganggang. Lebih cepat sembuhkan luka-luka dalaman.

Perhatikan manafaat bermandi wap (bersauna) dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar