klik2

Khamis, 7 Februari 2013

petua2 untuk ubat penyakit....tulis dulu takut lupa

Batuk dan demam

1. ambil madu lebah asli dan perahkan limau nipis dalamnya dan minum......insyaallah berkesan.......amalkan pagi dan malam....

ubat buasir

1. lempuing- rebus akar dan minum air
2. kulit delima-rebus dan minum air
3. madu kelulut
4. pokok mata itik(keriang kelate)
5. rambutan yang hampir masak.......blend semua dgn  air dan tapis dan minum ayaq


GOUT

 1. keseluruhan pokok melur hutan +sedikit kapur barus(sebesar kepala mancis) dan rebus dan minum air...dgn izinNya akan hilang penyakit..........

ubat batuk teruk/Air kelapa tua...

ni aku alami sendiri.....punyalah batuk teruk sampai terkencing2...tak pernah terjadi dalam sejarah...sampai kena pakai pampers mak aku sampai 5 keping........suatu hari emak aku nak makan ketupat.......demam2 panas pun cuba penuhi impian mak aku,,.......ambil buah kelapa yang aku tanam 10 tahun dulu.....aku kupas......aku belah sebanyak 2 biji.......nampak air kelapa banyak takkan aku nak bazirkan......aku minum.....keesokkannya aku dah ada suara.........sebelum ni dahlah batuk suara pula dah tak keluar.......aku bisik kat pelajar2 aku...kalaulah Allah tarik terus suara aku...cam manalah aku nak mengajar......sedih.......rupanya-rupanya dgn izin Allah dan berkat dgr cakap ibu aku.......demam aku dah reda.......suara aku pulih cam biasa.......tu lah hampa nak tau khasiat air kelapa tuaaaaaaaaaaaa


ubat kencing sakit
dulu masa aku di f4 dan f5 aku mengalami masalah kencing setitik...setitik.......sakit tak larat nak cerita......sampai mengganggu pembelajaran...cam2 ubat dah pi ambil...jumpa doktor.........last2 rebus air halia dan minum bersama gula.........air kencing yang sebelumnya setitik2 keluar macam air terjun...punyalah banyak ......dan air kencing juga jernih..........tulah khasiatnya halia.......kalau ada masalah kencing sakit...trylah dgn halia......................
Akar mertajam


bila bercakap tentang  sakit teringat aku masa demam panas dalam pantang. muka dah cengkung macam hantu, makin kurus, tulang pipi dah timbul, lagi makan ubat klinik lagilah demam. nasib abang ipar aku pi ambil ubat kat seorang pengamal perubatan alternatif, dia bg air penawar dan bg akar mertajam untuk aku asah dan minum airnya. akhirna dengan izin allah ,demam panas aku hilang dan aku sihat dan berselera makan

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar