klik2

Isnin, 4 Februari 2013

herba di halaman rumahku


pokok gandasuli




pokok gandasuli berbunga wangi. Dulu aku selalu ingat pokok ini ialah harum sundal malam.
silap. Pokok ini mudah dibiakkan melalui belahan rumpun seperti rizom lengkuas.
Ada yang mengatakan bunganya boleh dikeringkan dan dijadikan sayuran penyejuk badan. tak tahulah pulak orang makan sayur ini.aku suka menanam kerana mungkin suatu hari nanti rumah ku boleh dijadikan kawasan tumpuan pelancongan kerana menanam banyak pokok herba.


Kegunaan
  • Sakit kepala.
  • Pilek.
  • Amandel (tonsillitis).
  • Gangguan pencernaan (dyspepsia).
  • Haid tidak teratur (menstrual irregularities).
  • Demam nifas.
  • Badan terasa sakit.
  • Rematik, pegal linu.
  • Luka tepukul (swelling) , bengkak (edema).
  • Dan lain-lain.
Dosis Pemakaian
  • Pemakaian luar : rimpang gandasuli direbus lalu airnya dipakai untuk mandi.
  • Pemakaian dalam : 10-15 gram, direbus laalu airnya diminum.
Pemakaian Luar



















perubatan:pandan

a) Lemah saraf - ambil 3 helai daun muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gela). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
b) Buang angin dalam badan : Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga
ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.
c) Gelisah : Ambil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
d) Rambut gugur: Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)
e) Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.
f) Kelemumur: ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan air sekali lagi.
 pokok pandan

apat digunakan sebagai obat panu, ambil segenggam daun pandan, tumbuk hingga halus, kemudian ambil airnya dan campur dengan sedikit garam. Minum ramuan ini sehari sekali selama 3 hari berturut-turut ~
~ Dapat juga digunakan untuk mengobati darah tinggi. Ambilah 2 gelas air, campur dengan daun pandan secukupnya lalu direbus sampai air menjadi 1 gelas. Minumlah setengah gelas pagi dan setengah gelas sore. Dengan cara ini tekanan darah perlahan-lahan akan menurun sampai pada titik normal. Tetapi ingat, harus tetap mematuhi pantangan-pantangan yang diberikan doktor ~



RUMPAI ASMA
Nama botani: Eurphorbia hirta
Famili: Euphorbiaceae (spurge family).
Pengenalan
Nama lain : Patikan kerbau, rambut kucing, rumpai asma, basri dudhi, chara, malnommee,
pill - bearing spurge, patikan kerbau, patikan kebo, fei yang cao, gelang susu.
Merupakan herba tahunan yang biasa didapati di Suriname.Tumbuhan berambut
tumbuh sehingga 2 kaki tinggi.
Mempunyai bunga yang kecil banyak berkelompok dengan daun oblong bertentangan.
Buah yang muda berwarna kuning mempunyai kapsul berambut dengan 3 kemerahan - brown seeds.
Berbunga dan buah sepanjang tahun.
Khasiat dan kegunaan
Terdapat beberapa kandungan fitokimia dalam rumpai asma ini antaranya adalah
sterol, alkaloid, tannin, glikosida, triterpenoids, alkenes, asid fenolik,
kolina dan asid sikimik. Rumpai ini mempunyai kesan anti virus
dan -komponen bakteria.
Ditanam secara biji dan keratan.Perlu kepada cahaya matahari penuh atau
separa teduh,boleh tumbuh pada semua jenis tanah.
Digunakan untuk mengubati asma, brokitis, jangkitan cacing,konjuktivtis
dan disenteri. Getah dari rumpai ini digunakan untuk disapu pada luka dan warts.
Juga mengandungi komposisi laktogenik.
http://www.tropilab.com/astmaweed.html

URANG-ARING
Nama botani : Eclipta prostrata
Famili:  Astercaeae 
Pengenalan
Urang-aring (bahasa Inggeris Eclipta atau Daun Siput dalam dialek Sumatera)
sejenis tumbuhan liar bertangkai banyak. Tumbuhnya di tempat terbuka seperti
di bahu jalan, tanah lapang dan di tepi pantai yang ketinggiannya 1,500 meter dari
paras laut. Tanaman renek ini hanya setinggi 80 sm tumbuh menegak atau kadangkala terbaring.
Batangnya bulat hijau keperangan, berbulu kasar warna putih.
Daunnya berwarna hijau bentuk bujur telur, kelilingnya bergerigi halus dan ada
kala hampir rata, manakala hujungnya meruncing. Kedua-dua permukaan daun berbulu kasar.
Bunganya berbentuk bongkol, kecil, berwarna putih dan di tengahnya berwarna kuning.
Buahnya memanjang, pipih, keras dan berbulu.
Khasiat dan kegunaan
Dari segi sifat kimia, rasanya bergabung manis dan masam serta sejuk.
Ia berkesan menghentikan pendarahan, menurunkan darah dan antitoksin.
Kesannya masuk menerusi hati dan ginjal.
Untuk merawat, biasanya seluruh bahagian pokok digunakan, sama ada segar atau kering.
Ia turut dipercayai menghentikan muntah darah, batuk darah, kencing darah, berak darah,
pendarahan rahim, kurang gizi pada kanak-kanak, keputihan,
rambut beruban sebelum waktu dan banyak lagi.
Kini herba yang tumbuh meluas di sepanjang daratan India ini, digunakan sebagai
bahan kecantikan terutama untuk merawat rambut.
Jika dulu ia terkenal dijadikan bahan minyak rambut generasi demi generasi,
kini ia dijadikan bahan utama syampu yang dikatakan berkesan mengekalkan seri rambut
di samping memantapkan keaslian warnanya. 
Dalam bentuk tulen, pokok ini juga digunakan sebagai pewarna semula jadi pada rambut.
Ia menyerap cahaya UV dengan berkesan dan menggalakkan peredaran darah pada kulit kepala.
Secara umum ia juga membantu pertumbuhan rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
 
KEREMAK
Nama botani: Eclipta alba Hassk / Eclipta erecta L.
Nama lain: Bayam pasir, Bayam tanah, Kermak, Keremak,
Daun rusa, Daun tolod Batak - Ormak Java - Bayem kremah, Kremah, Kremi,
Matean Lampung - Jukut denah Maluku - Sayur udang, Daun tolod, Keremak Sunda - Kremek,
Tolod, Tolod soyah 
Nama biasa : False daisy
Famili : Compositae
Taburan: Tropika Asia
Pengenalan
Tumbuhan menjalar atau menegak, mempunyai banyak cabang.Tumbuhan herba tahunan
yang boleh tumbuh sehingga 1m. Berdaun ringkas, berwarna hijau, pelbagai bentukdan saiz dari tirus, mata lembing dan bujur telur tersusun dalam keadaan pasangan yang bertentangan.
Plantlets dihubungkan antara satu sama lain  
dengan batang yang mendatar yang mengeluarkan akar.
Bunga warna putih dalam jambak pada ketiak daun berukuran 6-8mm panjang.
Tumbuhan rumpai dengan taburan luas di Asia Tenggara dan seluruh dunia.
Boleh ditemui tumbuh liar di kawasan tanah terbiar,di tepi aliran sungai, sawah padi,
di kawasan tanaman tebu dan tepi-tepi jalan. Boleh ditanam melalui biji benih
dan keratan batang. Sesuai untuk separa teduh, tanah yang bersaliran baik.
Disebabkan biji benih terlalu kecil untuk semaian dicampur bersama tanah
untuk mengelakan biji benih daripada bergumpal.Perlukan cukup baja
seperti NPK dan baja organik. Dituai selepas 3 bulan dengan memotong pada 10sm dari aras tanah.
Khasiat dan kegunaan
Dimakan sebagai sayur bahagian daun dan ranting muda dengan menggoreng bersama
sambal belacan. Bahagian yang digunakan adalah keseluruhan pokok dan daun.
Dibancuh seperti teh untuk atasi masalah kekejangan usus. Direbus untuk mencuci rambut dan panas badan. Digunakan untuk merawat hepatitis, sakit kuning, arthritis, dropsy, sakit kulit
dan keguguran rambut. Dalam tonik rambut, purgative, emetic, for treating constipation
and gastric vertigo. Daun dan ranting direbus untuk rawatan tekanan darah tinggi.
http://www.konsepherba.com/wi/species/fdaisy.php dan Sayuran , khasiat makanan dan ubatan, Ong Hean

HALBAN/LEBAN
Nama botani: Vitex pubesens
Famili : Verbenaceace
Pengenalan
Pokok halban yang tumbuh liar di kawasan hutan juga bernilai tinggi
dalam perubatan tradisional. Daunnya yang berwarna merah kehitaman seperti daun lemuning.
V. pubescens can be propagated by seed. Seedling germination is epigeal. Wildlings and stumps are also used.(Agroforestrytree database)
Khasiat dan kegunaan
Daun  dan kulit pokok halban berperanan sebagai ubat untuk memulihkan kesihatan
ibu bersalin.Daunnya yang berwarna merah kehitaman seperti daun lemuning direbus
dan dimakan sebagai ulam untuk membuang angin dalam tubuh badan juga untuk mengubati
demam, merawat kudis dan luka.
Air rebusan kulit halban juga sesuai digunakan untuk mengeringkan luka,
sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.
Di India,akar dan daun halban digunakan sebagai penawar sakit kepala, sakit mata, sakit dalam perut, mengelakkan kehilangan air dalam badan bagi ibu yang baru bersalin, menyembuhkan luka dan demam

tongkat ali

Antara khasiat dan mudarat tongkat ali
tongkat ali popular kerana khasiatnya menambah tenaga kelelakian.


Orang Malaysia cepat terpengaruh ingin cantik cepat, ingin langsing, kuat tenaga dan ingin cepat kaya dan seterusnya tertipu dengan gimik iklan atau produk yang ditawarkan. Kenapa?''
Itu soalan yang dilontarkan oleh Pengarah Loji Pepandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Ramlan Aziz yang ditanya mengenai obsesi rakyat negara kita terutama orang Melayu dengan produk prosesan hasilan herba.
Orang Melayu kata beliau, cepat terpengaruh dengan gimik iklan pelaris jualan yang menunjukkan kehebatan produk tertentu tanpa meneliti terlebih dahulu akan kebenarannya.
Pengguna juga mudah dan cepat mendapat hasil diingini tanpa mengira kesan sampingan produk yang mereka gunakan.
Beliau yang ditanya mengenai khasiat tongkat ali dan kacip fatimah untuk meningkatkan kehebatan dan tenaga berkata, kajian menunjukkan memang produk berasaskan tumbuhan tersebut mempunyai kesan positif tetapi ada pihak mengambil kesempatan mengkomersialkannya dengan cara yang salah.
''Saya tidak nafikan ada kajian mengesahkan khasiat kedua-dua herba popular itu, malangnya ia menjadi momokan dan permainan gimik.
Malah katanya, beliau kagum dengan orang terdahulu yang berjaya menemui khasiat produk tersebut sedangkan belum ada kecanggihan peralatan ketika itu untuk meneroka khasiatnya.
Namun kini, ada dua persoalan besar yang menjadi masalah pokok iaitu sama ada produk berasaskan tongkat ali dan kacip fatimah diproses dengan cara yang betul untuk menjadikannya minuman bertenaga dan kedua, adakah produk tersebut mencapai tahap minimum kandungan sebenarnya.
Katanya, cara memproses, boleh menimbulkan persoalan kerana ada pihak mungkin hanya mengisar tongkat ali berkenaan untuk dicampurkan dalam minuman.
Sedangkan katanya, cara terbaik ialah mengekstraknya terlebih dahulu secara kimia dan ditulenkan kerana ini cara betul untuk menjadikannya satu ramuan.
''Jika kita kisar sahaja, ia ibarat memasukkan habuk kayu dalam minuman dan ini membahayakan tubuh pengguna,'' katanya.
Malah orang Melayu kata beliau, boleh pupus jika menggunakan produk yang memudaratkan kerana ia boleh merosakkan organ peranakan.
Persoalan kedua, ialah adakah kandungan tongkat ali atau kacip fatimah tersebut mencukupi untuk melayakkannya digelar minuman daripada tongkat ali sedangkan kuantitinya sangat sedikit.
Kajian awal oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malayusia (FRIM) menunjukkan kandungan tongkat ali dalam kopi campuran adalah jauh daripada dos minuman yang memberi manfaat kepada kesihatan. Malah, ada jenama yang gagal dikesan kandungan tongkat ali dalam produk berkenaan.
Justeru beliau mahu agensi berkaitan, mengambil langkah perlu untuk menetapkan peraturan supaya jumlah minimum tertentu diperlukan bagi mengesahkan minuman tersebut memang mengandungi tongkat ali sebagai contoh dan mana-mana pihak yang tidak mematuhinya dianggap penipu.
Lebih mendukacitakan, sesetengah syarikat menggunakan testimoni untuk mengesahkan kehebatan produk mereka dan inilah yang mengundangkan minat pengguna.
Beliau berkata, trend ini semakin menjadi-jadi apatah lagi terdapat tawaran tertentu untuk menjadikan penggunanya kaya.
Beliau berkata, menggunakan produk berasaskan bahan semula jadi memang semakin menjadi trend di peringkat global disebabkan kecenderungan manusia kini untuk melakukan pencegahan penyakit berbanding rawatan, khususnya herba.
Dalam hal ini, Malaysia mempunyai kelebihan kerana memiliki kekayaan hutan atau biodiversiti yang boleh dimanfaatkan.
Bagaimanapun, menjadi cabaran saintis Malaysia untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan mengenai khasiat tumbuhan herba dan peruntukan untuk tujuan tersebut perlu ditambah.
Satu lagi masalah yang timbul ialah perbuatan pengilang yang mencampurkan banyak jenis herba dalam satu jenis produk dengan mendakwa yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit.
''Adakah ini telah dibuktikan secara saintifik atau hanya ilmu tradisional sedangkan kajian mengenainya perlu dilakukan terlebih dahulu," ujar Ramlan.
Perbuatan untuk mengkomersialkannya secara melulu ini ibarat menculik ilmu yang sepatutnya dipelajari terlebih dahulu.
Satu lagi penyelidikan yang perlu diperhebatkan ialah menghasilkan sebatian piawai yang boleh dijadikan rujukan dalam menghasilkan produk tongkat ali dan kacip fatimah pada masa akan datang.
Berdasarkan kajian kata Ramlan, tongkat ali mempunyai banyak khasiat antaranya meningkatkan hormon lelaki dan dikatakan mampu membantu menguruskan badan.
Khasiat tongkat ali
Khasiat ini disokong oleh satu kajian di Amerika Syarikat. Justeru, pada mana-mana produk, ia sepatutnya sama kemujarabannya walaupun diambil daripada pokok herba tertentu dari sumber yang menggunakan ekstrak piawai yang berlainan.
Sementara itu, salah sebuah institusi penyelidikan yang terlibat dalam kerja-kerja makmal mencari khasiat tongkat ali ialah FRIM.
Tongkat ali (Eurycoma longifolia) adalah dari famili Simaroubaceae telah digunakan secara tradisional oleh kaum Melayu di Malaysia sejak dahulu lagi.
Ia digunakan secara tradisional sebagai agen penggalak seks (apphrodiasiac) dan untuk meningkatkan kesihatan badan.
Penyelidikan tersebut dijalankan di bawah projek utama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Program Perkongsian Bioteknologi Malaysia-Institut Teknologi Massachusetts (MIT).
Menurut Pengarah Kanan Bahagian Tumbuhan Perubatan FRIM, Dr Rasadah Mat Ali, penyelidikan tersebut bermula pada 1999 yang mana pihaknya terlibat mengkaji bahan kimia dan juga genetik tumbuhan tersebut.
"Hasil kajian kita mendapati penanda kimia tongkat ali sejenis bahan di namakan eurikomanon dan juga sebatian aktif," katanya.
Pelbagai sebatian kimia dalam tongkat ali telah diasingkan dan dikenalpasti. Pencirian dan penentuan struktur sebatian kimia tersebut dilakukan menerusi kaedah spektroskopi.
Beberapa sebatian kimia telah dipilih sebagai sebatian penanda ekstrak tongkat ali.
Sebatian penanda tersebut berperanan penting untuk memastikan identiti, integriti dan kualiti serta keseragaman produk yang berasaskan tongkat ali.
Eurikomanon yang merupakan sebatian utama (major) telah dipilih sebagai sebatian penanda untuk akar tongkat ali.
Peratus pemulangan pengekstrakan eurikomanon daripada akuas ekstrak akar tongkat ali adalah tidak kurang daripada 1.7 peratus.
Terkini, FRIM telah menawarkan perkhidmatan teknikal kepada industri farmaseutikal, nutraseutikal dan makanan, untuk penilaian kualiti ekstrak dan produk tongkat ali.
Penentuan kualiti juga dapat dihasilkan dengan teknologi sensor bau dan rasa yang telah digunakan sebagai peralatan penjanaan finger-printing untuk aktiviti pempiawaian tumbuhan ubatan, ekstrak dan herba produk.
Dengan adanya penanda kimia tersebut, ia sebagai 'cap cari' tongkat ali yang mengesahkan kehadirannya dalam mana-mana campuran pun.
Ditanya mengenai kegilaan golongan lelaki yang minum tongkat ali untuk menambah tenaga terutama untuk tujuan seks, beliau berkata, kajian mengenainya telah dibuktikan tetapi biasanya pada dos yang disyorkan.
''Pengguna sihat secara umumnya hanya memerlukan 100 miligram sehari sahaja," ujar Rasadah.
Katanya, memang benar ada kajian mengenai kandungannya yang dikenali sebagai kesan apphrodisiac tetapi kesannya bergantung kepada dos.
Kajian kimia mendapati kewujudan sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol (qussinoids) yang banyak di dalam akar.
Sebatian ini telah dikenal pasti berkeupayaan untuk meningkatkan penghasilan hormon testosterone (androgenic) yang diperlukan dalam fungsi kelelakian.
Sebatian yang menyebabkan aktiviti tersebut telah dikenal pasti berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk nutraseutikal atau farmaseutikal untuk rawatan masalah hormon dan kesuburan.
Apa yang penting dalam pengambilan tersebut, dos penggunaan perlu diambil kira kerana ada kemungkinan ia mengundang risiko kepada pengguna.
Hasil kajian juga mendapati bahawa tongkat ali mempunyai sebatian aktif anti malaria dan anti kanser tetapi kajian lanjut mengenai tumbuhan herba tersebut masih dijalankan.
Ditanya mengenai bahagian mana pada pokok tersebut yang paling banyak sebatian bioaktif, Rasadah berkata, khasiatnya banyak tersimpan di bahagian akar selain daun dan batang.
Orang Melayu kata beliau hanya mengetahui rahsia khasiat pada 1990-an dan ketika itu mereka menggunakannya dengan merebus bahagian yang dikatakan mempunyai banyak khasiat.
Dengan kata lain, apa yang dilakukan oleh saintis hari ini ialah untuk membuktikan atau mengesahkan apa yang telah dilakukan oleh orang terdahulu.
Pembuktian secara saintifik itu perlu bagi menguji keberkesanan, kualiti dan keselamatannya.
Malah FRIM telah menawarkan perkhidmatan memproses kepada industri herba dalam penghasilan produk daripada tongkat ali menerusi kilang Amalan Pengilangan Baik (GMP) di Pusat teknologi Herba (HTC) FRIM di Kepong.
Namun katanya, apa yang membimbangkan ialah kecenderungan segelintir pihak yang suka mencampurkan tongkat ali dengan bahan lain untuk menambah khasiat sesautu formulasi herba tersebut
''Kita tidak tahu apakah bahan-bahan yang dicampurkan ini bertindak balas sesama sendiri dan menimbulkan risiko lain," katanya.
© Utusan Melayu (M) Bhd 


POKOK LARAK

jgn percaya dgn benda2 syirik........



 Tumbuhan berubat ini mempunyai banyak spesies.  Antara spesies yang dikenalpasti terdiri daripada Larak Sepang, Larak Pisang, Larak Tepang, Larak Tepang Tunggal, Larak Jaga Anak, Larak Tahi Kucing, Larak Hitam, Larak Bebulu, Larak Sepil, Larak Tikus, Larak Salar dan Larak Salah.  Larak ini pula ada yang menjalar dan ada yang berbentuk pokok.  Tumbuh di tanah cangkat rendah, di tepi sungai, di kawasan belukar dan ada juga pokok larak tumbuh ditanah berpasir seperti tepi pantai.  Gambar yang dipaparkan ini diambil berhampiran Radar Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Pengkalan Chepa pada 29/5/2011.  Umumnya kegunaan tumbuhan berubat ini digunakan sebagai campuran ramuan wanita lepas bersalin seperti membantu mengecutkan peranakan, buang angin, elak meroyan dan demam.  Semua jenis pokok Larak amnya boleh digunakan untuk membantu merawat demam.  Larak Tepang digunakan untuk membantu merawat Uluran dan Stroke, Larak Tikus pula biasanya digunakan sebagai membantu melahirkan anak (ubat beranak).  Bagi penyakit Stroke yang berlarutan pula biasanya digunakan Larak Salar.  Satu spesies yang jarang dijumpai oleh orang biasa adalah Larak Salah.   Orang yang memiliki akar Larak Salah dikira bertuah.  Ia biasa ditemui oleh orang-orang yang bersih hatinya kerana kegunaannya dianggap mistik.  Pejuang-pejuang tanahair suatu masa dulu pernah menggunakan Larak Salah untuk menyembunyikan diri dari malapetaka semasa pertempuran atau melakukan perisikan di kawasan musuh.  Mengikut Tok Nye saya (yang umurnya belasan tahun semasa pertempuran Tok Janggut di Kelantan (Hj Mat Hassan) dan  meninggal dunia di umur 126 tahun) pernah menceritakan, jika akar Larak Salah diletakkan di pintu reban ayam, maka ayam-ayam tersebut tidak akan menemui pintu masuk ke rebannya.  Allahualam...
Larak Salah Jantan dan Betina...dari Kiri yang bertompok teras adalah jenis Jantan dan sebelahnya dari jenis Betina. Larak Salah adalah sejenis spesis yang paling kurang diketahui umum, ada yang menyangkakan, Larak Salah adalah satu nama yang dikenali dari beberapa daerah. Larak Salah adalah sejenis pokok yang menjalar seperti akar...Fadilat yang dimiliki pula dipercayai sebagai Pelimun (Pelindung Diri), Pembias (Pendinding dan Pembalik) serta Pelembut Hati..Larak Salah juga boleh digabungkan dengan beberapa jenis kayu dan teras yang memiliki daya fadilat yang seiringan.
TERAS GEMUNGGAL@KELO
MENAWAR RACUN DLM MKANN,MNJAUHKAN HIKMAT SIHIR,MNJAUHKAN GANGGUAN HANTU,MNAKUTKAN HAIWAN BERBISA,MNGELUARKN RAKSA DLM BDN,RABUN AYAM,SAKIT KUNING,SENGAL TULANG,ALERGI,PEMUSNAH CACING,SAKIT MATALUKA BERNANAH,SUKAR MEMBUANG AIR KECIL,MENJAUHKN DARI KECURIAN,MENGURANGKN SAKIT,PITAM,BUSUNG,BERI2,KENCING BERNANAH,KURAP.DITAKUTI HANTU,,KEBNYK DIGUNAKAN DLM PERUBATN BUANG SIHIR,ATAU SANTAU...

TERAS KEMUNING HITAM
TERAS YANG MEMPUNYAI KHASIAT YG TINGGI,PENAWAR GIGITAN BINATANG BERBISA,SAKIT PERUT,CIRIT BIRIT,KETAHANAN TUBUH BADAN,PENAWAR MABUK UBAT,KENCING MANIS,KUDIS,JERAWAT,LUKA2,LENGUH URAT,UKURAN,,,TERAS INI JUGA SGT BAIK DIJADIKAN ULU SENJATA,SEPERTI PARANG,KERIS,PEDANG DAN LAIN,,,TERAS INI JUGA SGT BAIK DLM PERUBATAN MISTIK,BEKENAAN HANTU....

TERAS DELIMA
KHASIATNYA SEPERTI,PENAWAR RACUN,MENGURANGKAN PANAS BARAN,,

KAYU TAS
DIKETEGORI SEBAGAI KAYU PENUNDUK BAGI BINATANG BUAS

RAJA KAYU
RAJA KAYU TERBAHAGI KEPADA 2 JENIS,IAITU RAJA KAYU MERAH DAN PUTIH,,ADA JUGA YG MNGATAKAN DAMAR MINYAK INI ADALAH RAJA KAYU DEK KERANA RAJA KAYU MERAH DAN PUTIH SGT SSH DITEMUI,,KHASIAT RAJA KAYU INI SGT BAIK UNTK PENAWAR GIGTAN BINATNG BERBISA,RAJA KAYU DAMAR MINYAK SGT BAIK JIKA DICAMPURKAN DIDLM MINYAK URUT,INI KERANA DAMAR DARI KAYU INI DPT MENAMBAHKN KEMUJARAPAN MINYAK TERSEBUT.

TERAS KEMUNING EMAS
KHASIAT PENAWAR BISA SEPERTI KEMUNING HITAM,,,NAMUN TERAS INI AMAT SSH DITEMUI..

KAYU ULAR CINTAMANI,
ADA YG MNGATAKAN KAYU INI BOLEH DIJADIKAN MEDIUM PENGASIH,PELARIS,BENTENG DIRI,ULAR SGT TAKUT AKN KAYU INI,,SGT BAIK JIKA DISIMPAN DLM RUMAH BAGI MENGELAKKAN BINATANG BERBISA MASUK,

KAYU LARAK SALAH
TERBAHAGI KEPADA 2JENIS IAITU LARAK SALAH JANTAN DAN BETINA,,KHASIAT YG DIKATAKN OLEH PAKAR PERKAYUAN,,KHASIATNYA PELIMUNAN,PEMBALIKKAN,JIKA SESORG INGIN BERNIAT JAHAT KEPADA ORG LAIN,SELALUNYA IA AKAN MNJADI SEBALIKNYA...

TERAS ASAM JAWA
KHASIAT TERAS INI SGT BAIK DLM ILMU MISTIK,SEPERTI MENOLAK UNSUR JAHAT,KETENTERAMAN,KELUHURAN,KESELAMATAN,ANTI TENUNG,MENAJAMKAN PANCAINDRA..BAGI PENYAKIT ALAMI,,TERAS INI SGT BAIK UTK KUDIS,GATAL2,KENCING TIDAK LAWAS,

TERAS NIBONG TUNGGAL
SEJENIS KAYU PEMBISA,KHASIAT UTK PENDINDING DRI DARI MAKHLUK H
ALUS DAN LAIN LAIN,,

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar