klik2

Rabu, 6 Februari 2013

HERBA UNTUK SAKIT SENDI ATTRITIS/OSTEOATRITIS



TEMULAWAS

Kami ada menjual
benih temulawak 1 polibag RM15.00
Temulawak kering RM150/kg
sms Pn salmah 0125769091
PENGHAMBAT OSTEOARTHRITISsakit sendi lutut osteoartritis

Osteoarthritis merupakan penyakit penipisan sendi penghubung tulang, ia disebabkan oleh kadar glukosamin dan kandroitin dalam tulang rawan menurun. Sendi mengalami pengerasanyang dipanggil kalsifikasi, penyakit radang sendi ini kebiasaannya dialami oleh mereka yang lanjut usia.
Temulawas merupakan salah satu herba alternative yang sering digunakan untuk pencegahan radang sendi kerana kesannya sebagai anti-inflamasi. Di negara seperti Indonesia dan Korea Temulawas banyak digunakan sebagai anti-inflamasi , selain sebagai anti-kanser, peyembuh luka dan penurun kolesterol.

Dr Nyoman Kertia SPPD-KR seorang pakar reumatologi dan penyakit dalaman, pada tahun 1997 telah menjalankan ujian klinikal keatas 22 pesakit osteoarthritis lutut berusia 50 tahun keatas. Beliau telah memberi sukatan ubat corcominoid 15mg dicampur dengan minyak pati temulawas 200mg diberi makan dua kali sehari selama dua minggu, hasilnya amat positif.

Berdasarkan pada kajian klinikal, khasiat temulawas dikatakan seimbang dengan ubat ubatan nonsteroid seperti piroxicam. Piroxicam adalah ubat anti-inflamasi nonsteroid yang biasa diberi kepada pesakit sebagai pereda rasa nyilu, tapi pada jangka panjang penggunaan ubat ubatan nonsteroid mendatangkan kesan negatif keatas hati, ginjal dan pencernaan. Tapi sebaliknya bagi herba seperti temulawas, ia unggul kerana tidak memiliki kesan toksik atau sampingan, selain itu harganya lebih murah dan mudah didapati. Variabel peadangan seperti angka leukosit dan viskositis cairan menunjukkan cairan sendi mengalami pembaikan,artinya, temulawas mampu memperlambatkan proses degenerative sendi
PENURUN KOLESTEROL/SAKIT SENDI


1. Rimpang temulawas Curcuma xanthorrihiza dibersihkan dari kotoran yang melekat, lalu dibasuh.
2. Diblendkan bersama sedikit air (sebaik baiknya digunakan air RO), Rimpang tidak dimasak supaya senyawa aktif kurkuminnya tidak hilang.
3. Air hasil blender disaring.
4. Air perahaan diminum 1 gelas setiap hari. Kebiasaannya dalam 2-3 minggu kolesterol menurun mendekati angka normal.
MISAI KUCING
Kami ada menjual
benih pokok misai kucing 1 polibag RM15.00
misai kucing kering 100g/RM20.00
Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

MATA PELANDUK

Sakit gout adalah penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sinovial sendi, jika dibiarkan, pembentukan kristal-kristal ini akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan kewujudan tophi gout yang keras pada permukaan kulit.
Masalah kesihatan ini telah menjadi semakin serius di kalangan rakyat Malaysia, lebih daripada 50% lelaki dewasa melebihi umur 30 mempunyai masalah hiperuricemia iaitu kandungan asid urik darah yang tinggi. Ini telah menghasilkan satu pasaran kesihatan yang baru. Kini, terdapat pelbagai jenis ubat herba gout di pasaran yang dikatakan boleh digunakan sebagai penawar gout yang boleh menurunkan kandung asid urik di dalam darah.
Kebanyakan herba-herba ini adalah jenis diuretik yang menyebabkan pembuangan air kencing yang banyak, antara herba gout yang popular adalah Misai Kucing dan Mata Pelanduk yang dijual oleh beberapa syarikat makanan kesihatan atau MLM.
Herba-herba seperti ini turut dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Ini adalah kerana apabila kekerapan kencing bertambah, kandungan cecair di dalam darah turut berkurangan, begitu juga dengan tekanan darah.
Satu kesan sampingan bagi penawar gout jenis diuretik adalah seseorang itu mungkin mengalami masalah dehidrasi yang boleh menjadikan seseorang itu “kering”. Jadi, bagi mereka yang sedang atau ingin mencuba herba gout tersebut, anda dinasihat supaya minum air dengan kerap untuk mengganti air yang hilang melalui air kencing.

Sakit Sendi

Petua Kurangkan Sakit Lutut/Sendi
Campurkan serbuk lada hitam (ikut keperluan) dengan sebiji telur ayam mentah. Gaul sehingga rata. Sapu campuran tersebut ke bahagian sendi yang sakit dan balut. Seeloknya pakai semasa hendak tidur malam. Insya-Allah apabila bangun pagi esok sakit akan berkurang dan hilang. Boleh diteruskan untuk malam yang seterusnya jika masih lagi rasa sakit
SERAI
Penggunaan infusi serai dan minyak serai dapat mengurangkan keterukan sakit artritis dan reumatisme.
v Manfaat kesihatan diuretik serai dapat membantu memperbaiki fungsi buah pinggang dan pundi kencing, serta merangsang detoksifikasi dan mempercepatkan penyingkiran toksin daripada badan.v Herba serai boleh digunakan untuk melega gejala tekanan seperti ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, dan sebagainya.v Faedah Kesihatan serai termasuk melegakan insomnia dan gangguan tidur.v Herba serai disyorkan kepada wanita yang mengalami PMS yang teruk atau gangguan pusingan haid.v Serai dapat digunakan bagi menyelaras (toning) otot dan tisu.v Manafaat serai termasuk kesan positif rawatan keatas kulit: mencegah radang kulit, membantu
BELIMBING TANAH
KELADI MURAI (BELIMBING TANAH)
Daun : air rebusan daun muda diminum sebagai tonik kesihatan untuk mengubati darah tinggi dan kencing manis.
Daunnya yang lebar dilayurkan di atas api lalu digunakan sebagai pembalut atau dibuat tekap pada buku lali dan lutut yang sakit untuk menghilangkan bengkak urat dan sakit sendi.
 POKOK SELASIH

Herba Selasih




Pokok selasih… sudah tentu nama ini tidak asing terutamanya dalam masakan masyarakat melayu. Penggunaanya cukup meluas bukan hanya dalam masakan tetapi juga dalam bidang perubatan.

Sejak turun temurun,penggunaan ulam adalah salah satu pelengkap hidangan selain untuk penambah selera. Tak kira sama ada ulam itu dimasak ataupun dimakan secara mentah, ia sentiasa menjadi penyeri untuk hidangan makanan. Dan antara jenis ulam ulaman yang sering menjadi pilihan ialah daun selasih.

Pokok selasih atau nama saintifiknya Ocimun sanctum bukan saja tumbuhan yang digunakan dalam masakan sebagai makanan, malah ia juga terkenal dalam bidang perubatan herba. Kerana itu, ramai orang terutamanya penduduk di India menjadikan salah satu sumber pendapatan mereka kerana nilai pasarannya yang tinggi dalam bidang perubatan.

Pokok ini juga dikenali dengan beberapa nama seperti Ruku ruku, Kemangi, Holy Basil, Sweet Basil dan juga Thulasi. Pokok ini mudah ditemui dan hidup subur tanpa memerlukan penjagaan yang terlalu rapi. Ia banyak di dapati di negara-negara Asia termasuk Malaysia.

Pokok ini terdapat dalam beberapa jenis yang mana bunganya ada 3 warna iaitu putih, merah jambu dan unggu. Pokok selasih yang subur boleh tumbuh hingga tingginya mencecah 3 meter.

Pokok selasih sebenarnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi terutamanya untuk kaedah ayuverda yang berasal dari India. Daripadaa bunga, daun hingga akarnya mempunyai fungsi dalam perubatan tersebut. Ia turut dikenali sebagai herba penyembuhan bagi pengamal kaedah perubatan ini selain digunakan sebagai analgesic (ubat penahan sakit).

Banyak penyakit boleh dirawat dengan herba ini. Menjadikan daunnya sebagai ulam amat sesuai untuk pengidap gastric atau menghadapi masalah penghadaman.

Jika demam, rebuslah 15 gram daun selasih dan minum air rebusan itu 2 kali sehari. Panas badan akan cepat turun malah air rebusan ini juga berguna secara luaran untuk mengubati sakit sendi dan juga menambah pengeluaran air susu bagi wanita yang menyusukan anak.

Air rebusan biji selasih bersama gula batu pula jika diamalkan meminumnya selalu akan menghilangkan kepanasan tubuh menjadikan badan kita rasa nyaman dan sejuk.

Selain itu, herba ini juga mempunyai kandungan anti septik yang bertindak merawat dan menyembuh luka. Mereka yang rajin memakan daun selasih, jika luka akan cepat sembuh. Malah, daunnya yang ditumbuk lumat boleh dilumurkan di tempat luka supaya darah berhenti keluar selain mengurangkan rasa sakit akibat luka tersebut.

Herba ini juga mempunyai sifat alganesik yang membantu meredakan kesakitan akibat sakit gigi, sakit perut dan juga sakit sendi.Orang-orang dulu ramai yang menggunakan herba ini untuk mengurangkan rasa sakit sendi setelah penat bekerja.

Jika anda terkena bisul ,bakar daunnya hingga menjadi abu. Kemudian,campurkan dengan sedikit minyak masak dan sapukan pada bisul tersebut.Ia menyusutkan bisul dan membantu mempercepatkan proses penyembuhannya.

Banyak lagi kegunaan herba ini malah ia turut diperakui khasiatnya oleh pakar perubatan moden dan diakui sebagai herba pencuci darah. Sifat diuretiknya berfungsi meningkatkan pengeluaran bendalir dalam badan melalui peluh dan air kencing.

Malah herba ini juga mujarab untuk merawat penyakit gastric, darah tinggi selain bersifat diaforetik dan karminitif yang membantu pengeluaran peluh dan juga angin dalam badan (selalunya melalui kentut).

Jika anda amalkan pemakanan daripada pokok selasih ini, ia bukan saja menghilangkan masalah bau badan, paling pentingnya ia melancarkan perjalanan darah dalam badan sekaligus merendahkan risiko anda mendapat penyakit.

Akar Mertajam
ambil akar mertajam dan asah dipasu dan sapu dibahagian sendi yang sakit. amalkan sehari dua kali/ atau  minum segelas sehari akar yang telah diasah. sakit sendi insyaallah hilang

daun ubi kayu dan kapur
ambil daun ubi dan tumbuk bersama kapur makan . sapu dibahagian sendi yang sakit. amalkan selalu insyaallah sakit aakan kurang

akar betik ditumbuk dengan kapur makan dan sapu di bahagian sendi yang sakit.insyaallah sembuh

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar