klik2

Sabtu, 21 Mac 2015

CILI PADI PUNYA CERITA

petang tadi hamba ada memetik cili padi dr pokok yang hamba tanam di depan rumah...seronok tak terkira projek kecil2an menjadi. dapatlah hamba petik buah sebayak sekilo. Awalnya hamba fikir nak bungkus-bungkus 100 gram sebungkus dan dijual kepada kawan2..tapi hamba tak jadi bila hamba baca dalam blog anim agro technology cara proses cili padi jeruk. padanlah hamba buat sebelum ni tak sedap. hamba tak rebus dulu. rupanya kena celur dulu barulah masukkan cuka, gula dan garam. dulu hamba petik cili, hamba masukkan dalam botol dan hamba tuang cuka, gula dan garam. habis cili hamba rosak..tak sedap langsung. Hari ni nak buat macam en anim ajarkan. seronok sungguh hamba baca blog en anim ni, blog dia pebuh informasi dan hamba banyak jadikan blog ni sebagai rujukan bila hamba ingin mencari sesuatu.terima kasih en anim tak kedekut kongsi ilmu....
cili padi yang berwarna putih sedap dimakan cicah budu

cili siam juga hamba tanam sudah hamba jerukkan. nanti bolehlah dimakan bersama mee goreng ke kue teaw tompyam...sedap

payah juga nak petik cili-cili ni..kesian pak2 tani, cam mana nak kaya, bila banyak harga jatuh,sepatutnya masa banyak fikir macam mana nak ekspot....

Selasa, 17 Mac 2015

sayuran kampung nampak lekeh tapi permintaan tinggi

aku tidak menyangka tanaman sayur2an kampung yang ditanam suka2 pada suatu ketika dulu telah mendapat permintaan tinggi. memang benar kata Pak Lah, Pertanian itu perniagaan. Baru-baru ni aku bawa sayur-sayuran yang ada dalam kawasan rumah untuk dijual ditempat kerja. Harganya memanglah murah memandangkan aku tidak perlu menggunakan minyak atau apa2 kos untuk mengangkut sayuran2an itu. tak sampai sejam, sayur2an yang aku bawah habis. aku menjadikan senarai harga barang secara borong dalam laman web rasmi FAMA sebagai rujukan. ada juga yang datang membeli secara borong untuk dijual di pasar-pasar di alor setar dan kubang pasu. Ada juga yang membeli untuk tujuan berniaga laksa. antara sayuran kampung yan mendapat permintaan tinggi ialah bunga kantan, daun limau purut, lemon, serai, buah jambu madu dll. Ramai kawan2 dii tempat kerja seperti konfius sedikit sebab aku berjaya menanam lemon yang saiznya agak besar . ramai yang mencadangkan aku membenarkan mereka membuat lawatan sambil belajar untuk mempelajari tentang pokok lemon yang aku tanam. Di rumahku terdapat dua jenis lemon, satu lemon yang besar dan tiada biji dan satu jenis lagi ang mempunyai banyak biji. ada yang menempah lemon-lemon tersebut. mereka akan mendapat pesanan mengikut siapa tempah dahulu sebab pokok lemon hanya satu pokok tapi amat rimbun. buah2nya tidak berhenti berbuah,. hari2 aku siram tanaman dengan menggunakan sprinkle dan airnya disedut dari sungai bersebelahan rumahku. Menurut kawan2ku, mereka suka buah lemon untuk mebuang kolestrol dalam badan disamping mengempiskan perut. lemon adalah bersifat alkali dan baik untuk kesihatan.ada juga menggunakan lemon untuk menggebukan kulit.Selain itu aku juga membawa buah jambu madu yang terdapat dalam kawasan rumahku ...seronok sangat sebab ramai peminat buah jambu tersebut dan ada yang ingin membeli benih pokok. masalah kemarau yang panjang membantutkan aku untuk membuat benih...minta maaf kepada kawan2 yang menempah...tak dpt membekalkan anak benih buat seketika waktu...kadang2 aku menjadikan harga tesco sebagai rujukan....
lemon gergasi yg dipetik dari kebun kawasan rumahku waktu bg ayam makan tadi

lemon yang masih menghijau

Anda mencari buah-buahan kering untuk acar limau dan acar buah dan kami jual menjual acar buah/limau

Musim cuti sekolah , ramai yang mengadakan kenduri kendara. Ada yang melangsungkan perkahwnan anak-anak.Namun begitu ramai dianta mereka yang masih mengadakan kenduri secara gotong royong(pakat) dan ada yang telah menggunakan khidmat catering. Walaupun apa bentuk yang dipilih oleh tuan rumah, acar limau masih menjadi pilihan. Untuk memudahkan orang ramai yang akan mengadakan kenduri kendara, kami mempelawa tuan puan sama ada syarikat katering dan persendirian mendapatkan buah-buahan kering dari pihak kami dengan harga yang berpatutan. Antar buah-buahan kering yang terdapat dalam stok kami ialah limau jeruk kering( 3jenis )iaitu limau kasturi kering, limau nipis kering, lemon kering,mempelam kering, belimbing kering, dalam kuantiti tertentu. Sesiapa yang berminat boleh call kak sal 0125769091 untuk tempahan atau sms.gambar akan dimasukkan kemudian

ga
Image result for acar limau sedap
gambar hiasan
Untuk makluman semua, pihak kami juga ada memjual acar limau yang dibuat dengan bantuan orang-orang yang mahir dalam bidang pembuatan acar limau./ harga 500gm/RM30.00 termasuk kos pos .Berminat hubungi no. di atas..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar