klik2

Khamis, 24 Januari 2013

himpunan khasiat herba yang ada di kawasan rumahku




 

Khasiat dan Fakta Kunyit Putih

kami juga menjual benih
kunyit putih 1polibag RM15
kunyit merah/kunyit api 1 polibag RM15
kunyit hitam 1polibag RM15
lempoyang 1polibag RM15
keriang mata itik 1polibag RM15
temulawak 1polibag RM15
untuk tempahan sms Pn salmah 0125769091
produk herba kering juga turut dijual

Famili : Zingiberaceae
Nama Saintifik : Curcuma Zedoaria
Nama Latin : Curcoma Alba
Nama Lain : , Temu pepet, Ardong, Kunir Putih Naduna, Konre Pet, Simplisia Kaemferae Rotundea Rhizome

Kunyit Putih adalah sejenis herba yang dipercayai boleh mengubati kanser terutama kanser payu dara. Jika diamalkan selalu dapat mencegah kanser dari awal. Terdapat sejenis bahan dalam kandungan kunyit putih yang akan bercantum dan menyaluti sel-sel kanser dimana bahan ini mampu merencatkan perkembangan se-sel kanser dari membiak. Bahan tersebut adalah berasal dari kandungan protin toksis dan kurkumin. Ia dikenali sebagai Ribosom Inacting protein (RIP). Keseluruhan daun, buah dan akarnya boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Walaubagaimanapun kunyit putih ini biasanya digunakan sebagai salah satu alternatif perubatan herba serta pelengkap tanpa mengabaikan terapi penyembuhan kanser yang lain. Selain itu kunyit putih juga berperanan sebagai anti oksida, pencernaan, membuang angin dalam badan dan usus, rawatan kencing manis, menghillangkan rasa mual semasa mengandung, menguatkan rahim, anti radang dan mempercepatan penyembuhan luka. Kunyit putih bersifat sejuk dan mempunyai rasa yang pahit


. Antara fakta berkaitan kunyit putih:
  • Memakan kunyit putih juga boleh menambah nafsu makan.
  • Diyakini memiliki khasiat anti kanser. Kurkumin dalam kunyit putih adalah bersifat anti oksidan yang boleh mencegah kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) yang boleh menyebabkan kanser.
  • Kunyit putih juga bersifat anti inflamasi.
  • Kunyit putih jenis mangga (Curcuma mangga atau temu pauh) tumbuh di tempat yang bersuhu dingin di Indonesia.
  • Kunyit putih ini mempunyai ciri tertentu, antara lain bintik umbinya seperti umbi halia dan berwarna kuning muda (krim).
  • Dalam keadaan segar baunya seperti buah mangga kuini dan bila telah diekstrak atau dijadikan serbuk, warnanya tetap kuning muda (krim).
  • CARA PENYEDIAAN
    1. Buah atau Rizom dan biji
    Diparut dan ambil airnya lalu diminum.
    Hampasnya boleh dijemur atau direbus bersama akar untuk diminum.

    2. Cara merebus ialah kunyit segar (rizom) sebesar 3" atau 200gm diparut dan direbus menggunakan 2    cawan air dan direbus sehingga tinggal 1 cawan air. Boleh ditambah madu untuk menghilangkan rasa pahit. Jika banyak boleh juga disimpan dalam peti ais dan minum pagi dan malam.

TEMU LAWAK (Curcuma xanthorrrhiza).

  Herba ini menyerupai pokok kunyit, daunnya besar, padat, lebar dan mempunyai jalur seakan-akan merah tua di tengah daun. Batangnya besar, isi berwarna kuning cerah dan rasa pahit. Habitat asal tumbuhan ini ialah di kawasan rimba asli yang mempunyai pokok2 balak yang di bawahnya kurang tumbuhan kecil, hidup berumpun di kawasan teduh dan lembab terutama di lereng-lereng bukit dan berhampiran sungai. Paling banyak yang ditemui dan hidup subur tidak jauh dari Sungai Kenarong iaitu ke utara Tasik Banding di Perak, Malaysia. Rizomnya dikatakan sedap dimakan sebagai ulam atau dibuat acar. Kini tumbuhan ini telah melalui transformasi kerana telah dijadikan tumbuhan pengenalan di taman-taman botani, taman herba persendirian malah patinya telah memasuki pasaran tempatan dan antarabangsa sebagai bahan kosmetik serta ubatan alternatif.


Curcuma xanthorrhiza
Semua jenis temu merupakan Antiageing. Digunakan dalam perubatan tradisional untuk membantu merawat reumatoid, kesakitan otot, demam, batuk, masalah hati, demam kuning, batu karang, penyakit kulit, buang air berdarah, disentri, masalah sembelit, masalah keputihan, jangkitan pada vagina malahan ia juga membantu mengatasi buasir, kerengsaan rektum, menghilangkan kekejangan (nyetok - Kelantan) dan mengelakkannya dari berulang serta mengubati kanser (barah) pangkal rahim. Sementara itu, herba ini juga berkesan bagi membantu merawat kencing manis, gastrik (gas berlebihan) dan melancarkan penghadaman makanan (cara rawatannya 3-9gm rizom segar direbus sekejap dan makan setiap kali sebelum makan). Pada keseluruhannya herba ini membantu mengembalikan kecergasan tubuh badan.


Curcuma Mangga
TEMU PAUH (Curcuma Mangga). Dikenali juga dengan nama TEMU MANGGA. Herba ini mempunyai daun yang panjang, lebar, sedikit tebal dan berjalur seakan-akan merah tua ditengah-tengah daun. Rizomnya rasa dan berbau seperti buah pauh/mangga serta digunakan sebagai ulam.

TEMU HITAM/BLUE GINGER - Herba ini mempunyai daun seperti kunyit, besar dan berjalur seakan-akan merah tua di tengah-tengah daun. Isinya pula berwarna biru tua dan rasanya pahit berangin, sementara baunya pula sedikit maung. Kegunaan dalam perubatan tradisional adalah bagi membantu merawat asma (lelah), batuk, bronkhitis, membuang angin dalam badan dan membantu melancarkan peredaran darah. Biasanya ia digunakan sebagai campuran dalam renehan sup bersama akar kacang tanah.

TEMU KUNCI (Kaempferia pandurata Ridl/Gastrochilus panduratum).
temu lawak
Temulawak dikenal sebagai rimpang yang memiliki rasa pahit dan getir ketika dikonsumsi. Tetapi dibalik rasanya tersebut, terdapat kandungan yang bermanfaat bagi kesehatan tubuh.
Temulawak memiliki kandungan aktif kurkumin, xanthorrhizol dan germakron. Selain itu, temulawak juga mengandung sari pati, serat kasar dan minyak atsiri. Dari kandungannya ini, temulawak memiliki khasiat bagi tubuh, yaitu:
  1. Detox alami untuk liver (hati)
  2. Antiseptic dan antibakteri alami terutama berguna untuk mengobati luka bakar
  3. Karena khasiatnya sebagai anti-peradangan alami, dapat mengatasi gejala peradangan sendi (rematik) & serangan asam urat
  4. Penawar rasa sakit alami, terutama ketika masa menstruasi pada wanita
  5. Dapat membantu kontrol metabolisme lemak dalam tubuh dan kadar kolesterol
  6. Memperbaiki metabolisme sistem pencernaan tubuh
  7. Khasiatnya sebagai pengencer darah dapat membantu mencegah serangan jantung atau stroke
  8. Kandungan xanthorrhizolnya dapat berfungsi sebagai anti kariogenik yaitu pencegah berkembangnya bakteri perusak gigi
  9. Minyak atsirinya mampu meningkatkan produksi cairan empedu dan menekan terjadinya pembengkakan dalam jaringan tubuh
  10. Dipercaya sebagai penambah nafsu makan untuk segala
CARA GUNA


. Untuk gangguan lever, gunakan 25 gr temulawak dan 30 gr daun serut/mirten direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc, saring dan airnya diminum selagi hangat.

2. Pada radang sendi, rematik, pegal linu, ambil 25 gr temulawak berikut 20 gr jahe merah direbus dengan 400 cc air hingga tersisa 200 cc, saring dan airnya diminum.

3. Untuk peluruh haid, gunakan 25 gr temulawak diblender dengan air secukupnya, saring lalu tambahkan madu secukupnya dan diminum.

4. Bila sakit radang kandung empedu, gunakan 30 gr temulawak diiris-iris lalu direbus dengan 500 cc air hingga tersisa 200 cc, saring dan airnya diminum.

5. Untuk mengatasi batu empedu, gunakan 25 gr temulawak, 30 gr meniran dan gula aren secukupnya direbus dengan 500 cc air hingga tersisa 200 cc, saring dan airnya diminum.
6. Menurunkan kadar kolesterol tinggi, gunakan 20 gr temulawak kering ditumbuk halus lalu diseduh dengan air panas secukupnya dan diminum hangat-hangat.

7. Mengatasi masalah radang lambung, gunakan 30 gr temulawak dipotong kecil-kecil lalu direbus dengan 500 cc air hingga tersisa 200 cc, saring dan airnya diminum.

8. Mengobati batuk dan radang saluran nafas, gunakan 25 gr temulawak diparut, tambahkan air matang secukupnya, saring lalu tambahkan madu secukupnya dan air perasan 1 buah jeruk nipis, kemudian diminum.

9. Untuk meningkatkan nafsu makan, ambil 25 gr temulawak, 10 gr asam jawa dan gula merah secukupnya direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc, saring dan diminum.

Lakukan resep ini dua kali sehari secara teratur. Sedangkan, untuk penyakit berat/serius disarankan untuk tetap konsultasi ke dokter.

Oleh: Prof HM Hembing Wijayakusuma

Sumber : Suara Karya
 


LEMPOYANG





KHASIAT LEMPOYANG UNTUK MERAWAT   ANAEMIA


  • Ambil 3 kerat lempoyang, dibasuh lalu diparut atau ditumbuk bersama2 kulitnya sekali sehingga halus. Kemudian di rebus dengan 3 gelas air serta dicampurkan gula jawa (gula melaka) 3 @ 2 ketul sebesar ibu jari. Masak sehingga air menjadi satu gelas. Suamkan kemudian di minum. Sebaik2nya lakukan sebelum masuk tidur.
  • Lakukanlah sekali sehari sehingga 2 atau 3 bulan. InsyaAllah sembuh dengan izin-Nya. Kemudian pergilah check up untuk kepastian sembuhnya.



ATAU cara kedua

  • Ambil daun bayam, ramas2kan sehingga daun tersebut lembut dan diperah untuk di ambil airnya. Campurkan air bayam dengan sebiji telur ayam kedalam botol tertutup dan di goncangkan sehingga rata. Kemudian campurkan 1 sudu madu lebah asli dan goncang lagi hingga rata. Minum habiskan. Lakukan sekali sehari.
  • Selepas sebulan melakukan amalan ini cubalah lakukan check up untuk susulan. Jika masih kurang lagi darah merah amalkan lagi sehingga rasa diri benar2 sembuh..
  • InsyaAllah..
UBAT ANTI KANSER SERVIK
Secara asasnya, lempoyang adalah daripada spesies halia yang juga dipanggil halia hutan atau liar. Ia agak mudah ditemui kerana tumbuh liar di kawasan semak samun. Pokoknya yang mempunyai bunga cantik, menyerupai pokok bunga kantan dengan daun tirus.

Menurut ketua penyelidik kajian itu, Dr. Ahmad Bustamam Abdul dari Institut Biosains UPM, herba hutan itu mempunyai kemampuan rawatan yang sama seperti ubat antikanser komersial selain tidak membunuh sel-sel normal manusia.

“Teknologi ini selamat dan ia mempunyai kemampuan tinggi membunuh sel-sel kanser pangkal rahim serta mengurangkan komplikasi pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi,” ujarnya yang juga bertindak sebagai pensyarah dan penyelidik di Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.

Jelas Ahmad Bustaman, bahan yang menjalani ujian pra klinikal itu terbukti mampu memberi dos terapeutik tinggi yang selamat.

“Bahan semula jadi ini mampu dikomersialkan dalam bentuk cecair (pencuci alat sulit) dan dan jenis yang dimasukkan ke dalam faraj. Ia kini berada di peringkat akhir iaitu peringkat pembangunan produk bertaraf komersial untuk tujuan pemasaran,’’ terangnya.
MEMBANYAKKAN SUSU IBU
ubi lempoyang dah siap parut, tapiskan patinya+ campur air suam.
Selawat dan minum satu nafas.
atau cara lain:
ubi lempoyang
madu
gula batu
air suam
Kegunaan lempoyang nie....ia boleh membersihk-+*an/ mencantikkan kulit, menambah selera makan, buasir, menghilangkan cacing, buang angin, bisa-bisa badan, mencuci peranakan dan organ wanita dan badan kita pun akan menjadi lebih segar....
Sources: Ayuazren

Bahan-bahan:-

Lempoyang

Ibu Kunyit - letak sikit jer

Air Masak

sedikit garam



Cara-cara:

Basuh bersih lempoyang dan kunyit, potong kecil-kecil. Masukkan dalam blender yg dicampur air dan sedikit garam.Blender sampai lumat. selepas itu tapis dan ambil airnya sahaja. Ayu biasa buat stok untuk satu minggu letak dalam botol dan simpan dalam peti ais. Sesuai di minum waktu pagi atau sebelum masuk tidur (malam).

HEMPEDU BUMI



Nama Tempatan: Hempedu bumi
Nama Saintifik: Andrographis Paniculata
Nama Lain: Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Famili: Acanthaceae
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand,India,Indonesia

Keterangan: 
Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Kegunaan: 
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.

Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari.


AKAR SERUNTUN

anya juga dikenali sebagi akar seruntum, patawali tergolong dalam jenis pokok pemanjat, batangnya tidak mempunyai sulur ukurlilitnya berukuran 1 hingga 1.5 sm, berwarna hijau keputihan dan batangnya memanjat secara membelit pancang atau batang pokok. Daun patawali mirip daun sireh dan rasa pahit batangnya adalah yang terpahit dalam semua tumbuhan herba.

Antara khasiatnya ialah menjadi penawar terhadap segala sengat atau patuk haiwan berbisa, caranya hanya potongkan batangnya, apabila lendirnya keluar hanya sapukan saja pada kesan sengat tersebut.
Khasiat lain ialah menyembuhkan demam, sakit perut, taun atau campak, caranya potong dalam 1 inci, rebus batangnya dan minum air rebusan tersebut: mengikut perubatan saintifik sakit perut yang ringan ini di sebabkan asid dalam perut berlebihan dan penawarnya ialah sesuatu yang pahit.

Cara penanamannya hanyalah patahkan bahagian batangnya yang sudah matang dan cucukkan sahaja di tanah yang terlindung.



MALBERI(BAYAM BATU)




Khasiat Pokok Mulberry
  • Mulberry merupakan tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China. Dikenali dengan nama botaninya, Morus Alba, pokok mulberi yang ditanam di negara China adalah Mulberry putih. Pokok mulberi lain yang menghasilkan buah berwarna hitam dan merah pula banyak ditanam di negara-negara beriklim tropika dan sub-tropika. Salah satu kegunaan bahagian pokok Mulberry, terutama daunnya adalah sebagai makanan utama ulat sutera. Maka disebabkan itulah jika di Malayasia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. 
  • Manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban. Kuatkan sistem cerna dan serapan Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua. 
  • Disebabkan banyak khasiatnya, maka jus Mulberry telah dihasilkan secara komersial sebagai makanan kesihatan dan amat popular di China, Jepun dan Korea. Bukan itu sahaja, buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juka mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja boleh juga mengambil jus mulberi bagi menambahkan cecair badan dan menguatkan penglihatan. 
  • Buah Mulberry juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa pening, sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki 
  • Daun Mulberry pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai unat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut. 
  • Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang kebas, bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas. Akar pokok Mulberry boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang.
  • Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit. Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

JAMBU BATU


Jambu batu atau Psidium guajava merupakan sejenis tumbuhan perdu yang banyak cabang. Tingginya dapat mencapai 12 meter, manakala daunnya berbentuk bulat telur, kasar dan kusam. Ianya juga mempunyai bunga yang berwarna putih dan buahnya berisi serta banyak biji.

Tumbuhan ini banyak ditanam di ladang di dalaman rumah dan di tanah-tanah yang berbatu. Tumbuhan ini boleh sampai pada ketinggian 1200 meter di atas permukaan laut. Tumbuhan ini termasuk dalam famili atau suku Myrtaceae.

Tumbuhan ini mengandungi tanin pada daun, kulit batang dan buahnya. Ia juga mengandungi banyak lemak, damar, minyak menguap dan garam-garam mineral. Jambu batu juga mengandungi avikularin dan guaijaverin yang berkhasiat sebagai antibakteria.

Jambu batu mempunyai pelbagai kegunaan, di antaranya ialah akar, kulit dan batang serta daunnya direbus dalam air yang mendidih, kemudiannya airnya itu sangat sesuai diminum bagi mengubati sakit perut dan cirit birit. Air rebusan itu juga boleh digunakan untuk membersihkan selaput lendir proses usus yang terdapat pada bayi (prolapsysani). Luka-luka boleh diubati dengan menggunakan daun jambu batu jika daun tersebut ditumbuk dan ditampal pada tempat luka tersebut.

Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia …

Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.

Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.

Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.

Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.

Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.

“Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,” ujar beliau


ASAM PAYA DAN ROSELLE

ibiscus Sabdariffa L. adalah dalam keluarga Malvaceae atau lebih dikenali dengan nama Roselle. Pokok rcselle, di kalangan penduduk tempatan dikenal: sebagai asam paya atau asam susur, boleh ditanam melalui biji benih atau juga keratan batang merupakan tumbuhan yang subur di kawasan beriklim tropika dan subtropika. Ianya berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang men- dakwa ia berasal dari India. Di negara ini, roselle ditanam secara komersial di sebelah pantai timur Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu di atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor,
Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 3    meter serta mengeluarkan bunga hampir setiap tahun, mempunyai banyak kegunaan tetapi    penyalut buahnya yang paling kerap dimanfaatkan.
Kajian saintifik menunjukkan roselle terbukti mengandungi khasiat dan nilai perubatan yang cukup tinggi. Ekstrak roselle mengandungi vitamin C iaitu asid askorbik pada tahap yang tinggi, asid malik, aspartik asid den antosianin, A ntos ianin adalah pigmen yang memberi warna kemenhan kepada roselle. Ia berkhasiat sebagai antioksidan yang mana dapat membantu proses metabolisma sekiranya diambil se- cara berterusan.
Ia mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 milligram bagi seuap 100gram roselle kering. Selain itu”setiap 1009 roselle segar mengandungi 2,85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin 81,0.06 vitamin 82 dan 0.05 mg vitamin 92 kompleks.
Penyalut bunga roselle boleh diproses untuk dijadikan hasilan makanan/minuman seperU kordial, pati, jem, halwa, puri dan ser- buk. Malahan kepada pelbagai produk kesihatan dan penjagaan diri. Selain menjadi nilai tambah hasilan lain seperti tart, bahulu, kek, muffin, coklat dan acar buah-buahan.
KEBAIKAN PENGAMBILAN ROSELLE .
Membantu penghadaman
Melembutkan dan menyihatkan kulit
Membantu melancarkan pembuangan air kecil
Membantu mengurangkan pengumpulan lemak
Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
Mengurangkan haba badan, batuk dan mencairkan kahak
Antara lain roselle juga ada zat-zat berikut;
Rozel (Roselle) atau dikenal dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Jangan terkejut, ia mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C daripada anggur. Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel dan mendapat
Khasiat:
- Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.
- Memperlancar peredaran darah.
- Mengubati luka luar dan dalam.
- Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
- Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
- Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
- Mempunyai efek anti kejang otot.
- Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
- Membunuh bakteria penyebab TBC.
- Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
- Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
- Mencegah penyakit jantung.
- Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
- Mengubati asma dan alergi.
- Mengubati insomnia.
- Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
- Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
- Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
- Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
- Menyihatkan mata
- Menyeimbangkan berat badan.
- Mengurangi panas dalam .
- Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
- Mengubati pening kepala/migraine.
- Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
- Menghilangkan sakit sakit di badan.
- Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
- Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
- Mengobati sakit tenggorokan dan sawan.
- Mengatasi masalah stress/tekanan.
Kandungan Rozel:
Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.

GAJUS(JANGGUS)


Gajus atau juga dikenali dengan nama Kajus, gajus, janggus, kanjus, janggar, jambu monyet, jambu terong, bunga kesasar, jambu irong, ketereh, dan jambu golok (Terengganu), marañon dalam bahasa Spanish, merey dalam bahasa Venezuela, jambu mete, jambu carang, jambu monje, gaju dalam bahasa Indonesia , Ya-koi, Ya-ruang, mamuang himapan dalan bahasa Thai dan caju atau cajueiro dalam bahasa Portuguese. 

Nama botaninya Anacardium occidentale L. berasal daripada family Anacardiaceae. Ddidalam bahasa Inggeris gajus dikenali sebagai “cashew apple atau Cashew nut”
Pokok gajus ialah sejenis pokok yang malar hijau sepanjang tahun yang boleh mencapai ketinggian 10 – 13 merter tinggi. Gajus banyak tumbuh meliar di tepi pantai timur semenanjung Malaysia dan di kawasan kampong. Daunnya dijadikan ulam oleh orang kampong. Antara keistimewaan gajus ialah bijinya akan tumbuh terlebih dahulu dan bila hampir matang baru isinya akan tumbuh diatasnya. Bijinya yang terletak diluar ini mempunyai kulit yang tebal dan berbentuk seperti ginjal dan berwarna perang atau kuning atau merah atau diantaranya. Isinya amat lembut seperti span yang mengandungi air dengan rasa kelat-kelat manis ber pH asidik. Saintis telah mengkaji khasiat buah gajus ini dan sebatian utama terkandung dalam ialah Kardol, metikardol, anakardol dan pelbagai khasiat yang lain.

Kegunaan Dalam Rawatan

Jus buah gajus yang tidak dibuang “tannin” (pembentukan kepada bahan phenolic asli tumbuhan) dikatakan ubat rawatan sakit tekak dan cirit birit. Didalam perubatan tradisional, daun gajus yang ditumbuk lumat dan disapukan unruk meredakan sakit gigi, penyakit kulit dan kesan daripada kulit terbakar. Daun juga biasanya direbus, air rebusan tersebut diminum dan ia mampu merawat cirit birit, sakit perut, kencing manis. Air rebusannya juga boleh bertindak sebagai “air moist” untuk menyegar dan membersihkan mata. Pada bahagian bunga pula, ia juga boleh direbus dan air rebusan tersebut diminum untuk mengubati batuk.

Struktur yang paling menonjol ialah buahnya yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan antaranya dibuat jus dan minum untuk mengubati sakit kerongkong, penyakit kulit, buasir, cirit birit, melegakan muntah muntah, melawaskan pembuangan air besar dan menghalang keguguran rambut. Disamping itu, bijinya boleh dikeringkan dan dijadikan minyak untuk merawat penyakit kulit. Kulit darpada batangnya juga mempunyai nilai perubatan iaitu kulit tersebut direbus dan air rebusan diminum untuk merawat penyakit kulit. Kulit daripada batangnya juga mempunyai nilai perubatan iaitu kulit tersebut direbus dan air rebusan diminum untuk mengubati sakit gigi, sakit gusi, malaria, cirit birit, sakit kerongkong, ulser mulut dan juga bertindak sebagai tonik. Minyak daripada biji dan jus buah juga boleh digunakan dalam industri kosmetik sebagai bahan dalam syampu dan perapi rambut.

KEGUNAAN DISERATA DUNIA (WORLDWIDE ETHNOMEDICAL USES )

Africa untuk malaria

Brazil untuk asthma, bronchitis, corns, batuk, diabetes, dyspepsia, eczema, demam, genital disorders, impotence, intestinal colic, leishmaniasis, libido stimulation, muscular debility, pain, psoriasis, scrofula, syphilis, throat (sore), tonsillitis, ulcers (mouth), urinary disorders, urinary insufficiency, venereal disease, warts, wounds, and used as a gargle and mouthwash.

Haiti untuk kavities, diabetes, stomatitis, sakit gigi, ketuat (warts)

Malaysia Untuk sembelit, penyakit kulit (dermatosis), cirit birit, selsama, mual /nausea, thrush

Mexico untuk diabetes, cirit birit, freckles, kusta, kulit, bengkak bengkak, syphilis, ulcer, wart 

Panama Untuk asthma, colds, congestion, diabetes, cirit birit, hypertension, inflammation 

Peru untuk diarrhea, selsama, jangkitan, skin infections and used as an antiseptic and douche 

Trinidad untuk, batuk, diarrhea, dysentery, dyspepsia, stomachache
Turkey for diarrhea, cirit birit, demam, keracunan, warts 

Venezuela untuk dysentery, leprosy, sakit tekak dan kumur kumur

Elsewhere untuk asthma, colds, colic, congestion, corns, cough, debility, diabetes, diarrhea, dysentery, scurvy, skin problems, tumor, urinary insufficiency, warts



POKOK KANTAN 

Kenali Bunga Kantan

Nama saintifik untuk kantan ialah Phaeomeria speciosa. Ianya dikelaskan dalam keluarga Zingiberaceae, seperti lengkuas dan halia. Pokok kantan ialah pokok herba yang tumbuh membiak dan merimbun secara berkelompok-kelompok. Pokok yang matang boleh mencapai ketinggian empat hingga enam meter.
Kantan sesuai ditanam di berbagai-bagai jenis tanah tetapi elakkan menanam di kawasan-kawasan yang menakung air.
Pokok Bunga Kantan atau juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan sejenis pokok saka herba. Bunga kantan tidak sesuai diletakkan dalam plastik terutama semasa menjualnya. Tumbuhan ini mengandungi banyak bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan.

Kegunaan Dan Khasiat Pokok Bunga Kantan

Kegunaan bunga kantan yang paling popular ialah sebagai perasa di dalam penyediaan kuah laksa asam, masak asam dan sebagai ulam nasi kerabu. Bunga kantan yang dicelur boleh dimakan bersama sambal belacan. Kegunaan pokok kantan yang lain termasuk:
  1. Batang – mengubati penyakit bengkak-bengkak
  2. Buah – menambah selera makan
  3. Ubi – perisa dalam makanan
  4. Bunga – bahan gubahan jambak-jambak bunga
  5. Biji – mengubati sakit telinga

DAUN KESUM



Antara lain khasiat Daun Kesum adalah: 


Tanaman kesum sangat popular di kalangan penduduk Malaysia sebagai
bahan perencah/perisa di dalam banyak jenis makanan, terutama untuk laksa dan asam pedas. 

Ia juga boleh dimakan terus sebagai ulam ataupun dibuat kerabu. 
Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman,menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin. 

Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.
Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia`aliphatic aldehyde’ yang tinggi (60%), dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal.  

Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’,
minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Ini disebabkan tidak banyak terdapat bahan semula jadi ini di pasaran.


Khasiat dan Kegunaan


Masalah kelemumur
Daun kesum ditumbuk lumat hingga keluar lendir. Lendir tersebut dicampurkan dengan sedikit air lalu disapukan pada kulit kepala. InsyaAllah masalah kelemumur tidak lagi membelenggu anda.

Masalah Penghadaman
Air rebusan daun kesum jika diminum dengan teratur, mampu membantu memulihkan masalah makanan tidak hadam di dalam perut.  Ia juga baik diamalkan oleh wanita yang baru melahirkan anak anda
.

POKOK SUKUN/SIRSAK

manfaat daun sukun


Manfaat daun sukun dibuktikan oleh Bonita di Jakarta Barat. Bermula dari seringnya Bonita mengalami nyeri di perut sejak 2010, karyawati perusahaan swasta yang sering merasa kesakitan tersebut memeriksakan diri kepada dokter. Hasilnya mengejutkan! Bonita divonis menderita hepatitis B lantaran kadar Serum Glutamic Piruvic Transaminase (SGPT) berada di atas angka 35 U/L; normal di bawah 35 U/L.
Keinginan besar untuk cepat sembuh lantas membawa alumnus pertanian Universitas Brawijaya itu kepada seorang herbalis di Yogyakarta mengikuti teman. Ibu minum saja rebusan daun sukun. Caranya satu lembar daun sukun tua kuning yang sudah jatuh dipotong menjadi 4 bagian, lalu direbus dalam 8 gelas air hingga tersisa 2 gelas, kenang Bonita meniru ucap sang herbalis.
Bonita selanjutnya rutin meminum air rebusan daun sukun itu 3 kali sehari sesudah makan. Manfaat daun sukun tersebut dirasakan setelah 2 bulan mengonsumsi. Keluhan nyeri perut pun menghilang. Saat memeriksakan diri kembali kepada dokter, kadar SGPT Bonita sudah berada di bawah 35 U/L, tanda normal. Bonita senang bukan kepalang. Meski penyakitnya telah sembuh Bonita tetap rajin mengonsumsi daun sukun. Bonita kini tidak mau repot sehingga ibu satu anak itu memilih membeli kapsul ekstrak daun sukun. Lebih praktis dan mudah dibawa, katanya.
1001 manfaat daun sukun juga dirasakan oleh Santi di Surabaya, Jawa Timur. Santi yang menderita kencing manis alias diabetes mellitusmerasa tak nyaman lantaran dalam sehari ia bisa lebih dari 10 kali ke peturasan untuk buang air kecil. Belum lagi tubuhnya sering didera rasa lemah dan lemas. Hal tersebut sangat mengganggu Santi saat beraktivitas di luar rumah.
Atas saran seorang kawan Santi mulai mengkonsumsi kapsul daun sukun sehari 3 kali selama 4 bulan. Pelan-pelan frekuensi ibu dua anak tersebut ke peturasan mulai menurun hingga 3-4 kali sehari. Yang lebih menggembirakan rasa lemas dan lemah di tubuh mulai menghilang. Saya senang merasa badan ini sehat, ujar guru sekolah dasar itu.
Sejak lama pohon sukun dikenal memiliki manfaat, mulai dari daun, batang, hingga akar. Dalam buku Tumbuhan Berguna Indonesia K Heyne memaparkan masyarakat di Maluku sudah memanfaatkan sukun untuk mengatasi berbagai penyakit. Pascamelahirkan perempuan di sana, misalnya, meminum campuran getah sukun dan air putih selama 8–10 hari sebagai obat untuk mengencerkan darah.
Berbagai riset di mancanegara dan tanahair belakangan menunjukkan fakta bila Artocarpus altilismultikhasiat. Hasil penelitian Fita Dwi Amira dari Departemen Farmasi, Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam, Universitas Indonesia menunjukkan ekstrak daun sukun yang terdiri dari flavonoid 30% bersifat tidak toksik. Pemberian ekstrak daun sukun dosis tinggi 16,67 gram ekstrak/kg bobot badan pun tidak menimbulkan kematian terhadap hewan uji.
Penelitian lain tentang toksisitas dilakukan oleh Tjandrawati Mozef MSc, dari Pusat Penelitian Kimia LIPI di Bandung. Hasil uji toksisitas akut dan toksisitas subkronis daun sukun memakai mencit yang diberikan ekstrak daun sukun selama 14 hari memperlihatkan tidak ditemukan kematian. Begitu pula saat pemberian dosis tinggi 16 g/kg bobot tubuh, tidak ditemukan kematian serta tanda-tanda toksisitas pada perilaku hewan serta fungsi organ lain: jantung, hati, dan ginjal.
Riset di mancanegara juga memperlihatkan kelebihan lain daun sukun. Yu Wang, Kedi Xu, Lin Lin, Yuanjiang Pan, Xiaoxiang Zheng dari Departemen Rekayasa Biomedis, Universitas Zhejiang, China, mengidentifikasi flavonoid geranyl daun sukun sebagai antikanker. Mereka menguji senyawageranyl dihydrochacones pada sel kanker paru, kolon, dan lever. Hasil riset menunjukkan senyawa yang diisolasi dalam bentuk minyak berwarna kekuningan paling potensial sebagai lawan tanding kanker paru-paru dan kolon.
Riset in vitro Song Chwan Fang dan rekan di Chung Hwa University of Medical Technology, Taiwan, mengungkap ada 3 turunan geranyl chalcone baru yang terdapat di daun sukun. Ketiganya adalah isolespeol, 5′-geranyl-2′,4′,4-trihydroxychalcone, dan 3,4,2′,4′-tetrahydroxy-3′-geranyldihydrochalcone. Isolespeol berfungsi merangsang apoptosis atau program bunuh diri sel yang sangat berguna sebagai antikanker.


POKOK TERAS DEPU


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar