masyarakat
Dalam masyarakat nampaknya segenggam wang lebih kuat n bernilai dari puluhan genggam kebenaran..kejujuran..keikhlasan kerna bila wang bersuara kadangkala kebenaran menjadi diam..bila usaha seseorang itu hanya untuk perutnya..maka harga hidupnya sama seperti apa yang dikeluarkan dari perutnya itu...bila seseorang manusia tidak dapat menguasai nafsunya akhirnya nafsu itu akan merendahkan dan menghinakan dirinya..walaupun pada mulanya dia seorang yang terhormat dan berkedudukan...
moga hidayah,rahmat,barakah..kesejahteraan..kebahgiaan..limpahan rezeki sentiasa mendampingi kita di sepanjang waktu
Doa
Selagigi ada sekelumit iman di dada selagi itu jua kita jangan putus harap berdoa agar kehidupan kita sentiasa mendapat rahmat dari allah
Ya allah bersihkan, terangkan, tenang, tenteramkan, tajamkan hati, jiwa, fikiran dan perasaan kami hanya tunduk padamu ya allah. Sentiasa beri petunjuk, rahmat, hidayah dan inayah pada kami, kurniakan kesihatan, kesejahteraan, kebahgiaan, kejayaan kami dunia dan akhirat. Murahkan rezeki dan berkatkan hidup kami dengan rezeki yang halal, Kabul dan makbulkan apa yang di minta dan takkan mengurangi kekayaanmu. Mustajabkan segala hajat kami ya allah
Kebahagian adalah satu perkara yang abstrak, yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, di timbang atau dibeli dengan wang dan harta. Tapi kebahgiaan adalah satu anugerah allah dan rahmat allah. Kebahgiaan adalah satu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya iaitu ketenangan hati, kelapangan dada, kerehatan otak dan keselesaan perasaan”
manusia yang beragama islam pabila berkata dia beriman kemudian diikutinya dengan banyak bersabar walaupun segetir mana, sepahit mana pun laluan itu lalu dia beristiqamah dan bertawakal akhirnya dia menjadi manusia yang Berjaya, bahagia dan ceria.”
Ada 3 macam bongkoknya manusia :
Bongkok ubi – pabila diluruskan dia patah
Bongkok rotan – dapat diluruskan selama masih kita pegang, setelah dilepaskan ia akan bongkok
Bongkok besi – setelah diluruskan ia akan lurus selama-lamanya
Ada 3 macam jatuhnya manusia :
Jatuh tupai – jatuh yang menguntungkan kerana semakin jatuh ia semakin kuat untuk melatih dirinya
Jatuh petai – jatuh yang tak merugikan
Jatuh tapai – jatuh yang buruk yang berselerak di lantai
Janganlah membunuh hawa nafsu sebab jika tanpa nafsu bagaikan orang mati. Tapi belajarlah menahan nafsu dan menguasai diri sebab nafsu itu bagaikan api. Kalau kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Dengan perkataan terbuka pintu syurga, dengan perkataan juga terbuka pintu neraka. Yang paling manis bukannya gula tapi lidah. Yang paling pahit bukannya hempedu tapi juga lidah.
Boleh jadi di sebalik penderitaan yang dihadapi terletak kebahgiaan yang diimpikan sebab semakin besar penderitaan seseorang dalam berjuang untuk mendapatkan sesuatu semakin tinggi pula tingkat kebahgiaannya. Jika sesuatu yang diinginkannya itu ia dapat dimiliki. Bagi orang yang berbahgia dan damai di hati, dia menganggap istana bukanlah pada rumah yang besar,bagus serta mewah tapi hanya terletak dalam hati yang telah dapat sinar ilahi.
Kelehihan burung pada kepaknya, kelebihan gajah pada kekuatannya, kelebihan manusia pada akalnya.’
‘kebahagian itu letak nya di hati, oleh kerana itu kalau kita kaya, senangkanlah hati kita. Kerana dengan kekayaan kita itu terbentang kesempatan di hadapan kita untuk mengeluarkan orang dari kesusahan. Perbuatan kita di senangi orang. Kitamendapat pujian di penjuru dunia. Kita menjadi mulia.tegak kita mulia. Di depan kita terbentang permaidani kepujian sebab kita beroleh kebebasab dan kemerdekaan.akan tetapi jika kita miskin senangkanlah hati kita. Kerana kita telah terlepas dari satu penyaki jiwa. Penyakit kesombongan yang selalu menimpa diri orang-orang kaya. Senangkanlah hati kita kerana tiada orang yang hasad dengki pada kita. Disebabkan kemiskinan kita, kemiskinan juga adalah nikmat. Kerana dengannya tiada jalan bagi orang lain untuk berkecil hatidan tiada pula pintu kebencian. Yang paling utama dan afdal ialah meringankan timbangan di padang masyar.’
‘gelap ada 5 macam :
1. Gelap kerana malam
2. Gelap kerana buta
3. Gelap otak kerana tak berilmu
4. Gelap hati kerana tak beragama
5. Gelap kehidupan kerana lemah rezeki
‘Dunia itu kampong bagi orang yang tiada kampong. harta bagi orang yang tidak mempunyai harta. Untuk dunia dikumpulkan bagi orang yang tidak berakal. Kepada dunia bermusuh-musuhan pada orang yang tiada ilmu. Kepada dunia saling dengki mengdengki kepada orang yang tiada agama. Dan untuk dunia berusaha orang yang tiada mempunyai keyakinan.barangsiapa yang menyintai dunia keterlaluan nescaya membawa melarat kepada akhiratnya. Dan barang siapa yang menyintai akhiratnya nescaya membawa melarat kepada dunianya. Maka utamakanlah yang kekal yakni akhirat. Moga rahmat,barakah,bahagia,ceria,murah rezeki sentiasa mendampingi kita.’
Biasakanlah kita bersikap jujur dan benar walaupun di hadapan kita itu adalah bahaya. Yakinlah bahawa itu bukan bahaya tapi bahagia. Jauhilah dengan sikap dan sifat pendusta walaupun kita melihat di depan kita bahagia. Sebab itu bukan bahagia tapi celaka. Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya dan menjadi nakhoda untuk bahtera hidupnya.’
‘Apa yang dianugerahkan oleh allah kepada seorang hamba akan satu nikmat, kemudian dicabutnya nikmat itu dari hambanya tersebut kemudian digantikannya dengan sabar. Maka apa yang digantikannya adalah lebih baik daripada yang dicabutnya. Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung. Sabar itu adalah satu gudang dari gedung-gedung syurga.’
manusia terbahagi kepada 4 golongan :
1. Orang pandai mengaku pandai
2. Orang bodoh mengaku pandai
3. Orang bodoh mengaku bodoh
4. Orang pandai mengaku bodoh
Justeru itu orang yang tahu dengan dirinya dia akan tahu pula dengan kesalahannya dan tahu pula untuk merubahnya. DEngan demikian dia akan di hormati oleh orang lain.’
‘Tertawa dan senyumlah pada segala cubaan kerna dunia ini hanya kosong belaka. Terimalah sepuluh kekalahan sebelum menerima satu kemenangan. Kebencian tidak akan dapat dimusnahkan dengan kebencian. Melainkan dengan kasih sayang.’
Orang yang bersifat IKHLAS itu akan tahu :
''Menahan perasaan adalah satu pengorbanan, tidak terlalu sukacita pada waktu tertawa, tidak berduka pada waktu menangis, orang yang bersifat ikhlas dia sentiasa tahu bagaimana jua pun kejadian sesuatu akhirnya kebenaran tetap menang sedangkan kebathilan menunggu ajalnya kerana alam ini tidak mahu mengandung kotoran...''
Tiada ulasan:
Catat Ulasan