klik2

Selasa, 5 Januari 2010

KETENANGAN DI PULAU PAYAR


Pulau Payar-An island to the south of langkawi which can be reach in about an hour by speedboat, Pulau Payar lies between the smaller islands of Pulau Kaca,Pulau Lembu and Pulau Segantang.It is the only island off the west coast of Peningsular Malaysia that has marine and coral reef like similar to that of the Indian Ocean.Having recently been developed into a marine park, it boasts some of the finest marine life, including the horse-eyed jack,moray eel,clown fish,2 meter long groupers,black-tipped reef shark and black-spotted puffer.Pulau Payar also has the largest number of coral species is Malaysia, among them the Tubastrea micrantha and the semi-precious Antipanthes.The Langkawi Coral Pontoon is moored very near the island where the adventurous can find scuba and snorkelling equipment for hire.For those who prefer to explore the underwater world without getting wet, there is an underwater observertory.Overnight accommodation is not available but camping is allowed with prior approval from Fisheries Department in Alor Setar or from the Head Office in Kuala Lumpur

pulau payar kukunjungi pada tahun 2005. Sebuah Taman Laut yang indah. Sebelum pergi ke situ aku beli 6 bungkus roti kering di Pekan Kuala Kedah. Tujuan ku ialah untuk memberi makan ikan-ikan di Pulau Payar. Lawatan ku ialah bersama guru-guru Kubang Pasu dan Kuala Muda Yan, Jabatan Alam Sekitar dan JPN Kedah. Banyak aktiviti yang dilakukan di Taman itu.
Peristiwa di Pulau Payar yang tak dapat aku lupakan ialah aku dapat ajar Kak Salmah Ahmad berenang. Walaupun pada masa tu ada jurulatih pantai mengajar kak Salmah berenang, tapi kak salmah Ahmad tak juga boleh berenang. Habis putus kasut jurulatih tu diruntun oleh Kak Salmah. Aku minta kepada jurulatih tu untuk ajar kak salmah berenang. Dia membenarkan. Mungkin teknik yang kugunakan lebih mudah dalam masa beberapa minit saja kak salmah boleh berenang ala kupu-kupu, kuak lentang. Kak Salmah seronok kerana katanya sepanjang umur 48 tahun itu kali pertama dia boleh berenang. Aku pun tumpang gembira juga sebab kawan aku berjaya dan boleh berenang. Peristiwa lain di Pulau itu yang aku tidak boleh lupakan juga ialah kami kena buat persembahan. Kami diberi kepada beberapa kumpulan,Dalam kumpulan aku, aku ditugaskan untuk mengetuai persembahan. Aku mereka lirik lagu Ong Kedek-kedek yang menceritakan tentang keindahan alam sekitar dan masalah yang melanda Pulau Payar. Tak sangka pula persembahan kami dan lagu yang kucipta mendapat pujian daripada Timbalan Pengarah Alam Sekitar Kedah . dan Pegawai-pegawai JPN Kedah. Depa kata tak biasa dengar lirik seindah itu. ,Memang jenis aku, kalau aku rasa seronok atau pun rasa terlalu marah, aku dapat mencipta sesuatu dengan baik . Sebabnya aku mencipta sesuatu dengan hati dan perasaan. Satu lagi peristiwa yang tak dapat kulupakan ialah semasa memanjat dan menuruni
bukit. Kumpulan kami kena tutup mata menuruni bukit macam orang buta. Cikgu Hasan ketua kumpulan kami. Aku berjalan belakang cikgu Hasan. Dia minta aku memegang kemas-kemas tali pinggangnya agar tidak terlepas. Yang aku nak tergelak, Cikgu Zul menghulur seekor gamat hidup yang besar. Aku terkejut, lalu cikgu Zul tau ikatan kain di mataku tak kemas menyebabkan aku nampak bayang gamat tu.Akhirnya kumpulan kami berjaya menuruni bukit dan sampai ke destinasi. Di bawah setelah semua berkumpul , aku terkejut bila nama aku diumumkan melalui mikrofon oleh pegawai JPN. Rupa-rupanya pegawai JPN mengucapkan
tahniah di atas kejayaanku membuat latihan yang agak berat sedangkan aku sedang mengalami
masalah kesihatan yang agak serius.Katanya"Tahniah kepada Puan Salmah bt Jamaludin kerana
walaupun Pn salmah mempunyai masalah kesihatan, dia dapat menjayakan program kita pada hari ini;"
Peristiwa lain yang menyeronokkan aku memberi makan ikan-ikan di Pulau payar.Aku buka bungkusan roti dan beribu-ribu ikan termasuk anak ikan jaws mengelilingi aku. Seronok macam syurga dunia.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar