klik2

Selasa, 5 Januari 2010

keindahan taman negara kuala tahan







  1. Taman Negara Kuala Tahan keindahannya masih tersemat di sanubariku. Walaupun tempat itu kulawati 5 tahun yang lalu, setiap kenangan manis tidak pernah lekang dari ingatan. Nanti akan bersambung
  2. -rombongan antara JPN Kedah, Pengetua, Guru-guru . PPD Kubang Pasu dan Kota Setar
  3. -kenangan indah, keindahan Taman Negara yang tak tergambar oleh kata-kata, tenang, damai , jauh dari kesibukan.
  4. - Berjumpa dengan Orang Asli suku kaum Batek, belajar cara menyumpit- dapat ilmu penggunaan pokok lemba untuk perempuan bersalin. Orang Asli lepas bersalin 3 hari sudah berjalan berpindah randah dalam hutan. Petuanya ialah minum air pokok lemba sebagai tonik. Mujarab

-menolak sampan di kawasan jeram -mandi -manda dalam air yang tersangat jernih dan sejuk

-bermain dengan seekor burung enggang yang sangat jinak. Bergambar dengan memegang burung enggang. Teringat lagi burung itu merenung tajam menyebabkan aku naik seram sejuk. Akhirnya kena marah dengan cikgu Zamri, sebab tak berani bergambar dengan burung tu.

-Kagum dengan PPD Kubang Pasu sekarang, masa tu jadi pengetua Changlun, bersemangat waja

dan bersahabat baik dengan cikgu Yusof pengetua SMKSM .Aku dan cikgu Zabedah SMKTB sentiasa bersaing untuk mendapat tempat pertama .Tapi cikgu Yusof dan PPD Kubang Pasu (La ni) tetap nombor satu -Teringat Cikgu Zul dan Cikgu Jasmi selalu buat lawak menyebabkan kami tak kering gusi. -Seronok memancing pada waktu malam. Ada ke patut orang kat Taman Negara ajar kami memancing ikan kelah guna ayam goreng. Mana nak dapat ikan . - Teringat kak Wan Husna takut naik jambatan gantung dan dia kagum tengok aku naik tak rasa gayat. Mana nak rasa gayat, tak tengok bawah langsung. Kak Wan bagi tau dia takut, kalau jatuh tinggal anak ramai. Aku tak fikir apa-apa pun janji aku nak cuba. - Tengok batu kat Taman Negara, cantik-cantik hasil dari proses lelasan.Terkilan sebab sampai sekarang aku masih tercari-cari dengan siapa aku berbual semasa memancing pada malam gelap gelita. Aku tau dia seorang chef berdasarkan topi yang dia pakai masa turun bot di jeti, dia menafikan. Dia kata dia bertugas sebagai Tukang cuci sampah , dia bohong aku tau. -Masa balik insiden yang tak menyeronokkan bila cikgu Rahman cuba buat lawak, tapi ada yang tak tahan, ada hati yang terguris. Suasana yang tadi menyeronokkan habis sunyi sepi. ............itu sebahagian kenangan yang dapat kucatatkan

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar