klik2

Jumaat, 18 Februari 2011

buah2an yang sukar dicari sekarang ni......sila klik digambar untuk keterangan mengenai buah tersebut

















































































ERANTUT 10 Ogos - Nama buah taban mungkin tidak pernah didengar oleh sebahagian daripada kita. Ini kerana, buah taban hanya banyak ditemui di hutan Taman Negara Kuala Tahan dan Hulu Tembeling.

Bagi masyarakat Hulu Tembeling dekat sini, aktiviti mencari buah taban menjadi amalan apabila tiba musimnya.

Malah penduduk di Hulu Tembeling sanggup berada dalam hutan berhari-hari dan berhadapan dengan risiko terserempak binatang buas ketika mengambil buah taban.

Ada sebabnya mereka sanggup masuk ke hutan berhari-hari mencari buah liar.

Jawapannya ialah buah taban yang semakin pupus itu mempunyai nilai komersial yang tinggi dan enak dimakan.

Buah taban merupakan antara buah-buahan hutan yang boleh dimakan selain kepayang, bangkung, tampoi, mencepu, berangan, perah dan durian tuang.

Tinggi pokok taban ini ialah antara 20 hingga 30 meter.

Jika dilihat sekilas lalu, taban seakan-akan buah tampoi tetapi menurut penduduk Hulu Tembeling, kedua-dua buah berkenaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan biologinya.

Seorang penduduk Kampung Pengau, Othman Mohamad, 60, memberitahu, antara perbezaannya - buah taban tumbuh di bahagian batang pokok manakala tampoi tumbuh di bahagian dahan.

''Namun, proses mengeluarkan buahnya adalah sama iaitu bermula dengan bunga, berputik dan bertangkai," katanya.

Jelas beliau, walaupun warna dan rasa seakan sama tetapi bentuk buah taban lebih bulat berbanding buah tampoi yang sedikit tirus di bahagian bawah.

Kulit buah taban, menurutnya, berwarna hijau ketika muda, bergetah dan bertukar kelabu setelah buahnya masak dan matang.

''Isi buahnya seakan bentuk buah manggis. Rasanya manis dan sedikit masam. Ia amat sesuai dimakan ketika bersantai bersama keluarga dan tetamu," katanya.

Berbanding dengan tumbuhan lain, pokok taban menghasilkan buah antara empat hingga lima tahun sekali, ujarnya.

Menurut Othman, tempoh menunggu untuk buah taban bermusim agak panjang iaitu kadang-kadang sehingga lima tahun menyebabkan ia sukar dan jarang diperoleh penduduk.

Menceritakan proses mendapatkan buah taban, Othman memberitahu, dia perlu memanjat di bahagian dahan untuk mengambil buahnya di bahagian batang.

''Kita tidak boleh memanjat batang pokok taban kerana buahnya lebat di bahagian berkenaan dan dibimbangi merosakkan buah yang masak ranum.

''Untuk menurunkan buah taban, kita perlu membawa bekas atau baldi dan diunjurkan ke bawah pokok dengan menggunakan tali," katanya.

Othman menegaskan, usaha mendapatkan buah taban juga bukan kerja senang.

Selain terpaksa memanjat pokok yang tinggi, pengutip buah sentiasa berhadapan dengan risiko keselamatan iaitu terserempak dengan binatang buas seperti landak, beruang dan babi hutan yang sememangnya merayau-rayau mencari buah taban yang gugur.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Mat Daling, Wan Ahmad Yusri Wan Umar, 32, berkata, penduduk di situ terpaksa mengambil masa berhari-hari lamanya masuk ke hutan untuk mencari buah taban.

''Oleh kerana untuk menunggu musimnya agak lama, kita perlu masuk ke hutan terlebih dahulu untuk mengesan sama ada pokok itu berbunga atau berputik.

''Selepas tiga bulan, barulah kita masuk semula untuk mengambil buah taban. Kedudukan buahnya memang sedap mata memandang apatah lagi jika dirakam menerusi kamera," katanya..
along
Tok Penghulu




Posts: 1090
Points: 1280
Join date: 15/06/2009
Age: 23
Location: jerantut - wangsa maju

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar