klik2

Selasa, 16 Februari 2010

jengah blog ke blog

aku selalu menjengah blog kawan-kawan seluruh Malaysia, kot-kot boleh cari dan curi idea kawan-kawan yang kreatif dan inovatif , boleh aku tiru ka. Ada la aku masuk blog ni, seronok juga tengok blog ni. Blog ni tentang perhubungan kekeluargaan yang akrab kerana selalu ada pertemuan antara keluarga.Aku tak tau pulak, tuan dia sedar ke tidak aku masuk blog depa, atau depa tahan perangkap tikus nak tengok, sapa yang selalu curi masuk blog depa. Dalam blog tu, memang aktiviti terlalu banyak. Perjumpaan demi perjumpaan antara ahli keluarga menyebabkan hubungan mereka semakin akrab. Walaupun tinggal jauh, ada keluarga sanggup meluangkan masa untuk berkumpul. Bila tengok blog ni aku, aku pun tumpang seronok kot-kotlah aku boleh himpun adik beradik jauh dan dekat dok ramai-ramai. Aku rasa saat paling gembira bagi kami adik beradik ialah dapat berhimpun , makan-makan, sembang-sembang, bercerita dan macam-macam lagi. Saat tu dah hilang, kalau ada pun bila adik beradik buat keduri kawin anak masing-masing. Tu baru boleh berhimpun. Dulu pak anjang Jid(Malek) rajin juga buat barbeque kat rumah tok, semua pakat sponser, ada yang sponser ayam, ada yang sponser ayaq, ada yang sponser pinggan dan gelas polisterin dan macam-macam lagi selepas pak andak nawi(nawam ) meninggal semua jadi tak seronok. Semua rasa hilang semangat, dah tak syok macam dulu. Sepatutnya masa depa pakat pencen ni lah tak sibuk. Ni dah pencen mengalahkan doktor Mahathir pulak. Langsung tak nampak batang hidung.Dulu bang nawi selalu bawa keluarga mai makan nasii rumah aku bila balik kedah. Ingat lagi last sekali bang nawi sekeluarga makan nasi kat rumah aku, waktu kami sembelih itik nila 3 ekor. Bang Nawi sampai-sampai saja terus capai itik yang baru sembelih. Dia lapah itik tu dengan adik keri. Sat saja depa proses.Mak buat kurma itik nila. Aku pula buat sup ayam kampung. Semua pakat-pakat makan kata sedap. Tu yang aku seronok bela ayam itik seronok bila adik beradik berhimpun boleh makan bersama. Lepas makan bang nawi naik pulak pokok setul siam. Itulah kenangan terakhir bang nawi mai rumah. Bang nawi walaupun berpangkat tinggi tak pernah sombong. Aku pun tak tau bang nawi kerja apa sebab aku malu sungguh-sunguh dengan bang nawi. Nak angkat suara pun malu kalau depan bang nawi. Last aku tau bila fizah kata bang nawi berpangkat besar dalam Kementerian Kesihatan bila nama dia depa letak depan pintu bilik wad kat Putrajaya dan HKL masa dia tengah sakit supaya senang pelawat melawat dia. Masa tu baru kami semua tau bang nawi kerja jd apa dalam jabatan dia. Punyalah tawaduk hidup bang nawi.Perginya bang nawi, hidup kami sunyi tak semeriah dulu, bukan keluarga dia saja yang merasa, habis semua merasa tempiasnya. Tak sempat pencen baru umur 52 tahun dah pun meninggal. Moga-moga keceriaan sama seperti adanya arwah akan kembali........Semua akan kembali ceria. Kepada tuan punya blog tu, terima kasih banyak kerana melalui idea yang ada dalam blog boleh juga kami tiru. Semoga hubungan akrab antara keluarga terus berpanjangan. Rajin-rajinlah update blog

2 ulasan:

sal berkata...

salam.smoga keakraban antara keluarga akan sentiasa terjalin..lagu pun klasik, syahdu, dan antik sangat sesuai dengan tema penceritaaan kerana nostalgia.rajin2 menulis.

salmahj berkata...

assalamualaikum, tk kerana jengah blog. Semoga dgn menulis blog ni, ada juga yang baca,diharapkan keakraban akan wujud antara saudara mara, pembaca blog juga.Lagu tu sesuai dgn nostalgia zaman silam tu yang kak salmah pilih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar