klik2

Selasa, 16 Februari 2010

TUISYEN, TUISYEN, TUISYEN

Tadi pagi aku telah menghantar anak yang belajar di SR Al-Azhar setelah diminta oleh suamiku. Masih sunyi sepi, kerana masih terlalu awal. Tiada orang di jalanan. Terasa bosan pula bila terlalu lama bercuti. Kenapalah sekolah aku cuti hampir seminggu. Sepatutnya dua ,tiga hari sudahlah. Nanti kena ganti hari sabtu. Awanis minta kebenaran untuk tak mau pergi ke sekolah kerana tengok aku dan kakak yana dan kak zati ada di rumah. Aku minta juga dia pergi ke sekolah, akhirnya dia akur juga. Wanis akan balik jam 5.30 petang, nanti mak ambil. Pesan wanis selepas menutup pintu kereta. Kesian budak-budak sekarang masa lapang mereka habis begitu saja. Habis dengan aktiviti di sekolah. Ada setengah keluarga lepas saja anak balik dari sekolah, hantar pula anak belajar tuisyen. Tapi aku tak mau buat macamtu. Aku tak pernah hantar anak pergi tuisyen. Kalau ada pun hanya kelas al-buqari di sekolah. Bukan aku kedekut duit, aku tak mau anak aku sepanjang masa belajar hanya untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Aku biar mereka isi masa lapang mengikut kehendak mereka tanpa dipaksa. Masa aku belajar psikologi di UM dulu , pensyarah aku selalu berpesan, budak-budak akan belajar sewaktu aktiviti bermain dengan kawan-kawan. Tapi sekarang aku tengok dah lain. Fokus ibu bapa sekarang ialah cemerlang dalam peperiksaan, mesti dapat semua A dalam subjek. Tak semestinya tak hantar tuisyen, anak-anak tak boleh berjaya. Dalam pada tu aku selalu berpesan pada anak-anak agar jangan mewarisi kemiskinan keluarga kepada anak-anak. Kesian kepada orang yang berada di sekitar kita. Selain tidak bernasib baik, mungkin ibubapa hantar belajar, mereka ponteng kelas tak mau belajar masa dulu-dulu. Sekarang nasib malang mereka diturunkan kepada anak-anak. Setakat ni alhamdulillah anak-anak dengar cakap. Tak perlu berhabis duit banyk untuk hantar tuisyen, anak-anak kita sama dengan anak orang lain boleh juga berjaya

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar