klik2

Sabtu, 6 Februari 2010

seloka aku dan saudaraku


abdul latif abangku yang sulung
tempat tinggalnya di pantai dalam
tempat aku meminta tolong
walaupun siang dan juga malam

Kakak iparku bernama Hasma
sangatlah baik bukan nak puji
aku boleh tumpang dok lama
di Universiti Malaya masa dok mengaji

Ustaz Wahab panggilan diberi
Abang ke dua dalam keluarga
pekerti baik adab terpuji
anak kesayangan ayah dan bonda

Ustazah Rahmah kakak ipar ke dua
Tempat tinggal pula di Jitra
masa aku belajar di kolej Utara
Di situlah kutumpang rumahnya dia

kakakku yang ke tiga bernama syaleha
perempuan pertama dalam keluarga
tempat aku menumpang manja
mengadu nasib ketika lara

Abang mail iparku yang ketiga
nama sebenarnya ialah othman
Tinggallah mak aku dia dok jaga
sebab mak kesorangan tidak berteman

Abdul Malek nama diberi
Abangku dalam susunan ke empat
punyalah garang menakutkan kami
Idea diberi habis dia lipat

Kak Salbiah iparku ke empat
asal tempatnya ialah Kuantan
busnes kuih raya sangatlah ligat
sampai kami nak jadi ikutan

Kakak Salasiah anak ke lima
Tempat tinggal di Sri Serdang
Dok dengan keluarga tidaklah lama
umur enambelas tahun dah pun dipinang

Arwah Bang Nawam iparku ke lima
Pekerti terpuji tak boleh nak lawan
Keluarga kami jadikan dia Idola
Perginya arwah ditangisi sekawan

Aku pula anak ke enam
pantang ditegur suka nak lawan
berbadan bulat malas bersenam
Akal sihat jangan tak ketahuan

Basir suami ku orang Kuala Nerang
Sifatnya memang amat pendiam
Idea bernas berterus terang
Salah cakap kena hentam

Ahmad Supri adikku yang ketujuh
Tauke Kilang Di Puchong Perdana
Nampak garang sedikit gelojoh
Tapi ramai kawan suka kat dia

Norhafizah adik iparku yang ke tujuh
asal kawanku di Universiti Malaya
Tak sangka pula bertemu jodoh
kini aku pula jadi kak ipar dia

Mohd Nor adikku yang bongsu
Kahwin pula orang gelung rambai
balik jauh-jauh kelihatan lesu
tambahan pula anaknya ramai

Adik iparku bernama maksu Husna
asal tempatnya gelung rambai
anak dok teriak tak dan nak lena
tu lah akibatnya kalau anak ramai

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar