klik2

Ahad, 20 Disember 2009

Krisis lelaki pertengahan usia

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my




Perubahan fizikal, seksual mula dirasai pada usia 40 tahun

LELAKI dalam lingkungan usia 40 ke 60 tahun kerap dikaitkan dengan krisis pertengahan usia. Walaupun mungkin ada yang memandangnya dari sudut negatif, ia sebenarnya sebahagian proses kematangan normal.

Semua orang akan melalui detik perubahan emosi dalam hidup. Namun, bagaimana anda menangani perubahan itu yang akan mempengaruhi hidup. Ada lelaki yang berjaya mengharunginya dengan baik.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bagi sesetengah lelaki, krisis pertengahan usia sangat merumitkan hingga membawa kepada tekanan perasaan atau mungkin perceraian.


Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari, berkata jika wanita mengalami putus haid, lelaki pula kerap tersepit dalam permasalahan di usia pertengahan.

Ada penyelidik yang melihatnya sebagai andropaus, namun bagi Dr Muhsin ia sebenarnya lebih kepada keupayaan seseorang lelaki itu untuk menangani masalah yang dihadapinya.

Dr Muhamad Muhsin

“Perkara paling asas ialah menjaga pemakanan dan bersenam, selain berada dalam persekitaran yang positif,” katanya.

Kata Dr Muhsin, lelaki dengan emosi yang tidak stabil mula berfikiran negatif, membandingkan kejayaan dirinya dengan rakan, sekali gus memberi tekanan dan mula berasakan kehidupannya akan berakhir tanpa sebarang pencapaian.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan perubahan hormon yang mempengaruhi bukan saja fizikal tetapi keinginan seksual dan dihimpit permasalahan peribadi dengan pasangan.

“Hormon testosteron bukan saja mempengaruhi keinginan seksual, tetapi apabila parasnya menurun ia juga menjejaskan pemikiran dan tubuh badan,” katanya.

Dr Muhsin berkata, krisis pertengahan umur di kalangan lelaki juga boleh dilihat pada perubahan fisiologi. Menghampiri usia 40 tahun hormon testosteron menyebabkan perubahan fizikal yang boleh dilihat, antaranya jika dulu tegap tetapi sekarang sudah gemuk dan buncit. Fungsi seksual juga berkurangan sekali gus mempengaruhi sosiologi.

Perubahan biologi dilalui oleh semua orang lelaki dan wanita tetapi perubahan itu tidak sama. Ia berkait dengan isu paling asas, menjaga pemakanan dan mengawal berat badan dan berada dalam suasana persekitaran yang kondusif.

Ada kala tekanan perasaan pada pekerjaan ditambah dengan masalah kesihatan akan menyebabkan lelaki hilang kawalan dalam hidupnya. Ada juga lelaki yang berkeinginan memulakan hubungan baru kerana melihat kehidupan sosialnya yang semakin stabil dan anak-anak juga sudah meningkat dewasa.

Dr Muhsin berkata, lelaki yang berdepan dengan krisis pertengahan umur kerap tidak menyedari masalah sebenar. Isteri atau ahli keluarga yang rapat boleh membantunya. Perubahan sikap dan mood boleh memberi petunjuk masalah sebenar dialami.

Jika ia dikaitkan dengan masalah andropaus, ia perlu dirujuk kepada doktor. Mengambil terapi gantian hormon antara rawatan yang ditawarkan perubatan Barat. Namun, keupayaan mengawal diri, bersenam dan menjaga kesihatan adalah antara langkah paling asas dan utama.

INFO: Simptom lelaki alami krisis pertengahan usia

  • Berasakan tidak bahagia dengan hidupnya atau gaya hidupnya

  • Bosan dengan mereka yang berada di sekelilingnya dan bidang yang dulu menarik minatnya.

  • Mempersoalkan pilihan yang tidak dibuat dalam hidup dan mengapa mereka tidak memilih sebaliknya

  • Marah pada pasangan dan rasa terikat dengannya

  • Tidak berupaya membuat keputusan hala tuju hidup mereka

  • Keinginan menjalin perhubungan baru.
  • KEMARAHAN
    NFO: Lapan implikasi amarah...

  • Dipulau masyarakat
  • Punca pergaduhan
  • Mendatangkan konflik perceraian
  • Terdedah serangan penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung
  • Murung dan tekanan perasaan
  • Hilang pekerjaan
  • Melakukan kesalahan penderaan.

    TIP: Redakan kemarahan

    1. Ikuti latihan dan kegiatan sukan

    Kajian menunjukkan individu yang menumpukan kegiatan luar mempunyai tekanan darah yang sempurna dan kurang berisiko mendapat sakit jantung.

    2. Ubah diet pemakanan

    Ramai pakar pemakanan berpendapat, menambah berat badan menokok beban yang lebih pada sistem biologi badan dan saraf minda. Merubah gizi yang lebih menyihatkan membantu anda lebih cergas, lebih bertenaga dan lebih berkeyakinan.

    3. Minuman secawan kopi

    Kafein adalah bahan perangsang yang dianggap berbahaya pada kesihatan. Ia boleh menyebabkan seseorang terangsang dan jika berlebihan menimbulkan keresahan, mengganggu ketenangan minda dan mempercepatkan degupan jantung.

    4. Berhenti merokok

    Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru-paru menjadi lebih baik pada masa beberapa hari saja. Anda dapat berasakan pernafasan lebih licin dan selesa kerana udara meresap ke saluran darah lebih berkesan.

    5. Berfikiran positif

    Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elak daripada memekik atau bertindak garang. Kemarahan yang dilihat secara positif boleh menjadikan tekanan bertukar kepada kekuatan.
  • Jumaat, 18 Disember 2009

    Berfikir sejenak. No. berapakah kita

    HARAPAN

    KALAU TAK JADI POHON CEMARA,
    JADILAH BELUKAR DI BAWAH LEMBAH,
    BELUKAR TERBAIK DI PINGGIR SUNGAI,
    JADILAH HUTAN, KALAU TIDAK DAPAT JADI RIMBA,
    KALAU TAK JADI BELUKAR SELENGKAR,
    JADILAH RUMPUT SEDERET,
    KALAU TAK JADI IKAN TEMOLEH,
    JADILAH SEEKOR SELUANG,
    TETAPI...SELUANG TERLINCAH DI TASIK TERBENTANG,
    BUKAN SEMUA BOLEH JADI NAKHODA,
    SETENGAH PERLU BERBAJU KELASI,
    NAMUN SETIAP TUBUH PUNYA KERJA,
    MAHUPUN BESAR ATAU KECIL,
    TUGAS TERDEKAT.TUGAS SEGERA,
    KALAU TAK JADI JALAN RAYA,
    JADILAH SEKERAT LORONG,
    KALAU TAK BOLEH MENJADI MENTARA,
    JADILAH SEBUTIR BINTANG,
    BESAR KECIL BUKAN UKURAN GAGAL JAYA ;
    TAPI, JADILAH YANG TERBAIK DALAM SEGALANYA...

    Senyumlah selalu kerana....

    "Ia percuma tapi amat berharga.Is menjadikan penerimanya kaya tanpa menjadikan pemberinya miskin.Ringkasny seperti kilat tetapi berlegar di ingatan sepanjang masa.Tidak ada siapa yang terlalu kaya hingga tidak memerlukannya.Dan tidak ada sesiapa yang terlalu miskin hingga tidak mampu memperolehinya.Ia menjadikan sesebuah rumahtangga bahagia,kebaikan dalam perniagaan dan kemesraan dalam persahabatan.Ia memberikan kekuatan kepada keletihan, memulihkan semangat yang kecewa,menggembirakan yang kesedihan dan ubat yang mujarab kepada kerunsingan.Ia tidak boleh dibeli,dipinta ,dipinjam atau dicuri kerana ia berharga hanya bila diberi sebagai hadiah dan tidak ada sesiapa yang amat memerlukan lebih dari seseorang yang tidak lagi memilikinya untuk diberi kepada orang lain.

    Khamis, 17 Disember 2009

    Rabu, 16 Disember 2009

    kisah aku dan ular


    Kisah satu
    Kisah ini bermula 7 tahun yang lalu di sebuah perkampungan. Kisah ini aku kira agak luculah juga sebab ia berlaku ke atas diriku sendiri. Ketika itu aku baru saja balik dari sekolah. Selepas berehat sebentar, aku pun pergilah ke belakang rumah untuk menyidaikan kain yang telah aku masukkan dalam mesin sebelum pergi ke sekolah. Masa berjalan menuju ke belakang, mataku asyik melilau memerhatikan pokok-pokok yang semakin membesar. Jalan pula bukan tengok kaki sebab aku rasa selamat bila berjalan di atas simen. Sampai selekoh belakang rumah, aku dengar bunyi dengusan sesuatu. Aku berjalan lagi, dengar lagi bunyi tu lalu aku tunduk ke bawah. Alangkah terkejutnya aku bila aku nampak tedung senduk sebesar lengan aku sedang mengembangkan kepala. Aku terberhenti seketika, tergamam. Betapa hitamnya kulit ular tu. Sebelum aku melarikan diri, aku sempat lagi tengok muka ular tu. Mukanya seperti marah saja. Ular tu tengok muka aku, aku tenung muka ular tu. Ular tu mengembangkan kepala dengan jarak dua kaki saja dari tempat aku berdiri tapi tidak mematuk. Selepas selesai tengok muka ular tu, aku pusing sepantas kilat lalu aku lari sambil memanggil mak aku. Ular tu pula bila nampak aku lari, dia pun lari sama masuk ke dalam semak. Mungkin bimbang takut kena pukul. Jadi di sini, bolehlah aku simpulkan bahawa ular pun bukannya saja-saja nak mematuk orang, sebab tu dia bagi signal dulu supaya aku tak terpijak dia.Ular pun ada perasaan. Ini tambahkan manusia..........

    Kisah ke dua
    Kebetulan hari itu aku cuti sekolah. Aku duduk saja di rumah sambil berehat-rehat. Awal pagi lagi aku pun pergilah ke belakang rumah untuk memberi makan itik yang kupelihara untuk tujuan komersial. Tempat aku ternak itik tu, aku buat daripada pukat yang benangnya agak kasar. Jadilah taklah itik tu melilau merata tempat. Sedang aku beri makan itik, aku nampak ada benda tergantung di pukat. Perhati, punya perhati aku nampak seekor ular sawa hijau (spesies) anakonda sepanjang lima belas kaki, kepalanya terlekat di pukat. Aku sangkakan tentu ular tu dah mati. Aku ambil kayu lalu aku jolok kepalanya untuk membuktikan ular tu dah mati. Ular tu mendengus kuat menyebabkan aku terperanjat. Itu kali pertama aku dengar bunyi ular sawa. Selalunya aku tengok ular sawa batik warna kuning. Ni mai dari mana ular sawa jenis anakonda yang berwarna hijau......fikirku. Aku lari balik ke rumah untuk memberitahu anakku. Kebetulan pula suami pergi kerja Aku berfikir macammana nak buat dengan ular tu. Takkan nak biar tergantung macam tu. Nasib baiklah kebetulan ada pekerja sedang membuat porch di depan rumahku. Aku pun minta tolong dengan pekerja tu. Depa pula kebetulan bekas tentera. Jadi beranilah juga. Dengan kudrat yang ada pada depa dapatlah depa tangkap ular sawa seberat enam puluh kilo. Ular tersebut khabarnya nak diserahkan kepada Taman Ular Perlis. Tapi tak jadi sebab jauh nak pergi. Jadi depa pi lepas dalam hutan Tempat habitat semulajadi ular tu.........Tak payah pergi ke zoo. Duduk di rumah pun boleh tengok anakonda.

    Kisah ke tiga
    Masa tu aku baru saja diposting ke SMKPN. jadi suasana di sekolah masih baru waktu tu. Aku tak tahu pula ada cikgu di situ tak belaga angin. Suatu hari aku tengok sorang cikgu bawa buluh(cikgu tu pun dah arwah).Aku tegur cikgu tu, bawa buluh buat apa? Dia kata nak pukul ular. Aku ingat nak pukul ular sungguh. Rupa-rupanya dia nak pukul musuh dia........(nama pun dekat nama sama nama ular) . Kenangan lucu. Tapi sebelum meninggal dua orang cikgu dah saling bermaafan.

    Smalam aku bermimpi

    cuba tuan-tuan yang baca blog aku tolong tafsirkan mimpi. Mimpi aku yang nak aku cerita pun ada kaitan dengan ular juga. Orang kata kalau mimpi ular orang tu nak kahwin. Tapi aku dahpun kawin dan punya anak lima lagi.

    mimpi satu.
    Aku berenang-renang di dalam sungai perak. Sungai yang terkenal luasnya. Sedang aku seronok berenang aku pun kepenatan. Aku pun pergilah ke tebing. Aku panjat tebing tu. Tapi tebing itu bergerak-gerak. Aku keheranan Aku tengok betul-betul. Rupa-rupa aku naik ke atas seekor ular yang terlalu besar berwarna kuning. Aku punyalah terkejut. Akhirnya aku pun terjaga,

    mimpi ke dua
    Masa tu aku tinggal di Taman Mahsuri. Aku tengok dua ekor ular tedung selar masuk melalui tingkap rumahku. Aku ambil kayu untuk halau ular tu tapi ular tu tak mau pergi juga, Ular itu cuba mematuk aku. Aku lawan ular itu. Akhirnya sekor ular keluar ikut tingkap yang sekor lagi lari masuk bawah katil. Apa maksud mimpiku itu.

    mimpi yang ke tiga
    Baru-baru ini aku balik dari shopping. Sampai saja di jalan aku nampak ekor ular yang terlalu besar dan aku ikut ekor ular sampai pintu rumah aku. Sampai di pintu rumah aku tengok tedung selar yang terlalu besar berwarna kuning sedang mengembangkan kepala. Aku ambil kayu. Aku pukul kepada ular tersebut. tapi ular itu tak marah pada ku . Aku nampak ular tu sedih saja atas perbuatan aku. Aku akhirnya terjaga. Sambil tu, aku duduk terfikir apa maksud mimpi aku.


    Isnin, 14 Disember 2009

    beza hidup di kampung dan hidup di taman

    Sudah 10 tahun aku berpindah untuk hidup dalam suasana kampung. Kampung yang indah permai Sebelumnya aku tinggal di Taman Mahsuri. Taman yang begitu sibuk yang lengkap dengan pelbagai kemudahan, tapi aku rasa banyak yang kurang.Entah perasaan aku saja yang rasa macam tu. Tapi orang lain tidak. Suasana taman perumahan tidak sesuai dengan jiwaku yang terlalu sensitif. Mungkin penghuninya sentiasa sibuk membawa hal masing-masing menyebabkan aku rasa begitu. Selalu aku berfikir,di taman, rumah dekat-dekat tapi rasa jauh sangat tapi duduk di kampung walaupun rumah jauh-jauh tapi rasa dekat sangat. Maksud aku di sini ialah dari segi perhubungan. Orang di kampung lebih mesra denganku. Memang aku tidak minta mereka menghormati aku, tapi memang sifat mereka macam tu bergaul mesra walaupun aku bukan berasal dari kampungtu. Mulanya aku takut juga beli tanah di kawasan tu maklumlah kami orang luar. Tapi perasaan tu hilang dengan sendiri bila wujud perhubungan yang akrab diantara kami. Bila kenduri-kendara aku turut membantu. Di situlah aku semakin rapat dengan mereka.Kadang-kadang kawan sekolahku yang berasal dari kampung yang sama hairan macammana aku boleh kenal ramai dengan orang di situ. Tak semestinya aku jarang berkunjung ke rumah mereka, aku tidak kenal, Memang sifat aku tak suka membuang masa berjalan tanpa haluan kecuali bila ada sakit demam, kenduri, kendara baru aku pergi.Jiran-jiran yang terdekat denganku dah seperti adik beradik. Bila aku balik ke kampung aku di Padang Lumat(Yan) bawa depa bersama. begitu juga dengan anak-anak depa terlalu rapat. Suasana kampung amat sesuai dengan jiwa aku. Biarlah orang nak kata aku kekampungan ka, apa ka aku tak kisah asalkan aku bahagia.
    Jiwa aku memang jiwa yang cintakan alam semulajadi. Sebab tu aku join dengan Kelab Alam Sekitar Kedah.........akan bersambung

    Ahad, 13 Disember 2009

    selamat pengantin baru(adik ipar sebelah suami)

    selamat pengantin baru(adik ipar sebelah suami)

    Memori bersama ibu tersayang

    aku tidak tahu kenapa aku sering terjaga sekitar jam 2.30 pagi. Aku tak dapat tidur dengan nyenyak. Mungkin kesihatan aku aku tidak begitu baik ataupun aku selalu memikirkan sesuatu. Terasa kosong sangat jiwa ini Aku sendiri pun tidak tahu kenapa jadi begini.Jadi aku cuba untuk mencoretkan sesuatu dalam ruangan yang sudi berkongsi masalah denganku. Selalunya perasaan aku akan jadi seperti ini bila emak aku ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama dengan abang, kakak dan adik-adikku di sana.Selalunya aku akan kerap pulang ke kampungku di Yan untuk menemui emakku setiap 2 minggu sekali.Kadang-kadang aku bawa emakku tinggal denganku lebih kurang 7,8 hari. Emak seronok datang ke rumah aku. Mak kata rumah aku tak sunyi sebab tinggal di kampung. Tak macam di Kuala Lumpur, walaupun kotanya terlalu sibuk tapi jiwanya rasa sunyi. Emak suka datang tinggal dengan aku sebab rumah aku ,emak aku bebas keluar untuk mengutip ulam cabai yang ada di sekitar rumah.Emak walaupun umur sudah menjangkau 85 tahun tapi masih kuat Emak jarang sakit lutut. Sebab itu mak seronok bila di rumah aku. Semua yang emak nak ada di sekitar rumah aku saja. Kunyit, serai ,lengkuas boleh didapati bila-bila masa . Emak pula suka masak walaupun aku larang jangan masak. sebelum pergi mengajar, aku masak dulu untuk kami sekeluarga. Walaupun kalut waktu pagi, tapi aku akan sediakan makanan untuk mak. Aku takut kalau emak yang masak, nanti terlupa pula tutup api tapi mak nak makan yang panas-panas. Jadi aku biarkan saja mak masak. Nanti kalau aku larang boring pula mak di rumah sorang-sorang.Mak tak berapa suka duduk dengan abangku di Bukit Indah sebab mak kata dia takut duduk di rumah mewah. Bimbang penjenayah yang sedang bermaharajalela Lagipun rumah abangku bukan ada pokok ulam yang ada pokok-pokok bunga yang tidak boleh dimakan Nak masak apa-apa pun semua kena beli Mak tak seronok. Duduk rumah aku, mak boleh kutip ulam-ulaman. Boleh dengar suara ayam berkokok. Dengar bunyi itik angsa dan macam-macam lagi. Tambah yang seronoknya mak boleh tengok burung yang cantik-cantik selalu singgah makan di kawasan rumah aku. Kadang-kadang mak kata rumah aku macam zoo bila ada pula sekumpulan bangau berhenti berhampiran rumah aku.Memang menyeronokkan. Aku memang sukakan keindahan alam semulajadi. Sebab itulah aku beli tanah kampung Boleh buat macam-macam. Untuk tak mau bagi mak boring, aku bela ikan keli dalam kolam di belakang rumah.Bila mak mai rumah aku bolehlah mak pancing ikan keli. Mak kan suka memancing. Bukan mak makan pun ikan tu tapi mak seronok sebab bila pancing mak boleh dapat ikan yang besar-besar. Bila mak dapat ikan, aku yang akan masak untuk jamu satu keluarga.Kadang-kadang mak ajak kami makan bawah pokok epal depan rumah. Kena angin.....Jiran-jiran aku pun suka bila emak mai rumah aku. Depa anggap mak aku macam mak depa. Kebetulan mak depa meninggal waktu depa kecik-kecik. Jadi tumpanglah mak aku jadi mak depa.Kini kenangan tu, tinggal kenangan. Adikku mengambil keputusan untuk bawa mak tinggal di kuala lumpur. Kami 8 beradik. Lima tinggal di kuala lumpur. Jadi 3 beradik saja yang tinggal di Kedah Jadi bila di sana bolehlah depa gilir-gilir jaga mak. Taklah mak sunyi sangat. Tapi kini aku pula yang rasa sunyi mana taknya Balik kampung mak tak dak. Nak pi nun di kaki langit. Tak taulah bila aku dapat jumpa mak lagi......

    Sabtu, 12 Disember 2009

    mutiara Kata

    "Kalau kita hendak menasihati orang, Tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang. Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

    Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala. - Amri el Wahab -

    Jumaat, 11 Disember 2009

    pesan bestari

    Permata dan Debu

    Jika sebutir permata jatuh ke dalam lumpur ia masih bernilai.

    Jika debu naik ke langit ia tetap tidak bernilai.

    ~ Sa'adi as-Syiraz

    Banyak tidak menunjuk kepada benar, sedikit tidak membuktikan salah.

    ~ Abdul Aziz Ismail

    nilai sahabat(dipetik drpd sebuah laman web)

    Panduan Mencari Sahabat

    Sahabat baik susah dicari. Sebab itu Rasulullah saw sendiri pernah bersabda di hampir penghujung usia Baginda, yang maksudnya lebih kurang,
    "Orang yang paling aku percayai adalah Abu Bakar. Jika aku mahu mengambil seorang sahabat baik, nescaya aku memilih Abu Bakar di tempat itu." 7

    Semua umat Islam kenal Abu Bakar as-Siddiq. Beliau merupakan lelaki pertama yang benar-benar percaya kepada wahyu Allah yang dibawa oleh Rasulullah, di kala ramai orang mengatakan Nabi sudah terkena penyakit gila dan schizo. Beliau adalah seorang lelaki yang sanggup mengambil risiko menemankan Rasulullah dalam hijrah Baginda dari Mekah ke Madinah walaupun dirinya sentiasa berada di dalam keadaan ketakutan sepanjang perjalanan hijrah tersebut. Beliau adalah salah seorang dari 10 orang sahabat Nabi yang dijanjikan Syurga. Beliau adalah seorang lelaki yang apabila dibentangkan Syurga dan Neraka di hadapannya, pasti tidak akan bertambah lagi keyakinannya terhadap segala janji dan ancaman Allah kerana keimanannya sudah berada di tahap paling maksimum. Beliau jugalah yang berkata, "Jika sebelah kaki aku berada di dalam Syurga dan sebelah lagi di luar, maka aku masih lagi berasa tidak selamat. Jika kedua-duanya sudah berada di dalam Syurga, barulah aku boleh berkata Alhamdulillah."

    Abu Bakar begitu istimewa. Beliau adalah sebaik-baik calon sahabat idaman. Siapa yang tidak mahu menjadikan manusia semulia Saidina Abu Bakar as-Siddiq ini sebagai seorang teman sejati? Namun demikian, apabila menyentuh tentang konsep persahabatan, Nabi tetap mengatakan "Jika aku mahu mengambil seorang sahabat baik, nescaya aku memilih Abu Bakar di tempat itu." Padahal, Abu Bakarlah antara manusia yang paling rapat dengan Nabi di sepanjang perjuangan Baginda menyebarkan dakwah Islam yang penuh dengan ranjau dan duri. Apa yang boleh dikatakan di sini, sesungguhnya seorang sahabat sejati itu sangat sukar dicari.

    Sidi Ahmad al-Zarruq sekali lagi di dalam wasiatnya menasihatkan supaya mencari seorang teman baik bagi menolong kita di dalam urusan-urusan duniawi dan akhirat. Dan dalam masa yang sama juga, beliau memberikan amaran bahawa sahabat baik yang benar-benar berada di sisi kita dalam keadaan susah dan senang adalah amat sukar dicari (jangan lupa bahawa Sidi Ahmad al-Zarruq hidup pada 846-899 Hijrah, iaitu lingkungan tahun 1400-an. Di zaman itu pun susah untuk mencari sahabat baik, maka apatah lagi di zaman 2000-an yang semakin materalistik ini).

    Ada orang yang suka bermegah-megah dengan ramainya kawan yang mereka ada. Tapi betulkah kawan yang mereka ada itu benar-benar seorang kawan? Ketahuilah bahawa anda sebenarnya tidak memiliki ramai kawan. Oleh itu jika anda memiliki seorang kawan baik, anda sebenarnya terdiri dari golongan yang sangat bertuah di dunia. Dan jika anda ada dua orang kawan baik, buatlah sujud syukur banyak-banyak kepada Allah. Ini kerana sahabat akan bersama-sama dengan kita dalam susah atau senang. Dan jangan lupa juga bahawa seorang musuh yang kita ada adalah jauh lebih banyak dari 1000 kawan di sekeliling pinggang.

    Kawan yang hanya bersama kita di waktu senang, itu tidak dinamakan kawan. Itu dinamakan parasit. Saya pernah sahaja mendengar beberapa kisah sahih tentang persahabatan dunia moden. Dua orang ini siap pernah berbai'ah, atau pun taat setia. Tetapi apabila yang seorang lagi benar-benar di dalam kesusahan, tiba-tiba rakannya itu tidak mahu menolongnya. Ini kes kawan yang lari di waktu kita susah, belum lagi masuk bab kawan makan kawan, atau kawan tikam belakang.

    Sahabat dan Cinta

    Perhubungan sahabat adalah sama seperti perhubungan cinta. Kita tidak menganggap seseorang itu cintakan kita apabila dia melarikan diri apabila kita susah. Begitulah juga dalam persahabatan. Fahami konsep cinta ini, maka kita akan faham tentang konsep persahabatan. Cinta itu lebih asyik berbanding sebuah persahabatan. Dalam cinta, kita akan selalu berjumpa ayat-ayat cinta seperti "Aku akan tetap bersama mu selamanya...dalam susah atau pun senang." Ini janji sehidup semati dalam percintaan. Sedangkan orang yang bercinta (malah yang telah berkahwin) pun boleh berpisah dan bercerai-berai, maka apatah lagi dalam hubungan persahabatan.

    Sifat cinta adalah setia dan patuh kepada insan yang dicintainya. Seorang wanita pernah bertanya kepada seorang penyair tentang bagaimana kita mahu tahu sama ada seseorang itu benar-benar mencintai dirinya dengan sebenar-benar cinta. Dan penyair itu menjawab:
    "Jika si dia berasa yang dia pasti mati jika tidak meminum air disebabkan kehausan, dan kemudian engkau berkata kepadanya, "Jangan minum air itu", maka dia tidak akan minum air itu".
    Inilah yang dinamakan cinta. Dan inilah juga intisari ikatan persahabatan. Persahabatan dan percintaan yang hakiki tidak akan berubah apabila situasi berubah. Pengajarannya, berhati-hatilah dalam mencari cinta dan persahabatan di dalam dunia ini.

    Ikatan persahabatan dan percintaan (yang palsu) berubah apabila situasi berubah kerana kebanyakkan manusia melihat sesuatu perkara, masalah dan isu mengikut dari kaca mata dirinya sahaja. Dengan kata lain, kebanyakkan manusia mementingkan diri sendiri, atau pun selfish. Oleh itu, apabila memulakan sebuah persahabatan dan percintaan, jangan terus menganggap bahawa mereka akan benar-benar memahami diri kita.

    Lain tempat tegak, lain barang yang nampak. Dunia dia dan dunia anda mungkin berbeza. Tapi tak mustahil anda dan dia mempunyai aspirasi yang sama. Lihat sahaja sejarah perkembangan Islam oleh Rasullullah di Mekah selama 13 tahun, dan di Madinah selama 10 tahun. Bagaimana caranya dalam tempoh 23 tahun itu, Rasulullah berjaya menyatukan penduduk tanah Arab yang terdiri dari pelbagai puak yang saling bercakaran dan dibelit pula dengan fahaman fanatik asobiyyah, menjadi satu ummah yang diikat kukuh dengan tali akidah kepada Allah yang satu?

    Ini kerana mereka yang memeluk Islam itu memiliki aspirasi yang sama. Aspirasi mereka adalah untuk mencari keredhaan Allah, dan seterusnya mudah-mudahan mendapat balasan syurga dan terlepas dari azab api neraka. Dengan aspirasi inilah kaum Ansar sanggup mengorbankan apa sahaja demi menolong orang-orang Muhajirin. Ya, apa-apa sahaja, sehingga ada kaum Ansar yang mahu menceraikan isteri mereka untuk diberikan kepada orang-orang Muhajirin yang masih bujang. Kaum Ansar ini tidak gila, tetapi mereka telah benar-benar memahami konsep persaudaraan dan persahabatan yang hakiki.

    Melalui aspirasi itu jugalah, umat Islam yang pada mulanya hanya ada seketul dua jumlahnya, akhirnya meningkat menjadi beratus-ratus ribu orang yang berpayung di bawah akidah tauhid yang sama. Seluruh tanah Arab berjaya di Islamkan. Ketika berlakunya Haji Wida' tahun 10 Hijrah, iaitu haji terakhir yang dihadiri oleh Rasulullah sebelum kewafatannya pada tahun 11 Hijrah, sekurang-kurangnya 120,000 orang telah bersama-sama Nabi mengerjakan haji tersebut. Kadang-kadang, amat aneh memikirkan bagaimana dalam tempoh 2 dekad sahaja, umat Islam di tanah Arab mampu mencapai tahap yang sangat gemilang. Dan saya percaya, ia adalah disebabkan aspirasi mereka yang sama. Dan aspirasi inilah yang mampu menjadi kunci untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam di muka bumi ini.

    Sahabat yang Patut Dicari

    Sahabat yang patut kita cari adalah sahabat yang berkawan dengan kita bukan kerana kekayaan, kepopularan, kehenseman, dan kecomelan yang kita ada. Kekayaan boleh hilang serta-merta. Begitu juga dengan populariti. Maka apabila kekayaan dan populariti ini hilang, kita juga akan kehilangan sahabat. Dan jangan juga berkawan dengan seseorang itu hanya semata-mata dia hensem, kacak, cantik dan comel. Semua benda ini akan pergi satu hari nanti. Orang yang dilahirkan cantik, jangan bermegah dan suka menunjuk-nunjuk. Sila merendah diri dan jangan gedik. Cantik sebenarnya adalah satu masalah besar bagi diri manusia.

    Cantik itu ibarat dilahirkan dari perut ibu sebagai seorang yang kaya-raya, dan kemudian kekayaan itu semakin surut apabila umur bertambah, dan tiada langsung cara untuk menambahkan kekayaan yang semakin beransur-ansur hilang itu. Pepatah orang putih mengatakan, "Beauty is only skin-deep". Maksudnya, kacak dan cantik itu hanyalah setebal kulit. Apabila kulit manusia yang setebal kira-kira 2mm ini disiat dari badan, maka apakah beza di antara si Beauty dan si Beast? Maka berhati-hati dengan kecomelan yang anda miliki.

    Sahabat yang baik patut menjadi cermin kepada diri kita. Di dalam Sahih Bukhari, terdapat satu hadith yang sering dipetik oleh umat Islam, iaitu "Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain." Tanya diri anda, apa tujuan anda melihat cermin?

    Kita melihat cermin bukan untuk melihat kecantikan diri kita. Kita melihat cermin untuk membetulkan apa-apa yang tidak kena pada wajah dan badan kita, atau pada pakaian yang kita kenakan. Ini fungsi hakiki cermin. Jika anda melihat cermin untuk melihat kecantikan diri anda, dan kemudian rasa perasan yang anda ini cantik, comel atau kacak, maka apa beza di antara anda /

    Oleh sebab itu Nabi mengatakan bahawa seorang mukmin adalah cermin bagi orang mukmin yang lain. Apabila berjumpa dengan seorang mukmin yang lain, jadikan mereka sebagai cermin. Lihat perkara-perkara yang baik pada diri mereka, lalu pantulkan kebaikan itu pada diri anda. Mudah-mudahan pantulan itu akan membuatkan anda menyedari perkara-perkara buruk dalam hidup anda yang mesti anda perbaiki.

    Untuk anda menjadi cermin kepada mukmin yang lain, maka anda juga mahu tidak mahu perlu juga berubah menjadi lebih baik dari semalam. Apabila semua mukmin saling berfungsi seperti cermin, maka semakin indahlah akhlak masyarakat Islam yang ditonjolkan kepada masyarakat bukan Islam. Indahnya akhlak akan membawa kepada perkembangan ummah yang lebih sihat dan progresif.

    Kesimpulannya, agak sukar bagi kita untuk melihat keburukan dan aib diri sendiri tanpa ada cermin. Dan cermin itu adalah saudara mukmin kita. Dengan cermin, barulah kita boleh melihat siapa kita. William Shakespeare ada menulis satu perkara berkaitan cermin di dalam salah satu karyanya yang popular, iaitu Macbeth. Katanya lebih kurang, "Tuhan telah menetapkan bahawa manusia hanya boleh melihat wajahnya melalui cermin". Dengan kata lain, kita tidak akan sama sekali boleh melihat wajah sendiri dengan mata kita. Kita hanya boleh melihat wajah sendiri melalui refleksi yang dihasilkan melalui cermin.

    Kita tidak boleh melihat wajah sendiri. Tetapi orang lain yang ada di sekeliling kita boleh melihat wajah kita. 'Orang lain' ini berpotensi menjadi cermin bagi diri kita. Sebaik-baik cermin adalah orang-orang mukmin. Maka pilihlah 'cermin' itu berhati-hati. Cermin yang baik akan menyedarkan kita tentang keaiban yang ada pada diri. Kurangkan bergaul dan pergi ke tempat-tempat yang mempunyai banyak 'cermin-cermin rosak dan dusta'. Cermin-cermin sedemikian saya sifatkan sebagai cermin yang digunakan oleh Perseus untuk membunuh Medusa.
    Medusa adalah satu makhluk jahat dalam mitos Greek. Medusa memiliki rambut ular dan wajahnya begitu hodoh. Manusia yang memandang Medusa akan berubah serta-merta menjadi batu. Oleh itu Perseus menggunakan pelindung cermin dalam usahanya membunuh Medusa. Dengan melihat pantulan imej Medusa di dalam cermin (dan tidak memandang tepat ke arah Medusa bagi mengelakkan disumpah menjadi batu), Perseus akhirnya berjaya memenggal leher Medusa. Inilah cermin yang membawa kepada kemusnahan Medusa. Dan 'cermin-cermin rosak dan dusta' yang saya sebutkan di perenggan sebelumnya juga boleh membawa kemusnahan kepada diri kita jika tersilap langkah. Cermin rosak dan dusta ini dihasilkan oleh kaki-kaki maksiat dan lagha. Maka, cari dan berkawanlah dengan orang-orang yang mukmin dan soleh. Mudah-mudahan kita mendapat sebaik-baik cermin. Jangan biarkan diri anda terbunuh seperti Medusa.

    Sahabat Hakiki

    Biar apa pun jenis sahabat yang anda miliki, tetapi ketahuilah bahawa sahabat baik yang sebenar bagi seseorang manusia itu adalah amal solehnya. Inilah sebaik-baik teman, dan ia juga adalah sebaik-baik bekal bagi kita untuk bertemu dengan Allah. Ini seperti mana kisah Hatim al-'Assam yang terdapat di dalam kitab Ya Ayyuhal Walad al-Muahib tulisan Imam al-Ghazali. Hatim al-'Assam adalah seorang sahabat baik kepada Syaqiq al-Balkhiy.

    Pada satu hari, Syaqiq bertanya kepada Hatim, "Kamu telah bersahabat denganku selama 30 tahun. Apakah yang telah kamu perolehi dari persahabatan kita ini?" Jawab Hatim al-'Assam, "Aku telah memperolehi lapan perkara, cukup sebagai bekalan bagi keselamatan aku di Akhirat nanti."

    Dan ini perkara pertama dari 8 perkara itu. Untuk 7 perkara lagi, sila dapatkan kitab itu di kedai buku berhampiran (tak tebal pun kitab tu).
    Aku melihat semua manusia mempunyai kekasih. Sebahagian mereka sanggup menemani kekasihnya sehingga waktu ajal mendatang. Ada pula yang akan terus menemaninya hingga ke liang lahad. Selepas itu mereka akan pulang. Tinggallah manusia ini keseorangan di dalam kuburnya. Lalu aku berfikir, "Sebaik-baik sahabat adalah mereka yang sanggup menemani aku sehingga ke dalam lubang kubur. Aku tidak menemui sahabat sebegini melainkan amal solehku."

    Lalu aku pun menjadikan amal soleh sebagai kekasih aku. Agar amalan aku itu boleh menjadi pelita menerangi kegelapan di dalam kubur aku kelak, boleh menghiburkan aku dan tidak meninggalkan aku keseorangan di dalamnya.


    Semoga kita semua semakin dewasa di dalam iman, amal dan taqwa kepada Allah. Dan moga-moga kita bertemu dengan seorang sahabat sejati yang dapat membantu kita dalam perjuangan di bumi Allah yang fana ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin!

    Jumaat, 27 November 2009

    Khamis, 26 November 2009

    izati di makmal sains









    pokok dalam kawasan rumah

    Herba-herba dan pokok buah-buahan yang terdapat di dalam kawasan rumah
    (UNTUK TAHU KEGUNAAN HERBA- TEKAN LINK SEBELAH KANAN DAN PILIH KEGUNAAN HERBA)


    1. pokok jambu batu(2 jenis) 26. pokok asam gelugur 53. pokok ulam raja
    2.pokok jambu air (5 jenis) 27. pokok roselle 54. pokok cemumar
    3.pokok nangka madu (3 jenis) 28. pokok asam paya 55. pokok putat
    4.pokok setoi (2 jenis) 29. pokok keladi(2 jenis) 56. pokok gandasuli
    5. mempelam(10 jenis) 30. pokok ubi kayu(4 jenis) 57. bunga kertas
    6. limau nipis(4 pokok) 31. pokok malberi 58. pisang (8 jenis)
    7. limau kasturi(2 pokok) 34. pokok buluh madu 59. nenas(40 pokok)
    8. pokok mata kucing(2 jenis) 36. pokok petawali 60. pokok sambung nyawa
    9. pokok janggus 37. pokok limau bali 61. Akar som(ginseng jawa)
    10. pokok jering 38. pokok pegaga 62. jarum 7
    11.pokok petai(7 pokok) 39. pokok kesum 63. cabai melaka
    12. pokok laici siam(3 pokok) 40.pokok tongkat ali 64. sago bemban
    13. pokok epal 41. pokok kacip fatimah 65.halia
    14. pokok bidara 42.pokok cempaka 66.misai kucing
    15. pokok karas/teras depu(5 pokok) 67. pandan
    16. pokok kayu manis 43. pokok lengkuas 68.llempun
    17. pokok kelapa pandan (10 pokok)44. pokok kunyit 69.lemba
    18.pokok keriang dot 45. pokok kantan 70. mengkudu
    19. pokok durian 46. pokok lempoyang 71. daun kari
    20.pokok jambu susu 47. pokok kunyit hitam 72.lain-lain pokok bunga
    21. pokok cempedak 48.pokok kunyit putih
    22. pokok kuini 49. pokok temulawak
    23. pokok belimbing buluh 50.pokok limau telur buaya
    24.pokok remunggai 51. pokok lemon
    25.pokok asam jawa 52. pokok mempelas(bunga)

    Rabu, 25 November 2009

    awanis dengan baby

    Azhani di Matrikulasi Penang

    Selasa, 24 November 2009

    Isnin, 23 November 2009

    anak didikku 2008 yang menjulang nama smkpn


    antara kejayaan dan kegagalan

    eorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
    Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi

    Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
    Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”

    Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
    Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

    Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”
    Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”

    Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
    Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”

    Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
    Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji

    Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
    Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha

    Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”
    Seorang yang gagal berkata “Sesuatu mesti dilakukan”

    Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
    Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

    Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
    Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi

    Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
    Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya

    Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
    Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan

    diary 2009


    Diary 2009/ Kenangan manis
    bulan januari- aku ditawarkan skim pencen menggantikan skim tetap dan kwsp. aku seronok sebab duit aku dalam kwsp boleh dikeluarkan bila-bila masa. aku akan laburkan dalam tabung amanah menggantikan kwsp yang dividennya tidak seberapa.
    Bulan mac- Keputusan SPM 2008 diumumkan, anakku merupakan pelajar terbaik SMKPN Keputusan STPM 2008 diumumkan, anakku yang sulung merupakan tempat ke dua terbaik STPM SMKPN. Aku juga sebagai ibu turut menyumbang kecemerlangan dalam
    subjek aku. Tak mau kalah dengan anak-anak.Subjek aku juga mencatat pencapaian
    lulus 100 peratus dalam Pengajian Am. Menurut guru- guru STPM di SMKPN ,Subjek aku turut dikatakan sebagai penyumbang keputusan 100 peratus STPM SMKPN apabila Fakrul mencapai keputusan B+ dalam Pengajian Am manakala subjek lain semuanya F. Faktor bawa
    pelajar dari 6 Rendah terus ke 6Atas adalah penyumbang terbesar kepada kejayaan
    sekolah dan kejayaan aku juga apabila SMKPN berada di ranking
    pertama STPM Negeri Kedah. Tahniah juga kepada guru-guru subjek lain kerana 50 peratus pelajar mendapt 5P.
    Bulan mac juga aku menduduki PTK DG44 objektif dan aku mendapat 111, 111. Aku pun bukan bodoh sangat. Dulu kursus kat Penang sampai 2 minggu. Dapat pun 111 dan 11. Apa dah jadi dengan PTK tu. Di sekolah aku dok ajar budak-budak mengarang esei laras sastera dan esei laras sains last-last cikgu pun tak lulus. Aku rasa depa tak boleh baca tulisan aku kot.....tulisan macam cacing lama tak menulis , semua main komputer saja. Tak semestinya result PTK aku tak cemerlang , P&P juga tak cemerlang, tengok result STPM dah buktikan. Geram !!!!aku.Aku punya la tension tahun 2008. Dahlah tu nak ambil lain bulan ogos 2008, result kami sesat kat mana tak tau kena ambil 2009. Rugi!!!!!.......Dah tu kawan-kawan pandang aku semacam saja. Anggap serupa aku bodoh sangat. Mana tidaknya orang yang tak pernah ajar budak mengarang boleh dapat 111,111. Gila....

    Bulan April- Hari Anugerah Kurikulum----aku diminta ke pentas untuk menerima hadiah untuk Azhani kerana pelajar terbaik SPM 2008, aku naik sekali lagi terbaik untuk anugerah STPM anak sulungku tempat ke dua dengan pointer 3.45 dan aku sendiri menerima anugerah panitia cemerlang untuk kali ke duanya. Pertama kalinya aku menerimanya untuk STPM 2003 tapi kini untuk STPM 2008 pulak. Aku berani mengaku kerana aku juga yang mendidik anak-anak didik dari tingkatan 6 rendah sampai 6 atas. (Bunyinya macam eksyen saja tapi itulah kenyataannya.
    Bula Mei-- aku ditawarkan gred DG44 HAKIKI kerana mengajar Tingkatan 6. Apa yang lebihnya aku tak tau yang aku tau balik pukul 4 petang. Pening....pening.
    Bulan Jun---anakku ditawarkan tempat di IPTA(yang sulung) dan yang ke dua di KMPP.
    Tiap 2 minggu sekali dapatlah aku makan angin sambil berjumpa anak-anakku di kampus.
    Bulan ogos dan september---periksa percubaan spm. Izati pelajar melayu yang pertama dalam ranking no. 8 percubaan spm. Aku cuba bagi semangat agar dia seperti azhani, berada di tempat pertama dalam spm 2009.
    Bulan september--- aku mengisi borang gc(saja nak cuba-cuba) ikut kawan-kawanlah ni macam
    budak-budak juga. Rupa-rupanya ada orang mai observe. Ingat seronok-seronok isi saja. entah cemerlang entah tidak. Buat malu saja minta..Hanya Allah yang maha mengetahui.
    Bulan oktober---hari anugerah kualiti SMKPN. Aku salah seorang penerima anugerah. Ada yang sedih ada yang gembira. Tak payah aku cerita. Biar aku saja yang tahu!!!!Hadiah Anugerah KP paling lama.... ada dua maksud tersirat. .................................
    Bulan november--aku seronok sebab aku dah reti sikit berkaitan membuat laman blog. Dapatlah aku mencurah idea aku yang terpendam selama ini........AKAN BERSAMBUNG

    Ahad, 22 November 2009

    Aku diobserve

    Tuan Haji Ahmad Rusli bin Din(Ketua Nazir Kedah)



    semua pelajar Ting 6 PP /Ekon 2007



    sambungan album2007










    sekitar program peningkatan akademik di Havard Suasana Tahun 2007

    salam sayang untuk pelajar 6sastera/geografi2007

    anda sebagai pemimpin yang dihormati jika

    Menjadi pemimpin yang dihormati dan berjaya di tempat kerja bukanlah sesuatu tugas yang senang? Seorang pemimpin harusHalah menyiapkan diri dengan cabaran yang bakal ditempuhi kerana lain organisasi lain pula budaya dan kerenah pegawai2 serta staf bawahan.

    Jangan takut buat silap

    Kita kerap melakukan kesilapan. Jadi belajarlah dari kesilapan dari masa ke semasa. Elakkan dari mengulangi kesilapan yang sama. Anda jangan cuba menyorokkan sesuatu dengan menipu mereka. Lama kelamaan ia akan terbongkar juga.

    2. Libatkan semua orang.

    Jangan buat kerja seorang diri. Ia bukan sahaja memenatkan kita, tetapi orang lain juga terasa mereka diabaikan. Mereka tidak akan rasa dihargai kewujudannya.Walau apapun jawatan dan kedudukan, mereka semua ada potensi untuk memberikan idea dan pendapat yang kreatif. Jadi libatkan semua orang dalam membuat sesuatu perancangan atau projek.

    3. Jadilah seorang yang fleksibel dan adaptif

    Anda perlu ada kemahiran mempelajari sesuatu dengan pantas dan mengubahsuainya mengikut keperluan semasa. Bekerjasamalah dengan orang lain. Mereka mungkin dapat membantu. Tiada gunanya meninggi diri dan ego tidak bertempat.

    4. Miliki visi yang berpandangan jauh.

    Ini termasuklah visi untuk diri sendiri, pasukan dan organisasi anda. � Pakejkan� visi ini dan berkongsilah dengan orang lain dalam organisasi. Berikan penekanan terhadap visi pada setiap peluang yang anda perolehi. Adakah ia selari ataupun sebaliknya?

    5. Sanggup ambil risiko

    Anda seharusnya berani mencuba idea-idea baru yang berpotensi. Risiko sebanarnya ada dimana-mana. Yang membezakannya hanyalah adalah samada besar ataupun kecil. Menyahut cabaran bermakna anda bersedia mengambil risiko. Dan mereka yang gagal menyahut cabaran biasanya tidak akan melakukan perubahan dan tidak dipandang orang.

    6. Berikan dorongan kepada orang lain untuk kreatif dan inovatif

    Ini adalah kunci perubahan jika anda ingin mara lebih jauh ke hadapan. Relakan diri anda untuk dipengaruhi oleh idea-idea baru.

    7. Berilah latihan dan peningkatan diri

    Luangkan banyak masa untuk membuat kerja ini kerana ia seperti satu pelaburan jangka panjang. Kita boleh melatih mereka dengan cara seminar, bengkel, taklimat, pengalaman bersama, serta mengajaknya melakukan sesuatu yang baru.

    8. Galakkan kerja berpasukan

    Jangan mengongkong dan menghalang mereka kerja bersama. Berilah autonomi dan autoriti jika mereka memerlukan sedemikian (dan jika keadaan mengizinkan). Dengan cara itu, mereka akan menjadi lebih berdikari.

    9. Beri ganjaran

    Berilah ganjaran kepada mereka jika mereka dapat melakukan sesuatu tugas dengan baik. Ada banyak jenis ganjaran termasuk pujian, sanjungan, bonus, kenaikan pangkat, anugerah, tambah gaji dan sebagainya. Apa yang penting gunakan kuasa GANJARAN. Ini adalah satu bentuk motivasi yang amat berkesan.

    Jumaat, 20 November 2009

    dalam kenangan



    Tuan Haji Yahya Tahrin
    Mantan pengetua smkpn dan En Omar Baharom

    TIGA DARA DARI TELOK BERANGAN







    Anak sulungku: faziana
    umur ; 21 TAHUN
    pekerjaan : masih menuntut dalam bidang undang
    undang
    anak no. 2 : Azhani
    umur : 18 tahun
    pekerjaan : masih menuntut di Matrikulasi PP

    anak ke-3: Izzati
    umur :17 tahun
    pekerjaan: sedang menuntut di SMKPN
    (pelajar harapan sekolah)

    tahniah Azhani kerana mencapai pointer 3.9 di KMPP. Cuba lagi yang terbaik. Usaha tangga kejayaan

    anak daraku



    nurul faziana yang semakin meningkat dewasa
    waspadalah agar tindak tanduk kita tidak leka
    kerna dunia semakin rakus
    sekali kita terluka
    payah untuk mencari penawarnya

    album smkpn 2007


    anak sulungku Faziana

    Khamis, 19 November 2009

    Kenangan lalu


    28 haribulan september yang lalu ialah satu hari yang tidak boleh aku lupakan.Kehadiran Nazir ke sekolah sungguh mengejutkan kerana aku tidak menyangka aku tersenarai dalam list orang yang akan diobserve. Sebelumnya Kak Ram bagitau nama aku tidak ada. hanya 4 orang sahaja yng akan dipantau atau dinilai oleh nazir. Aku percaya pada cakap kak ram sebab kak ram adalah salah seorang pemantau guru cemerlang. Jadi nama yang ada dalam list semua dia tau. Kebetulan pula nazir telah pun menelefon kawan-kawanku untuk bertanyakan jadual waktu semasa. Aku pun rasa mungkin aku tidak memenuhi syarat dalam borang gc. Jadi aku pun tidak bersedia langsung. Kawan-kawanku yang lain siap bawa fail lagi untuk dikemaskini semasa cuti raya nanti. Tapi aku, yang dianggap tak ada dalam list balik raya sakan. Siap cerita lagi kepada kawan-kawan yang datang beraya yang aku tidak disenarai antara nama-nama yang akan diobserve. Aku pun pasrah. Habis cuti raya seminggu aku dok relax. Tapi aku prepair juga P&P sebab nanti mengajar budak-budak mudah ingat. Pengetua ada pesan sapa yang isi borang gc minta hantar buku rekod untuk disemak apa yang kurang. Bila berbincang dengan hasnah nak bagi atau tidak buku rekod, hasnah kata tak payah kacau daun. Bagi orang yang ada nama saja yang hantar Jadi aku pun rasa cakap dia betul. Maka tak hantarlah buku tu kepada pengetua.Pagi Isnin selepas raya, aku pagi-pagi lagi sibuk cari skema sebab nak guna dalam kelas. Aku berbincang dengan zakiah dan cikgu arah mungkin markah prestasi aku rendah atau ada yang tidak lengkap menyebabkan aku tidak dihubungi oleh nazir. Tak sempat habis cakap, tiba-tiba amir datang bagitau Ketua Nazir Kedah suruh call balik confirm jadual hari tu. Aku punya la ketaq sampai nak call balik pun rasa nak jatuh telefon.
    Tapi aku gagah juga. Tuan Haji Rosli bagi tau dekat berapa puluh kali call sekolah hari tu tapi tak dapat-dapat begitu juga dengan handset aku Apa kena tak tau selalu handset tu bagi masalah. Kebetulan kelas yang nak diobserve ialah 6 WA1 iaitu pukul 9.05. Kelas 6WA2 pula ada periksa percubaan . Jadi Tuan Haji bagi tau juga dia tak boleh masuk pukul 9,05 pagi sebab tak sempat minta aku tukar jadual pukul 12.05 tengahari. Aku pun bagi tau Tuan Haji aku kena bincang dengan cikgu matapelajaran kelas tu dulu. Takkan nak rampas kelas orang pulak. Seronoklah sikit sebab ingat Ketua nazir nak datang pukul 12.00. Bolehlah aku prepair apa yang patut. Bila dah confirm aku boleh tukar kelas dengan cikgu PP, baru aku telefon balik nazir. Pegawai di Anak Bukit jawab Tuan Haji dah pi, silap-silap nak sampai dah pun.Bukan jauh sangat Anak bukit dengan Pulau Nyok. Aku dengar pegawai tu gelakkan aku. Tak dan sempat nak prepair apa-apa Tuan Haji Rosli dah muncul depan pintu pejabat. Zakiah yang kebetulan ada di pejabat pun bagitau aku, Ketua Nazir nak jumpa.Dia kata air muka nazir yang datang tu sentiasa tersenyum, nampak baik. Dengar zakiah kata macam tu, aku taklah tension sangat. Kebetulan Tuan haji duduk di bilik pengetua. Aku pun masuklah ke bilik pengetua. kebetulan pula pengetua pergi mengunjung. Aku memberi salam dan Tuan haji menjawab salam aku. Ya, cikgu Salmah ke...Tuan haji menyapa aku Aku mengiyakan sapaan itu. Cikgu ,Ketua panitiakan?. tanya tuan haji. Ya, aku jawab Boleh tolong ambilkan fail panitia. Tanpa membuang masa aku pun meminta kunci bilik mesyuarat pada Hasna,kerani yang kebetulan ada dalam pejabat. Cari punya cari tak jumpa pun. Aku terus meluru ke bilik mesyuarat untuk mengambil fail. Nasib baik, bilik mesyuarat sedang diguna. Aku pun mengambil kebetulan 6 fail saja yang ada tanpa fail headcount. Aku bawa fail panitia ke dalam bilik pengetua. Buka saja fail, alangkah terkejutnya fail aku tidak dikemaskini. Terbeliak biji mata aku.Aku tengok Tuan haji cuba memerhati perangai aku. Aku boleh baca apa yang Tuan haji fikir masa tu. Aku malu tersipu-sipu. Tuan haji bertanyakan mana minit mesyuarat 1 dan 2, sedangkan ada tercatat diindex fail tapi isinya tidak ada. Aku memberitahu semua minit 1 hingga yang terkini ada di atas meja biik guru. Memang pun aku dah susun tinggal nak bubuh dalam fail saja. Tahun ni memang aku tak peduli langsung fail panitia mungkin aku frust PTK 2008. Aku meminta izin Tuan haji untuk mengambilnya di bilik guru dan Tuan Haji membenarkan. Aku bawa semua fail minit mesyuarat yang telah aku susun kepada Tuan Haji Memang ada surat panggilan dan minit 1 tahun 2009 hingga minit mesyuarat yang ke 3 lengkap. Tuan Haji bertanya mengapa tak masukkan ke dalam fail. Aku jawab tak sempat terlalu sibuk. Aku kan guru data jadual kedatangan dan data ponteng kelas dan ponteng sekolah, tiap-tiap bulan kena proses mana nak dan peduli fail.Aku tak mau menyalahkan sapa-sapa memang salah aku sendiri lupa nak lengkapkan fail panitia. Tapi fail lain yang ada di bilik guru memang aku telah lengkapkan dari dulu lagi sebab aku target nak mohon gc. Semua bahan abm yang aku buat memang cukup lengkap, tapi kehadiran nazir secara mengejut menyebabkan aku terkapa-kapa. Aku tak dapat tunjuk apa-apa bukti pun yang aku buat itu dan aku buat ini. Semuanya dalam keadaan mengejut. Macam nak menangis pun ada. Rasa macam teraniaya. Yang kawan-kawanku,dahlah dapat tau awal nazir nak datang, tapi tak datang-datang lagi. Yang aku, nazir tak bagitau , tapi orang pertama yang diobserve.Tapi kawan-kawanku yang sudah dimaklumkan akan kehadiran nazir, mereka awal-awal lagi menyusun fail yang telah siap dikemaskini masa cuti raya dalam bilik mesyuarat tapi aku...... Sedih sungguh. Aku tak tahu kenapa benda seperti ini terjadi dalam hidup aku. Kebetulan aku pun tak beritahu ketua nazir keadaan aku Banyak yang Tuan haji tanya dan banyak juga yang aku jawab dan Ketua nazir asyik memuji sahaja kerja buat aku dan asyik menyebut ni.....dapat markah penuh ni. kurang sikit tension aku. Kebetulan sekolah pulau nyok pula ranking nombor 1 stpm negeri kedah. Subjek aku juga lulus seratus peratus dan mencatat kenaikan yang agak banyak. Cuma satu yang aku lupa bagitau Tuan Haji, seorang pelajar iaitu Fakrul telah mencatat keputusan B+ dalam Pengajian Am tapi subjek lain semuanya F.Tapi aku tengok Tuan Haji Rosli memang dah kaji awal-awal lagi keputusan Pengajian Am iaitu subjek aku sebelum mai . Memang cekap. Saja nak tengok aku buat post-mortem atau tidak saja. tuan haji Rosli meminta satu salinan laporan post-mortem peperiksan stpm 2008 dan memberi komen ada kesilapan tajuk yang mengandungi perkataan strategik. Strategik merujuk jangkapanjang dan aku mengaku kesilapan tersebut dan turut memberi perancangan strategik 5 tahun iaitu 2006 hingga 2010. Tuan haji akan menilai kerja buat aku berdasarkan laporan tersebut.Cukup jam 12 Tuan haji Rosli meminta aku ke kelas untuk tujuan pemantauan P&P pulak. Aku pun naiklah ke kelas. Tuan haji Rosli tidak ikut sebab masih lagi di bilik pengetua. Aku naik dulu dan memberitahu pelajar ada ketua nazir akan masuk ke kelas mereka dan meminta pelajar memberi salam jika Tuan Haji masuk.Pelajar-pelajar tingkatan 6 al-walid 1 memng tertib dan patuh arahan.Cukup 12.05 Tuan Haji masuk ke kelas setelah dihantar oleh cikgu ishak tahir.Setelah pelajar memberi salam kepada Ketua Nazir aku pun memulakan pelajaran dengan induksi set. Memang aku selalu menggunakan laptop dan LCD untuk memudahkan pelajar faham apa yang aku ajar. Kebetulan tajuk yang aku ajar ialah berkaitan tanah runtuh. Habis gambar tanah runtuh bukit antarabangsa aku downlowd. Aku mengajar seperti biasa dan selesai penerangan dan soaljawab aku memberi latihan mengarang.Tuan Haji amat berpuas hati dengan P&P dan memberitahu aku layak diberi markah penuh dan salah satu ciri guru cemerlang ialah mahir mengendalikan ICT.Tuan Haji bertanyakan apa yang membezakan antara pelajar menengah atas dan menengah rendah dan aku menjawab apa yang aku tahu dan meminta ketua tingkatan mengambil buku skrap yang telah dihantar di bilik guru. Semua buku skrap pelbagai tajuk yang lengkap telah diambil dan ditunjukkan kepada Tuan Haji. Tuan Haji asyik memuji bahawa ini satu inovasi dan diberi markah penuh. Memang pelajar-pelajar kelas 6 WA1 rajin-rajin belaka . Buat buku skrap macam buat tesis. Lengkap dan menarik. Tuan Haji mencadangkan koleksi yang pelajar buat hendaklah dibuat koleksi redspot di Pusat Sumber dan aku memberitahu tuan haji memang setiap tahun aku berbuat demikian.Selain itu aku memberitahu Tuan Haji Rosli, pembentangan kertas kerja pelajar dalam bentuk power point selalu dijalankan dan melibatkan semua pelajar dalam kumpulan Semua pelajar memainkan peranan aktif Semua pembentangan pelajar yang menggunakan power point aku himpun sejak 2005 lagi. Jadi taklah teruk sangat aku meyediakan ABM pada masa akan datang.Tak sedar waktu sudah tamat,yang aku sedar pelajar telah bangun dan mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji. Aku ingat selesai di situ, rupa-rupanya Tuan Haji minta aku ke bilik pengetua untuk soal jawab lagi.Soaljawab tentang sumbangan aku yang paling berjaya sepanjang3 tahun ke belakangan dan aku memberitahu sumbangan pelajar ahli kelab tingkatan 6 mengendalikan hari guru dan mendapat kerjasama semua pihak dan kebetualan pula pada tahun 2007 aku ialah ketua guru penasihat kelab tingkatan 6. Aku bagi satu sahaja sebab tuan haji nak yang paling berjaya. Bila sebut paling, itu adalah yang terbaik. Satu pujian lagi aku terima. Wah Bagus ni......... Tuan haji bertanya adakah kelas 6 walid 1 adalah yang terbaik.Aku tanya sebab apa yang menyebabkan tuan haji bertanya macam tu. Tuan haji Rosli bagitau aku, pelajar-pelajar dalam kelas tu sentiasa memberi tumpuan semasa aku megajar, sentiasa aktif semasa sesi soaljawab walaupun waktu tu dah hampir 1-30 tengah hari. Aku tak mau pula mengatakan kelas tu yang terbaik sebab aku tak ajar kelas makmum.Tapi memang hari-hari macam tulah keadaannya Aku tak tau mungkin penggunaan lcd dan laptop meransang kecergasan pelajar.. Tuan haji masih bertanya itu dan ini sehingga jam menunjukkan pukul 2.00. dari Pukul 10 sampai pukul 2 aku kena observe. Oleh kerana cikgu Aisyah dan pengetua masuk dalam bilik pengetua, aku nampak Tuan haji rasa tidak selesa lalu memberitahu aku supaya menghubunginya dalam tempoh 2 bulan(paling cepat) untuk bertanyakan status gc aku Pelbagai peringkat tapisan akan dibuat hinggalah sampai ke bukit aman untuk menentukan kecemerlangan seorang guru Diberinya kad untuk aku hubungi Tapi dalam benak hati aku berkata-kata" fail lebih daripada apa jangan harap nak dapat, buat malu saja nak telefon", Tiba-tiba pengetua meminta aku membawa Tuan haji ke kantin, Terlupa pula untuk makan Tuan haji Rosli pun sama Tak ingat makan bila buat kerja Dalam hati aku, Tuan haji ni seorang penjawat awam yang cemerlang Kerja lebih penting dari segala-galanya. Seingat aku , aku malas nak ke kantin, jadi aku cadangkan Cikgu Rahman saja yang membawa Tuan Haji ke kantin.Aku ingat selesai saja tuan haji makan di kantin, tentu tuan haji dah balik. Rupa-rupanya ustazah aida bagitau tuan haji masih duduk di sekolah sampai 4.30 petang. Selain bersembang tentang sekolah, ada juga yang ditanya tentang aku pada pihak pentadbir. Apa lagi kak piah dan cikgu aisyah angkat aku sakan. Depa cerita kat nazir, aku buat kerja sampai tak angkat kepala dan bagitau aku jarang pi ke tempat kawan-kawan untuk berbual kosong. Semua depa cerita. Terima kasihlah kepada kak piah dan syah kerana memerhati kerja buat aku. Tapi pada pandangan aku, aku buat kerja pun bukan untuk mendapat pujian atau sanjungan tapi semuanya kerana Allah. Apa-apa pun aku tak mau berharap apa-apa. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat aku cuba lagi tahun depan. Saranan tuan haji agar aku nengemaskini fail telah aku laksanakan dan aku mengucapkan ribuan terima kasih kerana banyak mengajar aku.

    SELAMAT HARI GURU 2009 KEPADA SEMUA GURU

    guru-guru smkpn 2009

    guru cemerlang, sekolah gemilang, negara terbilang

    5 anak - 1hero,4 dara

    anak-anak adalah anugerah illahi yang tidak ternilai.Didiklah mereka agar

    menjadi modal insan kelas pertama







    Rabu, 18 November 2009


    disiplin diri adalah menjadi keutamaan. Tepati masa,tidak membuang masa adalah kunci kejayaan

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Calendar