klik2

Isnin, 21 Mac 2011

kisah ikan kaloi

kisah 1 Dulu2 masa aku baru berpindah ke kampung telok berangan aku belum kenal orang setempat. Cara untuk mengenali orang2 kampung di situ..aku pun keluarlah memancing bersama mereka. Memang betul, dengan mudah aku dapat mengenali ramai kawan2 Aku tengok cara orang di situ memancing lain daripada cara aku memancing sebelum itu. Cara orang di situ memancing ialah dengan cara memberi makan dahulu kepada ikan2 tersebut dengan membaling temukut. Semasa ikan2 berkerumun itulah pemancing akan menghulurkan joran dan ikan2 tersebut menyambar makanan yang berupa tepung gandum yang dibancuh seperti membuat roti canai tapi lebih lembut. Aku tengok semua pemancing di situ mendapat ikan lampam jawa yng seberat setengah kilogram seekor. Aku pun cuba seperti yang aku tengok..aku pun dpat sama...jenuh aku membuat pekasam ikan lampam. kadang2 pemancing ni akan mendapat ikan kaloi. Ada yang mendapat ikan kaloi seberat 8 kilo. Aku pun minta untuk membeli ikan2 tersebut untuk dibela. aku beli ikan kaloi tersebut lalu aku bela dlam kolam belakang rumah aku...hari2 aku pergi ke belakang rumah untuk melihat ikan2 belaan aku...memang seronok tengok ikan kaloi aku makan. gambar pinjam daripada blog kawan kisah ke 2 Ada ikan2 kaloi kecik yang diberi oleh kawan2 semasa memancing adalah sebesar 2 jari ..tapi bila aku dah campak dalam telga/kolam aku..ikan2 tu menjdi cepat besar. da la dalam 12 ekor ikan kaloi mega aku bela....seronoknya aku bila selalu tengok ikan tu timbul untuk memakan dedak yang aku lempar. Suatu hari aku tengok ikan2 aku kelampung habis..semua ikan kalui aku sebesar dulang minuman timbul..aku betul2 sedih..bila aku check punca kematian ikan kalui aku , aku tengok ada botol racun yng dibuang daripada tanah sebelah yang lebih tinggi masuk ke dalam kolam aku...aku betul2 sedih



kisah3
kisah ikan belida
Aku seronok tak terkira bilqa tengok ikan belida yang edi dapat. Edi mengil ikan itu tepi sungai sebelah rumah aku. Ikan tu terlalu besar dan keluarganya memang tidak suka dengan ikan sungai. Lalu Edi memberikan ikan itu kepda aku. Oleh kerana ikan terlalu besr maka aku pun teringin sangat untuk membuat ikan pekasam. Aku siang2 ikan belida yang bersisik kecil lalu aku kisar dengan asam belimbing buluh. Bila ikan pekasm siap diperam aku pun cuba makan ikan pekasam ikan belida. Alangkah sedapnya ikan pekasam ikan belida. Isinya sungguh halus tapi tulang terlampau banyak. Di sini aku akan tulis cara membuat pekasam ikan belida

PEKASAM IKAN BELIDA

SEEKOR IKAN BELIDA 7 KILOGRAM
GARAM
BERAS


CARA PROSES:
1. SIANG IKAN BELIDA DAN BUANG SISIK HALUS DAN POTONG KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN
2.BASUH SAMPAI BERSIH
3.PERAM IKAN DENGAN GARAM KASAR SELAMA 2 HARI
4. GORENG BERAS SAMPAI PERANG
5. MESIN BERAS SEHINGGA HANCUR DAN JANGAN TERLAMPAU JADI SERBUK
6. LUMUR PADA BAHAGIAN IKAN YANG TELAH DIPERAM DENGAN GARAM
7. TUANG AIR GARAM TADI DAN TAMBAH AIR SAMPAI TENGGELAM
8.TUTUP DENGAN KAIN ATAU APA2 SAJA (TIDAK BOLEH DIBUAT DALAM TUPPERWARE PLASTIK)
9. MASUKKAN DAUN NANGKA 6 HELAI DAN PERAP.
10. BILA DAH MULA MASAM SEMINGGU KELUARKAN DARIPADA PASU DAN SIMPAN DALAM BEKAS TUPPERWARE PLASTIK BERTUTUOP DALAM POETI SEJUK......SELAMAT MENCUBA


CARA MENGGORENG PEKASAM
1. CARA PERTAMA----GORENG MINYAK BANYAK--BAGI MINYAK PANAS DULU BARU MASUKKAN IKAN..GARING BALIK2KAN DAN KEMUDIAN GORENG BAWANG DAN TABUR SELEPAS GARING
2. KAEDAH KEDUA----GORENG MINYAK SIKIT---BILA DAH PANAS MASUKKAN IKAN DAN TUTUP..BILA RASA DAH GARING MASUKKAN DAUN KUNYIT, BAWANG BESAR POTONG BULAT,SERAI YANG DIRACIK2..SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar