klik2

Selasa, 23 Februari 2010

Album kenangan guru smkpn dari Tahun 1991- sekarang











































































































































































































































































































































































































































KENANGAN LAMA BERSAMA GURU-GURU YANG TELAH BERPINDAH SEKOLAH, ADA YANG TELAH PULANG KE RAHMATULLAH
























































album kenangan



































































































































Khamis, 18 Februari 2010

EPAL, EPAL, EPAL

Aku seonok tengok blog agrohias dan puakajoran. Blog ni penuh berwarna-warni. Seronok tengok pokok-pokok yang ditanam oleh penulisnya iaitu Tokan. Tak tau nama penuhnya tapi aku tau Tokan sebab dia jd follower blog F6, mungkin silap follow blog atau memang dia pilh untuk jd follower di situ. Hari-hari aku tengok gambar dalam blog tu. Aku ada bagi bagi tau kat suami ttg betapa cantiknya pokok-pokok dalam blog tu, suami aku marahkan aku. Katanya dok tengok pokok orang cantik, pokok kita sampai tak larat nak buang tak mau tngok. Aku tak berani nak kata apa. Memang betul kata suami aku. Dah berapa hari dia dok proses menebang pokok epal yang aku tanam depan rumah. Aku tak sangka pokok epal yang tanam akan tumbuh sebesar pokok balak. Rapat dengan bumbung. Ni, dah umur 5 tahun masih tak berbuah. Kita tebang jelah. Bukan aku fikir sebab tak berbuah tapi aku bimbang suatu hari nanti pokok itu akan terbalik atas bumbung rumah. Masa tu dengan orang dalam rumah pi sama. Memang rajin aku tengok suami aku ni. Tak reti duduk diam kalau hari tak bekrja. Kalau duduk diam tu aku tau dia tak sihat. Dia tebang pokok. dia angkut ranting. Kalau ranting kecik-kecik tak apalah juga, ni terlalu besaq sampai aku nak tarik pun tak jalan. Epal jenis apa tak taulah sampai tak mau berbuah. Dulu ada juga buah dua biji. Aku tunggu juga nak tengok dia besaq, tengok-tengok tupai dah sapu dulu. Benih pokok epal ni adik ipar aku beli di Ipoh masa dia mengajar SM Sri uteri Ipoh. Tuan nuseri tu kata, pokok tu epal merah. Ada 2 pokok adik ipar aku beli. Yang sepokok lagi dia kata epal hijau. Punyalah ingat aku ni bengap sangat, toke cina tu bohong pokok
bidara dia kata pokok epal. Aku pun tanamlah tepi rumah sebab selalunya pokok epal bukannya besaq sangat tambah-tambah tak sesuai dengan cuaca di sini. Tapi aku tengok pokok epal ni lain betui mengalahkan pokok epal di negeri mat saleh. Hari-hari aku kena raih daun lebih kurang 4 kilo sehari. Mana taknya asyik luruh daun saja. Kalau luruh buah tak pa la juga. Ada juga aktiviti boleh juga senaman pasai dok sapu sampah. Tapi tak apalah juga ada pokok tu , rumah jadi sejuk sangat. kawan-awan anak-anakku suka study bawah pokok tu sebab depa kata rumah aku sejuk. Memang pun tak payah pakai aircond, kipas. Semua kena angin. Anak aku kata pasai apa kakak-kakak pandai, salah satu sebabnya ialah pokok banyak. Pokok mengluarkan oksigen dan oksigen yang banyak tu akan sampai ke otak. Memang betul juga tapi kalau pokok terlalu besaq sampai nak luruh atas kepala buat apa pokok banyak.; kata aku. Hari ni, kira dah last pokok epal suami ku tebang. Panas sangat. Mungkin lepas ni aku kena design bumbung gazebo pula untuk ganti bumbung semulajadi. Kalau dulu kawan-kawan anakku kata rumahku berkonsepkan hutan, mungkin akan diganti dengan konsep moden temporary pulak.

Selasa, 16 Februari 2010

jengah blog ke blog

aku selalu menjengah blog kawan-kawan seluruh Malaysia, kot-kot boleh cari dan curi idea kawan-kawan yang kreatif dan inovatif , boleh aku tiru ka. Ada la aku masuk blog ni, seronok juga tengok blog ni. Blog ni tentang perhubungan kekeluargaan yang akrab kerana selalu ada pertemuan antara keluarga.Aku tak tau pulak, tuan dia sedar ke tidak aku masuk blog depa, atau depa tahan perangkap tikus nak tengok, sapa yang selalu curi masuk blog depa. Dalam blog tu, memang aktiviti terlalu banyak. Perjumpaan demi perjumpaan antara ahli keluarga menyebabkan hubungan mereka semakin akrab. Walaupun tinggal jauh, ada keluarga sanggup meluangkan masa untuk berkumpul. Bila tengok blog ni aku, aku pun tumpang seronok kot-kotlah aku boleh himpun adik beradik jauh dan dekat dok ramai-ramai. Aku rasa saat paling gembira bagi kami adik beradik ialah dapat berhimpun , makan-makan, sembang-sembang, bercerita dan macam-macam lagi. Saat tu dah hilang, kalau ada pun bila adik beradik buat keduri kawin anak masing-masing. Tu baru boleh berhimpun. Dulu pak anjang Jid(Malek) rajin juga buat barbeque kat rumah tok, semua pakat sponser, ada yang sponser ayam, ada yang sponser ayaq, ada yang sponser pinggan dan gelas polisterin dan macam-macam lagi selepas pak andak nawi(nawam ) meninggal semua jadi tak seronok. Semua rasa hilang semangat, dah tak syok macam dulu. Sepatutnya masa depa pakat pencen ni lah tak sibuk. Ni dah pencen mengalahkan doktor Mahathir pulak. Langsung tak nampak batang hidung.Dulu bang nawi selalu bawa keluarga mai makan nasii rumah aku bila balik kedah. Ingat lagi last sekali bang nawi sekeluarga makan nasi kat rumah aku, waktu kami sembelih itik nila 3 ekor. Bang Nawi sampai-sampai saja terus capai itik yang baru sembelih. Dia lapah itik tu dengan adik keri. Sat saja depa proses.Mak buat kurma itik nila. Aku pula buat sup ayam kampung. Semua pakat-pakat makan kata sedap. Tu yang aku seronok bela ayam itik seronok bila adik beradik berhimpun boleh makan bersama. Lepas makan bang nawi naik pulak pokok setul siam. Itulah kenangan terakhir bang nawi mai rumah. Bang nawi walaupun berpangkat tinggi tak pernah sombong. Aku pun tak tau bang nawi kerja apa sebab aku malu sungguh-sunguh dengan bang nawi. Nak angkat suara pun malu kalau depan bang nawi. Last aku tau bila fizah kata bang nawi berpangkat besar dalam Kementerian Kesihatan bila nama dia depa letak depan pintu bilik wad kat Putrajaya dan HKL masa dia tengah sakit supaya senang pelawat melawat dia. Masa tu baru kami semua tau bang nawi kerja jd apa dalam jabatan dia. Punyalah tawaduk hidup bang nawi.Perginya bang nawi, hidup kami sunyi tak semeriah dulu, bukan keluarga dia saja yang merasa, habis semua merasa tempiasnya. Tak sempat pencen baru umur 52 tahun dah pun meninggal. Moga-moga keceriaan sama seperti adanya arwah akan kembali........Semua akan kembali ceria. Kepada tuan punya blog tu, terima kasih banyak kerana melalui idea yang ada dalam blog boleh juga kami tiru. Semoga hubungan akrab antara keluarga terus berpanjangan. Rajin-rajinlah update blog

TUISYEN, TUISYEN, TUISYEN

Tadi pagi aku telah menghantar anak yang belajar di SR Al-Azhar setelah diminta oleh suamiku. Masih sunyi sepi, kerana masih terlalu awal. Tiada orang di jalanan. Terasa bosan pula bila terlalu lama bercuti. Kenapalah sekolah aku cuti hampir seminggu. Sepatutnya dua ,tiga hari sudahlah. Nanti kena ganti hari sabtu. Awanis minta kebenaran untuk tak mau pergi ke sekolah kerana tengok aku dan kakak yana dan kak zati ada di rumah. Aku minta juga dia pergi ke sekolah, akhirnya dia akur juga. Wanis akan balik jam 5.30 petang, nanti mak ambil. Pesan wanis selepas menutup pintu kereta. Kesian budak-budak sekarang masa lapang mereka habis begitu saja. Habis dengan aktiviti di sekolah. Ada setengah keluarga lepas saja anak balik dari sekolah, hantar pula anak belajar tuisyen. Tapi aku tak mau buat macamtu. Aku tak pernah hantar anak pergi tuisyen. Kalau ada pun hanya kelas al-buqari di sekolah. Bukan aku kedekut duit, aku tak mau anak aku sepanjang masa belajar hanya untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Aku biar mereka isi masa lapang mengikut kehendak mereka tanpa dipaksa. Masa aku belajar psikologi di UM dulu , pensyarah aku selalu berpesan, budak-budak akan belajar sewaktu aktiviti bermain dengan kawan-kawan. Tapi sekarang aku tengok dah lain. Fokus ibu bapa sekarang ialah cemerlang dalam peperiksaan, mesti dapat semua A dalam subjek. Tak semestinya tak hantar tuisyen, anak-anak tak boleh berjaya. Dalam pada tu aku selalu berpesan pada anak-anak agar jangan mewarisi kemiskinan keluarga kepada anak-anak. Kesian kepada orang yang berada di sekitar kita. Selain tidak bernasib baik, mungkin ibubapa hantar belajar, mereka ponteng kelas tak mau belajar masa dulu-dulu. Sekarang nasib malang mereka diturunkan kepada anak-anak. Setakat ni alhamdulillah anak-anak dengar cakap. Tak perlu berhabis duit banyk untuk hantar tuisyen, anak-anak kita sama dengan anak orang lain boleh juga berjaya

Khamis, 11 Februari 2010

persahabatan

" Sayangilah Sebuah Perkenalan
Kerana Disitu Terciptanya Kemesraan..
Kenangilah Sebuah Perhubungan
Kerana Disitu Terciptanya Kerinduan...
Hargailah Sebuah Persahabatan
Kerana Disitu Terciptanya Kejujuran Dan Keikhlasan..." =)

Isnin, 8 Februari 2010

Anak pertama, kedua dan ke tiga


zati bergambar di Pusat Sains Gunung Keriang
Faziana masa ambik result 2008 stpm













anak no. 2 nurul azhani sedang belajar di KMPP














kakak Faziana anakku yang pertama dalam majlis grand dinner anjuran Kolej Undang-undang UUM

Sabtu, 6 Februari 2010

seloka aku dan saudaraku


abdul latif abangku yang sulung
tempat tinggalnya di pantai dalam
tempat aku meminta tolong
walaupun siang dan juga malam

Kakak iparku bernama Hasma
sangatlah baik bukan nak puji
aku boleh tumpang dok lama
di Universiti Malaya masa dok mengaji

Ustaz Wahab panggilan diberi
Abang ke dua dalam keluarga
pekerti baik adab terpuji
anak kesayangan ayah dan bonda

Ustazah Rahmah kakak ipar ke dua
Tempat tinggal pula di Jitra
masa aku belajar di kolej Utara
Di situlah kutumpang rumahnya dia

kakakku yang ke tiga bernama syaleha
perempuan pertama dalam keluarga
tempat aku menumpang manja
mengadu nasib ketika lara

Abang mail iparku yang ketiga
nama sebenarnya ialah othman
Tinggallah mak aku dia dok jaga
sebab mak kesorangan tidak berteman

Abdul Malek nama diberi
Abangku dalam susunan ke empat
punyalah garang menakutkan kami
Idea diberi habis dia lipat

Kak Salbiah iparku ke empat
asal tempatnya ialah Kuantan
busnes kuih raya sangatlah ligat
sampai kami nak jadi ikutan

Kakak Salasiah anak ke lima
Tempat tinggal di Sri Serdang
Dok dengan keluarga tidaklah lama
umur enambelas tahun dah pun dipinang

Arwah Bang Nawam iparku ke lima
Pekerti terpuji tak boleh nak lawan
Keluarga kami jadikan dia Idola
Perginya arwah ditangisi sekawan

Aku pula anak ke enam
pantang ditegur suka nak lawan
berbadan bulat malas bersenam
Akal sihat jangan tak ketahuan

Basir suami ku orang Kuala Nerang
Sifatnya memang amat pendiam
Idea bernas berterus terang
Salah cakap kena hentam

Ahmad Supri adikku yang ketujuh
Tauke Kilang Di Puchong Perdana
Nampak garang sedikit gelojoh
Tapi ramai kawan suka kat dia

Norhafizah adik iparku yang ke tujuh
asal kawanku di Universiti Malaya
Tak sangka pula bertemu jodoh
kini aku pula jadi kak ipar dia

Mohd Nor adikku yang bongsu
Kahwin pula orang gelung rambai
balik jauh-jauh kelihatan lesu
tambahan pula anaknya ramai

Adik iparku bernama maksu Husna
asal tempatnya gelung rambai
anak dok teriak tak dan nak lena
tu lah akibatnya kalau anak ramai

Rabu, 3 Februari 2010

minat jadi interior designer tapi hias tak pernah jadi








ruang tamu ke 2
bawah ruang tamu pertama. Minat Interior design tapi tak pernah nak elok
tak kreatif, tak inovatif

Selasa, 2 Februari 2010

kenangan dulu penuh nostalgia



1.. sungai MADA nilah tempat aku berkubang dengan kawan-kawan sewaktu aku kecil. Aku pernah lemas ketika menyelamatkan Nurul anak guru besar SK Pdg Lumat yang tergelincir dalam air sungai yang penuh. Nasiblah Et anak Pak tam Mat Saman menyelamatkan aku. TK PakEt, kalau kamu tak selamatkan saya dah lama saya arwah. Dari situ juga saya belajar berenang.




2. Di rumah inilah aku, abang-abang kakak-kakak dan adik-adikku dibesarkan. Sebelum ayah berpindah ke Padang Lumat kami menetap di kampung Permatang Pasir, Bandar Bahru, Kedah. Banyak suka duka di rumah ni. Kami 8 beradik.









3. lama tak jalan di bendang- yang banyak menimbulkan nostalgia waktu kecil dulu. Aku di depan sekali, belakang sepupu dan kakakku(kak liah)


2. Titi buruk di sungai nilah tempat aku mandi manda dan basuh pakaian waktu susah dulu. Aku teringat lagi waktu tu aku sedang basuh pakaian dengan anak saudaraku atas jambatan. Air sungai masa tu memang deras dan penuh kerana dilepaskan oleh MADA. Yin anak saudaraku sedang mencedok air dgn tiba-tiba terjatuh ke dalam sungai. Aku bila tengok Yin jatuh tanpa berfikir panjang terus terjun mengikut tali timba. Air pula terlalu deras dan tandop pula ada di depan. Aku berenang lalu mencapai tengkok Yin lalu aku bawa ke tepi sungai. Masa tu Yin pula tenggelam timbul.Nasiblah Yin dapat diselamatkan.

sajak : Dulu lain sekarang lain

kalau dulu
nun jauh di tepian bendang
Gunung Jerai berdiri gagah
aku meniti jambatan usang yang seringbergoyang
Di situlah kukejar belalang, kukejar pepatung
kini jambatan batu pula berganti
gagah berdiri

kalau dulu
waktu menuai padi
orang berduyun-duyun ke bendang menyabit padi
ramai yang ambil upah memukul jerami
kini, jentera-jentera padi dan lori-lori mengganti
sarat muatan menuju destinasi

kalau dulu
waktu kecil kami main masak-masak
main pondok-pondok
main kawin-kawin
kini pondok telah berganti mahligai
kawin-kawin menjadi realiti bukan lagi fantasi

kalau dulu
riuh rendah hingar bingar suara-suara kami
berebut bilik air, berebut nak mandi
kini tak payah berebut lagi
kerna hidup sendiri-sendiri membawa diri

kalau dulu
terdengar suara ayah
meminta kami bangun sembahyang subuh di waktu pagi
kini sunyi sepi
suara ayah tiada lagi
hanya kubur ayah kukunjungi
dengan doa pada Ilahi
agar roh ayah diberkati

kalau dulu di pagi aidilfitri
semua berkumpul riuh sekali
dengan ketupat rendang penuh berhidang
dengan baju baru sedap mata memandang
kini sunyi dengan semuanya sibuk dengan hal sendiri
Balik pun sekali-sekali
entah bila dapat berkumpul lagi

kalau dulu
aku bergaduh dengan abang-abang
mengusikku hingga aku berang
merajuk membawa hati yang walang
di waktu senja tanpa bulan purnama
aku menangis di tengah bendang
menyebabkan keluarga keluar mencari
tapi kini
tiada suara-suara usikan lagi
tinggallah aku sendiri-sendiri
kini kurindui suasana yang dulu
entah sampai mati sukar kutemui

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar