klik2

Rabu, 23 Januari 2013

Senarai Makanan dan Hikmahnya Dalam Islam





Senarai Makanan dan Hikmahnya Dalam Islam




Makanan Genius Islam


Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius – genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.
Saya menerima  artikel ini melalui emel 4 tahun yang lalu. Saya hanya ingin berkongsi, kerana semua jenis makanan yang tersenarai disini memang mendapat perhatian pengkaji-pengkaji makanan masa kini. Dengan makanan-makanan inilah dijadikan sebagai penawar penyakit-penyakit tertentu. Jom kita Ikuti selanjutnya :
  • Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai ” shifa ‘” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Cara Minum : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Pantang : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
  • Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Cara makan : i) Menghadap Kiblat  ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)  iii) Baca doa penerang hati iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.  v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
  • Susu Segar – Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. Cara minum : i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w.
  • Telur- Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • Halia – Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. Cara Makan : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
  • Limau Oren – Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
  • Buah Delima – Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
  • Daging Burung Merpati - Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia  mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak – kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
  • Otak Ayam – Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
  • Daging Ayam – Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat  pemakanan yang tertinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
  • Daging Biri-Biri – Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
  • Hati – Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
  • Kekacang – Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
  • Buah Badam – Untuk meningkatkan kecerdasan.
  • Za’faran : Komkoma ( Crocos Sativus ) -  Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.
  • Kemenyan Putih ( kemenyan serani/luban/kundar ) – Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
  • Bunga Kobis – Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
  • Bunga Cengkih – Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.
  • Labu – Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w,”Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata,”Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
  • Buah Kedekai ( Majalawi ) – Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
  • Minyak Sapi – Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar – Juga membantu meningkatkan akal dan memori.
Segala perkara yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW dalam artikel ini tidak pasti kesahihannya. Jika sesiapa yang pernah jumpa atau mengetahui bab hadis boleh kemukakan. Atau boleh menghubungi saya. Dan cara makan atau minum mungkin dari amalan Rasulallah atau hanya daripada amalan-amalan orang terdahulu.

Roti (khubzu)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik. Dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.

Epal (tuffah)Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak

Pisang (mawz)Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya’ir)Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Limau Kulit TebalLimau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta’)Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Tamar kering (tamr)Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Madu lebah(a’sal)Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a’das)Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Jintan putih (kammun)Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
HERBA KHAZANAH PERUBATAN ISLAM

Ringkasan sebahagian herba-herba dari ilmu Khazanah Perubatan Islam yang terpilih antaranya terkandung dalam cairan dan campuran herba Khal Tamar Plus dan digunakan untuk ingatan, minda dan akal, dan kesihatan tubuh badan bersumberkan al-Quran, hadis Nabi SAW dan kitab-kitab ulama perubatan Islam.


Madu Lebah
1. 'Asal (Madu Lebah/Forest Honey)

Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW. Dalam kitab perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda.

Seperti mana yang diterangkan dalam al-Quran, Surah al-Nahl : 68-69, maksudnya: "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dan dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit bagi manusia. Sesungguhnya pada demikian itu, benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkannya."

Dalam kitab Al-Has Ali Al-Hafizul Ilmi oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan yang bermaksud: "Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan."

Kami memilih madu dari Republik Islam Iran kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah di sana menghisap madu di pokok-pokok kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya yang mana kesemua buah-buahan ini disebut dalam al-Quran dan kitab-kitab perubatan Islam tentang khasiatnya yang banyak.


Image of Za'faran
2. Za'faran (Saffron/Crocus Sativus)

Bunga Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai "King of Spices". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.
2nd Image of Za'faran


Dalam kitab Tib Al-Imam Ali m.s. 381 Saiyidina Ali (k.w) menyatakan yang bermaksud: "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."


Image of Karaps
2nd Image of Karaps
3. Karaps (Saderi/Celery/Apium Graveolens)

Dalam kitab Tib Al-Nabi m.s. 47 Nabi SAW sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s.)."

Sabda Baginda SAW lagi tentang kebaikan karaps yang bermaksud: "Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambahkan akal maka ianya adalah karaps."



Image of Qaranful
2nd Image of Qaranful
4. Qaranful (Cengkih/Cloves/Eugenia Caryophyllus)

Dalam kitab Tib Al-Imam Al-Sodiq m.s. 381 Imam Ja'afar Al Sodiq (r.h.) (lahir pada 80H, guru kepada Imam Abu Hanifah r.h.) pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir yang bermaksud: "Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam Ja'afar Al-Sodiq): "Bagaimanakah kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami?" Lalu Imam Ja'afar Al-Sodiq berkata: "Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) qaranful, begitu juga kundur zikri (lubban) serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari."



Image of Adas
5. Adas (Dal/Lentils)

Adas adalah makanan yang disebut dalam al-Quran (Surah al-Baqarah : 61).
2nd Image of Adas

Adas dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab Tibbul Aimmah m.s. 389 menyebutkan yang bermaksud: Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan makanan manis-manis (seperti madu), makan adas, makan roti dan membaca ayat-ayat Al-Kursi."

Kajian menunjukkan bahawa adas yang mempunyai kandungan tinggi seratnya berkeupayaan merendahkan tahap kolesterol dan dapat mengawal paras gula daripada meningkat tinggi selepas sarapan. Disamping itu juga adas amat baik untuk jantung kerana ia mengandungi folate dan magnesium yang boleh menghalang berlakunya penyempitan pada saluran arteri dan ini memudahkan pergerakan darah, oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh. Majalah Health telah memilih adas sebagai salah satu daripada lima makanan paling sihat.


Image of Khardal
2nd Image of Khardal
6. Khardal (Brassica Juncea)

Secara ringkas, kebaikan khardal dan kecerdasan minda mengikut kenyataan Imam Ali Al-Ridho r.h. (121-203H) menyuruh kita memakan khardal dan zanjabil bersama madu setiap hari.





Image of Na'na
2nd Image of Na'na
7. Na'na (Mentha Longifolia)

Dr. Riyad Muhammad salah seorang ulama perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya m.s. 298 menyuruh kita memasukkan daun na'na dan habbatus sauda' ke dalam madu untuk kecemerlangan minda, beliau menyatakan yang bermaksud: "Digoreng (dikeringkan) na'na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu di masukkan tujuh titik minyak habbatus sauda' diminum suam-suam serta dibaca ayat Al-Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat Syifa serta surah Yaasin."



Image of Zabib
8. Zabib (Kismis/Raisin)

Dalam kitab Tib Al-Nabawi oleh Ibnu Qayyim Al-Juzi, m.s. 241 menyebutkan yang bermaksud: "Imam Al-Zuhri berkata: 'Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis)'."





Image of Lubban
2nd Image of Lubban
9. Lubban (Getah Pokok Frankincense)

Lubban disebut sebagai kundur zikri mengikut kitab Tib Al-Imam Al-Sodiq m.s. 381 oleh Imam Ja'afar Al Sodiq (r.h.) pada kenyataan sebelumnya. Lubban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda.

Banyak riwayat di antaranya dalam kitab Tib Al-Nabawi m.s. 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas (r.d.), Anas (r.a) dan Saiyidina Ali (k.w.) Maksudnya: "Diriwayatkan dari Saiyidina Ali (k.w.) bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Sayyidina Ali (k.w.) menyuruh ia menggunakan lubban, kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan."


Image of Habbatus-Sauda
10. Habbatus Sauda' (Nigella Sativa)

Habbatus Sauda' adalah sejenis bijirin yang sangat terkenal khasiatnya dalam perubatan Islam, mempunyai dalil atau nas yang terlalu banyak dari Nabi SAW sendiri dan ulama perubatan Islam.

Di antara sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Daripada hadis Abi Salamah (r.d.) bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati."
2nd Image of Habbatus-Sauda

Ibnu Sina dalam kitabnya Al-Qanun Fi Al-Tib m.s. 856, menyatakan bahawa: "Habbatus sauda' dapat melegakan angin dalam badan, masalah paru-paru, sakit kerongkongan, sakit kepala, buah pinggang, kencing, gastrik, menguatkan jantung, menghilangkan keletihan dan membuang keracunan badan (toksin)."

Begitu juga dengan pendapat ulama perubatan Islam lain seperti Ibnu Al-Baithor dalam kitabnya Jamiah, Daud Al-Intoqi dalam kitab Tazkirah dan lain-lain.


Image of Hindiba
11. Hindiba' (Cichorium Intybus)

Pokok Hindiba' sangat terkenal sebagai herba yang baik untuk kesihatan sejak zaman Yunani, Pliny (A.D 23-79), Napoleon, Greek, Rom dan Mesir Purba (kerajaan Firaun).

Setelah Kedatangan Nabi Muhammad SAW, hindiba' menjadi semakin terkenal kerana Baginda sendiri banyak meriwayatkan tentang hindiba'. Ulama perubatan Islam menyebut bahawa hindiba' dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit manusia dan ianya sesuai dimakan bersama madu lebah.

Dalil-dalil kebaikan hindiba' - Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Makanlah oleh kamu hindiba' dengan cara kesemuanya bahagian pokok tersebut. Sesungguhnya tidaklah sehelai daripada daun hindiba' itu melainkan mengandungi air dari syurga."

Kenyataan kebaikan hindiba' oleh ulama perubatan Islam terkenal zaman silam iaitu Imam Ja'afar As-Sodiq (83-148H): "Hendaklah kamu memakan hindiba' kerana ianya dapat menyuburkan air mani dan mencantikkan muka." Mencantikkan muka dapat dimaksudkan sebagai awet muda.
2nd Image of Hindiba

Khasiat hindiba' menurut Ibnu Sina (370-428H): Terjemahannya: Berkata Ibnu Sina: "Hindiba' dapat membuka segala yang tersumbat di saluran makan (di usus) dan di dalam urat saraf. Mengubati penyakit mata, menghapuskan penyakit mata, menghapuskan penyakit keputihan di mata (selaput mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat untuk penyakit kerongkongan (kemerahan kerongkong), dapat melegakan kahak, gelema serta memperbaiki usus-usus di perut. Hindiba' merupakan penawar terpilih untuk mengatasi masalah kelemahan di perut."

3rd Image of Hindiba
Khasiat hindiba' menurut ulama perubatan Islam Ibnu Qayyim Al-Juziyah (691-751H), dalam kitabnya Tib Al-Nabawi m.s. 368, beliau mengatakan, maksudnya: "Apabila dimakan maka hindiba' boleh melegakan luka-luka dalam perut, bermanfaat untuk segala yang tersekat di perut, penyakit kepanasan mata (masalah penyakit mata), menguatkan perut, membuka segala yang tersumbat di hati, bermanfaat untuk penyakit kepanasan dan kesejukan badan, membuka segala yang tersumbat di limpa, di urat-urat saraf, di saluran makanan (perut), membersihkan buah pinggang, membersihkan segala penyakit di dada, membersih (menghilangkan) kepanasan darah, penyakit kencing serta hindiba' mempunyai kekuatan menghapuskan segala masalah keracunan badan (toksin)."


Image of Babunaj
12. Babunaj (Matricaria Chamomilla)

Sejak zaman dahulu hingga kini masyarakat Arab dan Farsi menganggap pokok babunaj sebagai pokok herba yang sangat istimewa untuk mereka. Bunga babunaj yang berwarna putih kekuningan sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai-bagai penyakit.
2nd Image of Babunaj

Di antara khasiat bunga babunaj seperti mana yang disebut dalam kitab-kitab perubatan Islam ialah dapat melawaskan kencing, mengubati kesakitan ketika haid, mengubati usus kecil dan besar, sistem penghadaman, gastrik, buang angin di badan, menghilangkan kepanasan di badan, sakit kepala, sakit-sakit sendi serta dapat memberi semangat dan tenaga kepada seseorang. Lihat kitab Al-Qanun Fi Al-Tib Ibnu Sina, Jilid 1, m.s. 473-474, kitab Sidlit Al-Athor Ibnu Al-Baithor m.s. 89-90, kitab Sidlit Al-A'sab Daud Al-Intoqi, m.s. 60 dan lain-lain kitab perubatan Islam.


Image of Zanjabil
13. Zanjabil (Halia/Zingiber Officinale)

Sudah menjadi amalan kebiasaan orang Arab sejak zaman dahulu sehingga sekarang, mereka memasukkan zanjabil dalam minuman harian, teh, kopi susu dan madu kerana khasiatnya yang sangat banyak menurut perubatan Islam.

Zanjabil adalah salah satu herba yang disebut dalam al-Quran (Surah al-Insan : 17) yang bermaksud: "Mereka dalam syurga itu diberi sejenis minuman yang dicampurnya dari zanjabil."

Khasiat zanjabil - Menurut kitab-kitab perubatan Islam, zanjabil dapat mengatasi masalah kelemahan kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru-paru, angin dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan badan. Lihat kitab Al-Qanun Fi Al-Tib Ibnu Sina m.s. 558-559, kitab Tib Al-Nabawi m.s. 293, kitab Sidlit Al-Athor m.s. 293-294, kitab Sidlit Al-A'sab m.s. 253.


Image of Hulbah
14. Hulbah (Halba/Fenugreek/Trigonella Foenum-Graecum)
2nd Image of Hulbah

Hulbah adalah sejenis bijirin herba yang digunakan secara meluas dalam perubatan Islam sejak zaman dahulu kala lagi. Terdapat banyak riwayat tentang kebaikan hulbah sama ada dari Nabi SAW sendiri dan ulama perubatan Islam, di antaranya bermaksud : Disebut daripada Al-Qasim bin Abdul Rahman, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Berubatlah kamu dengan hulbah."

Kebaikan hulbah menurut kenyataan Ulama Perubatan Islam: "Seandainya manusia mengetahui manfaatnya Hulbah, tentulah mereka akan membelinya dengan emas yang sama timbangannya."
3rd Image of Hulbah


Khasiat hulbah - Dalam kitab-kitab perubatan dinyatakan bahawa hulbah mengubati masalah sakit kerongkong, kahak, sakit dada, lelah, melegakan pernafasan, menambahkan air mani, masalah usus, angin (gastrik), jantung, buah pinggang dan keracunan badan (toksin).

Keburukan makanan islam mengikut teori barat


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara “barangan buatan” yahudi(mereka) yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi Muhammad saw tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut .

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad saw selain susu dan madu.  mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad saw.  Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Mereka ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6. Untuk pengetahuan, mereka   ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulan mereka  i ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 168


Firman Allah:

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. Al-Quran Surah Al-Maidah Ayat 88


Firman Allah:

Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. Al-Quran Surah An-Nahli Ayat 114


~ sumber : sahabat maya.

moral : ada benarnya, kita makan apa yang kebanyakkannya yang telah diwar-warkan oleh iklan, kita makan sebab kita dengar 'yang baik-baik' tentang makanan tersebut melalui buku dan televisyen. Betullah, siapa nak makan benda yang tidak baik.

Tapi kita lama terlupa, yang sebaik-baik makanan ialah yang disunnahkan oleh Baginda Rasulullah saw, adap dan cara makan pun sudah di beri. Tapi kita terkhilaf, maklumlah, kita didunia serba pantas. tak sempat lagi nak buka kitab, nak ikut kitab. yang sempat.. bedal ajelah labu.
 
Sumber: Forum x-tahap.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar