klik2

Jumaat, 28 Oktober 2011

Hukum Hudud bolehkah dilaksana di Malaysia

Baru-baru ni aku telah mengadakan sesi perdebatan dalam kelas. Dalam kelas tu aku bahagian kepada dua kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Kumpulan lelaki pembangkang dan kumpulan perempuan ialah kerajaan. Semua boleh mengeluarkan pendapat kerana aku adakan perdebatan adalah secara tak formal. Memang seronok tengok bakat2 pelajar ni....macam persidangan dewan rakyat.....Woow kalau paksa bercakap..sapa2 pun diam.,..tapi berbeza dalam sesi ni...semua pakat bekerjasama untuk mengeluarkan hujah untuk mematahkan pihak lawan........memang hidup P &P dalam kelas ni.....speaker ytang sebelum ni diam...tak sangka pulak pandai main peranan......nampak sangat sapa yang rajin membaca dan sapa tak rajin membaca.......ada satu perkataan yang sampai hari ni aku ingat yang diucapkan oleh ahli perempuan........negara kita mempunyai masyarakat majmuk.....anda yakinkah...hukum ini boleh berjaya????ini ada;llah pertanyaan yang dilontarkan....suara wakil ini amat perlahan tapi amat menarik perrhatian .......bangun wakil pembangkang yhang terdiri daripada lelaki...jawapannya amat mudah...gaya macam seorang YB...............kalau anda tidak yakin dengan hukum hudud bermakna anda tidak yakin dengan Allah kerana hudud adalah hukum Allah berdasarkan Al-Quran dan sunnah......... Orang yang tak yakin dengan Allah bermakna dia bukanlah Islam dalam erti kata sebenarnya........semua terdiammm....woow jawapan yang bernas........pandai juga budak2 ni.....hati aku berbisik......


Di bawah ni aku dapatkan sikit komen orang ramai tentang hukum Hudud.....
tahirah

Assalamualaikum,
Saya rasa ilmu saya tidak cukup untuk membincangkan secara detail tentang perlaksanaan hukum hudud di Malaysia, tetapi sekadar memberi pendapat:-
Hukum hudud itu semestinya hukum Allah yang sempurna, tetapi kalau kita kaji pembentukan negara Islam, kita dapati yang Islam itu agama syumul, dalam maksud ini perlaksanaan syariah Islam dalam sebuah negara harus dilakukan secara menyeluruh, jika tidak ia seumpama satu bentuk kezaliman. Dengan itu hukum hudud haruslah disokong oleh perlembagaan yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah, di samping juga sistem ekonomi, pendidikan dan sosial berbentuk Islam. Misalannya, seorang yang mencuri di dalam sesebuah negara yang melaksanakan hudud tidak boleh dihukum walaupun terdapat saksi yang mengikut syarat, jika dia terbukti tidak tinggal di dalam negara Islam yang mempunyai sistem saraan kebajikan seperti Baitulmal yang boleh mengelakkan ia drpd mencuri kerana kebuluran- dikatakan bahawa di dalam negara Islam tidak ada sesiapa pun yang hidup kelaparan. Oleh itu, perlaksanaan hudud di Arab Saudi contohnya, boleh dikatakan zalim dan tidak berpandukan nas-nas syariah- kerana tidak disokong oleh perlembagaan Islam, yang meletakkan syarat bahawa negara Islam haruslah diketuai oleh Khalifah yang dilantik oleh majlis syura, dan bukan raja yang dilantik secara keturunan, dan tidah melaksanak sistem sosio-ekonomi Islam. Perlaksanaan hudud juga memerlukan hakim-hakim yang berilmu dan bertauliah, dan ini memerlukan sistem pendidikan berpandukan Islam yang mantap. Baru-baru ini perlaksanaan hudud di Saudi dikritik kerana dikatakan menghukum beberapa rakyat Barat yang bekerja di situ di atas tuduhan terlibat dalam pengeboman tanpa melalui prosedur yang betul- mereka dikatakan telah diseksa selagi mereka tidak memberi 'pengakuan' di hadapan hakim. Jika hakim tersebut bertauliah, sudah tentu 'pengakuan' mereka tidak boleh diterima, bukan? Walaubagaimanapun, saya tak pasti tentang ketepatan berita ini.
Tentang kesukaran melaksanakan hukum hudud di Malaysia disebabkan oleh masyarakat Malaysia yang majmuk- pada pendapat saya hal ini tidak menjadi masalah selagi masyarakat bukan Islam diberi keterangan yang betul tentang agama Islam secara menyeluruh. Pada zaman Khilafah dulu kan ramai penduduk di negara Islam yang bukan beragama Islam, malahan sebahagian besar terdiri daripada kaum Yahudi, musuh umat Islam- mereka memilih untuk duduk di bawah naungan Islam kerana ternyata lebih adil daripada sistem pentadbiran mereka sendiri. Masalahnya sekarang, ada segelintir umat Islam di Malaysia sendiri yang berpendapat bahawa hukum hudud itu satu bentuk penindasan, dan akan membawa kemunduran. Kalau orang Islam sendiri berfikiran sebegini, ni kan pula yang bukan beragama Islam. Oleh itu saya rasa satu langkah yang wajib diambil ialah proses tarbiyah- menyebarkan pengetahuan tentang agama Islam di Malaysia, khususnya tentang kesyumulan agama kita.
Maaf jika ada silap dan salah. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk dari kekurangan saya sendiri. Allahu'alam.
Nadia

2 ulasan:

Abu Syaukah berkata...

paparan yang menarik...

salmahj berkata...

salam......t/kasih .......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar