klik2

Isnin, 24 Oktober 2011

fakta ttg Libya dan Muammar Ghadafi

Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu.
Dengan sebegini banyak (senarai di bawah) kebajikan untuk rakyatnya.. tapi beliau dibunuh juga oleh rakyatnya sendiri.. kenapa?
Presiden Muammar Muhammad Al-Gaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la’natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat !
Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang baik kepada mereka!
Cuba anda lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua’mar Al Gaddafi :
Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.
Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba’.
Gaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Gaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.
Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.
Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.
Tidak ada bil elektrik di Libya.
Pendidikan adalah percuma
Kemudahan perubatan adalah percuma.
Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.
Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.
Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.
Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.
Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.
Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).
Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Gaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.
Sebenarnya Gaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la’natullah.
Sebenarnya apa yang dibawa oleh Gaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh-musuh Islam. Gaddafi boleh membuatkan Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya!
Malahan Gaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la’natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.
Maka Amerika, Barat dan Yahudi la’natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Gaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!.....



komen::::::Ghadafi, Saddam pemimpin yang ulung

4 ulasan:

salmahj berkata...

berfikirlah sebelum bertindak kerana kita tidak akan tahu apa akan berlaku seterusnya......

salmahj berkata...

Susu yang ghadafi bagi...racun yang dibalas ol,eh sesetengah rakyatnya.......moga arwah diletakkan dalam kalangan orang yang berjihat ke jalan Allah....mati syahid

Nazeri Harun berkata...

Pemimpin juga kena berfikir bahawa ketika berkuasa bukan lesen untuk mencengkam rakyat sebaliknya perlu berkhidmat untuk rakyat. Jika sebelah tangan menghulurkan susu dan sebelah tangan lagi menghulurkan racun, rakyat hanya ingat tangamn yang beracun. Seribu kebaikan hanya akan dilupakan hanya kerana melakukan satu keburukan. Wallahualam.

salmahj berkata...

Betul tu......ustaz saya selalu berpesan...selagi pemimpin tidak mengajak kita berpaling daripada jalan Allah selagi tu...kita kena taat.....pemimpin juga adalah manusia.....jika mereka alpa...kita sebagai rakyat..kenalah tegur....selamat dunia dan akhirat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar