klik2

Sabtu, 17 Mac 2018

jus herba untuk menguatkan daya ingatan.

salam untuk pembaca blog sekalian. Lama sangat tak menulis. ramai tertanya2 ke mana menghilangnya penulis blog herbacacamerba ini. tak menghilang cuma sejak akhir2 ini,, penulis sibuk sikit. almaklumlah serba serb nak buat, sampai kadang-kadang masa untuk diri sendiri diabaikan. hari ni teringat pulak nak menulis tentang daya ingatan.

atas permintaan kawan-kawan supaya penulis membuat produk untuk menguatkan daya ingatan,, maka pada hari ini penulis ingin pulak membuat jus untuk meningkatkan daya ingatan. penulis dapati ramai golongan muda yang terlalu sibuk kalut serba serbi,, akhirnya lupa sana sini dan ada yang sebaya dgn penulis yang angka umur 5 series dah semakin lupa. Mereka selalu bertanya bagaimana penulis yang umur sudah masuk 54 tahun masih boleh mengingati setiap nama pelajar, tempat duduk pelajar, iras wajah pelajar ,, dan bila masuk facebook, bila ada pelajar yg tanya cikgu kenal dak saya(tu pun kalau nama samaran tidak digunakan dlm fb), mereka terpegun bila penulis dapat mengingingatkan mereka kepada kenangan lama walaupun 30 tahun sudah  pelajar2 meninggalkan persekolahan..dengan ini penulis ingin menawarkan amalan pemakanan penulis dari kecil hinggalah masuk ke senja. segala pemakanan yang diamalkan akan dicampur dan digadun agar menjadi satu bentuk yang boleh memberi kekuatan daya ingatan kepada penggunanya.disamping amalan pemakanan yang tepat, amalan menghafal surah-surah pada waktu perhimpunan pagi di sekolah juga menyebabkan ingatan penulis menjadi kuat.Pernah penulis membaca tentang Ummu Salamah isteri baginda SAW,,  pada umur 100 tahun lebih, gigi tetap penuh,, telinga mendengar dengan baik,, mata terang, rambut tiada uban, ingatan kuat. Ramai sahabat-sahabat bertanya,, apakah amalan semasa hidup, mereka menjawab,, mata yang terang sebab tak pernah melihat benda2 yang tak elok,, gigi yang cantik tak pernah bercakap benda yang tak baik, ingatan yang kuat sebab selalu menghafal quran dan mengamalkan pemakanan sunnah, telinga pula hanya mendengar yang baikbaik sahaja. sebab itulah Allah pelihara seseorang itu dari tercela....sambung kemudian

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar