klik2

Jumaat, 1 Jun 2018

kerisek penyedap makanan

pelbagai jenis masakan menggunakan kerisek. antaranya
1. kari daging/ayam daging/kambing/ayam kampung/itik nila/itik serati
angsa/dll
2. rendang ayam
3. pajeri
4.kerabu
5.masak rendang tok
6.nasi ulam
7/

4.
Image result for gambar kerisik kelapaberminat blh wsp 0162447507 100 gram/200g/500g/1kg

ni resepi yg selalu kak mah masak di rumah

resepi kari daging


rempah kari daging 2 sudu
bawang [putih 6 ulas
bawang merah 6 ulas
halia 1 inci
serai
lengkuas
kerisek
santan
kayu manis
bunga lawang,
bunga cengkih
kayu manis
minyak masak
garam

cara masak orang tua2

1. potong daging nipis2 sebab senang nak kunyah.
2. potong bawang, serai ,lengkuas,halia dan blend
3. bahan2 yang diblend dicampur dengan serbuk kari daging dan kerisek
4. masukkan daging ke dalam rempah2 tadi
5.panaskan api
6. masukkan minyak dan tumis bawang putih , bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis
    sampai naik wangi
7. masukkan rempah beserta daging yang di adun tadi ke dalam periuk panas
8. kacau sampai naik minyak
9. bila dah wangi dan pecah minyak baru masukkan santan, garam,
10. bila daing dah empok, kecilkan api
11. kalau kari untuk cicah ketupat bolehlah tambah kentang
12. kalau kari nak makan nasi putih bolehlah dimasukkan rebung/ riyas pisang dan apa2 saja yang sesuai.gambaq pinjam
Image result for gulai daging batang pisang kedah

resepi pajeri(nenas/terung/ amra/janggus/rebung/mangga/dll)

bahan2nya(ni kak mah selalu buat)
1. 3 sudu makan rempah kari daging
2. kerisek 2 sudu
3. gula melaka/kabung/merah
4. udang kering
5.santan semangkuk
6.halia, bawang merah,bawang putih
7. bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis untuk menumis
8. buah yang sesuai untuk dibuat pajeri sepeti nenas/amra/terung/janggus/rebung/mango
9. mimyak untuk menumis

catatan
buah2 yang pilih contohnya nenas dikupas dan dipotong bulat. celur dalam air mendidih. jika tuan puan memilih buah janggus/gajus, buah yang dicelur perlu diperah air supaya tidak payau pajeri yang dimasak.

cara masak pajeri

1. panaskan api dan masukkan minyak masak .. tumis bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih sampai naik wangi
2. masukkan rempah kari daging, yang dicampur air, kerisek dan kacau sampai naik minyak dan wangi
3. masukkan santan dan kacau lagi supaya tidak meruap
4. masukkan gula kabung/gula merah/gula enau/gula melaka (salah satu)
5. bila dah mendiidih, masukkan udang kering, buah yg telah dicelur tadi
6, masukkan garam dan perasa
7. kacau agar tidak meruap
8. bila dah masak. tutup api
9. boleh masak banyak2 untuk banyak kali makan. hari2 kena panaskan.
10. lagi banyak hari pajeri diperangat, lagi sedapppppppp
Image result for gambar buah yang sesuai untuk pajeripinjam gambaq dr blog org lain




nasi ulam
1. 20 jenis daun yang sesuai dibuat nasi ulam yang ada di sekeliling rumah kak mah
spt daun kaduk, daun kunyit, daun cemumar, daun kesom, daun kunyit, daun cekur, daun pegaga, daun malberi, daun belalai gajah,daun kari, daun mengkudu, daun limau purut, daun ulam raja, pucuk jambu madu, pucuk mempelam, jarum 7 bilah, daun keman air, daun kacip fatimahm pucuk keriang, pucuk goncaq, bunga kantan dll yang sesuai
2. pilih daun2 yang lembut dan muda. dan susun cantik2 dalam daun kunyit yang telah dibuang tulang. dan ikat kemas untuk dipotong halis macam daun laksa
3. dalam bekas lain, potong serai 2 batang, lengkuas muda 1 inci, halia i inci, lada hitam 10 biji,cabai melaka 4 biji, bawang merah 6 ulas, belacan sedikit shj dab blend sampai lumat. letak air sedikit shj lebih kurang secamca.
4. kalau nak lagi sedap tumbuk dgn lesung batu.
5. bila dah lumat masukkan bahan yang diblend/tumbuk tadi dalam daun2 yg siap dipotong/racik.
6. di atas api goreng ikan tenggiri masam. bila dah masak, hancurkan ikan tengggiri tersebut dan asingkan tulang dan masukkan dalam ulaman tadi. gaulkan garam sedikit cukup sebab ikan pun dah masin. gaulkan kerisek
7. potong bawang besar dan tabur dalam daun2 tersebut. lps tu perah limau nipis hijau.....fuyoooo sedapppppp. pekena dengan sayoq keladi
8. waktu makan, gaul dengan nasi panas...



Image result for nasi ulam'


kerabu pucuk kaduk dengan daun kunyit(boleh juga guna jantung pisang, buah beka, pucuk putat, daun mengkudu, bunga kantan dll yg sesuai)

 secekak daun kunyit dan daun kaduk
serai 2 batang
lengkuas seinci cukup
bawang merah
lada hitam 10 biji
cabai melaka
kerisik, belacan
garam, gula sikit
limau  nipis


cara2nya.

potong daun nipis2 , kecik2
lengkuas, bawang, serai, cabai potong untuk diblend bersama dengan lada hotam, cabai melaka. bila siap masukkan dalam mangkuk daun2 yang siap dihiris nipis. masukkan kerisek, garam gula skit dan perah air limau(jgn banyak, masam tak sedap), campuqlah udang kering.



Image result for kerabu buah bekaImage result for daun kaduk dan daun kunyitImage result for daun kunyit
nanti hari lain sambing

Memang banyak kelapa yang ditanam sejak beli tanah ini pada tahun 1995. tanah yang agak kontang sebab telah dibuat kuari tanah leh tuan tanah terdahulu menyebabkan aku rasa tanah sudah tidak subur. tanah 3 relong telah ditambun dengan topsoil sebabnyak 350 lori. tanah uang dianggap tidak subur pada suatu ketika dulu kini amat subur dan pokok2 buah2an, sayuran, herba rebung semua dah naik hutan. pokok2 kelapa pun berbuah lebat. banyak pokok kelapa kutanam di tepi pagar sudah berbuah lebat. sayang pulak kalau dibiarkan macam tu saja. membazir. peraih nak ambil buah kelapa untuk dijadikan santan murah sangat lebih kurang 80 sen sebiji. lebih baik kubuat sesuatu agar penat lelah ku selama ini berbaloi. aku proses kelapa sebanyak 100 biji untuk dijadikan kerisek, pokok buluh madu yang kutanam juga mengeluarkan rebung yang teramat banyak. alhamdulillah. allah menghantar rezeki melimpah ruah berkat usaha seama ini....alhamdulillah/




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar