klik2

Sabtu, 16 Julai 2011

amboi seronoknya kursus

salam, hari ini adalah yang paling gembira buat aku....kursus team building yang diadakan di UUM membuat aku kembali berkeyakinan. Selama ini aku hampir hilang semangat...tapi kursus pada hari ini aku kembali ceria. Walaupun penat berjalan dari satu point ke satu p;oint namun hati aku begitu puas. Pelbagai game yang aku cuba, di check point yang pertama kami menggunakan alat memanah dan aku mendapat 9 point daripada 10.Itulah kali pertama aku memegang alat memanah. Tangan kiri yang memegang busur memanah pun masih terketar2 Mungkin kalau aku cuba sekali lagi aku boleh mencapai point yang ke sepuluh. Selepas memanah kamio diarah untuk ke tempat permainan golf. walaupun seumur hidupku aku tidak pernah bermain golf, tapi hayunan kayu golf aku boleh juga melebihi 80 meter dan mendapat tepukan daripada ahli kumpulan. Selepas bermain golf, kami diarah untuk berbasikal yang boleh dikayuh oleh 2 orang......seronoknya betapa enjoynya aku dengan PK1 mengayuh.......ingatkan kamu dapat tempat yang terakhir, rupanya, kami berada di tempat yang ke tiga........wow boleh tahan juga......tapi yang sedihnya....waktu tunggu bas kami sampai........untuk pulang....orang lain dah balik pukul 1. 30 tengahari.....kami pukul 3 baru sampai kat rumah........balik di rumah telan penadol...anak pulak asyik nak suruh bancuh susu....emmmmmm letih.....tapi hati puas.....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar