klik2

Rabu, 6 Jun 2012

Perkara yg tak pernah kuduga

Awal 7.05 pagi, aku memandu ke sekolah.Aku tak mahu dgn keluar lambat ke sekolah aku akan tergopoh gapah dan memandu laju. Aku selalu merancang agar aku dapat sampai awal ke sekolah. Walaupun rumah aku dgn sekolah amat dekat..aku terpaksa membuat uturn dgn jarak jauh juga....Lepas je kawasan sekolah ku memandu lebih kurang 70 km sejam. Pagi itu amat lengang kerana masih awal....kereta2 di jalan juga tak banyak dan keadaan jalan terasa sunyi.....aku memandu dgn penuh hati2...lebih kurang berapa meter sebelum uturn aku memberi signal sebelah kanan ..tiba2 ada sebuah motor yang di bonceng oleh dua orang perempauan dalam lingkungan 50an masuk depan kenderaanku dgn jarak yang terlalu dekat lebih kurang satu meter. Aku terperanjat lalu aku hanya tahu menyebut Ya Allah...Ya Allah cam mana nak buat....sambil menyebut Ya Allah Ya Allah aku memijak brek kaki dan menarik brek tangan....namun begitu aku tak dapat berbuat apa2 kerana bunyi hentakan yang kuat telah mengena sisi motor yang ditunggang oleh dua org perempuan taadi...Mereka terpelanting ke ats cermin..nasib cermin tak pecah..kalau tidak , mungkin aku juga turut tercedera terkena serpihan cermin, Bunyi brek yang kuat menyebabkan ramai org keluar ke jalan....Pagi itu penuh sesak dgn org ramai di tempat kejadian...Ada org kampung datang mengangkat dua orang tadi...cara pandangan yg sinis drp org yg menolong seolah2 aku yg bersalah.....telefon pula kehabisan credit....aku cuba menelefon polis...bila aku keluar r kereta..kereta polis peronda sudah ada di belakang aku.....aku bersyukur sebab tak perlu lagi call polis...aku bertanya kepada polis apa tundakn seterusnya memandangkan keadaan jalan menjadi sesak dgn lalu lintas....Pengetua dan kawan2ku berhenti menolong menenangkan aku dan dgn ihsan cikgu yuhana dapatlah aku call hb dgn telefon yg diberi pinjam.....aku memberitahu pengetua bahawa aku lambat sikit ke sekolah.....polis membantu aku menyeberang jalan untuk duduk di bus top....ambulan datang untuk membawa org tadi ke hospital....polis penyiasat datang dan ambil sedikit sebanyak keterangan  dan gambar.Nasib hb cuti dapatlah dia menolong aku menarik bumper depan yg rosak agak banyak juga......balik di rumah aku terasa cam nak demam....maklumlah mungkin guna tenaga yg banyak menekan brek dan menarik handbrek...sakit urat seluruh badan....aku call sekolah unuk ambil cuti kecemasan...tengh hari pergi report di IPD jitra....dan petangnya suami kepada kak noriah(accident) dtg dan kami berbincang secara baik dan aku bg juga duit ubat memandang dia org tercedera..aku bg RM250 .....walaupun aku tahu aku tak bersalah...kenderaan aku hb hantar ke pulau ketam untuk dibaiki..Malam tu aku demam teruk....mungkin dadaku terhendak di stering..aku sendiri tak perasan kerana menjaga org di depan.Hb beli ubat demam dan aku telan ...demam kura kot...asyik menggeletar....hari Jumaat Sarjan Nasir dr IPD jitra menelefon supaya aku datang untuk memberi statement dan lepasm jumaat aku pergi dgn hb ke IPD.....sepanjang perjalanan aku dalam keadaan trauma selalu terkejut dan hb kata takkan sampai nak kena mandi bunga pulak.......bahana accident......aku me,mbuat statement dan yg aku seronok sangat apabila Sarjan Nasir bagi tau kat aku......masa dia tengok aku waktu kejadian...aku kelihatan tenang....tak mengelabah tak macam setengah orang.....dia suka tengok aku cam tu.....aku cerita kepada dia kenapa aku jd cam tu..aku bagi tau dia...aku tenang sebab masa nak jadi benda tu..Hanya Allah yang aku ingat dan aku sentiasa menyebut Ya Allah..sebab tulah keadaan menjadi tenang...kalaulah aku ni seorang yg latah...entah2 aku tertekan minyak kuat dan kereta akan landa motor dan org itu.,..nansib Allah sentiasa bersama aku....dan org itu pun cuma terseliuh di tangan sikit setelah di xray seluruh badan....aku bersyukur.....
Hari Sabtu @Ahad( aku tak ingat )ada kenduri di rumah kak zah....Cikgu Aisyah dan 2 tiga org lagi datang mengucap tahniah......dalam hati insan biasa cam aku mesti aku berfikir sesuatu....ish takkan accident ucap tahn iah kot lalu aku bertanya kat cikgu aisyah kenapa dia ucap tahniah...rupa2nya aku telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk 2011......Aku bersyukur padaMu Ya Allah.....walaupun engkau mengambil sedikit rezeki semasa accident(kerana perbaiki kereta RM400) tetapi Engkau telah memberi RM 1000 lagi.......Apa2 pun setiap kejadian adalah Ujian dan Dugaan daripada Nya...Apa2 pun benda cam ni tak pernah kuduga akan berlaku...

Rabu, 23 Mei 2012

hatiku kecewa....

maaf..hari ni aku terlalu boring...mungkin ada banyak sebab mengapa aku berkeadaan demikian...mungkin suasana yg kurang memberansangkan menyebabkan aku kurang berstamina........sudah 22 tahun aku mengajar di situ..aku mengajar pelajar ku dgn penuh ceria........tapi maaflah kalau aku katakan dalam 2 tiga tahun nilah yg paling aku tak seronok mengajar....sepatutnya bila aku dinaikkan pangkat hati aku bertambah suka..tapi lain macam dgn aku.........ada sebab musabab yg begitu mengecewakan aku.....biarlah aku sorang yg simpan hati yg lara ini......

Khamis, 17 Mei 2012

hari guru yang meriah...

salam.....kelmarin hari guru di smkpn disambut meriah....macam2 acara telah berjalan dgn jayanya....aku juga tak melepaskan peluang untuk mengambuil bahagian dalam 2 acara..iaitu acara boling buah nyok...acara bawa rim dgn kayu dan acara menganyam geruk......yg aku geram ..aku tak reti nak golek rim dgn kayu.....mungkin aku tak berbakat dalam golek menggolek ni...habis budak2 f6 tanya awat cikgu golek rim cam tu.......lalu aku menjawab....cikgu masuk bukan nak menang tapi nak enjoy...nak lepaskan tension...seronok juga bila sekali sekala jd cam budak2.......tapi bila acara menganyam geruk........alhamdulillah dapat juiga temnpat kedua dgn cikgu zamzuri.....maklumlah dah seminggu dok buat gruk kat rumah...kesian kat buah cempedak.....buah terlalu banyak..kalau tak balut......kesian disengat lalat buah.........hb tolong ajarkan aku buat gderuk tu......barulah aku reti........yang syoknya habis saja pertandingan membuat geruk...dapat dah pesanan membuat geruk drpd kawan2..........kah..kah..kah...manalah aku sempat nak buat gedruk memandangkan aku kena chek kertas pengajian am pertewngahan tahun...kesian kat kawan2 kerana aku terpaksa membatalkan pesanan............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar