klik2

Ahad, 30 Oktober 2011

Ya ALLAH ENGKAU MENGUJI KETABAHANKU

SALAM.....SEBELUM INI MEMANG AKU MALAS NAK TULIS, TAPI PADA HARI INI AKU KENA TULIS JUGA UNTUK MENGURANGKAN KESEDIHAN AKU. SELAMA INI AKU TERCARI2 DIMANA SILAP AKU SEHINGGA KEANAIKAN PANGKAT KE DG48 DIPERTIKAIKAN OLEH ORANG LAIN.....TAK SANGKA PADA HARI INI KETIKA AKU MENCARI MAKLUMAT TERDAHULU UNTUK DIBUAT PSPA 2012, BARULAH AKU BERJUMPA DENGAN PUNCANYA. dALAM MAKLUMAT AKU TELAH TERJUMPA SENARAI GURU YANG TELAH MEMOHON FASA2 TINGKATAN 6.....AKU BACA SATU2 NAMA2 TERSEBUT....TARIKH MEREKA DILANTIK...SAMPAI KEPADA AKU, MATA AKU SEAKAN TERBELIAK KERANA TARIKH AKU DILANTIK IALAH 1 /8./1994 SEDANGKAN TARIKH SEBENARNYA IALAH 2/5/1991. PADANLAH ORANG PERTIKAI......YA ALLAH ADAKAH INI UJIAN UNTUKKU.....???......MENGAPA KESILAPAN INI BERLAKU...ADAKAH DISENGAJAKAN.......HANYALAH ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI........TAPI AKU BERSYUKUR KEPADA MU YA ALLAH...........ALLAH MASIH MENYAYANGIKU........DIHARAPKAN SELEPAS ADA PROGRAM DATA YANG DIBUAT OLEH KEMENTERIAN...KESILAPAN MEMASUKKAN DATA TIDAK LAGI BERULANG

Jumaat, 28 Oktober 2011

Hukum Hudud bolehkah dilaksana di Malaysia

Baru-baru ni aku telah mengadakan sesi perdebatan dalam kelas. Dalam kelas tu aku bahagian kepada dua kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Kumpulan lelaki pembangkang dan kumpulan perempuan ialah kerajaan. Semua boleh mengeluarkan pendapat kerana aku adakan perdebatan adalah secara tak formal. Memang seronok tengok bakat2 pelajar ni....macam persidangan dewan rakyat.....Woow kalau paksa bercakap..sapa2 pun diam.,..tapi berbeza dalam sesi ni...semua pakat bekerjasama untuk mengeluarkan hujah untuk mematahkan pihak lawan........memang hidup P &P dalam kelas ni.....speaker ytang sebelum ni diam...tak sangka pulak pandai main peranan......nampak sangat sapa yang rajin membaca dan sapa tak rajin membaca.......ada satu perkataan yang sampai hari ni aku ingat yang diucapkan oleh ahli perempuan........negara kita mempunyai masyarakat majmuk.....anda yakinkah...hukum ini boleh berjaya????ini ada;llah pertanyaan yang dilontarkan....suara wakil ini amat perlahan tapi amat menarik perrhatian .......bangun wakil pembangkang yhang terdiri daripada lelaki...jawapannya amat mudah...gaya macam seorang YB...............kalau anda tidak yakin dengan hukum hudud bermakna anda tidak yakin dengan Allah kerana hudud adalah hukum Allah berdasarkan Al-Quran dan sunnah......... Orang yang tak yakin dengan Allah bermakna dia bukanlah Islam dalam erti kata sebenarnya........semua terdiammm....woow jawapan yang bernas........pandai juga budak2 ni.....hati aku berbisik......


Di bawah ni aku dapatkan sikit komen orang ramai tentang hukum Hudud.....
tahirah

Assalamualaikum,
Saya rasa ilmu saya tidak cukup untuk membincangkan secara detail tentang perlaksanaan hukum hudud di Malaysia, tetapi sekadar memberi pendapat:-
Hukum hudud itu semestinya hukum Allah yang sempurna, tetapi kalau kita kaji pembentukan negara Islam, kita dapati yang Islam itu agama syumul, dalam maksud ini perlaksanaan syariah Islam dalam sebuah negara harus dilakukan secara menyeluruh, jika tidak ia seumpama satu bentuk kezaliman. Dengan itu hukum hudud haruslah disokong oleh perlembagaan yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah, di samping juga sistem ekonomi, pendidikan dan sosial berbentuk Islam. Misalannya, seorang yang mencuri di dalam sesebuah negara yang melaksanakan hudud tidak boleh dihukum walaupun terdapat saksi yang mengikut syarat, jika dia terbukti tidak tinggal di dalam negara Islam yang mempunyai sistem saraan kebajikan seperti Baitulmal yang boleh mengelakkan ia drpd mencuri kerana kebuluran- dikatakan bahawa di dalam negara Islam tidak ada sesiapa pun yang hidup kelaparan. Oleh itu, perlaksanaan hudud di Arab Saudi contohnya, boleh dikatakan zalim dan tidak berpandukan nas-nas syariah- kerana tidak disokong oleh perlembagaan Islam, yang meletakkan syarat bahawa negara Islam haruslah diketuai oleh Khalifah yang dilantik oleh majlis syura, dan bukan raja yang dilantik secara keturunan, dan tidah melaksanak sistem sosio-ekonomi Islam. Perlaksanaan hudud juga memerlukan hakim-hakim yang berilmu dan bertauliah, dan ini memerlukan sistem pendidikan berpandukan Islam yang mantap. Baru-baru ini perlaksanaan hudud di Saudi dikritik kerana dikatakan menghukum beberapa rakyat Barat yang bekerja di situ di atas tuduhan terlibat dalam pengeboman tanpa melalui prosedur yang betul- mereka dikatakan telah diseksa selagi mereka tidak memberi 'pengakuan' di hadapan hakim. Jika hakim tersebut bertauliah, sudah tentu 'pengakuan' mereka tidak boleh diterima, bukan? Walaubagaimanapun, saya tak pasti tentang ketepatan berita ini.
Tentang kesukaran melaksanakan hukum hudud di Malaysia disebabkan oleh masyarakat Malaysia yang majmuk- pada pendapat saya hal ini tidak menjadi masalah selagi masyarakat bukan Islam diberi keterangan yang betul tentang agama Islam secara menyeluruh. Pada zaman Khilafah dulu kan ramai penduduk di negara Islam yang bukan beragama Islam, malahan sebahagian besar terdiri daripada kaum Yahudi, musuh umat Islam- mereka memilih untuk duduk di bawah naungan Islam kerana ternyata lebih adil daripada sistem pentadbiran mereka sendiri. Masalahnya sekarang, ada segelintir umat Islam di Malaysia sendiri yang berpendapat bahawa hukum hudud itu satu bentuk penindasan, dan akan membawa kemunduran. Kalau orang Islam sendiri berfikiran sebegini, ni kan pula yang bukan beragama Islam. Oleh itu saya rasa satu langkah yang wajib diambil ialah proses tarbiyah- menyebarkan pengetahuan tentang agama Islam di Malaysia, khususnya tentang kesyumulan agama kita.
Maaf jika ada silap dan salah. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk dari kekurangan saya sendiri. Allahu'alam.
Nadia

Khamis, 27 Oktober 2011

ubat untuk orang yang pitam/pening/kelam mata

salam...baik aku tulis masuk dalam blog..kalau tak tulis nanti lupa pulak...tumpang mak dok ada...boleh juga ambil pengalaman...kata mak ...kalau pening kelam.....ambil segenggam daun sirih, koyak2 ka dan ramas dengan bawang merah....lepas tu jelom kat kepala....sat ja lepas tu elokla....selamat mencuba.......

Isnin, 24 Oktober 2011

fakta ttg Libya dan Muammar Ghadafi

Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu.
Dengan sebegini banyak (senarai di bawah) kebajikan untuk rakyatnya.. tapi beliau dibunuh juga oleh rakyatnya sendiri.. kenapa?
Presiden Muammar Muhammad Al-Gaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la’natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat !
Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang baik kepada mereka!
Cuba anda lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua’mar Al Gaddafi :
Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.
Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba’.
Gaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Gaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.
Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.
Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.
Tidak ada bil elektrik di Libya.
Pendidikan adalah percuma
Kemudahan perubatan adalah percuma.
Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.
Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.
Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.
Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.
Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.
Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).
Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Gaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.
Sebenarnya Gaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la’natullah.
Sebenarnya apa yang dibawa oleh Gaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh-musuh Islam. Gaddafi boleh membuatkan Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya!
Malahan Gaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la’natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.
Maka Amerika, Barat dan Yahudi la’natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Gaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!.....



komen::::::Ghadafi, Saddam pemimpin yang ulung

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar