klik2

Isnin, 21 Mac 2011

teringat cerita dulu2

4 sekeluarga jadi hamba seks bomoh
Oleh Shahrul Nizam Mohamad

2011/03/22
Mangsa dipukau, patuh setiap arahan suspek

ROMPIN: Polis menahan reman seorang pengamal perubatan tradisional yang dipercayai pengamal ajaran sesat, apabila memukau dan merogol seorang ibu tunggal dan tiga anaknya di sebuah kampung dekat sini sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata suspek berusia 40-an yang tinggal di daerah lain dipercayai memukau wanita berusia 50-an itu sehingga mangsa patuh dan taat setiap arahan lelaki terbabit. “Suspek dipercayai merogol mangsa di rumahnya sebelum memberitahu mahu ke rumah mangsa untuk ‘menurunkan’ ilmu agama kepada tiga anak perempuan ibu tunggal berkenaan. “Mangsa yang dipukau kemudian mengajak suspek ke rumahnya sebelum melakukan perbuatan sama terhadap tiga anak perempuan mangsa berusia 20-an dan 30-an,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Johari berkata, siasatan awal mendapati, tiga anak perempuan mangsa yang terkena ilmu pukau lelaki terbabit dikatakan mengikut setiap arahan, termasuk melakukan hubungan seks dengan suspek.

“Di rumah ibu tunggal itu, suspek terbabit dikatakan berulang-ulang kali merogol empat beranak itu sejak Januari, ketika semua mangsa terbabit berada dalam keadaan separuh sedar.

“Siasatan turut mendapati seorang daripada anak mangsa dirogol hampir tujuh kali,” katanya.
Beliau berkata, kejadian itu bagaimanapun terbongkar apabila menantu mangsa yang bekerja di Johor Bahru pulang ke rumah ibu mentuanya di sini selepas mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati isterinya sudah lama tidak pulang menemuinya.

Katanya, apabila menantu mangsa tiba di rumah itu 15 Mac lalu, didapati isterinya, ibu mentua dan ahli keluarga lain ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya sebelum berlaku pergelutan dengan suspek yang kebetulan berada di rumah mangsa.

kisah dulu2 yang berkaitan dengan pukau memukau

kadang2 aku rasa ramai orang tidak percaya dengan perkataan pukau. Aku sendiri pada mulanya tak percaya tapi bila aku dah kena baru aku tahu kebenaran berkaitan pukau.

aku pernah kena pukau semasa aku tinggal di taman mahsuri..masa tu ada orang pattani jual tikar getah..masa dulu memang popular dgn tikar getah belum meluas penggunaan tile. Apabila sampai jurujual di rumah, juru jual tersebut meminta aku segelas air. Aku pun mengambil air minuman kerana begitu kasihan melihat kepenatan jurujual tersebut. Apabila aku memberi minuman tersebut, aku tengok rumah aku seakan2 redup dan malap selepas aku memberi air , aku nampak orang itu membacakan seseuatu dan menghembus2 disekelilingnya.Aku membeli segulung tikar getah dgn harga RM200 tanpa banyak bicara. Aku mengambil duit dari dalam bilik tanpa bayak soal. pembantu rumahku termanggu2 melihat aku keluar masuk bilik tanpa melarangku. tikar getah yang aku beli hanya lebih kurang beberapa kaki sahaja tapi dikira segulung...kalau ikut dikedai mungkin dalam RM40. Apabila hendak pulang, penjual itu membaca semula ayat tertentu lalu menjampi2 di sekeling lalu pergi...selepas dia pergi barulah aku sedar aku tertipu......saranan aku berhati2 lah apabila orang yang tidak dikenali meminta air minuman

kisah kawan aku dipukau
kisah ini terjadi dalam era 90-an. ia berlaku di sekolah aku. masa tu ada seorang guru yang memang sangat cantik. Cikgu ni memaqng tinggal bersama dengan keluarga dan ibunya di sebuah kampung daerah aku.Nak jadi cerita ada seorang bomoh ni, ibu cikgu tersebut selalu sangart berurusan dengan bomoh kerana hendak memberi anaknya bercerai dengan bukan menantu pilihan. menantu tu khabarnya hanya bekerja kerani rendah sahaja menyebabkan ibu mertua tak berkenan. Oleh kerana selalu sangat keluar masuk rumah tersebut bomoh tersebut seperti macam sudah biasa. berubat pun kadang kala dalam bilik sahaja. sudah tiada batasan ruang dalam rumah tersebut. sedar tak sedar tuan rumah sudah dipukau..konon2nya untuk mendapat menantu berpangkat rupa2nya dapat tok bomoh sebagai menantu...kasihan kawan aku..dulunya ceria , cantik akhirnya seperti sudah tidak terurus..datang ke sekolah apabila berada dalam kelas, habis dikuncinya pintu kelas kerana bimbang ada orang lain mengganggu..sebenarnya arahan bomoh tersebut agar menutup pintu supaya tiada orang mengurat isterinya. Hari2 ada saja bau asap kemiyan dalam kelas.,.semua pelajar naik takut. Cikgu tersebut telah pun bercerai dengan suaminya yang pertama angkara ibu mertua. Akibat daripada cemburu tok bomoh itu, akhirnya cikgu itu mengambil keputusan berhenti kerja lalu bekerja sebagai tukang masak di kedai makan di pekan T. Suaminya Tok Bomoh tersebut hanyalah menjual minyak angin......kepada ibu yang memilih menantu berpangkat akhirnya dapatlah tok bomoh...ingatlah pembaca sekalian hendak memiilih yang terbaik...akhirnya terpilih yang terbalik.......Harap2 tak terjadi kepada kita semua.


KISAH KE 3
kisah ini berkaitan dengan kawan aku juga. Kisah in terjadi pada era 90 an juga. Kawan aku ni seorang lelaki sudah berkeluarga dan mempunyai anak yang telah bekerja. Tapi masalah di sini , anaknya amat membenci kepada cikgu ini. macam2 dibuat cerita tentang ayahnya. Anaknya pernah membuat cerita ayahnya merogolnya menyebabkan anak tersebut tidak mahu balik ke rumah. habis malu sekawan kerana setengah orang beranggapan cerita itu betul. Setengahnya memandang serong kepada cikgu tersebut. Suatu hari si ayah telah pergi kepada seorang ustaz, untuk berubat. Setelah berubat dengan ustaz tersebut memberitahu anaknya telah diberi ubat pembenci kepada keluarga. padanlah setiap bulan gaji anaknya kosong-kosong semuanya telah dikaut oleh keluarga angkatnya. Setelah sedar anaknya diguna2 ustaz tersebut cuba mencuba

kisah ikan kaloi

kisah 1 Dulu2 masa aku baru berpindah ke kampung telok berangan aku belum kenal orang setempat. Cara untuk mengenali orang2 kampung di situ..aku pun keluarlah memancing bersama mereka. Memang betul, dengan mudah aku dapat mengenali ramai kawan2 Aku tengok cara orang di situ memancing lain daripada cara aku memancing sebelum itu. Cara orang di situ memancing ialah dengan cara memberi makan dahulu kepada ikan2 tersebut dengan membaling temukut. Semasa ikan2 berkerumun itulah pemancing akan menghulurkan joran dan ikan2 tersebut menyambar makanan yang berupa tepung gandum yang dibancuh seperti membuat roti canai tapi lebih lembut. Aku tengok semua pemancing di situ mendapat ikan lampam jawa yng seberat setengah kilogram seekor. Aku pun cuba seperti yang aku tengok..aku pun dpat sama...jenuh aku membuat pekasam ikan lampam. kadang2 pemancing ni akan mendapat ikan kaloi. Ada yang mendapat ikan kaloi seberat 8 kilo. Aku pun minta untuk membeli ikan2 tersebut untuk dibela. aku beli ikan kaloi tersebut lalu aku bela dlam kolam belakang rumah aku...hari2 aku pergi ke belakang rumah untuk melihat ikan2 belaan aku...memang seronok tengok ikan kaloi aku makan. gambar pinjam daripada blog kawan kisah ke 2 Ada ikan2 kaloi kecik yang diberi oleh kawan2 semasa memancing adalah sebesar 2 jari ..tapi bila aku dah campak dalam telga/kolam aku..ikan2 tu menjdi cepat besar. da la dalam 12 ekor ikan kaloi mega aku bela....seronoknya aku bila selalu tengok ikan tu timbul untuk memakan dedak yang aku lempar. Suatu hari aku tengok ikan2 aku kelampung habis..semua ikan kalui aku sebesar dulang minuman timbul..aku betul2 sedih..bila aku check punca kematian ikan kalui aku , aku tengok ada botol racun yng dibuang daripada tanah sebelah yang lebih tinggi masuk ke dalam kolam aku...aku betul2 sedih



kisah3
kisah ikan belida
Aku seronok tak terkira bilqa tengok ikan belida yang edi dapat. Edi mengil ikan itu tepi sungai sebelah rumah aku. Ikan tu terlalu besar dan keluarganya memang tidak suka dengan ikan sungai. Lalu Edi memberikan ikan itu kepda aku. Oleh kerana ikan terlalu besr maka aku pun teringin sangat untuk membuat ikan pekasam. Aku siang2 ikan belida yang bersisik kecil lalu aku kisar dengan asam belimbing buluh. Bila ikan pekasm siap diperam aku pun cuba makan ikan pekasam ikan belida. Alangkah sedapnya ikan pekasam ikan belida. Isinya sungguh halus tapi tulang terlampau banyak. Di sini aku akan tulis cara membuat pekasam ikan belida

PEKASAM IKAN BELIDA

SEEKOR IKAN BELIDA 7 KILOGRAM
GARAM
BERAS


CARA PROSES:
1. SIANG IKAN BELIDA DAN BUANG SISIK HALUS DAN POTONG KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN
2.BASUH SAMPAI BERSIH
3.PERAM IKAN DENGAN GARAM KASAR SELAMA 2 HARI
4. GORENG BERAS SAMPAI PERANG
5. MESIN BERAS SEHINGGA HANCUR DAN JANGAN TERLAMPAU JADI SERBUK
6. LUMUR PADA BAHAGIAN IKAN YANG TELAH DIPERAM DENGAN GARAM
7. TUANG AIR GARAM TADI DAN TAMBAH AIR SAMPAI TENGGELAM
8.TUTUP DENGAN KAIN ATAU APA2 SAJA (TIDAK BOLEH DIBUAT DALAM TUPPERWARE PLASTIK)
9. MASUKKAN DAUN NANGKA 6 HELAI DAN PERAP.
10. BILA DAH MULA MASAM SEMINGGU KELUARKAN DARIPADA PASU DAN SIMPAN DALAM BEKAS TUPPERWARE PLASTIK BERTUTUOP DALAM POETI SEJUK......SELAMAT MENCUBA


CARA MENGGORENG PEKASAM
1. CARA PERTAMA----GORENG MINYAK BANYAK--BAGI MINYAK PANAS DULU BARU MASUKKAN IKAN..GARING BALIK2KAN DAN KEMUDIAN GORENG BAWANG DAN TABUR SELEPAS GARING
2. KAEDAH KEDUA----GORENG MINYAK SIKIT---BILA DAH PANAS MASUKKAN IKAN DAN TUTUP..BILA RASA DAH GARING MASUKKAN DAUN KUNYIT, BAWANG BESAR POTONG BULAT,SERAI YANG DIRACIK2..SELAMAT MENCUBA

Ahad, 20 Mac 2011

kenduri bersma pelajar form six di rumah waktu cuti



Aturcara majlis
7.00 pagi---pergi beli barang untuk dimasak bersama 3 org pelajar f6
8.30--------semua pelajar f6 berkumpul di rumah bersama dgn pisau dan ppan pemotong
8.45-------mnum pagi bersama pelajar
9.00-------peljar memulakan proses kupas mengupas dan potong memotong
----kupas kelapa 6 biji
----kupas buah nangka 2 biji(besar)
----potong ikan talang masin 2 ekor
----potong sayur
----kupas bawang, halia,
----proses ayam 14 ekor
----beli ice kube

----basuh pinggan,basuh sayur dsb
10.30-----proses masak memasak
-----masak gulai nangka ikan talang
-----ayam goreng berempah
-----goreng sayur campur
-----kutip ulam
-----tumbuk cabai/sambal
-----masak nasi
----proses memerap ayam barbeku
---membuat air sunquick
1.00------pelajar lelaki sebahyang jumaat dan pelajar perempuan menghidang
2.00 ---bacaan yaasin selepas balik jumaat
2.30-----makan/sembahyang zohor untuk perempuan
3.00-----mencabut ubi kayu untuk buat kerepek
-----kupas
-----basuh
-----mesin
-----goreng

5.00-----proses bakar membakar/sebahyang asar

-----ayam percik
----bkar hot dog, isi ketam dasb



8.00 makan malam bersama
10.3000 mlam--------pelajar bersurai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar