klik2

Ahad, 20 Disember 2009

aku dalam dilema









Nak isi borang ke tidak!!!!!. Kalau aku tak isi, nanti orang hantar aku jauh dari rumah , aku juga yang ada masalah. Suamiku pula baru saja bertukar ke Pejabat Tanah Pokok Sena. Sebelum ni bekerja di Pejabat Tanah Kubang Pasu selama 20 tahun. Itulah dilema yang menghantui aku sekarang. Dilema sejak aku cuti sekolah hinggalah sekarang yang tak habis-habis aku memikirkannya. Aku terfikirkan masalah ni, bila aku bersama-sama pengetua dan beberapa rakanku pergi ke rumah cikgu zamzuri untuk menghadiri kenduri anaknya. Pengetua serba salah untuk memberitahu bahawa guru-guru yang tinggal di satu sekolah sejak 1994 perlu isi borang tukar. Pengetua bertanya sejak tahun berapa aku bertugas di SMKPN dan aku menyatakan sejak tahun 1991 lagi. Pengetua memang tidak mahu guru-guru di SMKPN bertukar kerana baginya guru-guru SMKPN ialah guru berdedikasi. tapi apakan daya ini adalah arahan JPN. Nazir pun ada tanya kenapa aku tidak bertukar sekolah walaupun telah bertugas lama di situ. Bagiku buat apa aku bertukar sekolah. kalau guru tu bermasalah ke, bolehlah ditukarkan untuk meningkatkan motivasi diri. Aku rasa aku tidak ada masalah langsung dengan sekolah. Aku pening antara arahan jabatan dengan arahan Kementerian. Jabatan minta guru bertukar untuk ubah angin, tapi kementerian minta guru tingkatan enam kekal di satu sekolah dalam tempoh lima tahun..........Pening, !!!!!!!!!yang mana satu aku nak ikut. Kalaulah aku ditukarkan, aku nak sekolah yang jauh dalam hutan, yang belum membangun, yang jauh ketinggalan........................aku akan majukan sekolah tu. Tapi anakku tak mahu kerana tiada kemudahan internet, Aku pening................Suamiku pergi pagi balik petang, esok-esok aku pun pergi pagi balik petang. Nak didik anak orang , anak sendiri pun tak terdidik.

Krisis lelaki pertengahan usia

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my




Perubahan fizikal, seksual mula dirasai pada usia 40 tahun

LELAKI dalam lingkungan usia 40 ke 60 tahun kerap dikaitkan dengan krisis pertengahan usia. Walaupun mungkin ada yang memandangnya dari sudut negatif, ia sebenarnya sebahagian proses kematangan normal.

Semua orang akan melalui detik perubahan emosi dalam hidup. Namun, bagaimana anda menangani perubahan itu yang akan mempengaruhi hidup. Ada lelaki yang berjaya mengharunginya dengan baik.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bagi sesetengah lelaki, krisis pertengahan usia sangat merumitkan hingga membawa kepada tekanan perasaan atau mungkin perceraian.


Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari, berkata jika wanita mengalami putus haid, lelaki pula kerap tersepit dalam permasalahan di usia pertengahan.

Ada penyelidik yang melihatnya sebagai andropaus, namun bagi Dr Muhsin ia sebenarnya lebih kepada keupayaan seseorang lelaki itu untuk menangani masalah yang dihadapinya.

Dr Muhamad Muhsin

“Perkara paling asas ialah menjaga pemakanan dan bersenam, selain berada dalam persekitaran yang positif,” katanya.

Kata Dr Muhsin, lelaki dengan emosi yang tidak stabil mula berfikiran negatif, membandingkan kejayaan dirinya dengan rakan, sekali gus memberi tekanan dan mula berasakan kehidupannya akan berakhir tanpa sebarang pencapaian.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan perubahan hormon yang mempengaruhi bukan saja fizikal tetapi keinginan seksual dan dihimpit permasalahan peribadi dengan pasangan.

“Hormon testosteron bukan saja mempengaruhi keinginan seksual, tetapi apabila parasnya menurun ia juga menjejaskan pemikiran dan tubuh badan,” katanya.

Dr Muhsin berkata, krisis pertengahan umur di kalangan lelaki juga boleh dilihat pada perubahan fisiologi. Menghampiri usia 40 tahun hormon testosteron menyebabkan perubahan fizikal yang boleh dilihat, antaranya jika dulu tegap tetapi sekarang sudah gemuk dan buncit. Fungsi seksual juga berkurangan sekali gus mempengaruhi sosiologi.

Perubahan biologi dilalui oleh semua orang lelaki dan wanita tetapi perubahan itu tidak sama. Ia berkait dengan isu paling asas, menjaga pemakanan dan mengawal berat badan dan berada dalam suasana persekitaran yang kondusif.

Ada kala tekanan perasaan pada pekerjaan ditambah dengan masalah kesihatan akan menyebabkan lelaki hilang kawalan dalam hidupnya. Ada juga lelaki yang berkeinginan memulakan hubungan baru kerana melihat kehidupan sosialnya yang semakin stabil dan anak-anak juga sudah meningkat dewasa.

Dr Muhsin berkata, lelaki yang berdepan dengan krisis pertengahan umur kerap tidak menyedari masalah sebenar. Isteri atau ahli keluarga yang rapat boleh membantunya. Perubahan sikap dan mood boleh memberi petunjuk masalah sebenar dialami.

Jika ia dikaitkan dengan masalah andropaus, ia perlu dirujuk kepada doktor. Mengambil terapi gantian hormon antara rawatan yang ditawarkan perubatan Barat. Namun, keupayaan mengawal diri, bersenam dan menjaga kesihatan adalah antara langkah paling asas dan utama.

INFO: Simptom lelaki alami krisis pertengahan usia

  • Berasakan tidak bahagia dengan hidupnya atau gaya hidupnya

  • Bosan dengan mereka yang berada di sekelilingnya dan bidang yang dulu menarik minatnya.

  • Mempersoalkan pilihan yang tidak dibuat dalam hidup dan mengapa mereka tidak memilih sebaliknya

  • Marah pada pasangan dan rasa terikat dengannya

  • Tidak berupaya membuat keputusan hala tuju hidup mereka

  • Keinginan menjalin perhubungan baru.
  • KEMARAHAN
    NFO: Lapan implikasi amarah...

  • Dipulau masyarakat
  • Punca pergaduhan
  • Mendatangkan konflik perceraian
  • Terdedah serangan penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung
  • Murung dan tekanan perasaan
  • Hilang pekerjaan
  • Melakukan kesalahan penderaan.

    TIP: Redakan kemarahan

    1. Ikuti latihan dan kegiatan sukan

    Kajian menunjukkan individu yang menumpukan kegiatan luar mempunyai tekanan darah yang sempurna dan kurang berisiko mendapat sakit jantung.

    2. Ubah diet pemakanan

    Ramai pakar pemakanan berpendapat, menambah berat badan menokok beban yang lebih pada sistem biologi badan dan saraf minda. Merubah gizi yang lebih menyihatkan membantu anda lebih cergas, lebih bertenaga dan lebih berkeyakinan.

    3. Minuman secawan kopi

    Kafein adalah bahan perangsang yang dianggap berbahaya pada kesihatan. Ia boleh menyebabkan seseorang terangsang dan jika berlebihan menimbulkan keresahan, mengganggu ketenangan minda dan mempercepatkan degupan jantung.

    4. Berhenti merokok

    Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru-paru menjadi lebih baik pada masa beberapa hari saja. Anda dapat berasakan pernafasan lebih licin dan selesa kerana udara meresap ke saluran darah lebih berkesan.

    5. Berfikiran positif

    Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elak daripada memekik atau bertindak garang. Kemarahan yang dilihat secara positif boleh menjadikan tekanan bertukar kepada kekuatan.
  • Jumaat, 18 Disember 2009

    Berfikir sejenak. No. berapakah kita

    HARAPAN

    KALAU TAK JADI POHON CEMARA,
    JADILAH BELUKAR DI BAWAH LEMBAH,
    BELUKAR TERBAIK DI PINGGIR SUNGAI,
    JADILAH HUTAN, KALAU TIDAK DAPAT JADI RIMBA,
    KALAU TAK JADI BELUKAR SELENGKAR,
    JADILAH RUMPUT SEDERET,
    KALAU TAK JADI IKAN TEMOLEH,
    JADILAH SEEKOR SELUANG,
    TETAPI...SELUANG TERLINCAH DI TASIK TERBENTANG,
    BUKAN SEMUA BOLEH JADI NAKHODA,
    SETENGAH PERLU BERBAJU KELASI,
    NAMUN SETIAP TUBUH PUNYA KERJA,
    MAHUPUN BESAR ATAU KECIL,
    TUGAS TERDEKAT.TUGAS SEGERA,
    KALAU TAK JADI JALAN RAYA,
    JADILAH SEKERAT LORONG,
    KALAU TAK BOLEH MENJADI MENTARA,
    JADILAH SEBUTIR BINTANG,
    BESAR KECIL BUKAN UKURAN GAGAL JAYA ;
    TAPI, JADILAH YANG TERBAIK DALAM SEGALANYA...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Calendar