klik2

Isnin, 15 Oktober 2012

antara aset dan liability

nung-renungkanlah, artikel yang saya copy dr Saudara Hafizul Hakim di bawah ini:
  • “ORANG kurang bijak ( 99% ) membazirkan umur dengan MEMBELI LIABILITI. Manakala ORANG Bijak ( 1% ) pula memanfaatkan nikmat umur yang diberi untuk MEMBELI ASET yang betul.
  • Inilah SEBAB UTAMA yang menjadi punca mengapa orang kaya menjadi semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin “
  • Robert Kiyosaki sering menyebut, cara termudah untuk mengenal pasti mana satu aset dan mana satu liabiliti adalah: Apa-apa yang masuk ke dalam poket anda digelar ASET & apa-apa yang KELUAR dari poket anda adalah liabiliti.
MASA: Pepatah "masa itu emas"  dah tak wujud lagi. Kenapa? Emas boleh dibeli...Tapi masa? Ada sapa-sapa jual masa? Sebab tu lah, masa adalah aset no. 1 kita yang mesti diuruskan dengan bijak agar kita tidak menyesal suatu hari nanti. Hargai masa sepanjang masa. Bak kata Prof Muhaya, audit masa kita. Gunakan MASA untuk membuat kerja yang berfaedah, bukan sahaja untuk keperluan di dunia tetapi juga untuk perlaburan akhirat kita...


ILMU: Semakin banyak ilmu seseorang semakin tinggi kualiti hidup seseorang itu. Ilmu akan menjaga kita pada suatu hari nanti. Katakanlah kita ada banyak harta, katakan kita baru beli kereta besar...Malam pertama kereta di luar rumah kita, entah berapa kali kita bangun nak periksa, ada lagi tak kereta kita parking di luar...Maksudnya di sini, kita yang mesti menjaga harta kita...bukan harta yang menjaga kita! Berbeza dengan aset kedua yang kita perlu cari iaitu ILMU. InsyaAllah ILMU yang BERMANFAAT akan 'menjaga' kita...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar