klik2

Rabu, 29 Oktober 2014

rezeki melimpah kurniaan illahi

 lemon dan pucuk ubi berdaun panjang yang dipetik di belakang rumah. segar..segar dari ladang. tak rugi berbudi kepada tanah . setiap tahun mendapat hasil. jimat belanja bila harga barangan naik


gambar buah durian yang aku ambil waktu balik sekolah. dekat dgn porch kereta. bila aku langut nampak buah lebat ats bumbung porch. jenuh bila masak nanti....habis rosak bumbung
tuan punya blog
 buah durian diluar musim..rezeki ...hafizi pelajarku hairn tengok pokok durianku berbunga lebat sedangkan bukan musimnya. aku pernah memberithu hafizi...berkat do ibuku...berbaik dengan ibubapa allah gandakan rezeki...
 limau nipis lebat berbuah
lebat berbuah di tepi bumbung
sungguh kuhidup di bumi bertuah
selamat duit aku, walau harga melambung
ayam piru sangatlah cantik
           mencabut rumput mencari makanan
hidup didunia kenalah cerdik
                    harga barangaan naik...tak daklah trekanan


ayam itik yang kian bertambah selepas majlis akad nikah anak yang sulung baru2 ni. ramai kawan2 yg datang majlis tersebut kagum kerana hasil ternakan itik sebanyak 15 ekor yg beratnya 60 kg telah dijadikan masak kurma itik dan ayam kampung pulak sebanyak 30 ekor disembelih dan dijadikn gulai kenduri.kini ternakan tersebut bertambah kembali dan sebanyak 50kg makanan haiwan hanya bertahan untuk seminggu. permintaan untuk ayam kampung memang tinggi...hari2 kawan sekolah bertanyakan ayam kampung, begitu juga penduduk di sekitaran rumahku ingin membeli ayam kampung, tapi masalahnya aku tak sempat proses dan aku akan beli juga mesin proses bulu ayam yang harganya rm1900 tu.

misai kucing...baik untuk kencing manis, darah tinggi. rsanya sgt sedap bila daun direbus dan ditambah gula sedikit.rasanya mcam cincau. tapi awas jangan guna berlebihan.tekanan darah akan menjadi rendah dan gula akan rendah. tak elok untuk kesihatan sebb itu islam menginginkan umatnya bersederhan serba serbi
apokok serai wangi . dah tinggal sedikit sebab tak dipedulikan. daunnya berkhasiat untuk menghalau nyamuk. aku tanam beberapa tahun yang lepas dan aku pernah memproses untuk membuat minyak urut bersama campurn yang lain.ujikaji aku, aku bg emak aku guna untuk menyapu badan emak yang lenguh2. aku tak bg tau emak ubat itu ,aku yg buat sendiri. maklum balas emak, sakit emak dah tiada dn emak bertanya dimana aku beli ubat tu?berkesan juga nampak gayanya.


.
.

pokok serai yang aku tanam tepi sungai sebelah rumah aku. memang hidup subur. pokok ubi keledek yang aku tanam habis dibaham oleh lembu yang dilepaskan oleh tuan lembu...letih-letih....air sungai dah menghampiri tebing..silap2 banjir.....tapi sebelum ni banjir tak sampai lagi.....minta dijauhkan bala....
video pokok cabai..cam nilah aku nak tanam.

serai makan, aku tanam tepi sungai. berbaris-baris. masalahnya ada yg pi leps lembu . habis pokok dipijak lembu. tuannya bukan tak tau aku tanam serai. tepi kandang lembu banyak rumput panjang tak bg lembu dia makan. halau lembu bagi pijak serai. manusia..manusia...... air sungai sekamkin naik....hampir dah dgn tebing sungai nasib baik lagi serai aku tak tenggelam sama




awatlah loading lambat sangat. tengok gmbaq pun sekerat ja. ni pokok cabai, aku tanam tepi sungai. tanam tepi rumah tak mau jadi buah. sebab terlindung. tanam tepi sungai buah banyak kali dah aku petik.


bawah pokok sagu larut/ubi garut yang aku tanam hanya sebatng, sekarang dah jadi merimbun





Selasa, 21 Oktober 2014

HERBA PENYAKIT KENCING MANIS


peria katak- buat ulam
 


memang sedap. potong dan rendam dalam air garam. lepas tu cicah sambal belacan......sedap walaupun pahit. aik untuk orang yan g ada diabetes
pokok kaduk- rebus akar dan minum setiap pagi. daun kaduk sedap jika dibuat kerabu bersama pucuk kunyit.makan bersama nasi panas..wow.....amat menyelerakan. resepi pucuk kaduk dgn pucuk kunyit
secekak pucuk kaduk dan secekak pucuk kunyit.
dua batang serai, 5 biji cabai melaka
belacan sedikit
bawang merah
garam
limau nipis sebiji
ikan rebus/udang kering
tumbuk semua kecuali  daun dan limau nipis serta ikan rebus. daun dipotong halus seperti tembakau. gaul semua yang ditumbuk dan isi ikan rebus digaul sekali. perah limau nipis.....selamat mencuba..

pokok hempedu bumi /akar cerita
boleh pesan benih
1 polibag  RM15
herba kering 100 gram RM20.00 tidak termasuk belanja pos
sms kepada 0125769091-pn salmah






akar cerita- rebus daun , kalau boleh keseluruhan pokok

Khamis, 16 Oktober 2014

satu minit boleh menentukan masuk syurga atau neraka-demi masa yang amat berharga....

Ni hasil perkongsian dari sebuah laman blog....
Kisah Sedih !! Awak Hanya 1 Jam Sahaja Lagi Untuk Hidup ! - Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya.
Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.
Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya.
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.
Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya.
Beliau agak kebingungan ketika itu. Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini.
Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu.
Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah.
Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.
Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini.
Apa yang akan terjadi padanya kini?
Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.
Hanya tinggal 10 minit lagi.
Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?
Jawab Malaikat “Ya:.
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya….
Kemudian….secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata,
“Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian”
Sahabat saya bertanya, “siapakah orang-orang itu?”
Malaikat menunjukkan mereka itu.
Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda.
Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.
Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda.
Doa ikhlas mereka diterima Allah swt.
Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya.
Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.
Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.
Apa yang disesalkan:
1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja.
Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas.
2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati
3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas.
4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan
5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah.
Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh.
Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya.
Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau.
Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini.
Ambillah iktibar dari kisah ini.
Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat.
Luangkan masa bersama keluarga.
Imarahkan masjid selalu.
Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.
Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.
Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan.
Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri.




TRAGEDI KERETAPI AMAGASAKI 2005Seorang anak muda bernama Ryūjirō Takami ada ceritanya.Pemandu keretapi berusia 23 tahun itu dihantui oleh “Nikkin Kyoiku” atau “Tamrin Siang!”Program ini diangkat menjadi satu bentuk latihan profesional untuk mendisiplinkan pemandu keretapi dan pekerja-pekerja lain agar serius dalam menepati masa. Namun Tamrin Siang itu mengundang risiko yang amat besar. Ia dilihat sebagai salah satu punca utama yang membawa kepada tragedi berdarah keretapi Amagasaki pada pagi 25 April 2005. Sebuah keretapi yang dipandu melebihi had laju telah terbabas, merempuh sebuah apartment dan mengakibatkan kematian 107 orang termasuk pemandu manakala 562 lagi cedera.Ryūjirō Takami pagi ini bertugas memandu keretapi syarikat JR Fukuchiyama dari Takarazuka ke Dōshisha-mae. Sejurus selepas waktu kemuncak, keretapi yang dipandu oleh Ryūjirō Takami sudah mengalami kelewatan beberapa minit.Beliau tidak sanggup menghadapi tekanan dan rasa malu yang bakal dihadapinya di dalam Tamrin Siang, apabila pemandu yang mencetuskan kelewatan akan dipaksa memotong rumput di siang hari, mencuci mangkuk tandas dan terus menerus dimarah dengan maki hamun sebagai satu program yang dianggap sebagai latihan profesional untuk mendisiplinkan pekerja pada masa itu. Tertekan dengan keadaan itu, penyiasat percaya ia mewujudkan tekanan yang begitu tinggi hingga Ryūjirō Takami teragak-agak untuk menggunakan brek kecemasan walaupun masih mempunyai masa beberapa saat untuk berbuat demikian.Akibatnya, keretapi yang dipandu dengan kelajuan  116 km sejam (had laju yang ditetapkan hanya 70km sejam) tergelincir di landasan semasa melalui sebuah selekoh lalu merempuh apartment kediaman berhampiran.Tragedi menyayat hati pagi ini mendesak pelbagai rombakan dibuat membabitkan jadual keretapi JR West yang terlalu padat, serta “Nikkin Kyoiku” atau “Tamrin Siang dirombak semula dalam modus operandi latihan syarikat. Biar pun menepati masa itu mulia dan diangkat sebagai petanda kemajuan sebuah tamadun, bezanya ketepatan masa di dalam budaya Jepun, dengan menepati masa yang dianjurkan oleh Islam adalah pada memposisikannya sebagai proses atau output.Di dalam budaya Jepun, menepati masa itu menjadi objektif yang hendak dicapai. Apabila ia dicapai, objektif terhasil dan jika gagal dicapai, ia merupakan sebuah kemunduran. Motif menepati masa berlegar pada soal memenuhi keperluan manusia, hingga manusia tenggelam punca pada menentukan mereka mereka perlu menepati masa pada harga yang begitu mahal, membunuh manusia sendiri?- See more at: http://saifulislam.com/2013/07/perlukah-jepun-kepada-wa-al-asr/#sthash.HgNjvMbR.dpuf

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar