klik2

Sabtu, 17 Disember 2011

Isnin, 21 November 2011

boring boring boring

entahlah.....mungkin esok cari kerja apa yang boleh dibuat...boring sangat2

Khamis, 17 November 2011

gambar aku dan rakan2 semasa majlis2

begambar bersama rakan di bustani hotel...dinner baru2 ni
aida, cik jat dan syahirah
bergambar sakan cik jat and the geng
cikgu salmah dgn pelajar 6 wa2
masa makan kat harvard.....
ni masa kat harvard...cikgu salmah dan pelajar f6
depan pejabat..salmah and the geng.......
amboi birunya mak ngah....masa bila tak ingat
masa rombongan naik keretapi pi mesyuarat di p/jaya.....macam2 program Tuan Hj Yahya Tahrin
berbaris semasa upacara......dah tak ingatPhoto: Mereka yang bertuah hari ni...tahniah
Foto
Photo: Hampir setengah menunggu dgn penuh sabar di luar makmal komputer...

Sabtu, 12 November 2011

kawan2 anak2ku


zati , zahani dan wanis

 atas gambar kakak and the Law gang di UUM
ni gambar ani dgn kawan2, anak no2..belajar kejuruteraan kimia di UTM




anak no. 4
wanis berbaju merah anak no.4 bersama kawan2

kakak begambar dgn kawan2, kursus undang2 di uum. Izzati..mak dok cari gambar tak jumpa lagi..bila ada nanti mak upload dalam ni......yang baru ni susah sikit..nak sign out

Anak arnabku comel2 belaka

anak2 arnab ku..asal bela untuk seronok2 tapi kini dah membiakkkk...seronoknya tengok anak2 arnab makan

kesian kat coklat dah mati macam tuan dia juga sakit2. Hari raya klinik haiwan tutup tak sempat nak bawa pergi ke doktor...

anak2 arnab kini dah tak takut dgn tuan dia sebab hari2 selalu bagi makan.................penat pergi ambil selaput tunggul......di samping tu selalu juga bagi makan dedak




sedapnya....

Jumaat, 11 November 2011

salam,
Hari ni dah masuk 5 hari aku demam tak mahu juga berkurangan....tu sebagai petanda .....sendiri mau ingat.....makan panadol soluble je..malas nak pergi PMC tempat selalu ambil ubat....rasa tak larat nask jalan....jalan pun rasa tak bermaya sangat.....tangan sebelah ni asyik kebas2....entah kenapa....cuba pula minum 100 plus....mungkin elok sikit.......tapi lidah ni tak dapat menerima makanan...semuanya tawar.....minta anak tolong beli delima....tak ada....dia beli epal...delima buah yang rasa2nya boleh diterima oleh pesakit2...sesuai dgn lidah orang sakit macam aku...tapi yang dikatakan ada anak...seburuk2 anak kita teringat juga kat emak dia orang yang sakit ...tup2 2 beradik beli jeruk yang sama untuk bagi mak dia orang makan..........tawar jugak.....nasi sudah berapa hari aku tak makan ..asyik minum 100 plus ....ujian tuhannnn ke atas hamba Nya

Rabu, 9 November 2011

kata2 hikmat


Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah



"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah



"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."


"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."


"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus


"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."


"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."


"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."


"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."


"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille


"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."


"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun


"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."


"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."


"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."


"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."


"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."


"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."


"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."


"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."


"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya."


"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."


"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."


"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."


"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin


"Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan." ~ Andre Colin


"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." ~ Soekarno


"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti" ~ Hukama


"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius


"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham Lincoln

"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh." ~ Albert Einstein

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." ~ La Roche


"Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah."


"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."


"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan."


"Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya." ~ Marcus Aurelius


"Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya." ~ Stahl P.J


"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."


"Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun."


"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."


"Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya."


"Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia." ~ Richard Brinsley Sheridan


"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi." ~ Confucius


"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."


"Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan."


"Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu." ~ Pepatah Arab


"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." ~ Lao Tze


"Awal mula pohon ialah benih.."


"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."


"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat."


"Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."


"Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu."


"Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."


"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri."


"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri."


"Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar."


"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."


"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."


"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan


"Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan."


"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."


"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi."


"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."


"Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi."


"Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda." ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)


"Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah." ~ T.S Matthews


"Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi."


"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya."


"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."


"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."


"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan."


"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya."


"Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah."


"Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian."


"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar."


"Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama."


"Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya."


"Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya." ~ Khong Hu Cu


"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya."


"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."


"Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya."


"Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar."


"Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."


"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."

"Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya."


"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan


"Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya." ~ Voltaire


"Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita."


"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."






"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."



"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."


"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire


"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."


"Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang." ~ Anonim


"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab


"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."


"Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar."


"Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela." ~ Napoleon Bonaparte


"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."


"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."


"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."



"Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi."


"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."


"Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang." ~ Samuel Johnson


"Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh."


"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."


"Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali."


"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan." ~ Abdullah Mansur M.H


"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian."


"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."

Jumaat, 4 November 2011

kelebihan alquran

Bacalah...bacalah..dan sampaikan lah, sampaikan lah!

JANGAN DELETE HADIS DARI NABI MUHAMMAD (S.A.W) ini tanpa membacanya terlebih dahulu

Hadis yang sangat Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua kerana:-
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Just consider this:
Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasa-biasa saja...Dia tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah,gelisah dan gabra..
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskan membaca & mengamalknnya agar si syaitan terus stroke .
Di saat anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan akan berbisek sambil berkata: "Ahh,malaslah.No need la,ni biasa jer,tak payahlah nak forward2, tak penting pun..." Tu lah yg Syaitan bisekkan ke tinga anda and if you dont do anything he has won.
Wallahuallam..

Selamat Membaca Al-Quran.

selamat menyambut hari raya qurban

Bila Unta dah tak selera makan… Kambing pun mula resah.. Lembu pula pura-pura gelisah.. Ayam je nampak cool! itu tandanya Hari Raya Korban dah nak dekat.. Selamat Hari Raya AidilAdha!! Semoga semua usaha kita selama ini diberkati Allah hendakNya!!!!!

Ahad, 30 Oktober 2011

Ya ALLAH ENGKAU MENGUJI KETABAHANKU

SALAM.....SEBELUM INI MEMANG AKU MALAS NAK TULIS, TAPI PADA HARI INI AKU KENA TULIS JUGA UNTUK MENGURANGKAN KESEDIHAN AKU. SELAMA INI AKU TERCARI2 DIMANA SILAP AKU SEHINGGA KEANAIKAN PANGKAT KE DG48 DIPERTIKAIKAN OLEH ORANG LAIN.....TAK SANGKA PADA HARI INI KETIKA AKU MENCARI MAKLUMAT TERDAHULU UNTUK DIBUAT PSPA 2012, BARULAH AKU BERJUMPA DENGAN PUNCANYA. dALAM MAKLUMAT AKU TELAH TERJUMPA SENARAI GURU YANG TELAH MEMOHON FASA2 TINGKATAN 6.....AKU BACA SATU2 NAMA2 TERSEBUT....TARIKH MEREKA DILANTIK...SAMPAI KEPADA AKU, MATA AKU SEAKAN TERBELIAK KERANA TARIKH AKU DILANTIK IALAH 1 /8./1994 SEDANGKAN TARIKH SEBENARNYA IALAH 2/5/1991. PADANLAH ORANG PERTIKAI......YA ALLAH ADAKAH INI UJIAN UNTUKKU.....???......MENGAPA KESILAPAN INI BERLAKU...ADAKAH DISENGAJAKAN.......HANYALAH ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI........TAPI AKU BERSYUKUR KEPADA MU YA ALLAH...........ALLAH MASIH MENYAYANGIKU........DIHARAPKAN SELEPAS ADA PROGRAM DATA YANG DIBUAT OLEH KEMENTERIAN...KESILAPAN MEMASUKKAN DATA TIDAK LAGI BERULANG

Jumaat, 28 Oktober 2011

Hukum Hudud bolehkah dilaksana di Malaysia

Baru-baru ni aku telah mengadakan sesi perdebatan dalam kelas. Dalam kelas tu aku bahagian kepada dua kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Kumpulan lelaki pembangkang dan kumpulan perempuan ialah kerajaan. Semua boleh mengeluarkan pendapat kerana aku adakan perdebatan adalah secara tak formal. Memang seronok tengok bakat2 pelajar ni....macam persidangan dewan rakyat.....Woow kalau paksa bercakap..sapa2 pun diam.,..tapi berbeza dalam sesi ni...semua pakat bekerjasama untuk mengeluarkan hujah untuk mematahkan pihak lawan........memang hidup P &P dalam kelas ni.....speaker ytang sebelum ni diam...tak sangka pulak pandai main peranan......nampak sangat sapa yang rajin membaca dan sapa tak rajin membaca.......ada satu perkataan yang sampai hari ni aku ingat yang diucapkan oleh ahli perempuan........negara kita mempunyai masyarakat majmuk.....anda yakinkah...hukum ini boleh berjaya????ini ada;llah pertanyaan yang dilontarkan....suara wakil ini amat perlahan tapi amat menarik perrhatian .......bangun wakil pembangkang yhang terdiri daripada lelaki...jawapannya amat mudah...gaya macam seorang YB...............kalau anda tidak yakin dengan hukum hudud bermakna anda tidak yakin dengan Allah kerana hudud adalah hukum Allah berdasarkan Al-Quran dan sunnah......... Orang yang tak yakin dengan Allah bermakna dia bukanlah Islam dalam erti kata sebenarnya........semua terdiammm....woow jawapan yang bernas........pandai juga budak2 ni.....hati aku berbisik......


Di bawah ni aku dapatkan sikit komen orang ramai tentang hukum Hudud.....
tahirah

Assalamualaikum,
Saya rasa ilmu saya tidak cukup untuk membincangkan secara detail tentang perlaksanaan hukum hudud di Malaysia, tetapi sekadar memberi pendapat:-
Hukum hudud itu semestinya hukum Allah yang sempurna, tetapi kalau kita kaji pembentukan negara Islam, kita dapati yang Islam itu agama syumul, dalam maksud ini perlaksanaan syariah Islam dalam sebuah negara harus dilakukan secara menyeluruh, jika tidak ia seumpama satu bentuk kezaliman. Dengan itu hukum hudud haruslah disokong oleh perlembagaan yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah, di samping juga sistem ekonomi, pendidikan dan sosial berbentuk Islam. Misalannya, seorang yang mencuri di dalam sesebuah negara yang melaksanakan hudud tidak boleh dihukum walaupun terdapat saksi yang mengikut syarat, jika dia terbukti tidak tinggal di dalam negara Islam yang mempunyai sistem saraan kebajikan seperti Baitulmal yang boleh mengelakkan ia drpd mencuri kerana kebuluran- dikatakan bahawa di dalam negara Islam tidak ada sesiapa pun yang hidup kelaparan. Oleh itu, perlaksanaan hudud di Arab Saudi contohnya, boleh dikatakan zalim dan tidak berpandukan nas-nas syariah- kerana tidak disokong oleh perlembagaan Islam, yang meletakkan syarat bahawa negara Islam haruslah diketuai oleh Khalifah yang dilantik oleh majlis syura, dan bukan raja yang dilantik secara keturunan, dan tidah melaksanak sistem sosio-ekonomi Islam. Perlaksanaan hudud juga memerlukan hakim-hakim yang berilmu dan bertauliah, dan ini memerlukan sistem pendidikan berpandukan Islam yang mantap. Baru-baru ini perlaksanaan hudud di Saudi dikritik kerana dikatakan menghukum beberapa rakyat Barat yang bekerja di situ di atas tuduhan terlibat dalam pengeboman tanpa melalui prosedur yang betul- mereka dikatakan telah diseksa selagi mereka tidak memberi 'pengakuan' di hadapan hakim. Jika hakim tersebut bertauliah, sudah tentu 'pengakuan' mereka tidak boleh diterima, bukan? Walaubagaimanapun, saya tak pasti tentang ketepatan berita ini.
Tentang kesukaran melaksanakan hukum hudud di Malaysia disebabkan oleh masyarakat Malaysia yang majmuk- pada pendapat saya hal ini tidak menjadi masalah selagi masyarakat bukan Islam diberi keterangan yang betul tentang agama Islam secara menyeluruh. Pada zaman Khilafah dulu kan ramai penduduk di negara Islam yang bukan beragama Islam, malahan sebahagian besar terdiri daripada kaum Yahudi, musuh umat Islam- mereka memilih untuk duduk di bawah naungan Islam kerana ternyata lebih adil daripada sistem pentadbiran mereka sendiri. Masalahnya sekarang, ada segelintir umat Islam di Malaysia sendiri yang berpendapat bahawa hukum hudud itu satu bentuk penindasan, dan akan membawa kemunduran. Kalau orang Islam sendiri berfikiran sebegini, ni kan pula yang bukan beragama Islam. Oleh itu saya rasa satu langkah yang wajib diambil ialah proses tarbiyah- menyebarkan pengetahuan tentang agama Islam di Malaysia, khususnya tentang kesyumulan agama kita.
Maaf jika ada silap dan salah. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk dari kekurangan saya sendiri. Allahu'alam.
Nadia

Khamis, 27 Oktober 2011

ubat untuk orang yang pitam/pening/kelam mata

salam...baik aku tulis masuk dalam blog..kalau tak tulis nanti lupa pulak...tumpang mak dok ada...boleh juga ambil pengalaman...kata mak ...kalau pening kelam.....ambil segenggam daun sirih, koyak2 ka dan ramas dengan bawang merah....lepas tu jelom kat kepala....sat ja lepas tu elokla....selamat mencuba.......

Isnin, 24 Oktober 2011

fakta ttg Libya dan Muammar Ghadafi

Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu.
Dengan sebegini banyak (senarai di bawah) kebajikan untuk rakyatnya.. tapi beliau dibunuh juga oleh rakyatnya sendiri.. kenapa?
Presiden Muammar Muhammad Al-Gaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la’natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat !
Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang baik kepada mereka!
Cuba anda lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua’mar Al Gaddafi :
Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.
Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba’.
Gaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Gaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.
Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.
Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.
Tidak ada bil elektrik di Libya.
Pendidikan adalah percuma
Kemudahan perubatan adalah percuma.
Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.
Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.
Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.
Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.
Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.
Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).
Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Gaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.
Sebenarnya Gaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la’natullah.
Sebenarnya apa yang dibawa oleh Gaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh-musuh Islam. Gaddafi boleh membuatkan Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya!
Malahan Gaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la’natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.
Maka Amerika, Barat dan Yahudi la’natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Gaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!.....



komen::::::Ghadafi, Saddam pemimpin yang ulung

Jumaat, 21 Oktober 2011

Yang mana satu anda

ada orang senang bila tengok orang senang
ada orang susah bila tengok orang senang
ada orang susah bila tengok orang susah
ada orang senang bila tengok orang susah
kalau anda di baris 2 dan 4.....pergilah berjumpa doktor kerana anda sedang mengidap penyakit
ada orang gembira bila tengok orang gembira
ada orang gembira bila tengok orang derita
ada orang derita bila tengok orang gembira
ada orang derita bila tengok orang derita

Khamis, 20 Oktober 2011

siapakah Muammar Ghadafi



Kolonel Muammar Abu Minyar al-Gaddafi (Bahasa Arab: معمر القذافي , Mu'ammar al-Qaddāfī) telah dilahirkan pada 1942 merupakan telah Presiden Libya semenjak 1969. Gaddafi menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya atau Jamahiriah Arab Libya.
Kehidupan awal
Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Sirte. Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961.
[bersama Jamal Abdul Naser]
Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.
Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.
Rampasan kuasa tentera
Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan di Turki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikan tahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."
Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya "diperintah oleh rakyat" .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.
Sementara di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 - 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 - 1967).
Diplomasi Washington
Tahun 1951, Amerika Serikat mendukung kemerdekaan Libya dan disusul peningkatan hubungan sampai tingkat kedutaan. Hubungan Libya-Amerika Serikat terhenti ketika Kapten Muammar Khadafi memimpin Revolusi Al Fatah untuk menyingkirkan Raja Idris pada 1969. Setelah berkuasa, Khadafi yang telah berpangkat kolonel melancarkan revolusi budaya yang mengandung inti penyingkiran semua ideologi dan pengaruh yang berbau asing, seperti kapitalisme dan komunisme. Ia kemudian mengembangkan masyarakat baru berdasarkan prinsip-prinsip sosialisme Libya dengan semboyan "sosialisme, persatuan, dan kebebasan". Semenjak ini hubungan kedua negara semakin memburuk dan mencapai titik terendah. Massa yang anti-AS menggelar demonstrasi pro-Iran pada Desember 1979. Massa membakar gedung Kedutaan Besar AS di Tripoli menjadi akhir dari demonstrasi tersebut.
Masih pada tahun 1979, pesawat-pesawat tempur AS menembak jatuh dua pesawat tempur Libya di atas Teluk Sidra. Insiden itu memperburuk hubungan kedua negara. Setelah menyatakan bahwa Libya sebagai "negara sponsor terorisme", AS menutup kedutannya di Tripoli pada Februari 1980. Sementara, Libya juga menutup kedutaannya di Washington. Pada Januari 1986, Presiden Amerika Serikat Ronald Reagan memerintahkan penghentian hubungan dagang dan ekonomi dengan Libya. Langkah ini disusul dengan pembekuan aset-aset Libya di AS. Bukan hanya menutup diplomatik, keuangan dan perdagangan, tapi juga berusaha menyingkirkan Khadafi. Pesawat-pesawat tempur AS memborbardir Tripoli, Benghazi, dan rumah Khadafi pada April 1986.
Tindakan itu sebagai balasan atas pemboman sebuah diskotek di Berlin Barat yang dipakai sebagai tempat hiburan tentara AS. Gempuran pesawat tempur AS menewaskan setidaknya 15 orang, termasuk putri Khadafi yang masih kanak-kanak. Posisinya dengan Libya makin tersudut menyusul terjadinya ledakan pesawat Pan AM dengan nomor penerbangan 103 pada Desember 1988. Pesawat yang berangkat dari London menuju New York meledak di atas Lockerbie (Skotlandia) dan menewaskan 259 orang di pesawat serta 11 orang lainnya tewas di darat. Akibat tindakan itu, Dewan Keamanan PBB menerbitkan resolusi 748 dan 883 pada tahun 1992/1993. Ini resolusi itu adalah menjatuhkan sanksi atas Libya, membekukan aset-aset, dan mengembargo perlengkapan penambangan minyak secara selektif.
Tahun 1999, Libya menyatakan bertanggung jawab atas tragedi Lockerbie. Tripoli menyerahkan dua terdakwa peledakan pesawat untuk diadili di Belanda dan bersedia membayar ganti rugi kepada keluarga korban senilai 2,7 miliar dollar AS pada tahun 2003. Atas langkah ini, Dewan Keamanan PBB mencabut sanksi dan didukung AS. Sikap Washington berubah ketika Khadafi mengakui bahwa Libya mengembangkan senjata pemusnah massal dan segera memusnahkan semua program pada Desember 2003. Pengakuan dan tekad tersebut mencairkan kebekuan hubungan Tripoli-Washington.
Sejak kedua negara meningkatkan kontrak dan berusaha menyingkirkan hambatan hubungan diplomatik, perusahaan-perusahaan minyak masuk kembali ke Libya. Keputusan Washington pada 15 Mei 2006 untuk memulihkan kembali hubungan diplomatik memang mengejutkan karena Libya dinilai membantu terorisme. Tetapi, ada faktor politik dan positif di balik mencairnya hubungan Khadafi dan Presiden George W Bush.
Sosialisme Islam dan Pan-Arab

Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab , nasionalisme dan sosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara "langsung, popular demokrasi" dan lebih sesuai dikenali sebagai "Sosialisme Islam" . Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.
Gaddafi juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudi di kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan 'Buku Hijau'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.
Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.
Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.
Libya
Ancient Libya (Before 146 BC)
Roman Libya (146 BC-670 AD)
Islamic Tripolitania and Cyrenaica (670–1551)
Ottoman Libya (1551–1911)
Italian colony (1911–1934)
Italian Libya (1934–1943)
Allied occupation (1943–1951)
Kingdom of Libya (1951–1969)
Libya under Gaddafi (1969–present)
atau rasminya Great Socialist People's Libyan Arab Jamahiriya (bahasa Arab: ليبيا, yang diartikan ke dalam bahasa Libya Lībyā atau الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الإشتراكية) terletak di Afrika Utara, berbatasan dengan Laut Tengah, Mesir di sebelah timur, Sudan di tenggara, Chad dan Niger di selatan serta Aljazair dan Tunisia di sebelah barat. Ibu kota negaranya adalah Tripoli. Bilangan penduduk Libya hampir mencecah 6 juta orang tetapi dianggap sebagai sedikit jikalau dibandingkan keluasan negaranya yang amat luas sehingga dikira sebagai negara ke-17 terbesar di dunia.
Nama "Libya" berasal daripada bahasa Mesir iaitu "Lebu", yang merupakan sebutan bagi orang-orang Berber yang tinggal di sebelah barat Sungai Nil, dan dipinjam oleh bahasa Yunani sebagai "Libya". Pada zaman Yunani kuno, istilah ini mempunyai erti yang lebih luas, yang mencakupi seluruh Afrika Utara di sebelah barat Mesir, dan kadang-kadang juga ditujukan untuk seluruh benua Afrika.
Libya adalah sebuah kerajaan yang didirikan pada 24 Disember 1951. Raja Indris I bertindak sebagai pemimpin pemerintahan. Itali telah mencuba untuk merebut Libya dari Turki dan menjadikannya wilayah jajahan. Tetapi, negara yang berbatasan dengan Laut Tengah ini mendapat kemerdekaan dan kebebasan setelah Itali menyerah kalah kepada Sekutu dalam Perang Dunia Kedua.
Libya adalah negara yang mempunyai Gross Domestic Products yang tertinggi di Afrika, disebabkan oleh kawasan simpanan petroleumnya yang besar.
Sembang2 tentang Muammar Gadafi
Menurut sumber die nih Kroni kuat kebanyakkan kepntingan jawatan negara di pegang anak2 nye

Boleh di katekan dia [gadafi] ni, humble tapi pelik, berpendirian kuat , dan berani menegur kuasa2 besar.bersemangat untuk menyatukan arab dan afrika.tapi caranya berbeza dan die merupakah pengamal kronism dan rasuah. walaubagaimanapun terdapat kebaikan yg dilakukan selama pemerintahannye selama 42 tahun ini
ROM - Kunjungan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ke Itali mendapat liputan meluas media apabila beliau membawa ratusan pengiring termasuk 40 pengawal peribadi wanita yang masih dara, lapor sebuah akhbar semalam.Pemimpin berkenaan mencipta kejutan apabila tiba di sini pada Isnin lepas dengan diiringi 300 kakitangan yang menaiki tiga pesawat Airbus dan disambut penuh istiadat oleh Presiden Silvio Berlusconi.Seperti biasa, Gaddafi membawa bersama sebuah khemah besar yang didirikan di sebuah taman di sini untuk dijadikan tempat tinggalnya sepanjang lawatan itu.Setiap anggota pasukan pengawal peribadi wanita Gaddafi memakai pakaian seragam dan membawa raifal separa automatik tetapi pada masa sama mereka tidak melupakan ciri-ciri kewanitaan dengan memakai mekap, gincu dan pewarna kuku.Pemimpin berusia 67 tahun itu merupakan antara diktator paling taksub di dunia dan beliau tidak suka kalah kepada sesiapa kecuali kepada pasukan 40 pengawal wanita itu yang rela berkorban untuknya pada bila-bila masa.Semua pengawal wanita Gaddafi perlu mengangkat sumpah taat setia dan mereka tidak sesekali akan meninggalkan beliau bersendirian dan wanita berstatus dara sahaja akan diterima menyertai pasukan elit itu.Mereka menerima latihan di sebuah kolej khas dan perlu lulus ujian fizikal ketat selain mahir membunuh, menggunakan senjata api dan pakar dalam seni mempertahankan diri.
sejak berkuasa di Libya, Gaddafi tidak pernah menyebut dirinya sebagai "presiden atau jenderal". Ia selalu menegaskan bahwa kekuasaannya merupakan hasil konsensus umum, atas dasar persaudaraan, setelah kudeta tahun 1969. Dan dengan alasan "persaudaraan" itu, Gaddafi tidak memberi ruang bagi aksi-aksi unjuk rasa dan perubahan rezim di Libya. Aksi-aksi semacam itu dianggap pemberontakan dan pengkhianatan terhadap "saudara yang lebih tua."
Posisi Gaddafi semakin tak tergoyahkan menyusul pulihnya hubungan bilateral Libya dengan AS, setelah AS menghapus Libya dari dari daftar teroris pada tahun 2007. Tahun 2008, pemerintahan Gaddafi membayar uang kompensasi sebesar 1,4 miliar dollar pada AS, untuk dibagikan bagi para korban aksi-aksi teror yang selama ini dituduhkan AS pada Libya. Sejak itulah, AS mulai kembali "ikut campur" di Libya. Alih-alih mengklaim sebagai negara yang ingin menegakkan demokrasi, AS malah mendukung pemerintahan Gaddafi yang tidak demokratis. AS bahkan bersikap lunak terhadap tindakan represif Gaddafi pada para demonstran. Berbeda dengan kecaman keras AS terhadap tindakan represif Husni Mubarak, saat revolusi Mesir
Situasi di Libya tidak sama dengan di Tunisia atau Mesir, dimana partai-partai politik, militer dan institusi sipil berfungsi dengan baik. Di Libya, konstitusi disusun berdasarkan apa yang disebut sebagai "Buku Hijau Gaddafi." Di Libya, juga tidak ada partai politik dan tidak ada gerakan Islam yang cukup kuat. Hanya Gaddafi, satu-satunya kekuatan yang mengendalikan militer, institusi pemerintah bahkan kelompok-kelompok etnis yang ada di negeri itu
LONDON - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi meminta sebuah agensi teman sosial menyediakan 500 wanita Itali yang jelita untuk menemani beliau dalam satu majlis, lapor sebuah akhbar semalam.Gaddafi yang berumur 67 tahun itu turut menetapkan wanita berkenan mesti berumur bawah 35 tahun, tidak memakai skirt mini atau memakai baju yang mendedahkan bahagian dada namun pemakaian kasut bertumit tinggi dibenarkan. Semua wanita yang berpakaian cantik tersebut diarahkan untuk bertemu Gaddafi di lobi sebuah hotel di tengah Rom sebelum dibawa ke kediaman duta Libya ke Itali. Gaddafi kini berada di Rom bagi menghadiri sidang kemuncak Keselamatan Makanan Dunia.Namun sebahagian daripada wanita itu diarahkan pulang kerana berpakaian tidak senonoh atau terlalu pendek.Gaddafi tiba dengan menaiki sebuah limousin sejam lewat berbanding jadual asal. Beliau kemudian memberikan syarahan mengenai keindahan dan keagungan Islam sebelum mengesyorkan wanita-wanita teman sosial berkenaan memeluk Islam. Gaddafi turut memberikan hadiah kitab al-Quran dan sebuah buku mengenai demokasi dan falsafah politik yang diterbitkan pada 1975.

Bagaimanapun, syarahan Gaddafi tidak berjalan lancar setelah wanita yang dibayar tip 50 euro (RM252) itu menyatakan mereka tersinggung dengan ceramah tersebut."Saya ingat kami akan menghadiri satu parti hebat tetapi hakikatnya kami menghadiri majlis syarahan. "Tiada air minum atau makanan ringan disediakan," kata seorang gadis.Gaddafi terkenal dengan perangai peliknya semasa berada di luar negara.Antara perbuatan peliknya ialah membina khemah di hadapan kediaman yang menjadi kediaman rasminya dengan dikawal oleh skuad pengawal peribadi wanita. - Agensi

sedih

aku bukanlah malaikat, aku bukannya nabi yang begitu sabar menghadapi segala masalah yang datang...aku hanyalah insan biasa.....boleh hilang kesabaran bila2 masa. Aku tidak tahu mengapa jiwa aku begitu sensitif sekali ini. Aku bukan hendak bergaduh dengan sapa2.....cuma aku hanya ingin meluahkan perasaan sedih bercampur geram ........aku geram jika apa yang aku tegur tidak diambil peduli...tidak diambil endah...dibuat main2. Pelajar yang aku tegur bukanlah budak ingusan...dah boleh dipanggil bapa budak.......sudahlah tak mahu mengaji......suka buat bising...boleh mengganggu kawan2 lain yang nak belajar............mungkin dah pandai kot sebab tu tak mau belajar......suara pulak garuk2 maklumlah sudah 18 tahun dan 19 tahun..........kalau bercakap pasal pelajaran boleh aku pertimbang.....kadang2 merapu tak ketahuan punca......kesian kepada kawan2 bukan semua yang ada dalam kelas tu daripada keluarga senang..ada yang susah...ibu bapa hantar anak mengaji mungkin harapan suatu masa nanti boleh ubah kehidupan....aku tak tak taulah bila depa ni boleh sedar........adakah mereka akan mewarisi kemiskinan yang diperturunkan oleh keluarga akan diberi pulak kepada anak2 mereka......sedarlah wahai anak didikku......melalui pelajaran.....kita boleh mengubah kehidupan....biarlah kesusahan kita suatu masa dulu tidak diwarisi kepada anak cucu kita.......sedarlah anakku.....jangan lalai dan leka dengan face book.....waktu terluang cikgu tiada dalam kelas semua yang ada laptop pakat2 buka ace book.....bukannya tak bagi tengok fb...tapi tengok2 lah watu malam ka.....

Rabu, 19 Oktober 2011

satu gereja peluk Islam

Satu Gereja Memeluk Islam Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.
Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata,
“Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”
Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata,
“Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.”
Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi,
“Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”
Paderi itu menjawab,
“Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata,
“Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.”
Si pemuda tersenyum dan berkata,
“Silakan!”
Sang paderi pun mulai bertanya,
“Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.”
“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”
“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang di azab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”
“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Basmalah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”(Al-Isra’: 12).-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.-Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.” (At-Takwir: 18).
Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf:98)
Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai.” (Luqman: 19).
Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).
Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).
Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata,
“Apakah kunci syurga itu?”
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata,
“Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!”
Paderi tersebut berkata,
“Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”
Mereka menjawab,
“Kami akan jamin keselamatan anda.”
Paderi pun berkata,
“Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.”
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

petua murah rezeki

Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada AllahWalau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akanmembuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfarIstighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depanAllah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.Sabda Nabi s.a.w.:“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akanmenghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbasr.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosaIstighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukansaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosayang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram denganmengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapaDalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agarsiapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklahberbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Baginda s.a.w. juga bersabda:“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya danAllah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanyanescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemahBerbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakandan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan keranaorang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lainMenunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyakkan berselawatAda hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-citatidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkanterlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyakIbnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahanrezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.
11. Bangun awal pagi (Jangan tidur sampai tengahari)Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membawa keberkatan dan murah rezeki.
12. Menjalin silaturrahimNabi s.a.w. bersabda:“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
13. Selalu berada dalam keadaan berwudukSeorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
14. Selalu BersedekahSedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
15. Selalu bangun solat malam (tahajud)Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)
16. Selalu menunaikan Solat DhuhaAmalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
17. Bersyukur kepada Allah (SWT)Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)Firman-Nya lagi:“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
18. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentuZikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
19. Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada AllahBerdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
mohonlah kepada Allah...
20. Berusaha dan berikhtiar sehabis baikSiapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
21. Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada AllahDengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)Nabi s.a.w. bersabda:“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawakepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (darisegala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalanyang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikatayang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah. Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripadaNYA. InsyaAllah.

Reply Reply to all Forward

Allah tidak menjanjikan kita susah.

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut, anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apa lagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana Anak kecil tadi berdiri.
Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?
"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada di sini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut..
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf, "Saya minta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.
Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim'
Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: 'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi.
Ku saksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r..a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 1) Sedekah/amal jariahnya 2) Doa anak-anaknya yang soleh 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar