Penggunaannya meluas dalam pelbagai menu dan merawat penyakit

JIKA anda penggemar makanan berperisa bahan rempah ratus, penggunaan lengkuas dalam resipi masakan sudah tentu tidak asing lagi. Lengkuas adalah sekeluarga dengan halia. 
Justeru, rupa bentuk dan rasanya hampir sama dengan halia. Kegunaannya sama seperti halia - ditumbuk, dihancurkan atau diracik halus dan dihiris nipis. Rasa pedas juga seakan-akan halia dan lada. 



Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan halia, lengkuas mempunyai tekstur lebih kental atau keras daripada halia segar dan kulit kurang berserat. Rempah ini mempunyai bau damar yang lembut, seakan-akan pokok pain. Seperti halia, lengkuas juga rempah yang sering digunakan menyahkan bau hanyir ikan dan daging. 

Lengkuas mudah ditanam di sekitar rumah dan boleh mencapai ketinggian hingga 2.5 meter. Ada dua jenis lengkuas, pertama biasa digunakan dalam masakan dan selalunya berwarna putih manakala lengkuas untuk ubat mempunyai rizom berwarna merah serta lebih besar.

Lengkuas banyak digunakan di Malaysia dan Indonesia sebagai bahan perasa dan rempah dalam masakan seperti rendang, kari atau gulai. Lengkuas juga sebagai rempah masakan bergoreng seperti ikan, tauhu dan tempe. Jika dibandingkan dengan masakan Malaysia dan Indonesia, penggunaan lengkuas lebih meluas dalam kebanyakan resipi masakan negara jiran itu, selain di Thailand, Laos, Cina dan India.
Penggunaan lengkuas terlalu banyak dalam masakan boleh menyebabkan rasa maung. Bagi wanita dalam berpantang, amat elok menggunakan dalam masakan kerana khasiatnya banyak, antaranya menghilangkan angin dan merangsangkan peredaran darah selepas bersalin.

Bagi suku Bugis terutama di Tawau, bahan itu digunakan dalam masakan tradisional dikenali Ayam Masak Lengkuas atau Ayam Masak Likku. 

Masakan unik ini tidak dapat dipisahkan masyarakat Bugis di Tawau kerana ia adalah masakan turun temurun yang akan dihidangkan di kebanyakan rumah Bugis terutama setiap kali menyambut Aidilfitri. Hidangan itu dinamakan Ayam Masak Lengkuas, sebab bahan utamanya, lengkuas atau dalam bahasa Bugis, dipanggil likku.

Masyarakat Jawa pula, penggunaan lengkuas amat digemari dalam resipi masakan tradisional yang dikenali Sambal Tahun. Ia dinamakan begitu kerana dikatakan, tahan lama. Antara bahan diperlukan dalam masakan ini ialah kerang, udang, kulit lembu dan sebagainya. Namun, bahan asas hidangan ini mesti ada lengkuas. Banyak lengkuas, lagi sedap rasanya terutama jika menggunakan lengkuas muda. Bahan lain yang wajib ada ialah cili padi dan bawang.

Masakan ini sedikit berkuah kerana perlu dicampur dengan santan dan pedas kerana ada cili padi. Ramai yang menggemari makanan ini untuk dijadikan hidangan berbuka puasa dan dimakan bersama nasi putih.

Cara memasak hidangan ini agak mudah iaitu tumiskan bahan seperti bawang merah dan putih yang sudah dikisar sehingga naik baunya. Kemudian, masukkan hirisan lengkuas, bunga kantan, cili padi dan biarkan hingga lengkuas masak. 

Selepas itu masukkan kerang, kulit lembu dan sebagainya seperti kerang, udang dan santan. Biarkan mendidih dengan api sederhana. Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Kacau rata hingga sebati. Biarkan hingga mendidih sehingga kuahnya menjadi pekat.

Selain menyedapkan masakan, lengkuas juga mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak dan merangsang otot. Justeru, ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dan jamu serta ubat untuk menguatkan tenaga.

Lengkuas juga mengandungi sejumlah antioksidan membantu meminimumkan kerosakan disebabkan radikal bebas dan racun lainnya dalam tubuh.

Keistimewaan lain rempah ini ialah mengandungi minyak atsiri berfungsi sebagai antibakteria dan antimikroba. Bahan ini membuat lengkuas menjadi pengawet semula jadi masakan.

Jika anda membeli banyak lengkuas dan tidak mahu ia cepat mengecut, simpan lengkuas itu di dalam botol kaca atau botol plastik yang sudah dimasukkan sedikit air dan tutup rapat. 

INFO: Lengkuas merawat penyakit














  • Merawat penyakit limpa bengkak dengan cara merebus dua lengkuas sebesar ibu jari, tiga temu lawak sebesar ibu jari, segenggam daun dukung anak (segar atau kering) dan tiga cawan air hingga mendidih. Air ini kemudian diminum dua kali sehari, pagi dan malam.
  • Lengkuas boleh mencairkan kahak dan merawat bronkitis. Caranya, ambil dua ketul lengkuas, dua ketul temulawak dan dua ketul halia sebesar ibu jari direbus bersama daun kayu manis dan tiga cawan air untuk diminum pagi dan malam.
  • Meningkatkan peredaran darah dalam tubuh, jadikan lengkuas menu diet harian. Peredaran darah yang lancar akan mengekalkan jantung sihat.
  • Mencegah mabuk laut dan mual. Kunyah beberapa hiris lengkuas segar.
  • Jadikan minuman kesihatan setiap hari seperti minuman kunyit. Umbi lengkuas dikisar dan dicampur air hangat. Tambahkan gula jawa atau madu untuk menghilangkan rasa pahitnya. Ramuan ini boleh membantu menjaga kesihatan.

    Resipi Ikan Goreng Lado Hijau (Untuk Hidangan 6 orang)
    Bahannya :
    Bahan A
  • Isi Ikan Segar (dibersihkan dan dipotong serong) 12 ketul
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar halia
  • 1 batang serai 
  • 1 sudu besar lengkuas 
  • ½ sudu besar bawang putih 
  • ½ sudu besar serbuk perasa 
  • ½ sudu besar garam 
  • ½ kg minyak masak 

    Bahan B
  • 100 gm minyak masak 
  • 100 gm cili hijau 
  • 10 ulas bawang merah (dihiris) 
  • 1 biji limau nipis (diperah air) 
  • ½ sudu besar garam 
  • ½ sudu besar
  • Serbuk perasa 

    Caranya:
  • Perapkan ikan dengan semua bahan giling A sehingga rata dan biarkan selama 10 minit supaya semua bahan menyerap ke dalam ikan. 
  • Panaskan minyak masak dan goreng ikan sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan asingkan. 
  • Kisar cili hijau dan ditapis airnya. 
  • Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang merah, cili hijau, limau nipis, garam, serbuk perasa. Kacau rata sehingga cili masak.
  • Selepas cili masak, masukkan ikan goreng tadi dan gaul rata. Angkat dan sedia untuk dihidang.

  • JENJUANG
  • pengenalan 
    Pokok renek , batang berkayu dan boleh mencapai hingga 6 meter tinggi, tidak banyak cabang. Akarnya ada jenis yang kembung menjadi ubi.
    Daun jenis ringkas dalam susunan berpilin, bentuk memanjang, membujur atau berbentuk mata lembing, sepanjang 45 sm dan 7.5 – 15 sm lebar; tangkai daun panjang, leper, ada jenis berdaun hijau dan ada pula berwarna merah, merah jambu atau ungu berjalur dan sempadan daun berwarna putih.
    Bunga kecil dalam jambak yang sederhana besar hingga 70 sm panjang, warna kuning atau ungu muda.
    Buah bentuk bebola, berwarna merah, ukuran garis pusat lebih kurang 1 sm.
    Kandungan
    Ubi – kanji
    Seluruh bahagian – Tanin, (Tanin boleh mengurangkan kekerapan buang air besar, menghentikan pendarahan, mengatasi bengkak atau radang, menyembuhkan luka, lecur dan terbakar; serta melegakan mata yang terlalu letih.), karbohidrat, serabut dan mineral.
    Taburan
    Jenjuang spesis ini merupakan tumbuhan asli di Asia tropika, Australia dan New Zealand. Taburannya dari negara China dan India hingga kepulauan Polinesia. Ia ditanam di serata negara.
    Kaedah pembiakan
    Jenjuang ditanam dengan menggunakan keratan batang atau pucuk yang berdaun. Sesetengah orang pula menggunakan kaedah tut. Jenjuang amat mudah ditanam di mana keratannya akan tumbuh menjadi pokok yang baru. Jenjuang sesuai ditanam di dalam pasu, atas tanah secara tunggal, berbaris, berjalur ataupun secara berkelompok.
    Khasiat makanan
    Daun muda (jenis berwarna hijau) dan pucuk : Boleh dimasak (buat lauk)
    Akar (yang berisi seperti ubi) : Digunakan sebagai sumber makanan atau dibuat minuman keras.
    Kegunaan lain
    Pokok jenjuang lazim digunakan dalam upacara dan istiadat magisme, memuja dan kepercayaan sebagai tanda sempadan harta tanah. Daunnya pula digunakan sebagai atap, pembungkus makanan, piring, “skirt” dan serunai.
    Daun yang berwarna merah digunakan sebagai pengebas dalam upacara memuja (membuka tanah, menanam dan menuai padi, membina rumah, menangkap ikan dan menyembuh pesakit yang dirasuk hantu). Pokoknya ditanam untuk “menarik kuasa baik”. Ranting bersama daunnya digantung dikamar tidur ibu dan juga bayi semasa berpantang (lepas bersalin) supaya tidak dikacau hantu. Daunnya dipakai pada tubuh semasa ke hutan dan memburu haiwan liar supaya tidak cedera ataupun dirasuk hantu.
    Khasiat Ubatan
    ***Nota : Jenjuang atau senjuang merujuk kepada beberapa spesis tumbuhan. Untuk tujuan ubat herba, hanya spesis tercatat yang dimaksudkan.
    Akar : Air rebusan diminum untuk merawat batuk darah, cirit-birit, disentri, kencing berdarah, kurang atau tiada haid dan tibi dalam paru-paru.
    Bunga : Air rebusan diminum untuk merawat demam panas, disentri dan radang dalam usus.
    Daun :
    • Air rebusan diminum untuk merawat batuk, batuk darah, disentri, demam panas, kencing berdarah dan perit, kurang atau pun tiada haid, penyakit di dalam ginjal, tibi dalam paru-paru, sakit kepala dan radang usus.
    • Daun dipanaskan dan ditampal pada luka akibat disengat ikan.
    • Daun segar ditumbuk lumat, cecairnya diperah dan dititiskan pada luka dan lebam. Daun segar yanmg ditumbuk lumat atau abu daun yang dibakar ditampal pada bisul, kudis, kudis cacar dan sakit sendi.
    Kayu : Kulitnya dikikis halus-halus, dicampur dengan sedikit garam dan ditampal pada gusi yang bengkak dan sakit.
    Ubi : Dimakan bersama daun sirih untuk menghentikan cirit. Ubinya daripada pokok yang berdaun merah dimakan bersama daun sirih untuk merawat disentri.

    SEPIT KETAM


    HELICONIA COLINSIANA
    Botani
    Klasifikasi
    Divisi
    Sub divisi
    Kelas
    Bangsa
    Suku
    Marga
    Jenis
    Nama umum/dagang
    Nama daerah
    Jawa
    Deskripsi
    Habitus
    Batang
    Daun
    Bunga
    Buah
    Biji
    Akar
    Khasiat
    Spermatophyta
    Angiospermae
    Monocotyledoneae
    Zingiberales
    Musaceae
    Heliconia
    Heliconia colisiana L
    Pisang hias
    Pisang hias (Jawa)
    Herba, menahun, tinggi 1-2 m.
    Semu, terdiri dari pelepah daun, hijau.
    Tunggal, pelepah daun membentuk batang, tangkai beralur, panjang 50-75 cm, licin, hijau kekuningan, helai daun lonjong, tepi rata, ujung meruncing, pangkal membulat, pertulangan menyirip,
    permukaan tertutup lilin, llcin, hijau.
    Majemuk, bentuk tandan, di ketiak daun, tangkai
    panjang 25-40 cm, bunga duduk dalam tenda
    bunga, ujung tenda lancip, benang sari dan putik
    memanjang keluar dari tabung mahkota, dasar
    mahkota membentuk tabung, panjang 3-4 cm,
    kuning, tenda bunga merah.
    Buni, lonjong, panjang 4-6 cm, diameter 1-2 cm,
    merah.
    Bulat, beralur seperti jala, kecil, hitam.
    Serabut, putih.
    Tangkai daun Heliconia colinsiana berkhasfat sebagai obat sakit
    mencret.
    Untuk obat mencret dipakai ± 15 gram tangkai daun Heliconia colinsiana, dicuci, dipotong-potong lalu direbus dengan 3 gelas air sampai
    mendidih selama 15 menit, dinginkan dan disaring. Basil saringan diminum
    dua kali sama banyak pagi dan sore.
    Kandungan kimia
    Bunga dan daun Heliconia colinsiana mengandung saponin dan
    flavonoida, di samping itu daunnya juga m






    Tuaian Hari Ini -- Salad Pepperomia, Herba Sepit Ketam Vietnam,Pepperomia pellucida

    Salad Pepperomia atau Herba Sepit Ketam Vietnam adalah antara salad yang paling enak saya pernah rasa.  Ia rangup dengan rasa berempah.  Salad ini pernah tumbuh sebagai rumpai di laman rumah dan saya tidak pernah tahu tumbuhan ini sebenarnya boleh dimakan dan enak rasanya sehingga ibu mertua memberitahu.

    Setelah dibuat carian di Internet, rupa-rupanya salad ini telah popular di Amerika.  Seorang pemilik nurseri di Amerika meletakkan Pepperomia sebagai salad paling enak.  Saya gemar gunakan salad ini sebagai ramuan burger atau banjo.  Memang enak, tiada tandingannya.  Apa lagi kalau tanam sendiri, segar dari laman rumah terus ke dapur.

    Salad Pepperomia, salad paling enak.