klik2

Isnin, 19 November 2012

amboi cantik2nya laman mat mat saleh-nak tiruuu

belajaq tanam sayuq






geram sangat halaman rumah sendiri yang berserabut..kena tengok contoh2 kot boleh ubah landskap serabut jd landskap syurga...




belajaq cara nak tanam pokok bunga rose bagi naik elok


Khamis, 1 November 2012

KAKI TANGAN AWAM MESTI BACA


Gaji naik tahun depan

 (29) Oleh Nurhasyima HasimCetak
KETUA Setiausaha Negara (KSN), Datuk Sri Dr Ali Hamsa (kiri) menyampaikan trofi bagi kategori Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Omar Kaseh (kanan) yang mewakili Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, pada majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2011 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, semalam - Foto BERNAMAKETUA Setiausaha Negara (KSN), Datuk Sri Dr Ali Hamsa (kiri) menyampaikan trofi bagi kategori Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Omar Kaseh (kanan) yang mewakili Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, pada majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2011 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, semalam - Foto BERNAMA
1.4 juta kakitangan awam dijangka terima kenaikan sehingga 5 peratus

Ayer Keroh: Kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus mulai tahun depan.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat. 

Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
Katanya, laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang akan menamatkan penilaian pada 31 Disember ini akan turut diambil kira.

Nilai semula

“Proses penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2011 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama Penjawat Awam negeri ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam. 
Pada majlis itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT), manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah merangkul Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT).

Kejayaan itu sekali gus melayakkan masing-masing membawa pulang wang tunai RM300,000, trofi dan sijil penghargaan. 

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Datuk Mohamad Zabidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

CUEPACS sambut baik

Mengulas lanjut, Ali berkata, antara fokus utama dalam kajian itu adalah melihat semula skim kenaikan gaji tahunan bagi kakitangan yang sudah mencapai tahap gaji terakhir mengikut kategori masing-masing.

“Kita akan melihat semula perkara itu termasuk mungkin menetapkan tempoh lebih panjang supaya gaji kakitangan akan terus naik.

“Jika mereka mencapai tempoh untuk kenaikan pangkat, ia akan lompat kepada gred lain dan kenaikkannya juga akan diteruskan lagi,” katanya.

Ali berkata, kerajaan berharap akan dapat mewujudkan formula skim gaji menang-menang bagi setiap kakitangan khususnya penjawat pelaksana yang meliputi 80 peratus daripada keseluruhan sektor itu.

“Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua kerana memahami kos sara hidup semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, ketika dihubungi berkata, pengumuman itu sudah pasti melegakan hati penjawat awam di negara ini.

“Kami menyambut baik cadangan KSN itu, tetapi masih berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan CUEPACS sebelum ini, khususnya berkaitan tangga gaji golongan itu mengikut tempoh kerja mereka,” katanya.

BERITA BAIK UNTUK YG DAH LAMA GAJI MATI


penjawat awam cecah gaji maksimum

Cetak
PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian kenaikan gaji daripada dua hingga lima peratus yang sedang dilaksanakan kerajaan pada masa ini hanya melibatkan penjawat awam yang sudah mencapai gaji maksimum. 

Beliau berkata kajian ini bukan membabitkan kenaikan gaji secara keseluruhan bagi perkhidmatan awam. 
"Apa yang saya umumkan mengenai kenaikan gaji (semalam), (ada) yang disalah tafsir, sebenarnya apa yang saya maksudkan ialah kita mempunyai penjawat awam yang telah mencapai had maksimum gaji mereka. 

"Jadi kajian itu tertumpu kepada golongan yang sudah mencapai had maksimum. Tetapi semua ini akan diberikan dan dilaksanakan bergantung kepada penjawat awam yang mempunyai prestasi markah yang melebihi 80 peratus," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Katanya ia juga bagi memberikan keadilan kepada penjawat awam yang mempunyai prestasi yang baik dan cemerlang, dengan mencatat markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan. -- 

Mengenai tangga gaji maksimum, beliau berpendapat ada penjawat awam yang terhenti gaji dua tiga tahun tidak ada kenaikan lagi, seterusnya gaji mereka menjadi statik, sedangkan dalam semua hal perlu ada pertumbuhan. 

Ali berkata antara cadangan yang boleh dikemukakan dalam kajian berkenaan ialah golongan ini diberi kenaikan pangkat atau diberikan kenaikan gaji biasa. 
"Dan kita perlu kaji bagaimana untuk menentukan setiap tahun mereka akan dapat kenaikan gaji setimpal dengan kadar inflasi dan sebagainya. Ia mungkin dalam lingkungan dua hingga lima peratus. Kita kena buat satu formula dan untuk mereka yang di gred lebih rendah mungkin (peratus itu) akan tinggi sedikit berbanding di gred yang lebih tinggi. 

"Kajian ini akan mengambil kira jumlah penjawat awam yang terbabit, implikasi kewangan dan kadar yang diperakukan kepada kerajaan, katanya. - BERNAMA

kerabu kaki ayam ciptaan sendiri



Bahan A
kaki ayam 20 pasang

Bahan B
limau kasturi 20 biji
garam
gula
sedikit perasa
daun ketumbar
daun bawang
cili api

bahan c
10 batang serai
bawang merah
sedikit cili api

cara buat
1. rebus bahan A sampai kembang dan lembut
2. asingkan isi dengan tulang
3. kisar bahan c sampai lumat
4. peram kaki ayam tadi dgn air limau kasturi, garam, gula dan masukkan bahan kisar tadi dan masukkan serbuk perasa,
5. potong daun ketumbar dan daun bawang dan gaulkan sekali dan taburkan cili padi yang dipotong nipis
6. selamat mencuba............


amboi sedapnya masakan thai

som tam


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 150g kulit tembikai
  • 1/3 batang lobak merah
  • 2-3 batang kacang panjang
  • 3 sudu besar udang kering
  • [ Bahan untuk dressing ]
  • 2 ulas bawang putih
  • 10-15 biji peanut
  • 2-3 sudu besar nam pla (sos ikan)
  • 1 biji lemon- ambik jusnya
  • 1-2 batang cili padi
  • 1 sudu besar gula
  • tomato ceri

Cara-cara

  1. Buang kulit hijau tembikai. Potong halus memanjang atau sagat memanjang. Sama juga dengan lobak merah.
  2. Potong kacang tanah lebih kurang 3-4cm. Rebus sekejap.
  3. Sediakan dressing. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung. Tak payah tumbuk.. biar pecah2 sedikit saja. kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
  4. Pastu gaullah dengan kulit tembikai, kacang panjang dan lobak merah yang dipotong tadi. Masukkan juga tomato ceri.
  5. Siap untuk dimakan. Lagi sedap jika disimpan dalam peti ais selama setengah hari sebelum dimakan.
  6. ****Resepi ni sesuai juga utk gantikan kulit tembikai dengan mempelam atau be

semua yg besaq2


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar