klik2

Khamis, 20 September 2012

Jumaat, 14 September 2012

kata2 indah buat tatapan.....

telah kusiapkan
sebuah kamar paling indah
di wilayah hatiku
lamannya laman sanubariku
dihiasi kuntum kuntum mewangi
ambar kasturi
telah kuhamparkan
tilam-tilam kasih
berbantalkan keyakinan
selimutnya dari tenunan keikhlasan
kugantungkan kelambu cemburu
bertatahkan manik2 kesabaran
masuklah beradu
kan kaurasa hangatnya bara
dr sumbu jiwa berminyakkan setia
kekallah kau di situ
menjadi penghuni wilayah hatiku
sampai saat kita kembali...
aku akan membelaimu hingga ke dinihari..
mandi bersama tanda kasih
kau hias dirimu
sering di sampingku
memperlihatkan keayuan wajahmu

Selasa, 4 September 2012

hari keluarga cikgu salmah

baru-baru ini iaitu pada hari raya ke tiga, adik beradik semua berkumpul untuk satu majlis iaitu barbeku di samping bacaan tahlil untuk arwah ayah dan abang ipar. Pada majlis tersebut seramai 8 beradik telah berkumpul bersama aank cucu masing-masing. Suasana menjadi lebih meriah kerana semua menyumbang tenaga dan wang ringgit demi menjayakan majlis tersebut, Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang menjayakan majlis tersebut. Dijankakan pada tahun 2014 semua dapat berkumpul di rumah abang Wahab di Bukit Indah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar