klik2

Khamis, 2 Jun 2011

kegunaan herba/ubat kanser /daun durian belanda

kacip fatimah
nanti aku masukkan gambar pokok kacip fatimah......tak sempat nak ambil gaqmbar pokok.....khasiat kacip fatimah...emmm amat berkhasiat .....untuk orang yang mengidap darah tinggi...dulu..aku makan ubat darah tinggi dari PMC. Ubat ni memang tak boeh tinggal......hampir setahun juga ambil ubat...suatu hari aku try pucuk pokok kacip fatimah..aku rebus dan buat ulam...bila aku pi check ....tekanan darah dah jd normal,,,,,doktor nasihat aku tak payah ambi lagi ubat darah tinggi.....la ni aku tanam pokok kacip fatimah keiing rumah sebab banyak khasiat

akar mertajam
dulu masa aku duduk dalam pantang aku makan ubat herba dari Indonesia. Ubat tu sangat panas menyebabkan badan aku sangat panas dan aku pun dah demam panas. Puas berubat..sampai 5 doktor dah pergi...lagi makn ubat klinik , lagilah melawan demammnya......Habis gusi aku terasa kembang dan gigi aku habis terasa terapung. Badan pula semakin kurus..pipi dah cengkung macam dgn hantu...takut aku tengok diri aku sendiri.suatu hari abang iparku tolong aku dengan pergi kepada bomoh untuk rawatan tradisional.....bomoh memberiku sejenis herba..iaitu akar mertajam...hari-hari aku asah akar mertajam...memang mujarab...akhirnya badan ku pun terasa kebah....sihat wa afiat..masalahnya aku

buah limau yang ada kat kawasan rumah.....

limau susu/ limau pagar/limau mata kerbau


limau telur buaya




limau madu






limau kasturi








limau bali









amboi letih sungguh lepas memasak kuih lopes. Kini tiba masanya aku hendak merelaxkan diri. Sambil relax aku cubalah search maklumat tentang kegunaan limau purut. Aku tengok pokok limau purut amat berbuah lebat. sayang pulak kalau dibiarkan luruh macam tu saja. Memanga ada org kata buah limau purut boleh diguna macam2 seperti guna untuk menghilangkan kelumumur, menghilangkan bau badan...tapi macam mana nak proses yang tu yang penting. Di sini aku copy dan paste apa yg aku baca untuk tujuan rujukan.
LIMAU PURUT (Citrus hystrix)
(Petikan: Agromedia Bil. 19)
gambar buah limau


Ia berasal dari kepulauan Asia Tenggara. Merupakan tumbuhan herba yang mula mencipta nama. Buah limau purut boleh dibezakan dengan mudah kerana buah yang matang berwarna kuning, berbentuk seperti buah pir dan kulitnya menggerutu. Pokok ini hidup subur di kawasan yang mempunyai pancaran cahaya matahari yang kuat, tidak memerlukan naungan dan boleh hidup selama beberapa tahun. Lazimnya buah limau purut tidak mengeluarkan jus yang banyak tetapi setitis jusnya setanding dengan 10-15 titis bau dan rasa masam jus limau nipis.

Daun limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan. Di Malaysia, Indonesia dan Thailand, penggunaan daun limau purut dalam masakan amat meluas. Masakan seperti sup tom yam, sambal dan agar-agar mempunyai aroma yang harum dan rasa yang lebih enak apabila menggunakan daun limau purut. Bau dan rasa ini tidak boleh didapati daripada daun limau yang lain. Daun limau purut juga pernah digunakan untuk menambah rasa tuak atau arak beras.

Limau purut dalam aromaterapi

Limau purut mengandungi beberapa minyak pati yang mempunyai nilai ubatan yang tinggi antaranya alfa, beta-pinena, sitronelal, neral dan limonena. Kajian terbaru menunjukkan ekstrak daun limau purut mempunyai sifat antipertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan. Dan limau purut dan minyak patinya sangat bernilai dalam rawatan aromaterapi untuk menenangkan perasaan gelisah dan ketegangan fikiran. Minyak patinya digunakan dalam mandi terapeutik, mandi wap dan sebagai minyak urut badan. Baunya yang kuat dan menyenangkan boleh menyebabkan seseorang berassa ceria, bebas tekanan, segar dan bertenaga. Tidak hairanlah orang Melayu menggunakannya untuk tujuan mandi limau.

Kegunaan lain

Dalam masyarakat Malaysia, limau purut mempunyai kegunaannya tersendiri. Buahnya digunakan untuk tujuan kosmetik iaitu untuk mencuci rambut dan bahagian tubuh yang lain. Jusnya boleh mengeluarkan karat gigi dan kesan kotor yang degil pada kulit tanpa penggunaan bahan kimia yang kuat. Beberapa titis perahan jus limau purut ditambah dengan setengah cawan air boleh digunakan sebagai ubat kumur supaya mulut berbau harum dan menyihatkan gusi. Di Thailand, buah limau purut kering digunakan sebagai ubat batuk dan ubat rawatan selepas bersalin.

[balik ke atas]





LIMAU PURUT, LIMAU PAGAR,
LIMAU KUKU HARIMAU BERKHASIAT UBATAN
(Dipetik dari Agromedia Bil. 12 )

Limau Sitron
Nama botani: Citrus medica L. Nama biasa: Limau susu, limau mata kerbau, limau kapas, limau jari.

Limau sitron berasal dari kawasan sub Himalaya, Timur Laut India dan utara Burma kemudian disebarkan ke Iran dan China. Kini limau-limau ini telah tersebar di kawasan tropika. Limau sitron ditanam secara komersial di kawasan Mediteranean dan Puerto Rico sebagai sumber kandi dalam pembuatan kek dan kuih muih. Di Malaysia limau ini ditanam hanya di sekitar rumah dan di kebun dapur untuk kegunaan harian dan sebagai ubat.

Terdapat banyak jenis limau sitron yang berbeza-beza. Limau-limau ini umumnya boleh dikelaskan sebagai jenis masam atau berasid dan jenis tidak berasid. Jenis-jenis limau yang terdapat di sini ialah limau susu, limau mata kerbau, limau kapas dan limau jari. Jenis-jenis ini berbeza jelas dari segi bentuk buah dan daunnya. Jenis yang paling menarik ialah limau jari. Karpel buahnya tidak dapat bercantum membentuk buah yang bulat tetapi sebaliknya melekat pada pangkal buah bak jari-jari yang memegang buah, sebab itulah orang-orang Cina menggelarnya 'tangan Buddha'. Kulit buah limau ini sangat harum dan banyak digunakan oleh orang-orang Cina.


Kegunaan dan Khasiat:

Limau sitron digunakan secara meluas sebagai sumber kandi dalam pembuatan kek dan hasilan konfeksi. Buahnya telah digunakan sejak zaman dahulu sebagai wangian dan penghalau kupu-kupu, selain untuk perasa makanan. Minyak sitron boleh diekstrak daripada kulit limau sitron.




Lihat gambar Limau Susu
Limau sitron



Pucuk segar, daun, bunga, buah dan biji limau sitron digunakan dalam perubatan tradisional sebagai campuran ubat untuk melegakan lelah, atritis, sakit kepala, sakit perut untuk melawan parasit usus dan juga melegakan gangguan fisiologi seperti gangguan fikiran dan syaitan. Air rendaman akarnya dibuat ubat untuk masalah penafasan dan sakit belakang di negara China.

Daun limau kapas ditumbuk bersama-sama biji sawi dan dibuat ubat pupuk untuk sakit ngilu kepala, sejenis sakit kepala yang teruk. Untuk tujuan ini campuran ubat tersebut dibalut terlebih dahulu dengan daun pisang yang telah dilayur. Dahi pesakit pula disapu dengan minyak bijan sebelum dipupuk. Di Perak daun limau kapas dicampur rumput lidah rimau dan daun langir dan dibuat losyen untuk dimandikan pesakit yang dirasuk makhluk halus.




Limau Jari / Limau Kerat Lintang / Limau Kuku Harimau
(Citrus medica var. sarcodoactylis)

Kulitnya berbau harum dan buah ini digunakan dengan meluas oleh orang-orang Cina sama ada di negara China atau di Malaysia. Limau jari dicampur dengan buah lain dan dibuat ubat luaran/kosmetik untuk penyakit gangguan fikiran,



Limau Mata Kerbau

Air rendaman pucuknya yang segar dibuat tonik dan ubat cacing. Daunnya dibuat campuran ubat untuk cacing selain dibuat campuran ubat untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Daun limau ini dicampur dengan daun tarum dan daun kesum dan ditumbuk lumat. Jusnya diminum tiga hari berturut-turut di waktu pagi bagi ibu selepas bersalin. Buah limau ini dibuat ubat untuk masalah gangguan fikiran.



Limau Kapya (Triphasia trifolia)

Pokok limau kapya atau lima kuku kecil dan mempunyai sistem percabangan yang menarik, sesuai dijadikan bonsai atau tanaman hiasan. Kecantikan pokok ini ditambah lagi oleh buahnya yang kecil berwarna merah. Daun limau kapya dipupuk ke badan untuk melegakan sakit-sakit angin dan sakit kulit. Daunnya juga dibuat ramuan alat solek atau kosmetik. Jus buahnya digunakan untuk mengilatkan kuku dan buah ini sering dimakan oleh kanak-kanak.



Limau Lemon (Citrus limonica)

Limau lemon telah digunakan dalam perubatan sejak zaman dahulu lagi. Orang-orang Roman dhaulu kala menggunakan limau ini sebagai penawar racun. Jusnya diperah dan dicampur air panas untuk mengubati masalah gangguan hati atau hempedu. Jus limau ini bertindak sebagai perangsang hempedu dan merupakan tonik untuk hati.

Limau lemon juga digunakan untuk merawat sistem penghadaman termasuk sedu, rasa loya dan pedih ulu hati, selain melegakan sembelit dan menghapuskan cacing. Jus limau dipercayai boleh melawan berbagai-bagai jangkitan kuman dan melegakan demam, sakit tekak, konsil dan lelah. Jus ini juga berkesan melarutkan batu karang. Jus limau ini bersifat diuretik dan boleh melegakan atritis, rematik dan sakit kepala. Jus yang dicampur dengan kopi dipercayai berkesan melawatan demam malaria. Jus lemon ini dibasahkan pada kapas diletakkan dihidung untuk menghentikan darah dari hidung yang berdarah. Jus yang disapu pada gusi pula boleh merawat gusi berdarah. Jus limau ini juga dibuat ubat sapu untuk kulit yang melecur oleh panas matahari.

Jus limau lemon kaya dengan asid sitrik, gula dan gam.. Sebab itulah ia berkesan sebagai antiskorbutik, sebagai tonik, refrigeran (melegakan demam dan dahaga) serta menyejukkan. Kulitnya mengandungi minyak esens dan bahan pahit. Minyak limau ini merupakan ubat rubafasien luaran yang kuat dan berkualiti karminatif dan merangsang aktiviti perut. Ia diberi dalam bentuk sirap, jus segar, tinktur dan minyak esens.

Limau lemon digunakan juga dalam rawatan homeopati. Minyak limau ini digunakan untuk masalah edaran darah, sakit berkaitan pernafasan dan sakit tekak. Jus limau lemon dicampur isi buah avokado yang telah dihancurkan adalah rawatan yang berkesan untuk rambut yang telah rosak oleh bahan kimia. Untuk rawatan ini campuran tersebut dipupuk ke rambut dan dibalut selama kira-kira 30 minit sebelum dicuci semula. Jus limau ini kaya dengan vitamin C yang perlu untuk pemulihan tisu kulit dan juga untuk mengekalkannnya supaya sentiasa sihat. Jus segar yang telah dicairkan boleh digunakan sebagai bahan toner.

limau
http://fazlisyam.com/2011/03/10/limau-pagar/Limau jari

Limau mata kerbau

Limau kapya

Limau lemon

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Calendar